SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 2 Disember 2009

RUANGAN BICARA BAHASA MELAYU

Ruangan ini ditulis untuk memudahkan pelajar-pelajar SMKASAS berbicara tentang kertas Bahasa Melayu sama ada kertas PMR dan SPM. Justeru, setelah ruangan ini lengkap pelajar boleh mendapatkan bahan berkaitan kemahiran bahasa seperti kemahiran tatabahasa, antologi komsas, novel dan juga kemahiran menulis karangan.Saya berdoa kepada Allah Tuhan Yang Menguasai Alam dan Makhluknya, agar memberi kekuatan kepada saya untuk melengkapkan blog ini. Walaupun saya menghadapi kekangan masa kerana tugas yang kini semakin mencabar, namun atas dasar untuk mengembang dan mencerna kemahiran bahasa saya akan berusaha untuk merealisasikan usaha murni ini, Amin.