SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 28 April 2010

MENJADI JURULATIH PASUKAN BOLA BALING PERAK TENGAH LAGI

Hari ini saya terkejut kerana tidak menjangka akan menjadi jurulatih Pasukan Bola Baling ke peringkat negeri di SM Teknik Krian. Walaupun saya sudah memaklumkan supaya jurulatih dan pengurus pasukan dilantik dalam kalangan rakan-rakan yang lain, tetapi nama saya masih ada dalam surat panggilan latihan pusat dan pertandingan. Namum, saya teruskan tugas tersebut kerana saya berprinsip tugas perlu dijalankan dalam apa carapun kerana itu sudah tugasan. Justeru, latihan Pusat bermula pada hari ini 28, 29, dan 30 April 2010. Dijangka Pasukan Bola Baling Perang Tengah akan ke Krian pada 3,4, dan 5 Mei 2010. Justeru, semenjak tahun 2007, saya telah menjalankan tugas pengurusan mahupun jurulatih bola baling Perak Tengah kecuali tahun 2009 kerana saya terlibat membawa peserta bahas ke peringkat negeri di SBPI Gopeng pada tarikh yang sama dengan kejohanan bola baling negeri.
            Seramai tiga orang pemain sekolah telah saya cadangkan ke kejohanan negeri telah terpilih  iaitu Mohd Syazwan Azemi, Muhamad Syah Aizat Misrin dan Muhammad Faiz b. Zainal Abidin. Semoga mereka akan menimba ilmu sepanjang latihan pusat dan semasa pertandingan peringkat negeri. Apabila balik nanti merekalah yang akan memikul tugas untuk mendidik pelapis baru pada tahun hadapan. InsyaAllah. Semoga berjaya kepada mereka bertiga dan untuk saya tugasan baru menimpa dan apa yang saya fikirkan adalah kerja dan latihan yang perlu ditinggalkan kepada anak didik saya yang tinggal. Semoga kedua-dua tugasan tersebut berjaya  saya ditangani.

BILA AKU MELIHAT WAJAH MEREKA

Dulu aku bisa melihat nota,
Kini aku tidak bisa lagi melihatnya,
Hanya mampu mengguna cermin dua,
Aku sedar, kini aku sudah tua.
Dulu aku mengajarnya bahasa,
Kini mereka semua sudah tiada,
Sudah ada di menara berbeza,
Mungkin, ilmu mereka berkali ganda,

Namun, aku pasrah menerimanya,
Dunia dan masa sudah berbeza,
Cuma aku masih berada,
Di tempat insan kamil lahir jua.

Aku sentiasa berdoa,
Setiap detik dan masa,
Insan kamil dilahir  berada di persada,
Membuka sayap melayari dunia,
Kerana aku sedar setiap kehilangan berganti jua,
Kerana aku guru tua.....
Akanku terus melahir insan kamil seadanya,
Namun, ingatan kalian semua memang terasa.

Namun, aku kekal guru tua,
Melihat kejayaan kamu semua,
Ketenangan menghapus duka,
Aku makin tua...................................................
Kerana kejayaanmu akau terasa,
Aku sedar aku akan terus tua.

Harapanku kepadamu semua,
Doakan guru tua,
Bertenaga,
Masih boleh ajar bahasa,
Walaupun seorang guru tua,
Sisa hidup kuhabiskan dengan bahasa,
Kerana bahasa kita tahu agama,
Kerana bahasa kita tahu mengira,
Kerana bahasa kita kenal rakan dunia,
Kerana bahasa kita kenal cinta Maha Esa,
Kerana bahasa kita kenal dalam lautan semesta,
Kerana bahasa kita mampu sukat angkasa,
Kerana bahasa berlaku pertemuan kita,
Namun, ketentuan-Nya aku terus tua,
Namun syukur dan Takjubku kepada Maha Esa.
Aku tetap guru tua dan akan terus tuaaaaaa......... 

Maafkanku jika tersalah bahasa,
Kerananya kau terluka,
Tindakan itu untuk ingat semua,
Aku guru bahasa,
Melonjakkan mereka ke persada,
Mungkin hingga ke puncak Himalaya, 
Agar ilmunya menongkat angkasa,
Akarnya mencapai dasar dunia,
Maafkanku guru tua,
Hanya mampu gembira,
Melihat insan kamil terlaksana,
Maafkanku guru tua.
NUKILAN SMAKASAS KLUSTER AKADEMIK

Selasa, 27 April 2010

PERTANDINGAN AKHIR BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2010

Tinggal lagi 3 hari lagi pertandingan bahas peringkat akhir.
Tarikh   : 30 April.
Hari      :  Khamis
Tempat : Dewan Besar SMKASAS.
Masa    : 9.00 Malam

Hakim Pertandingan : Cikgu Mohd Ramsul, Cikgu Sirajuddin, Cikgu Ariffin, Cikgu Siti Munawirah.

Ahad, 25 April 2010

PROGRAM MAKAN BERADAB ( WARDEN DAN AHLI KELUARGA ASRAMA SMKASAS KALI PERTAMA 2010)

Pada 24 April 2010 bersamaan hari Sabtu, telah adakan Program Makan Beradab Keluarga Asrama SMKASAS. Program ini diadakan di Dewan Asrama SMKASAS bermula jam 8.00 malam. Tuan Pengetua Kanan SMKASAS Ustaz Arip b. Sa'aya antara tetamu jemputan yang hadir, selain PK. HEM. Pn. Bainah bt. Abdollah, Ketua Warden, Warden-warden lelaki dan perempuan serta anak-anak didik asrama SMKASAS. Majlis dimulai dengan bacaan doa makan. Selepas menikmati juadah istimewa antaranya ayam masak merah, masak dalca, dan Ikan Siakap Masak Stim, diikuti majlis rasmi antaranya ucapan Ketua Pelajar Saudara Zolfir Wajdi b. Arip, Ucapan Ketua Warden Ustaz Zaki, Ucapan PK. Hem, dan diikuti Ucapan Tuan Pengetua Kanan SMKASAS.
            Antara intipati ucapan mereka  memperihal objektif makan berhadap diadakan antaranya adalah untuk mengumpulkan keluarga asrama, warden dan pentadbir sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain, selain itu setiap pemimpin diberi ruang untuk berucap dan menyampaikan amanat mereka. Ketua pelajar SMKASAS menyatakan rasa tahniah dan kesyukuran kerana warga apsura dan aspuri selama ini memberi komitmen yang baik kepada Lembaga Pengawas sekolah dan BADRI dan situasi ini memberi kelebihan kepada usaha untuk memantapkan disipilin dan akhlak pelajar. Pn. Bainah sebagai PK Hem juga amat gembira kerana anak-anak didik asrama pada tahun ini amat terkawal dari segi akhlakn dan dsipiplinya berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ini merupakan satu petanda peralihan budaya yang diharapkan akan berterusan dan bertambah baik pada masa-masa akan datang.
           Tuan Pengetua Kanan, berasa gembira dan mengharapkan budaya disiplin dan akhlak pelajar akan sentiasa bertambah baik dan ini akan meningkatkan kualiti kehidupan pelajar di asrama. Antara penekanan yang disampaikan oleh beliau pada malam itu adalah soal akademik, dan beliau percaya pelajar SMKASAS boleh....boleh berjaya dan boleh mengalahkan pencapaian pelajar MRSM jika berusaha bersungguh-sunggun dan menjalankan prep secara berkualiti. Tambahan pula pihak sekolah telah menyedia dan merancang pelbagai program ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan beliau sempat menyingkap sejarah beliau yang pernah belajar tanpa berguru pada suatu ketika dulu. Beliau juga menasihatkan pelajar supaya mengikis budaya belajar di saat-saat akhir kerana banyak impak negatif jika mereka membudaya belajar seperti itu.Oleh sebab itu, beliau mencabar anak-anak didik asrama supaya belajar dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan sepenuh masa dan kemudahan sepanjang program kecemerlangan yang dianjurkan pihak sekolah untuk membaiki pencapaian akademik mereka ke arah pencapaian yang cemerlang. Antara ungkapan yang disampaikan oleh beliau, " Saya percaya anak-anak SMKASAS boleh cemerlang dan boleh mengalahkan pencapaian sekolah SBP yang ada. Saya ingin mendengar jawapan daripada anda semua. Anda boleh cemerlanggggg!" Terdengar gema suara anak-anak pelajar SMKASAS, " Kami boleh!!!!.
                  Namun, intipati daripada ibu bapa pelajar pula sudah pasti mengharapkan anak-anak mereka berjaya. Diharapkan dengan adanya program cemerlang dirancang dengan penuh ketelitian dan saksama serta menjurus ke arah program yang kondusif pelajar akan dapat menyingkap dan menghasilkan objektif yang diharapkan. Saya sebagai seorang tenaga pengajar, warden, guru dan ibu bapa kepada dua orang anak di sekolah ini yang akan menghapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini akan sentiasa berusaha untuk mengaplikasi pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dengan menggunakan peralatan berunsurkan teknologi agar mereka sentiasa ceria dan kondusif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. InsyaAllah. Diharapkan dengan iringan doa semua pelajar SMKASAS dan juga bekas-bekas pelajar, kecemerlangan pelajar SMKASAS pada tahun 2010 akan digapai selain berpaksikan usaha dan kesungguhan pelajar sendiri. "SMKASAS Kluster Akademik"

Jumaat, 23 April 2010

Keputusan Pertandingan Separuh akhir Bahas Ala Parlimen SMKASAS

Meja pembangkang  menjadi johan di dua venue pertandingan. Kedua-dua pasukan lelaki. InysaAllah mereka akan beradu tenaga pada 30 April 2009 di Dewan Besar SMKASAS jam 9.00 malam. Kekalahan meja kerajaan kerana Yang Berhormatnya ketandusan isi, namun melalui pengamatan saya mutu pertandingan meningkat pada tahun ini. Diharapkan pertandingan akhir bahas tahun ini berkualiti.
           Tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana meneruskan kejayaan mengendalikan pertadingan malam ini dengan baik dan sistematik.Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Sirajuddin yang turut hadir membuat pemantauan dan mengambil gambar sepanjang pertandingan bahas dijalankan.

Khamis, 22 April 2010

PERTANDINGAN BAHASA PARLIMEN SMKASAS

            Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Separuh Akhir akan dilaksanakan pada 22 April 2010 bersamaan hari Khamis. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada pukul 9.00 malam. Sebanyak 4 pasukan akan bertanding untuk menentukan pasukan yang layak ke pertandingan akhir di Dewan Besar SMKASAS pada 30 April 2010. Saya bagi pihak guru penasihat pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS mengucapkan syabas kepada pasukan bahas yang berjaya meneruskan perjuangan hingga ke peringkat separuh akhir dan melalui pengamatan saya banyak pembahas baru muncul kali ini dan sudah pastinya senario tersebut amat mengembirakan saya.Tajuk perbahasan pada pusingan akhir ini ialah Program PLKN Banyak Kebaikannya kepada Golongan Remaja Masa Kini.
            Paling menyeronokkan, ada kalangan pembahas yang kalah dalam pusingan sebelumnya mempunyai bakat dalam perbahasan dan mereka akan dikumpulkan sebagai pembantu " kumpulan pemikir" pasukan bahas sekolah pada tahun ini. Saya juga menerima maklumat, pada tahun ini, pasukan pembahas sekolah yang menjadi johan daerah pada tahun lepas akan secara automatik mewakili daerah ke peringkat negeri. Namun, tidak ada kata putih setakat ini membuktikan kesahihan berita tersebut. Paling utama, pada pertandingan akhir nanti, dua pasukan pembahas yang menjadi johan dalam pertandingan separuh akhir diharapkan akan memeriahkan pertandingan di peringkat akhir dengan memaparkan kemahiran dan mutu perbahasan, standard daerah, insyaAllah.
            Saya juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola pertandingan terutamanya kepada Zahidan dan Fairuz Adibah kerana berjaya mengelolakan pertandingan tersebut dengan jayanya.

KECEMERLANGAN DALAM BAHASA MELAYU

               Mata Pelajaran Bahasa Melayu sama seperti mata pelajaran lain, kerana mata pelajaran ini juga berpaksikan ilmu dan sumber. Jika dikaji dari sudut ilmu, mata pelajaran ini berpaksikan hukum yang dikenali tatabahasa dan rujukan hukum ini boleh diperoleh daripada rujukan dan tidak lain melalui panduan yang telah dihasilkan oleh pakar bahasa iaitu buku Tatabahasa Dewan. Manakala sumber perbendaharaan kata pula dirujuk pada Kamus Dewan. Sekiranya individu ingin mendalami bahasa, rujukan melalui dua buah buku rujukan ini tidak mencukupi kerana kemahiran berbahasa merujuk pelbagai sumber, bergantung kepada keperluan bahasa tersebut digunakan, contohnya jika seseorang pengkarya atau pelajar ingin menghasilkan bahan penulisan seperti tema perubatan, sains angkasa, teknologi maklumat, pelancongan, penulisan berbentuk sastera, dan sebagainya mereka perlu menentu genre  atau kandungan penulisan mereka, jika tidak karya mereka tidak akan berkualiti dan diterima oleh pembaca.
            Begitu juga seorang guru, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai objektif, sekiranya mereka tidak memperihal pendekatan, kaedah, dan strategi pengajaran yang sesuai semasa mengajar di dalam kelas. Paling umumnya, pemilihan kata, lenggok bahasa juga perlu diambil kira semasa proses pengajaran berlaku, disamping seorang guru perlu akur kepada sudut penguasaan tatabahasa yang menjadi panduan agar guru tidak melanggar hukum berbahasa. Justeru, sebelum mengajar, guru perlu menguasai kemahiran berbahasa disamping menentu genre bidang atau tema atau format bahasa yang perlu diperturunkan kepada klien atau pelajarnya. Oleh sebab itu, kerjaya perguruan dilabelkan sebagai kejaya profesional, memerlukan guru menguasai segala ilmu kebahasaan.
                 Paling uniknya, ada sesetengan golongan melabelkan guru bahasa Melayu sebagai  guru " low " profesioanal sedangkan saya telah bergelumang sebagai seorang guru bahasa selama 20 tahun dan saya tidak pula mengatakan diri saya sudah menguasai ilmu bahasa kerana ilmu bahasa tidak pernah ada kesudahannya. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan mata pelajaran bahasa Melayu seperti seorang anak belajar bercakap daripada orang sekelilingnya sama ada ibu bapa, rakan-rakan, dan  masyarakat. Jika begitulah pandangan mereka terhadap mata pelajaran bahasa , pandangan tersebut adalah sempit.
               Sebagai seorang bekerjaya dan dilabelkan profesional dalam kerjayanya, saya tidak pernah membeza dan melabel antara saya dan masyarakat guru atau sesiapa kerana masing-masing mempunyai tugas masing-masing. Jika nak dikaji secara mendalam, pengajaran bahasa juga ada berformula cuma ada guru yang tahu ada yang tidak tahu.. ada hukum dan ada panduannya. Sebagai contoh, dilihat dari sudut penulisan karangan, sesiapa sahaja boleh menulis karangan, cuma bezanya kemahiran pelajar, dari sudut kreatif, berfokus sama ada penulisan mereka berfokus sempit atau berfokus luas, diikuti dengan kaedah penulisan,  bermula dengan kaedah penulisan pengenalan, kaedah menulis isi dan penutup. Sekiranya pelajar, menguasai kaedah penulisan tetapi sempit sudut fakta semasa juga akan memberi impak terhadap hasil tulisan mereka  terutama apabila memperkatakan sesuatu berdasarkan bidang yang dipilih, mereka juga perlu mengetahui genrenya kerana pemilihan perkataan juga memberi kesan kepada mutu penulisan yang mereka hasilkan. Untuk mencapai kecemerlangan dalam kertas bahasa Melayu pelajar juga perlu bijak memilih frasa dan istilah menarik kerana kedua-kedua jalinan rangkai kata dan dan istilah tersebut menentukan keberkesanan hasil penulisan dan tahap kesegaran karya pada sudut pandangan pembaca. Tanpa kebijaksanaan  pemilihan penanda wacana yang sesuai dalam mengaitkan sama ada isi dengan isi, ayat dengan ayat dan  frasa dengan frasa jalinan idea penulis akan tempang.
                    Yang kurik itu kundi,
                    Yang merah itu saga,
                    Yang baik itu budi,
                    Yang indah itu bahasa.

                     Bahasa penentu bangsa,
                     Punah bahasa hilanglah bangsa.

( Akan bersambung......

Isnin, 19 April 2010

KEMBALI MENJADI GURU SEMULA SELEPAS DUA HARI BEBAS DARIPADA KERJAYA

PABILA SAMPAI DI RUMAH, SAYA KEMBALI MENJADI SEORANG GURU, FIKIRAN DAN ANGGOTA BADAN KEMBALI MENJURUS KEPADA SELONGGOK BUKU YANG TINGGI MENGGUNUNG BELUM DISEMAK, SEKAJANG BORANG POST MORTEM YANG BELUM DISENTUH, RANCANGAN MENGAJAR, MEMIKIRKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEESOKANNYA, BAPA YANG SUDAH BALIK DARI RADIOTERAPI DI HBKL,...................SAYA SEDAR SEMULA BAHAWA SAYA SEORANG GURU  DAN SEORANG ANAK YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA ........SETELAH DUA HARI SEMALAM DI RESORT CINTA SAYANG ........BEBANAN SEORANG GURU TERLEPAS DARIPADA MINDA KEMBALI MENGELILINGI ROH SAYA......TERUSKAN........ SAYA SEORANG GURU.......SEORANG BAPA........SEORANG ANAK.........BEBANAN ..........TERUSKAN TANGGUNGJAWAB .............SAYA.......SIAPA TAHU.........SAYA TAHU.......ORANG LAIN TAHU......BIARKAN.........SAYA TAHU...........SAYALAH SEORANG GURUUUUUUUUUUUUUUUU...........SEORANG BAPA........................SEORANG ANAKKKKKKK.............SEORANG...........????????????...........MASIH SEORANG GURUUUUUUUUUUUUUUUU...........

Ahad, 18 April 2010

Laporan Hari Kedua Program Hari Keluarga Warden SMKASAS

Kira-kira pukul 7.30 pagi jamuan sarapan pagi disediakan di Lobi Cinta Sayang Resort, dan selepas itu, semua keluarga warden boleh berehat sebelum bertolak ke Taman Tema Air. Situasi ini menunjukkan program ini semakin hampir ke penghujungnya. Dijangka anak-anak akan berhibur dengan aktiviti senggang di sana dan ini akan dapat merapatkan hubungan keluarga kerana ibu dan bapa yang bertugas di SMKASAS terutama bertugas menjadi warden sering kekeringan masa bersama keluarga. Bersiap untuk ke Taman Tema Air dan rasailah suasana kondusif beriadah di sana. Sambungan program hari keluarga, anak-anak dan ibu bapa turut mengambil kesempatan bersama-sama dengan cuba mengambil kesempatan  bermain permainan seperti geluncur air,  menaiki pelampung menerusi terusan buatan dan geluncur air tanpa pelampung. Walaupun taman tema air ini kecil tetapi setiap ibu bapa dan anak-anak mempunyai ruang mengulangi aktiviti geluncur air yang menyediakan dua versi. Agak gayat juga menyertai permainan air ini tetapi setelah dicuba kali pertama dan kedua perasaan gayat hilang dan timbul pula perasaan ingin mencuba lagi. Justeru, ada anak-anak dan ibu bapa melakukan aktiviti berkenaan sehingga 10 kali. Aktiviti di taman tema dah berahir kira-kira pukul 1.30 petang setelah jamuan makan tengah hari di taman tema tersebut. Kami bertolak pulang ke penginapan untuk bersiap pulang yang dijangkakan selepas sembanyang Zohor. Sekian sahaja pengalaman menghadiri program hari keluarga ini. Selamat Tinggal Cinta Sayang Resort.

Al Fatihah Kepada Allahyarham Cikgu Rohaizat ( Mantan Guru Bahasa Inggeris ) SMKASAS

Pada 16 April 2010 bersamaan hari Jumaat, berita mengejutkan diterima apabila Cikgu Rohaizat telah bertemu dengan khalidnya. Justeru, marilah kita menyedekahkan bacaan Al Fatihah semoga rohnya di kumpulkan bersama dengan roh-roh orang yang beriman. Al Fatihah. Allahyarham dikebumikan di Teluk Intan, kampung halaman isteri keduanya.

Laporan Program Hari Keluarga Warden SMKASAS 2010

Pada 17 April 2010, saya sekeluarga dan keluarga warden-warden SMKASAS yang lain telah bertolak dari sekolah  ke Cinta Sayang Resort menaiki bas  sekolah pada pukul 9.30 pagi. Antara keluarga warden yang menaiki bas ialah keluarga Ustaz Zaki, Ustaz Ghazali, En. Ali (Penyelia Asrama), Kakak Cikgu Hamizan, Cikgu Norhana, dan Cikgu Jumilah. Kami sampai di resort pada pukul 1.20 petang dan ditempatkan di bilik masing-masing. Dalam pada masa yang sama, saya telah dicadangkan Ustaz Zaki untuk menginap di bilik yang lebih lapang dan kami berpindah bilik darik bilik 575 ke bilik 651. Malangnya, bilik berkenaan kurang selesa kerana tv dan signal wifi internet tidak berfungsi. Justeru, saya menghubungi reception untuk menyatakan masalah saya  tersebut, malangnya saya dimaklumkan di situ memang tidak ada signal wifi dan saya bercadang untuk pindah semula ke bilik asal.
              Saya mulai kurang senang apabila dimaklumkan bilik asal saya tidak boleh dihuni kerana bilik tersebut telah diberikan kepada orang lain. Saya maklumkan bahawa bilik tersebut adalah termasuk dalam pakej program hari keluarga warden dan saya akan ditukarkan ke bilik yang lain. Saya menyatakan kenapa kejadian tersebut berlaku kerana jika ditukarkan saya akan berjauhan dengan keluarga-keluarga warden yang lain dan saya nyatakan ketidakpuasan hati saya kepada pihak pengurusan resort. Setelah pihak pengurusan berjumpa dengan saya dan memohon maaf atas kejadian berlaku kerana kesilapan kerani reseption saya dimaklumkan bilik baru saya ada signal wifi resort dan lebih besar daripada dua bilik sebelumnya. Pihak pengurusan juga memaklumkan tempat tersebut masih di bangunan sama dan tempat keluarga warden yang lain. Paling mengejutkan saya, saya sekeluarga ditempatkan di bilik suit mewah dan dimaklumkan atas pemberian resort dan saya nyatakan bukan itu tujuan utama saya kerana paling utama saya perlu ada wifi untuk mengemas kini bahan bloger saya dengan berita terbaru dan bilik lamapun saya tidak kisah. Saya diberi jaminan tidak ada bayaran tambahan dikenakan untuk bilik berkenaan, justeru sayapun menulis laporan dan memasukkan gambar sepanjang program yang berlaku sehingga lewat malam.
             Untuk makluman, kami mengisi masa lapang dengan berihat tambahan pula rasa bengang saya setelah berpindah randah sedangkan objektif program program ini adalah untuk memberi rehat dan ketenangan para warden yang telah letih menjalankan tugas di asrama sedangkan tugas gurupun banyak. Bayangkan dalam dua minggu ini memang mencabar kerana saya terpaksa berada di padang, 3 hari bertugas sebagai ketua pegawai acara renjaman lembing MSSD Perak Tengah di SK. Titi Gantung, mengurus perjalanan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, Menyiapkan pengurusan bola baling untuk MSSD Perak Tengah dan berada di padang SMK Layang-Layang Kiri selama tiga hari menjadi pengurus dan jurulatih pasukan bola baling, kelas tambahan, pemantauan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Awal dan Suku Akhir (malam Khamis/ 2 hari), Kelas tuisyen Ting. 3 dan Ting. 5 dan persiapan untuk post mortem mesyuarat bersama ketua bidang dan dilantik menjadi setiausaha serta mengisi borang post mortem yang bertimbun. Calang-calang orang boleh pitam dibuatnya. Lain buku karangan, ringkasan, rumusan tiga kelas peperiksaan berlambak untuk disemak. Allah yang maha tahu kerjanya, lain usaha untuk mempelbagai bloger ini. Tetapi paling utama hati senang dan ini adalah kerja yang mengembirakan saya.
              Berbalik kepada aktiviti di Cinta Sayang resort, pada pukul 4.00 petang disediakan minum petang dan saya berjumpa reception untumk mendapatkan maklumat tentang aktiviti pertandingan memanah yang akan diadakan selepas minum. Saya juga diberitahu, En. Johari  ( pegawai mengurus aktiviti memanah resort ) yang akan mengendalikan acara tersebut. Apabila sampai di tempat memanah, En. Johari telah memberikan taklimat berkaitan cara untuk mengenadlikan bow dan arrow dan mata bagi bidikan yang tempat pada sasaran. kemudian, saya mengendalikan pertandingan dengan meminta setiap ahli keluarga warden dan juga keluarga pemandu bas agar menyediakan tiga orang ahli keluarga untuk menyertai acara memanah tersebut. Keputusannya, keluarga Cikgu Siti Munawirah johan, naib johan keluarga Ustaz Zaki dan ketiga keluarga saya.
              Pada sebelah petang, ada ahli keluarga yang membawa anak-anak memandi di kolam renang, dan saya hanya memantau anak-anak saya di sana. Aktiviti sebelah malamnya pula, adalah makan malam secara buffer dan kemudian Tn. Pengetua Kanan memberikan ucapan sebelum diadakan acara untuk kanak-kanan dan kaum ibu. Acara kanak-kanak yang diadakan seperti rebut kerusi dengan iringan muzik, tiup belon sampai pecah dan pertandingan berkumpulan. Kemudian, diadakan pertandingan memotong buah epal dan semua aktiviti kanak-kanak dan ibu bapa dikendalikan oleh Cikgu Faisal. Akhirnya, saya diminta untuk megumumkan pemenang pertandingan memanah yang masih belum diumumkan keputusan setelah pertandingan diadakan. Kemuadian, saya diminta untuk mengendalikan acara cabutan nombor bertuah, dan semua ahli keluarga menerima hadiah cabutan termasuk pemandu bas. Sungguh menceriakan aktiviti yang dijalankan kerana setiap anggota keluarga terlibat dan bersama-sama keluarga masing-masing untuk memastikan kemenangan diperoleh keluarga mereka. Keceriaan keluarga warden tecerna bermulanya aktiviti pada petang sehingga malam. InsyaAllah, esok selepas minum pagi semua ahli keluarga warden boleh berihat di bilik masing-masing sebelum bertolak ke Taman Tema Air pada pukul 10.00 pagi. Semoga esok akan memancarkan sinar kebahagian dan kegembiraan kepada setiap ahli keluarga warden. InsyaAllah laporan selanjutnya akan ditulis keesokan hari. Selamat bercuti, berehat dan bertenang kepada semua warden. Kepada Cikgu Fauzuan juga warden asrama tidak dapat hadir kerana urusan pertunangannya, selamat bertunang.

Jumaat, 16 April 2010

PEMBINAAN DEWAN KLUSTER DAN PENGGUNAAN SMARTBOARD DALAM PROSES P & P

Dimensi baru dalam pendidikan terserlah di SMKASAS apabila terbinanya Dewan Kluster dan Penggunaan Smartboard dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus, prasarana baru ini diharap dapat menjadi pemangkin ke arah mewujudkan  proses pengajaran dan pembelajaran guru yang berkualiti ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam kalangan pelajar. Justeru, guru-guru perlu meningkat dan mengaplikasi kaedah dan pendekatan pengajaran di dalam kelas, seiring dengan perkembangan teknologi semasa tersebut. InsyaAllah, dengan adanya prasarana baru berkat SMKASAS kluster akan meningkatkankan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di SMKASAS. Semoga SMKASAS akan terus cemerlang, dan kami guru-guru Bahasa Melayu akan cuba untuk mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran sesuai dengan cita rasa pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT SUKU AKHIR DITERUSKAN

Pada 15 April 2010 bersamaan hari Khamis, bermula pukul 9.00 malam sehinggan pukul 10.30 malam Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bahas Ala Parlimen SMKASAS 2010 diketuai saudara Zahidan dan Fairuz Adibah telah berjaya mengendalikan pertandingan dengan baik. Sepanjang pemantauan saya, di peringkat suku akhir ini lahir ramai pelapis pembahas berkarisme dilahirkan dan pada pandangan saya mutu pertandingan bahas pada tahun adalah yang terbaik pernah saya lihat. Justeru, pada peringkat akhir, saya mencadangkan pertandingan diadakan di Dewan Besar SMKASAS untuk menyemarakkan mutu dan semangat dua pasukan pembahas terbaik. Syukur saya panjatkan kepada Tuhan kerana tanpa saya sedari ramai peserta pembahas yang berbakat dan ada pasukan pembahas terdiri daripada pelajar ting. dua menang dalam pertandingan bahas peringkat suku akhir setelah 8 pasukan kecundang pada pertandingan awal.
        Pada malam ini, daripada 8 pasukan yang bertanding, 4 pasukan telah berjaya meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir. Cabutan untuk menentukan premis sama ada kerajaan dan pembangkan telah dijalankan setelah acara pertandingan tamat untuk memudahkan peserta bersiap sedia mencari bahan apabila esok bermula cuti dan pelajar balik kampung. Sementara tajuk telah diberikan iaitu Kebaikan Program PLKN kepada remaja. Diharapkan peserta terlibat merujuk tajuk perbahasan seperuh akhir daripada Urusetia Pertandingan. kepada pasukan berjaya tahniah diucapkan, namun kepada mereka tidak berjaya teruskan usaha anda pada tahun hadapan. Sebagai penasihat saya dan urusetia pertandingan mendapati ada antara pembahas yang gagal meneruskan pertandingan mempunyai ketokohan sebagai pembahas yang baik. InysaAllah dan senarai nama mereka dalam pertimbangan untuk diketengahkan sebagai pelapis dan pemikir untuk membantu pasukan bahasa SMKASAS.

PASUKAN BOLA BALING LELAKI BWH. 18 THN. SMKASAS SEKALI LAGI JOHAN MSSD PERAK TENGAH

            Alhadulillah, sejarah Pasukan Bola Baling SMKASAS berulang semula apabila Pasukan Bola Baling SMKASAS  2010 telah berjaya menjadi johan di padang yang sama tempat abang-abang mereka ( Azizul, Rashid, Che Wan serta rakan-rakan  mengalahkan SMK Muzafar Shah buat kali pertama dengan keringat yang luruh dan cucur membasahi bumi. Tanpa saya sedari nostalgia lama berulang kembali. Buat bekas pemain-pemain bola baling SMKASAS 2005, adik-adikmu telah mengulangi semula sejarah lama apabila pasukan Bola Baling SMKASAS pada suatu ketika dulu digelar ayam daging dan pasukan belasahan tetapi setelah lima tahun berlalu nama SMKASAS digeruni di peringkat daerah.
            Mungkin ramai yang tidak menyedari, Pasukan Bola Baling SMKASAS telah lima tahun mengondol Johan Daerah Perak Tengah kecuali pada tahun 2008 apabila kalah dengan SMDARY dan setakat menjadi Naib Johan Daerah. Justeru, sebagai Guru Penasihat saya amat berbangga dengan pencapaian gemilang ini. Cuma dalam percaturan saya timbul satu persoalan, adakah tahun 2010 klimaks kehebatan Pasukan Bola Baling SMKASAS? Doa saya agar pemain bola baling junior seperti Mohd. Syazwan Azmi ( Penjaga Gol), Mohamad Faiz Zainal Abidin, dan Mohamad Syah Aizat Misrin yang telah saya ketengah sebagai calon pemain daerah ke negeri akan menimba ilmu dan kemahiran bola baling dan pengalaman bertanding di peringkat negeri boleh  membantu mencari pelapis untuk pasukan bola baling  sekolah pada tahun 2011. InysaAllah setiap yang pergi akan ada penggantinya.
         Kepada semua pemain bola baling SMKASAS  Ting. 5, 2010 terima kasih atas usaha kalian untuk terus bersama di MSSD Perak Tengah tahun ini dan saya pasti kamu semua adalah pemain Daerah Yang Mantap dan Berkarisme, cuma saya sebagai penasihat Bola Baling saya terpaksa mengalah kerana akademik perlu diutamakan. Justeru kepada Mohd. Fitri dan Mohd Firdaus ayahmu mengharapkan kamu berdua belajarlah bersungguh-sungguh, begitu juga  Muhammad Nurhadi, Fahmi, Muhammad Amirul Haq, Ammar Najahi, dan Amir Syafiq ...... tumpukan perhatian kepada SPM 2010. Kita Terjohan pada tahun ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norhanan sebagai jurulatih pasukan bola baling dan Cikgu Fauzuan ( Kaunselor SMKASAS ) yang banyak memberi kata-kata semangat kepada pemain.Sesungguhnya 4 kali Johan Daerah dan Sekali Naib Johan Bola Baling MSSD Perak Tengah amat beerti sepanjang pengalaman saya sebagai penasihat pasukan bola baling sekolah. Di bawah laman blog ini saya lampirkan gambar sepanjang pertandingan bola baling MSSD 2010. Tahniah sekali kepada semua yang terlibat.

Selasa, 13 April 2010

RUANGAN BERSAMA GURU BAHASA MELAYU

RUANGAN INI DIWUJUDKAN UNTUK MEMBIMBING PARA PELAJAR SMKASAS MENGHASILKAN APA SAHAJA LATIHAN BERKAITAN BAHASA.
SILA HANTAR KARANGAN, RINGKASAN, RUMUSAN ATAU APA SAHAJA LATIHAN DAN HASILAN BERKAITAN BAHASA KE LAMAN BLOGER ATAUPUN KE EMAIL SAYA UNTUK SAYA SEMAK. INSYAALAH, SETIAP TULISAN DAN HASILAN YANG TERBAIK AKAN SAYA PAPARKAN SEBAGAI BAHAN KOLEKSI DALAM BLOGER INI. SELAMAT BELAJAR. 
INGATAN, PASTIKAN SETIAP HASILAN ANDA PERLU ADA MAKLUMAT DI BAWAH:-
HARI....................                                                                                 TARIKH....................................
NAMA PELAJAR:..........................                                                     TINGKATAN:....................
TAJUK:......................................................................................................................................................


PELAJAR JUGA BOLEH MELAYARI LAMAN WEB PAUTAN RAKAN-RAKAN GURU BM KERANA MEREKA MERUPAKAN GURU YANG BERKEMAHIRAN DAN PAKAR DALAM BAHASA. ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SOALAN DALAM MODUL PMR ATAU BUKU KERJA SPM MEMBUAT LATIHAN. ANDA CUMA PERLU MEMAKLUMKAN MUKA SURAT DAN LATIHAN YANG ANDA BUAT.
JIKA ANDA PUNYA KEMAHIRAN UNTUK " COPY DAN PASTE", GUNAKANNYA UNTUK MEMAPARKAN SOALAN DALAM SETIAP LATIHAN ANDA.

GUNAKAN KEMUDAHAN DISEDIAKAN UNTUK MEMANTAPKAN KEMAHIRAN BERBAHASA  ANDA. SAYA SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU ANDA.

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat SMKASAS 2010

Pada  9 April 2010, Jawatankuasa Perstuan Bahasa Melayu SMKASAS telah mengendalikan Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2010. Sebanyak 16 kumpulan bahas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 turut serta pada petandingan untuk pusingan awal. Sepanjang pemantauan saya di hari pertandingan pelajar bervariasi umur menunjukkan kehebatan sepanjang pertandingan dan di akhir pertandingan sebanyak 8 pasukan telah berjaya untuk meneruskan perjuangan. Saya amat gembira kerana aktiviti boleh melahirkan lebih ramai pelapis untuk di ketengahkan sebagai wakil pembahas sekolah sama ada pertandingan anjuran kementerian ataupun kegiatan asrama. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa Persatuan BM dan pelajar yang telah terlibat melicinkan perjalanan pertandingan bahas tahun ini kerana sudi dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan, Hakim dan penjaga masa. Saya selaku Penasihat Pasukan Bahas Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu berdoa melalui program seperti ini SMKASAS boleh melahirkan lebih ramai pembahas yang berkaliber. InysaAllah pada 15 April 2010, mereka akan bertempur lagi di arena perbahasan untuk pusingan suku akhir. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terlibat menjayakan pertandingan bahas kali ini. Kepada Fairus Adibah, dan bekas-bekas pembahas sekolah seperti Norfarhana, Fauzi Jipri, Afefa, Nurul Liyana ...... ramai lagi....memori bersama kalian di pentas perbahasan sama ada di  peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tetap segar bagaikan bunga kembang di taman. Semoga Bulan Bahasa akan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan peajar SMKASAS.

Program Hari Keluarga Warden SMKASAS 2010

Pada 17 dan 18 April 2010, Warden Asrama SMKASAS akan ke Cinta Sayang Resort, Sg. Petani. Pelbagai acara dirancang untuk memeriahkan program tersebut antaranya acara pertandingan memanah antara keluarga, acara kanak-kanak, dan aktiviti  Taman Tema Air. Saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pertandingan memanah antara keluarga. Semoga program ini akan memberi kerehatan dan ketenangan setelah penat dan letih dengan tugas warden di samping dapat mengeratkan hubungan keluarga dan antara keluarga warden. Selamat berehat dan menenang minda.

Isnin, 12 April 2010

Pasukan Bola Baling SMKASAS Lelaki Bwh 18 Tahun Johan Kumpulan A

Pada 13 April, Rabu, pasukan Bola Baling Bwh 18 thn telah berjaya menjadi Johan Kumpulan A setelah berjaya menundukkan SMK Seri Iskandar dengan jaringan 2-0, Kalah kepada SMK Layang-Layang Kiri 2-3, dan berjaya mengalahkan MRSM 8-2. Setelah SMK Seri Iskandar menundukkan SMK Layang-Layang Kiri 5-1 dan SMK Layang-Layang Kiri mengalahkan MRSM dengan jaringan 6-1. Keputusannya SMKASAS berjaya menjadi johan kumuplan dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat Suku Akhir esok. Tahniah kepada semua pemain Bola Baling SMKASAS. Teruskan perjuangan anda dan kepada pemain tingkatan 5, fokus tumpuan anda selepas ini kepada peperiksaan dan didoakan anda mencapai kecemerlangan dalam SPM 2010.Tahniah juga kepada Ustazah Norhanan kerana mengambil berat kebajikan pemain.

Sabtu, 3 April 2010

TAHNIAH KEPADA ATLIT SUKAN SMKA SULTAN AZLAN SHAH 2010

Buat pertama kali Dalam Sejarah SMKA Sultan Azlan Shah menjadi Naib Juara Kejohanan Majlis Sukan Daerah Perak Tengah  (MSSD)  yang berlangsung pada 30/31 Mac dan 1 April 2010 di Padang SK. Titi Gantong, Bota, Perak dengan menggondol 12 pingat emas dan berada di bawah SMK Sungai Ranggam sebagai Johan. Tahniah sekali lagi atlit sukan SMKASAS. Semoga anda semua berjaya juga dalam pelajaran.Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat sebagai Guru Pengiring, dan guru yang terlibat sebagai Pegawai Sukan  dalam Kejohanan Berkenaan.