SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 30 Jun 2010

MALAM YANG MENGECEWAKAN SAYA

Pada malam semalam, saya telah berusaha untuk menyiapkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Bahan tersebut ialah post mortem kertas jawapan pelajar tingkatan 5B dengan harapan pelajar akan dapat melihat contoh jawapan terbaik dan jawapan yang tidak mencapai tahap yang saya inginkan berdasarkan jawapan terpilih dengan merujuk borang pengesanan markah yang telah saya buat berakhir dengan kekecewaan. Bayangkan setelah saya membuat scan lebih kurang 60 muka surat bahan yang meliputi kertas skema jawapan PPT,  paling cemerlang dan jawapan beberapa orang pelajar tidak cemerlang bermula pukul 9.30 malam sehingga 3.30 pagi berakhir dengan kegagala.. Hal ini berlaku kerana kecuaian saya sendiri dan saya berharap peristiwa yang sama tidak akan berlaku kepada pembaca, bekas anak didik dan pelajar-pelajar saya.
           Setelah saya membuat scan bahan terpilih tersebut dan mengasingkannya dalam program power point mengikut pecahan soalan dengan harapan pada sebelah paginya saya akan dapat menunjukkan kepada pelajar ting. 5B contoh jawapan terbaik antara mereka dan juga contoh tidak terbaik dalam kalangan rakan-rakan mereka dengan harapan mereka tidak berasa malu kerana contoh-contoh jawapan yang tidak bermutu bukan berfokus kepada seorang pelajar sahaja. Usaha saya tersebut berakhir dengan kekecewaan kerana saya telah tersilap membuat tafsiran setelah  menyimpan data di dalam fail dokumen. Untuk memudahkan saya membuka fail tersebut saya telah membuat salinan ke dalam destop bahan yang telah saya simpan, dan pada masa yang sama saya perasan bahawa semasa saya 'paste' ke dalam destop, bahan yang terpapar dalam destop saya hanya 'shortup' sahaja buka salinan sepenuhnya kerana data berkenaan masih merujuk bahan yang saya simpan 'masih link' dengan fail di dalam dokumen. saya Justeru, saya membuat kesimpulan bahawa data yang saya simpan di dalam destop dan dokumen sudah pasti mengambil ruang memori yang banyak, dan timbul pula hasrat saya untuk memadam atau 'delete' salah satu dokumen berkenaan. Pada masa inilah saya membuat kesilapan yang besar, tanpa berfikir panjang, saya terus  memadam data di dalam dokumen berkenaan Setelah memadam data tersebut, barulah saya teringat akan impaknya, apa lagi tersembulkan perkataam astagfirullah al azim dari bibir saya yang begitu gembira sebelum itu kerana berhasil menyiapkan satu bahan lagi untuk pengajaran dan pembelajaran. Terbukti tindakan saya menghampakan apabila saya cuba membukan fail berkenaan semula, fail itu tidak dapat dikesan. Apa nak buat, nasi telah menjadi bubur. Jika terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak bicara buruk padahnya. Dalam kepala saya terfikir, sanggupkah lagi saya mengulang semula proses menghasilkan bahan berkenaan.
            Saya, terfikir lagi cara untuk mendapatkan bahan berkenaan, antaranya saya cuba merujuk dalam program recycleBin jiika bahan buangan tersebut ada di situ, tetapi saya hampa kerana bahan buangan tersebut tidak ada di dalam program berkenaan. Saya terus mencuba, dengan menggunakan kemahiran komputer dengan merujuk kepada memori komputer atau dalam bahasa sasteranya flashback bermaksud imbas kembali, namun gagal juga kerana setelah saya berbuat demikian, data yang saya dapat cuma memori semasa saya membuka komputer pukul 9.30 malam sahaja. Sebagai manusia yang kerdil dan memahami konsep Qadha dan Qadar-Nya, saya termenung sekejap, tambahan pula dalam proses laptop saya  menstabilkan memorinya memakan masa, laptop saya seperti dalam keadaan  keliru atau dalam bahasa komputernya, 'hang'. Saya kembali risau kerana takut data di dalam dokumen bahagian C dan D saya hilang. Setelah saya  menutup komputer saya secara salah dengan menekan punat offnya  sebanyak dua saya bertambah risau kerana tindakan saya seperti tidak menyelesaikan masalah.  Setelah mendapati laptop saya masih tidak stabil, teringat saya kata-kata Cikgu Sirajuddin bahawa saya tidak bersabar kerana laptop saya dalam proses menstabilkan memorinya setelah saya berusaha untuk mengembalikan memorinya sehari sebelum saya memadam data berkenaan. Cuma saya beryukur setelah saya menunggu beberapa minit,  memorinya laptop saya stabil kembali, saya membuat keputusan untuk menghentikan aktiviti saya pada malam itu. Jika diikut hati saya, hendak saja saya bercuti pagi esok tetapi oleh sebab tindakan tersebut bukanlah tindakan yang betul kerana saya perlu memikirkan bagaimana untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang semula.
               Terdapat dua perkara yang perlu saya lakukan, pertama saya mengambil keputusan untuk membawa komputer meja saya ke kedai untuk diperbaiki kerana sudah setengah tahun komputer saya meragam kerana arus elektriknya tidak stabil dan sukar untuk beroperasi dan saya mengesyaki alat mengawal aliran elektriknya rosak.  Alhamdulillah, setelah membawanya ke kedai komputer meja saya boleh beroperasi semula dengan menggantikan  pengawal arus elektrik yang rosak dengan kos sebanyakRM 50.00. Kemudian langkah seterusnya, saya akan membuat salinan data pendrive saya ke dalam cd kerana keempat pendrive saya sudah penuh, dan kejadian malam tadi juga berpunca kerana saya tidak boleh menyimpan semua data saya ke dalam keempat-empat  pendrive berkenaan dan bermula pada hari ini saya perlu 'backup' semua bahan saya supaya setiap kerja saya tidak sia-sia.
                Sepatutnya malam ini saya ke sekolah untuk kelas tuisyen 5B, dan saya batalkan hasrat saya kerana yang penting saya perlu membuat semula bahan  berkenaan kerana saya perlu menyedarkan pelajar saya bahawa kerja yang tidak berfokus kepada menghasilkan budaya kerja cemerlang akan memberi kesan negatif kepada prestasi mereka. InsyaAllah, jika saya berjaya membuat semula post mortem berkenaan malam ini sudah pasti saya akan bertenang kerana konsep saya biarlah sesuatu kerja yang saya lakukan  memberi impak besar kepada pelajar-pelajar saya. Tidak ada gunanya saya mengajar kelas tuisyen tanpa ada bahan bukti yang hendak ditunjukkan kerana paling penting ialah kesedaran pelajar, jika saya marah macam manapun jika tidak ditunjukkan kesalahan mereka, mereka akan tetap melakukan kesalahan yang sama. Saya juga percaya kerja kali kedua akan memberi pulangan besar kepada hasilan kerja yang hendak saya hasilkan, maksudnya kerja berkenaan akan lebih bermutu, insyaAllah. Kepada pembaca pastikan kerja kita dirancanng dengan baik dan pembaca perlu sedar komputer adalah gajet yang banyak membantu kita melakukan kerja seharian tetapi jika kita tersilap atau mengambil langkah yang salah komputer juga boleh memberi impak kepada hasilan kerja kita. Namun, setiap kesalahan yang kita lakukan akan mematangkan lagi budaya kerja kita, insyaAllah.
              Pada malam ini saya lebih selesa kerana info yang saya tulis menggunakan komputer meja dan laptop saya pula saya gunakan untuk menghasilkan bahan post mortem yang gagal saya simpan semalam. Selepas ini saya akan menggunakan komputer meja ini untuk membuat salinan pendrive ke cd supaya pendrive kosong dan gajet berkenaan boleh saya gunakan untuk menyimpan data baru atau bahan 'backup' supaya masalah lalu tidak berulang semula bak kata pepatah supaya pisang tidak berbuah untuk kali keduanya. Sebagai peringatan kepada pelajar yang membaca info ini, beginilah laras penulisan jika kita membicarakan tajuk komputer dan cuba lihat bagaimana saya cuba memilih perkataan yang berfokus kepada perbicaraan tentang komputer disamping memasukkan frasa menarik dan ini membuktikan jika kita kreatif , peribahasa juga boleh kita tulis dalam karangan berbentuk fakta. Jika semua kemahiran ini kita gunakan, karangan yang anda hasilkan akan lebih menarik dan cemerlang. Sebelum ini juga, saya telah menggunakan banyak peribahasa dalam penulisan info saya. Sekian untuk hasilan saya pada hari ini.

Isnin, 28 Jun 2010

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-3 DITANGGUHKAN

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu bagi saya amat penting dan merupakan tepat untuk setiap ahli jawatankuasa berbincang, memberi pandangan,  membuat post mortem setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan, merancang, dan melihat perkembangan pelaksanaan program sama ada berjaya atau gagal meningkatkan prestasi pelajar sepanjang separuh tahun dalam 2010. Seterusnya, saya sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu ingin melihat peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada penggal kedua dan setiap keputusan pelajar perlu ke arah keputusan ETR yang difokuskan pada hujung tahun.
          Justeru, apabila dimaklumkan dua orang guru mata pelajaran tidak hadir ke sekolah pada hari ini , mungkin kerana masalah peribadi atau keluarga, saya terus membuat keputusan membatalkan mesyuarat setelah mendapat persetujuan Tuan Pengetua dan PK Pentadbiran. Hal ini saya buat kerana kedua-dua guru yang tidak hadir ialah guru mata pelajaran kelas peperiksaan. Banyak maklumat dan keputusan yang perlu dibuat dalam mesyuarat yang sepatutnya diketahui dan dimaklumi semua guru mata pelajaran terutama guru kelas peperiksaan. Paling utama saya ingin melihat laporan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun yang sudah saya isi dalam borang pelaporan cuma maklumat utama yang amat diperlukan ialah kemahiran yang masih belum dikuasai pelajar yang dilihat oleh guru mata pelajaran kelas peperiksaan. Apabila maklumat tersebut diperoleh panitia boleh membuat keputusan langkah untuk mengatasi masalah berkenaan kerana setiap penyakit ada ubatnya dan keputusan perlu diambil, ubat dan kemahiran apa yang perlu diberi penekanan agar prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu meningkat pada penggal kedua dan didoakan juga berlaku dalam peperiksaan awam kelak.
             Selain itu, saya akan memberi taklimat tov dan oti 2, dan pencapaian pelajar mengikut kelas, adakah objektif yang disasarkan di awal tahun berjaya dicapai dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Untuk memantapkan post mortem PPT, saya akan cuba menyelaraskan borang pengesananan pencapaian pelajar dengan menggunakan gajet PEDIA yang dihasilkan oleh cikgu Khairi untuk kertas peperiksaan yang berbentuk objektif dan borang pengesanan Kertas 2 PMR dan juga Kertas 1 dan 2 SPM  ( Kertas Jawapan Subjektif ) menggunakan borang pengesanan prestasi pelajar berdasarkan borang yang telah saya hasilkan. Borang pengesanan ini suadh saya gunakan semenjak saya menjadi Setiusaha Kecemerlangan  semasa di sekolah rendah dan setiap jalur telah saya setkan formula excel dan guru hanya perlu mengklik markah di ruangan yang disediakan dan secara automatik semua data akan diproses untuk mengesan peratusan penguasaan pelajar terhadap setiap komponen soalan soalan PPT, bilangan pencapaian pelajar mengikut gerd secara individu atau keseluruhan kelas, dan juga disediakan graf pencapaian penguasaan soalan untuk  membantu guru melihat pencapaian kelas secara umum. Hal ini penting kerana laporan secara lisan  tidak akan dapat mengesan kelemahan kemahiran pelajar tetapi pengesanan  berdata dan terbukti masalahnya berdasarkan pemarkahan berdasarkan pecahan soalan dan pengiraan peratusan pencapaian setiap soalan yang ditanya dalam kertas peperiksaan akan dapat mengesan kelemahan pelajar secara tepat. Apabila post mortem tersebut diperoleh barulah tindakan susulan diambil dengan merancang program kecemerlangan seperti teknik menjawab, program flexi dengan mengambil kira bahan yang perlu disediakan untuk melatih tubi kemahiran yang masih lemah berdasarkan laporan post mortem yang diterima, dan program ini akan dimantapkan lagi semasa kelas tuisyen kerana dalam kelas berkenaan guru boleh memberi penumpuan atau berfokus kepada langkah memantapkan kemahiran yang belum dikuasai pelajar.
               InsyaAllah pada tahun ini, kita akan menggunakan sepenuhnya tenaga kepakaran daripada guru-guru SMKASAS sendiri dalam menjalankan setiap program panitia kerana bagi saya tenaga kepakaran yang ada sudah lengkap dan guru-guru sendiri mengetahui kelemahan pelajar. Ha ini terbukti pada tahun lepas kerana semua program kecemerlangan Melayu dilaksanakan oleh guru SMKASAS sendiri. Bagi saya guru SMKASAS sendiri yang memahami kelemahan dan kekuatan pelajarnya, ini ditambah pula keputusan SPM 2009 membuktikan tahap kepakaran guru-guru matapelajaran bahasa Melayu apabila seramai 101 pelajar mendapat gred A+ dan 11 orang mendapat gred A dalam Peperiksaan SPM. Justeru, keputusan membatalkan mesyuarat pada hari tepat setelah menyedari pentingnya tahap pemahaman guru terhadap keputusan mesyuarat dan data-data post mortem yang bakal dibincangkan. Sebagai ketua Panitia Bahasa Melayu saya berdoa agar kesepaduan, kerjasama, kemantapan antara guru bahasa Melayu terus kukuh kerana setiap yang kita lakukan adalah untuk meningkatkan prestasi anak didik yang kita sayangi serta meneruskan kecemerlangan SMKASAS sebagai sebuah sekolah kluster akademik. InsyaAllah. Didoakan mesyuarat panitia akan dapat dijalankan pada masa terdekat kerana setiap keputusan mesyuarat amat penting untuk meneruskan kecemerlangan Mata Pelajara Bahasa Melayu.

Ahad, 27 Jun 2010

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-3

Esok mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali Ke-3 akan diadakan. Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk memperkasakan mata pelajaran Bahasa Melayu terutama setelah PPT dan bermulanya kelas flexi tidak lama lagi. Juga akan dibincangkan program-program kecemerlangan dan post motem PPT untuk mengesan kelemahan pelajar agar suatu tindakan boleh dilakukan untuk mengatasi kelemahan yang dikesan sama ada kemahiran menjawab kertas 1 dan kertas 2 kelas peperiksaan dan bukan peperiksaan.

SEKALI AIR BAH SEKALI PASIR BERUBAH

Sekali lagi saya mengaitkan peribahasa dalam penulisan saya pada pagi ini. Peribahasa ini bermaksud apabila berlaku fenomena banjir sesekali sudah pasti  pantai akan berubah dan suasana ini boleh dianologikan dalam kehidupan manusia. Manusia yang normal dan memahami kedudukannya sebagai pelaksana dalam sesebuah organisasi mahu tidak  mahu perlu menerima perubahan berkenaan dan perubahan tersebut pula bergantung kepada persepsi orang yang menerima tugasan. Jika tugasan tersebut diterima dengan tangan terbuka, alhamdulillan, sebaliknya jika tidak impaknya adalah kepada klien iaitu orang yang menerima perkhidmatan kita kerana klien merupakan insan yang perlu kita utamakan. Namun, perlu diingat konsep memberi dan menerima perlu ada, barulah sesuatu kerja itu dapat berlaku dalam suasana kondusif, baik kepada pemberi mahupun penerima. Barulah konsep tersebut setara. Justeru, saya berdoa kepada Illahi agar suasana tersebut akan wujud dalam setiap institusi kerana setiap pelaksana dan penjalan tugas juga ada hati nurani, ada perasaan, ada jiwa dan bukan robot kerana bagi saya setakat ini setelah 22 tahun bertugas, saya cuba melakukan segala yang terbaik dan bagi saya seorang hamba ,orang boleh berbuat apa saja kepada saya dan saya akan cuba membantu mereka, walaupun saya sendiri kadang-kadang terseksa kerana itulah konsep kerjaya saya sebagai seorang guru. Cuma saya juga ada jiwa dan perasaan dan kini saya berasa jiwa saya cepat  tersentuh, bak kata  orang zaman sekarang sensitif kepada persekitaran.
           Suasana ini sebenarnya berlaku di setiap tempat saya bertugas, semasa di SK Kampung Lengkuas, dan SK. Padang Tenggala saya tidak menghadapi sebarang masalah mungkin kerana sekolah tersebut kecil dan bilangan pelajar tidak ramai tetapi di SK. Seri Iskandar saya menghadapi pelbagai dugaan dan saya berpendapat semuanya berlaku kerana kita adalah pelaksana bertanggung jawap dan di sinilah bermulanya cabaran dalam kehidupan saya sebagai seorang guru. Ringkasnya, pada suatu ketika saya dipertanggungjawabkan sebagai Setiausaha PIBG merangkap Setiausaha Kecemerlangan sekolah, bayangkan dalam mesyuarat PIBG selain membentangkan minit mesyuarat PIBG saya juga perlu membentangkan laporan kecemerlangan sekolah. Apabila saya terfikir kenapa saya sering diberi tanggungjawap dengan tugasan yang besar dalam kerjaya saya. Saya sendiri tidak boleh menjawabnya, hanya pentadbiran yang boleh memberi ulasan kerana bagi saya orang lain yang mentafsir diri kita. Begitu juga di SMKASAS situasinya lebih kurang sama saja. Di sekolah lama juga saya  cepat melatah kerana bebanan tugas. Di sini juga situasi yang sama berlaku ada saja tugasan yang saya terima. Saya masih ingat lagi kata-kata mantan Pengetua SMKASAS iaitu Allahyarham Ustaz Suhot semasa saya dilantik menjadi Setiausaha Sukan suatu masa dulu dan sebelum dia berkata selanjutnya saya terus menolak jawatan yang saya rasa terlampau besar dan berat untuk saya pikul tambahan pula saya baru saja posting, dan paling teruknya saya guru sekolah rendah sebelumnya. Berkali-kali saya merayu untuk menolak jawatan tersebut, timbul kata-katanya, "Cikgu saya melantik cikgu menjadi setiausaha sukan setelah membuat pertimbangan yang teliti dan ini adalah kepercayaan saya." Ustaz lantiklah orang lain di sekolah ini kerana lebih ramai cikgu di SMKASAS ini yang lebih layak memegang jawatan tersebut." kata saya. Cikgu ini pengalaman dan cikgu mungkin akan menjadi pentadbir suatu hari nanti dan semua pengalaman tersebut akan membantu cikgu ." Oleh sebab saya tidak mahu mendengar syarahannya saya cuma mendiamkan diri tanpa mengatakan persetujuan atau menolak pelawaan. Semua kisah lama dan baru ini saya kaitkan semula dengan peribahasa yang pernah saya bicara sebelum ini " Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul." 
             Kini, suasana kerjaya saya tegang semula  dan situasi ini  sudah mulai menghantui saya, secara jujur saya katakan saya begitu prihatin terhadap kerja yang saya lakukan dan saya tidak reti nak berpura-pura semasa bertugas baik semasa mengajar, menyemak kertas mahupun melahirkan bahan-bahan P&P seperti bahan mengajar, bahan untuk ceramah sama ada berbentuk teknik untuk menjawab soalan atau kemahiran berkaitan tatabahasa dan bahan untuk membimbing cara-cara untuk menghasilkan penulisan. bukan saya ingin berbangga dengan diri saya tetapi nawaitu utama saya adalah untuk pelajar-pelajar saya. Namun ada baiknya, kerana pada suatu ketika bahan-bahan itu yang menyelamatkan saya. Contohnya pada awal tahun ini saya telah dipantau oleh penyelia JPN dan sebenarnya saya bukanlan sebagai sasaran awal tetapi guru bahasa yang lain tetapi disebabkan suasana yang tidak mengizinkan beliau menyatakan untuk memantau ketua panitia bahasa Melayu tetapi saya tidak pernah menolak sedangkan saya kenal beliau semasa bersama-sama berkursus Sastera di Pulau Pinang cuma bezanya beliau menyertai kursus tersebut bukan peserta seperti saya tetapi sebagai wakil penyelia JPN. Perak kerana pada ketika itu terdapat tiga pesertua kursus  iaitu guru daripada negeri Perak, Kelantan, dan Pulau Pinang. Peringkat awalnya saya terkejut kerana selain itu beliau juga ingin melihat fail panitia. Saya menyuruh pelajar saya mengambil LCD dan saya terus membuka empat "pendrive" saya dan memilih bahan sesuai untuk melaksanakan P&P. Alhamdulillah  P&P tersebut berjaya saya laksanakan dan saya juga berjaya memberikan penerangan mengenai fail panitia dan perancangan yang dijalankan oleh Panitia BM untuk kecemerlangan mata pelajaran tersebut. Saya juga membuka fail post mortem kertas peperiksaan percubaan PMR 2009 dan dia menyatakan rasa kagum dengan bahan yang saya buat, disamping modul Ting.3. Sepatutnya saya boleh menyuruh setiausaha saya untuk memberi penerangan fail tersebut tetapi saya tidak mahu menyusahkan orang kerana banyak bahan dan maklumat saya buat sendiri kerana saya lebih berprinsip membantu orang lain. Selain itu, jika setiausaha panitia yang berjumpa dengan penyelia tersebut sudah pasti beliau akan menghadapi masalah terutama untuk menjelaskan program dan bahan yang perlu diketengahkan untuk diseliakan. Namun, saya perlu mengubah situasi tersebut kerana apa yang saya lalukan tidak tepat kerana ilmu tersebut saya yang dapat sedangkan setiausaha tidak mengalaminya. Memang, setiusaha akan rasa selamat tetapi setiausaha akan rugi kerana itulah ilmu yang amat berharga dan mematangkan kita sebagai seorang guru. Namun, paling saya bangga apabila tiga minggu lepas saya terbaca laporan penyeliaan berkenaan yang telah dikeluarkan oleh JPN dan keputusan hasil penyeliaan terhadap P&P saya dan fail panitia memberangsangkan, alhamdulillan.
              Selanjutnya, saya memikirkan bagaimana saya hendak menyemak karangan dalam seminggu sebanyak 120 karangan secara purata jika saya memberi mereka sebuah karangan seminggu. kepada pelajar. Untuk makluman dalam seminggu saya selalunya memberi 2  karangan untuk kelas peperiksaan. Apa nak jadi selepas ni? Hal ini tidak termasuk lagi latihan tatabahasa, ringkasan, rumusan, komsas novel dan sebagainya.  Sebagai penyelesaiannya, mungkin saya boleh bergantung kepada kaedah semakan rakan sebaya tetapi kaedah semakan ini juga memerlukan saya melakukan pemantauan supaya karangan yang disemak betul-betul berkualiti. Pening-pening. Bukan mudah untuk mencemerlangkan insan tetapi saya perlu lakukan kerana terbukti keesahannya cuma badan saja yang terseksa. Jika dulu saya boleh berihat sedikit semasa mengajar mata pelajaran Siviks,  itupun saya mengajar seperti mengajar mata pelajaran B. Melayu kerana di situ ada ilmu mengenai sahsiah dan penting untuk anak didik dalam menyeimbangkan rohani, jasmani, emosi dan mental. .Mana rehat saya selepas ini, tetapi fikiran saya masih positif, belum cuba belum tahu. Bayangkan, saya perlu menampi tiga kelas peperiksaan, kini kelas 2S sebagai kelas tambahan saya dan saya bukanlah orang yang sempurna, kerana saya banyak kekurangan. Cuma saya berserah kepada takdir Allah.
             Akibatnya mulut saya seperti tidak boleh ditutup, kini nak bercakap sahaja. Pentadbiran sepatutnya memahami perubahan ini terutama situasinya berkait pula dengan anak saya yang bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Saya juga ada keluarga di rumah dan saya ada mendengar rungutan sahabat-sahabat apabila kini  masa rehat hari Sabtu habis kerana ada saja program sekolah dijalankan pada hari tersebut. Perlu diingat, semua guru juga ada anak-anak yang perlu dididik di rumah. Kadang-kadang saya terkedu apabila saya cuba memberi pandangan dan ada pandangan saya tidak diambil peduli sedangkan impaknya saya sudah nampak terutama dalam menjalankan sesuatu program melibatkan akademik pelajar. Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan orang lain, jangan kita menganggap pandangan orang lain tidak betul kerana adakalanya pandangan itu juga perlu diambil perhatian. Saya teringat kepada kisah seorang majikan berbangsa Jepun telah meminta pandangan pentadbirnya mencari resolusi untuk menyelesaikan masalah syarikat mereka tetapi masalah tersebut tidak juga dapat diselesaikan. Sehinggalah majikan tersebut berjumpa seorang tukang sapu kebetulan bekerja disyarikatnya dan dia memberi pandangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah syarikatnya. Pada mulanya, pekerja tersebut risaua kerana orang yang berbual dengannya adalah orang paling dihormati di syarikat tempatnya bekerja. Alangkah terkejutnya beliau apabila pandangan tukang sapu itu lebih baik daripada berpuluh-puluh orang kanannya yang selama hari ini merupakan penasihatnya. Majikannya bukannya marah sebalik berbangga kerana mempunyai pekerja yang mempunyai buah fikiran yang matang dan kreatif. Hasil pandangan tukang sapu tersebut akhirnya syarikatnya berjaya menyelesaikan masalah dan majikan tersebut berjaya mengelak daripada mengalami kerugian besar. Selepas itu, tukang sapu itu diangkat menjadi penasihatnya. 
            Saya ingin menganalogi kisah di atas, antaranya jangan kita beranggapan program yang kita cadangkan baik dan berkesan kerana pandangan seorang individu tidak sama dengan pandangan ramai, kerana adakalanya kita terlupa situasi tempat, pelajar dan masalah dihadapi berbeza. Saya bukan kata program itu tidak elok kerana setiap program baik tetapi adalakanya kita terlupa ada yang perlu diperincikan agar program yang kita hendak jalankan kondusif dengan persekitaran kita supaya impak yang diperolehi sejajar dengan objektif yang dirancang. Ada banyak tempat untuk kita berbincang, terutama sekali dalam mesyuarat kurikulum dan selepas itu keputusan setiap program yang diputuskan boleh dibincang dalam panitia mata pelajaran untuk diperhalusi kerana di sinilah tempat pelaksana merancang dan melaksanakan program, berkenaan kemudian penyeliaan program akan dibicarakan dalam unit kecemerlangan sama ada untuk menjadual dan menyelia pelaksanaan setiap program. Melalui proses ini setiap perancangan akan difahami setiap warga pelaksanan dalam sesebuah institusi dan sudah pasti impaknya cemerlang. Jangan kita bekerja seorang diri kerana impaknya tidak seberapa dan paling utama hanya Allah saja yang layak memiliki kesempurnaan, insan biasa hanya sekadar menjalankan tugas dan kejayaannya adalah kerana keizinan Tuhan Rabbul Jalil. Perlu diingat, ada program yang dijalankan tidak disenangi oleh orang lain dan kita tidak mahu ada hati yang terguris kerana orang yang bekerja keras selama ini mendapati impak program terdahulu terkena pada anak sendiri. Cuba kita fikirkan adakah insan yang bergelar bapa ingin melihat anaknya menghadapi masalah kerana sesuatu program yang tidak memberi kebaikan kepada anaknya. Jawabnya tidak sama sekali, sekurang-kurangnya mereka juga akan meluahkan rasa tidak puas hati. Saya harap pisang tidak berbuah dua kali, perhalusi setiap perancangan dan pastikan perbincangan diadakan secara terbuka dengan mengambil tahu impaknya kepada insan yang lain kerana setiap insan ada naluri ,perasaan dan jiwa. Saya faham Tuan Pengetua mempunyai tanggungjawab yang berat dalam melayari bahtera sesebuah institusi tetapi dalam pada itu juga perlu berhati-hati dalam menerima sebarang cadangan dan program yang hendak dilaksanakan. Saya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan saya juga manusia biasa yang mempunyai kekurangan. Namun, jika saya bersalah dan pandangan saya tidak berepa tepat tegurlah saya kerana sekali lagi saya mengingatkan saya amat menghormati pentadbiran yang berpegang kepada konsep memberi dan menerima, dan konsep ini perlu diperluaskan dalam pelbagai sudut kerana kejayaan kita adalah kejayaan bersama. Namun, saya bangga kerana menjadi pendidik di SMKASAS.
               Akhirnya, saya berdoa kepada Illahi agar saya masih kuat untuk menjalankan tugas saya ini sebaik-baiknya. InsyaAllah saya cuba mengelakkan daripada implikasi peribahasa, Yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercicirian." Memang saya sedar untuk menghasilkan seorang Insan Kamil cemerlang memang susah tetapi tidak mustahil jika ada perancangan, disusuli dengan bahan, dan hasil kerja yang dilatih tubi, apa yang kita kehendaki akan diperoleh. Cuma yang saya risau saya ada tugas lain seperti warden, ketua panitia, kelas tuisyen, dan akhirnya keluarga. Sesekali biarlah kita berfikir secara lebih jauh, memikirkan impak daripada perancangan dan bukan terlampau ghairah memikirkan untuk menambah program sahaja dan jika perlu dijalankan pastikan program tersebut kondusif untuk pelajar. Semalam semasa Program bersama waris saya ada mendengar ibu bapa yang mengatakan anak-anak mereka stress  untuk balik semula ke sekolah apabila mendengar program kepung yang akan dijalankan pihak sekolah, sedangkan guru sendiri belum tahu apa sebenarnya perincian program berkenaan sehingga sukar untuk menyatakan secara jelas tentang program berkenaan. Begitu juga, saya ada mendengar guru-guru menyatakan anak murid mengemis memohon kepada guru supaya markah mereka dinaikkan supaya tidak terlibat dalam program kepung. Walaupun, mata pelajaran B. Melayu tidak ada yang kena kepung tetapi usaha ke arah mencemerlangkan prestasi mata pelajaran ini juga sukar dan memerlukan perbincangan bersama-sama guru mata pelajaran bahasa agar program yang dijalankan betul-betul menuju kepada sasarannya kerana kesepaduan dan kerjasama antara guru amat perlu untuk tujuan tersebut. Sama-sama kita fikirkan program berkenaan dan apa saja program yang hendak dirancang biarlah untuk kebaikan mereka kerana kita sayang anak didik, sayang sekolah dan sayang segala-galanya yang kita telah capai selama ini. Tambahan lagi, jika boleh biar program kepung tersebut bersesuaian dengan pelajar teribat dan bertambah baik jika pelajar yang tidak kena kepung juga terasa ingin menyertai program tersebut setelah mendapati kebaikannya kepada mereka. Jangan sebab nila setitik habis musnah susu sebelanga.
               

Sabtu, 26 Jun 2010

PROGRAM BERSAMA WARIS SMKASAS KALI KEDUA 2010

Pada hari ini 25/6/2010, bersamaan hari Sabtu, akan diadakan Program Bersama Waris Kedua.  Sudah pasti ibu bapa terutama  ibu bapa yang anak-anak mereka berada dalam kelas peperiksaan tidak sabar-sabar untuk datang ke SMKASAS. Masakan tidak kerana pada hari inilah ibu bapa dapat berjumpa guru kelas pertama dan guru kelas kedua untuk melihat sejauh mana perkembangan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak-anak mereka sudah pasti program ini merupakan masa untuk mereka bertanya kepada guru-guru kelas atau guru mata pelajaran sekiranya diperlukan untuk mendapat ulasan sejauh mana pencapaian anak-anak mereka setelah perjumpaan bersama waris pertama diadakan.
            Sudah pasti markah PPT dan TOV menjadi sasaran, pada masa ini ibu bapa boleh mendapat gambaran sebenar pencapaian anak-anak mereka disamping boleh mendapat ulasan selari antara guru dan ibu bapa, ibu bapa dan ana-anak, dan anak-anak dengan guru. Rumusan daripada data dan maklumat tiga penjuru ini akan menyimpulkan satu jawapan sama ada tahap pencapaian anak-anak meningkat, menurun, atau tidak ada perubahan. Pada kesempatan inilah, ibu bapa, guru-guru dan anak-anak  boleh membuat pembetulan dari segi arah tuju, cara perlaksanaan dan cadangan bagaimana anak-anak mereka boleh kembali kepada sasaran berdasarkan TOV dan sasaran akhir yang dirancang bersama berdasarkan target guru. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menggunakan saat berharga ini untuk memastikan pencapaian anak-anak mereka ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan awam pada hujung tahun nanti.
              Selain itu, pada hari ini ibu bapa boleh mendengar taklimat Tuan Pengetua mengenai prestasi umum anak-anak mereka dan langkah-langkah sekolah untuk memperbaik keputusan anak-anak mereka. Setelah pebincangan dan taklimat Tuan Pengetua yang sangat prihatin dengan anak-anak dan sekolah kerana untuk makluman beliau masih lagi bercuti setelah menjalani pembedahan mata kali kedua. Dikesempatan ini segulung tahniah, penghargaan. dan syabas kepada tuan  kerana beliau  masih berkesempatan   hadir pada hari ini untuk meneruskan program kecemerlangan pelajar SMKASAS dan boleh dikatakan beliau kerap meluangkan masa hadir ke sekolah walaupun beliau diarahkan berehat oleh doktor. Saya juga berdoa agar beliau cepat sembuh dan semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas usaha beliau untuk terus melahirkan Insan Kamil Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
               Setelah berusaha, ibu bapa, guru-guru dan anak didik akan membaca Yasin dan bersolat hajat di masjid untuk memohon kepada Allah agar usaha yang dilakukan dirahmati dan berakhir dengan kejayaan. Justeru, sama-sama kita berdoa agar pelajar PMR, SPM dan STPM 2010 akan cemerlang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaik-baiknya. Sebagai santapan rohani, pihak sekolah telah menjemput salah seorang Ketua Padri Kristian daripada Sarawak yang kini telah mendapat hidayah Allah dan memeluk agama Islam. Sudah pasti ceramah tersebut menarik dan sekurang-kurangnya kita akan mendapat gambaran betapa besar Agama Allah ini berdasarkan pandangan bekas Padri Kristian ini. Oleh sebab itu banyak keistimewaan program bersama waris pada tahun ini. Sebelum mengakhiri tulisan saya ini kerana jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi dan saya akan ke sekolah untuk program berkenaan, saya berdoa agar program pada hari berjaya dan dirahmati Allah. Amin.

Khamis, 24 Jun 2010

Blog Baru

Pada malam ini saya terfikir, perlunya saya mewujudkan satu lagi blog khas untuk saya memperkatakan Bahasa Melayu secara berfokus kerana blog ini saya rasa lebih sesuai untuk saya menyajikan santapan rohani dan mengembalikan kenangan dan memorabilia kepada bekas-bekas pelajar saya. Saya rasa sudah pasti keputusan saya ini disenangi semua bekas pelajar saya di luar sana kerana setiap malam apabila saya buka gajet Geovisite saya sering terpancar titik merah dan hijau pada peta dunia membuktikan blog saya ini diikuti oleh  Insan-Insan Kamil sama ada dari Tanah Air Semenanjung dan Malaysia Timur, Indonesia, Mesir, Jordan, Amerika, Russia, Dublin,  dan ada yang tidak dikenal pasti dari mana pusat pemancarnya dan saya berasa ukhwah kita semakin rapat. Doakan saya mempunyai kesempatan dan masa untuk saya lebih berfokus dalam membicarakan dua fokus yang berbeza ini sama ada fokus alumni dan fokus akademik kerana kedua-dua santapan tersebut amat berbeza laras dan kemahirannya. Namun, saya sayang dan terus mengingati semua bekas-bekas pelajar saya sama ada pelajar yang pernah belajar dengan saya ataupun tidak. Paling utama, kamu semua merupakan Insan Kamil yang pernah dilahirkan di bumi SMKASAS. Justeru, doakan saya dapat membina satu lagi blog, agar perbincangan saya lebih berfokus.
              Terlebih dahulu juga, saya ingin meminta maaf kepada pelajar yang cuba menghubungi face book saya kerana saya tidak boleh untuk menghubungi dan chat dengan anta dan inti , bukan  kerana saya tak sudi tetapi saya mengharapkan belas kasihan atas kesempitan masa. Namun, sesekali jika ada masa saya akan cuba menghubungi anta dan inti. Jika boleh layarilah blog saya ini, sekiranya masih ada denyut nadi saya, saya akan cuba memasukkan info-info baru di dalam blog saya. InsyaAllah. Doakan kesihatan saya, doakan kesihatan guru-guru SMKASAS dan tenaga pentadbirannya dan doakan kejayaan adik-adik di sini. Untuk info terbaru, Pn. Bainah b. Abdolah telah dilantik menggantikan Ustaz Atifine sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan tempat Pn. Bainah sebagai PK. Hem telah diisi oleh Ustaz Sidek b. Aliman. Tahniah, kepada kedua-dua pentadbir baru SMKASAS semoga SMKASAS akan terus cemerlang. Pengisytiharan kedua-dua pentadbir baru ini telah disampaikan oleh Tn. Pengetua dalam Taklimat Program Bersama Waris pada pukul 2.30 petang tadi.

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Peribahasa di atas memang mempunyai pengertian yang besar pada saya dan memang saya akui orang-orang Melayu terdahulu memang hebat mencipta bait-bait bahasa kerana setiap bait bahasa tersebut mempunyai unsur tersirat dan tersuratnya. Jelasnya, maksud tersirat darpada peribahasa tersebut ialah orang yang menanggung, menampi, menjalankan, menurut amanah, bertanggung jawab terhadap sesuatu kerja merupakan orang yang mengetahui erti susah senangnya kerja yang diamanahkan kepadanya.Walaupun orang lain yang cuba menterjemah kesusahan tersebut tetapi terjemahan yang mereka lakukan tidak akan dapat menyetarakan kesusahan yang dialami oleh orang yang  yang memikul tugas tersebut.
       Namun, sebagai insan kerdil, saya cuba untuk membantu orang lain kerana inilah prinsip hidup saya sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mungkin ada sesetengah orang cuba untuk mengelak daripada menerima tugasan tambahan, namun bagi saya itulah cabaran yang perlu saya hadapi kerana di penghujung liku-liku kerja yang bertambah ada habuannya dan habuan itu orang lain tidak akan nampak, dan pastinya di hujung setiap likuan hidup akan lahir kematangan. Kematangan inilah yang tidak akan dapat dirasai oleh orang yang tidak pernah ingin cabaran. Namun, pada petang tadi semuanya terjawab apabila saya terpaksa ke klinik untuk mengetahui tahap kesihatan saya, kerana sepanjang hari ini badan saya tidak selesa, kepala saya berdenyut dan ada seoarang rakan saya bertanya, adakah denyutan saya alami di bagahagian hadapan kepala atau di belakang kepala, terutama bahagian leher belakang. Persoalan ini sebenarnya bukan asing bagi saya kerana saya sudah beberapa kali diingatkan oleh orang terdahulu kerana jika denyutan itu dibahagian hadapan kepala bermakna itu bukanlan penyakit tetapi berkumpulnya segala tugasan menyebabkan denyutan terkumpul di kepala. Sebaliknya, jika denyutan itu berpaksi di bahagian belakang kepala bermakna itu adalah tanda-tanda penyakit sudah mendekati kita, tidak lain penyakit itu ialah darah tinggi. Setelah tamat taklimat Tn. Pengetua mengenai Program Bertemu dengan waris pada hari Sabtu, saya terus singgah di Klinik Bota Kiri untuk mendapat pengesahan tentang punca denyutan di kepala saya.
            Alhamdulillah setelah saya mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan di klinik Bota Kiri, semuanya melegakan kerana didapati tekanan darah saya stabil dan dia bertanya adakah saya kaki bola sehingga menonton tv hingga larut malam, saya kata tidak. Kemudian pembantu perubatan tersebut mengambil kesempatan berbual dengan saya kerana saya merupakan klien yang sering ke sana untuk mendapat rawatan. Beliau bukanlah asing bagi saya, kerana beliau pernah ke SMKASAS untuk membuat perkhidmatan kesihatan apabila Kelab 3K menjalankan  program Jom Sihat semasa Sukan SMKASAS yang lalu. Beliau berkata cikgu dari SMKASAS ye? Saya mengganggukan kepala. Oh, patutlah, katanya. dan dia merungkaikan pendapatnya dengan mengatakan bahawa saya sudah pasti sibuk kerana sekolah itu baginya adalah sekolah yang berprestij di Perak Tengah dan sehinggalah perbualan kami ke NKRA yang sibuk diperkatakan sekarang. Terkejut juga saya kerana beliau bergitu tertarik untuk berbincang tentang NKRA kerana program tersebut adalah porgram terbaru Kementerian Pelajaran untuk menentukan tahap prestasi sesebuah sekolah disamping memberi imbuhan kepada warga pendidik bagi 200 sekolah yang terbaik di Malaysia. Program ini juga akan mengakhiri porgram sekolah Kluster, namun nama yang telah dianugerahkan kepada sekolah seperti SMKASAS akan diteruskan cuma peruntukkan tidak akan ditambah. Cikgu, katanya saya yakin SMKASAS akan termasuk dalam rangking NKRA tersebut. InsyaAllah kata saya. Sebenarnya dalam taklimat Tn. Pengetua sebelum saya ke klinik ini, kami telah dimaklumkan sehingga ke hari ini SMKASAS menduduki rangking ke 110 daripada 2 ribu lebih buah sekolah menengah di Malaysia. Timbul pula rasa bangga saya kerana saya adalah guru SMKASAS dan sekurang-kurangnya ada dua ubat yang saya terima satu ubat yang perlu saya makan untuk menghentikan denyutan di kepala saya dan satu lagi ubat yang berbentuk kata-kata perangsang. Saya bangga menjadi guru SMKASAS dalam hati saya.
           Sebenarnya, saya telah dimaklumkan oleh Tuan Pengetua bahawa saya akan memegang satu amanah lagi. Saya terpaksa menerima satu kelas Bahasa Melayu lagi iaitu kelas 2S. Oleh sebab itu, saya berasa satu pemberatan tugas yang amat dasyat dalam hidup saya kerana saya terpaksa menanggung tugas mengepalai Panitia Bahasa Melayu, mengajar tiga kelas peperiksaan iaitu Kelas Ting. 3K, 3H dan Ting. 5B. Kini kepala saya menjurus kepada bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang akan saya gunakan untuk berhadapan dengan kelas 2S pula. Ya, Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan-MU, tetapi saya berasa bangga kerana itulah liku-liku kehiudpan yang akan mematangkan diri saya.
            Dalam pada itu, saya terkenang pula tugas saya sebagai warden malam tadi, pertama apabila saya dimaklumkan blok asrama blok B, menghadapi masalah elektrik menyebabkan blok tersebut bergelap dan ketika itu saya baru saja sampai di bilik guru untuk meneruskan tugas mengisi maklumat Amalan PASAK yang dikehendaki JPN, setelah menjamu selera hidangan roti canai di Dewan Makan Asrama. Pada masa yang sama, kepala saya sudah berserabut mencari pelajar yang ketawa semasa kami sedang sembahyang berjemaah di masjid, kepala saya pening kerana apabila ditanya siapa yang ketawa seorang pelajarpun tidak mengaku dan rasa marah saya mulai memuncak tetapi saya tidak boleh marah kesemua pelajar kerana hanya beberapa orang pelajar yang terlibat. Sampai saat itu, rasa marah saya tidak habis-habis. Sesampai saya di asrama ketika itu jam menunjukkan pukul 11.30 malam, memang blok B bergelap, apa saya nak buat itu persoalan yang timbul, saya cuba hubungi Pn. Bainah HEM tidak berjawab, begitu juga Ustaz Zaki, Cikgu Faisal dan Fazuan. Baru saya teringat, saya telefon En. Ali, penyelia asrama dan setelah dimaklumkan tempat ibu sawat elektrik aspura sayapun masuk ke bilik tersebut dan membetulkan kedudukan  punat kawalan elektrik tersebut, alhamdulillah semua baik dan asrama mendapat bekalan elektrik semula. Kemudian saya ke bilik guru semula untuk meyambung kerja dalam pada itu, saya terlihat kelibat dua orang pelajar berada di kelas 2K, dan saya cam pelajar tersebut. Setelah perbuatan mereka di ketahui pelajar tersebut terhendap-hendap lari terhendap-hendap seperti cuba untuk mengelakkan saya mengecam mereka dan saya ke asrama semula untuk mengesan mereka, dan apabila berjumpa dengan pelajar tersebut saya soal siasat sehingga saya mengesan pelajar yang ketawa di masijid tadi. Alangkah geram dan marah saya kerana setelah 3 jam berlalu pukul 12.00 malam baru persoalan di kepala saya terjawab dan kesemua pelajar yang terlibat saya arah turun ke bilik warden dan kebetulan Cikgu Fazuan dan Cikgu Faisal baru balik dan mereka turut menyoalsiasat pelajar berkenaan. Atas dasar 'empoverment' dan pekeliling membenarkan warden bertindak kepada pelajar yang melanggar disipilin sekolah saya terpaksa menghukum mereka agar hukuman tersebut memberi pengajaran kepada mereka dan pelajar asrama yang lain. Setelah di soal siasat dan dimaklumkan kesalahan yang mereka lalukan dan mereka faham akan kesalahan mereka, saya mengambil tindakan. Bagi saya, saya lebih suka memaklumkan kesalahan tersebut terlebih dahulu dan membenarkan mereka membela diri agar mereka tidak mendendami saya kerana itu tugas saya sebagai warden, jika tidak apa ertinya warden kepada mereka. Salah seorang daripada mereka saya lepaskan kerana terbukti tidak bersalah kerana tersilap dan bangun berdiri selepas tahyat kedua sedangkan kami yang lain sedang tahyat kedua. Kesalahan empat pelajar lagi kerana cuba mendiamkan diri semasa saya bertanya di masjid dan saya maklumkan jika mereka mengaku semasa saya bertanya mungkin saya tidak mengambil apa-apa tindakan. Sementara empat pelajar lagi yang berada di kelas pada masa ditetapkan saya serahkan kepada Cikgu Fazuan sebagai kaunselor sekolah kerana kes tersebut tidaklah seberat mana. Setelah selesai kes tersebut saya ke bilik guru semula dan meneruskan kerja membuat post mortem PPT untuk laporan panitia. Saya tiba di rumah pukul 2.30 pagi. Oleh sebab keletihan, saya terus tidur walaupun ketika itu Ghana bertemu dengan Jerman kerana pada saya, saya perlu menenangkan fikiran kerana esok saya akan meneruskan tugas di sekolah. Namun, para pelajar perlu sedar tugas warden sebenarnya berat, pertama kami sentiasa ingin pelajar di asrama sentiasa dalam kondusif, pelajarnya patuh kepada peraturan asrama, menjalankan tugas sebenar semasa prep dan saya pula sering menyatakan kepada pelajar sama ada pelajar sekarang atau bekas-bekas pelajar saya terdahulu, bahawa saya boleh dianalogikan seperti seekor kucing yang jinak boleh didekati, boleh bermesra, boleh dijadikan kawan, tetapi jangan disangkan seekor haiwan yang jinak tidak boleh merubah perwatakannya kerana kadang-kadang kucing yang jinak boleh menjadi seekor harimau yang garang. Ini prinsip saya, dan perwatakan saya sebenar sudah berubah kerana ketika saya di sekolah rendah saya tidaklah seperti saya sekarang. Itu mungkin disebabkan situasi dan keadaan dan ini terbukti ada bekas-bekas pelajar saya yang takut dan segan bercakap dengan saya sedangkan mereka adalah bekas pelajar di sekolah rendah dulu. Kini mereka mengakui dan meminta maaf kepada saya setelah mereka berada di luar sana. Saya bangga kepada mereka setelah menghubungi saya, kerana saya tetap mantan guru mereka.
               Jelasnya, peribahasa di atas memberi makna yang besar dalam tugas saya pada hari ini dan semalam. Cuma saya ingin meneruskan catatan ini dalam blog ini untuk tujuan melepaskan sedikit tekanan stress yang saya hadapi. Alangkah berbezanya tugas saya daripada guru-guru yang lain. Mungkin mereka sedang nyenyak tidur dan bersama keluarga masing-masing dan kehidupan saya sebagai seorang guru dihabiskan dengan kerja tambahan seperti ini dan malam ini saya sepatutnya mengajar tuisyen kelas 5B dan semalam dengan 3K, terpaksa saya kecualikan agar kesihatan stabil dan juga setelah saya melawat kelas 5B selepas Isya, saya terus menyuruh mereka menyiapkan tugasan karangan yang saya beri dengan harapan pada hari Jumaat nanti mereka dapat menghantar karangan PPT yang tidak dijawab semasa peperiksaan dan hasilannya lebih bermutu. Namun, sekali lagi saya beryukur kerana saya masih sihat dan tekanan darah saya normal seperti guru-guru lain. Namun, saya terfikir sampai bila saya boleh menjadi seorang warden? Kedua, banyak sangat sejarah saya di SMKASAS walaupun saya bertugas di sini selama 9 tahun, kenangan sebagai Setiusaha Sukan, Kenangan sebagai Setiusaha PIBG dan kini sebagai warden dan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Barulah saya sedar semua ini mematangkan saya sebagai seorang guru. Tamat diari saya untuk hari malam ini.Jam menunjukkan pukul 10.00 malam, saya cuba untuk membuat post mortem PPT Ting. 3 dan Ting. 5. Sesungguhnya dengan adanya post mortem dengan membuat 'scan' kertas jawapan pelajar, saya dapat memaparkan keistimewaan dan kelemahan jawapan pelajar sebagaimana saya lakukan untuk pelajar ting. 3K dan 3S tahun lepas. Memang tugas ini berat, apalah salahnya saya luangkan masa untuk kepentingan pelajar saya. Guru ibarat lilin, menerangi orang lain. Justeru, tugas saya perlu diteruskan selagi nadi masih berdenyut, selagi tenaga masih ada, walaupun sudah ada tanda Allah mulai menarik sedikit pancaindera saya kerana dulu saya boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata tetapi sekarang tidak lagi. Namun, doa anak didik saya sama ada mereka sekarang berstatus bekas pelajar atau pelajar saya akan memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan kerjaya saya sebagai seorang guru untuk melahirkan Insan Kamil Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wasalam.

Selasa, 22 Jun 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PMR DAN SPM SMKASAS 2010

Alhamdulillah, hari ini hari yang mengembirakan saya dan pada malam ini saya terfikir untuk merencanakan Program kecemerlangan BM PMR dan SPM SMKASAS 2010 kerana semua kerja-kerja saya sebelum ini berjaya diselesaikan. InsyaAllah, saya akan mencadangkan Panitia Bahasa Melayu bermesyuarat minggu ini terutama untuk mendapatkan makluman pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 dan membincangkan post mortem dan aktiviti yang sesuai dijalankan ke arah kecemerlangan BM SMKASAS.
      Kedua, masalah kekurangan guru bahasa Melayu SMKASAS yang semakin meruncing setelah Cikgu Dalia berpindah ke SMK Dato' Maharaja Lela Kampung Gajah, jadual waktu perlu dirombak dan guru-guru BM yang ada perlu mengisi jadual kosong yang ditinggalkan oleh beliau. Perlu saya beri penekanan bahawa kekurangan guru bahasa Melayu yang berpengalaman untuk mengajar kelas bukan peperiksaan akan memberi impak yang besar kepada guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan.Sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu SMKASAS, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada guru kelas peperiksaan antaranya Cikgu Sirajuddin, Cikgu Mohd. Ariffin, Cikgu Rahayu, dan Cikgu Siti Munawirah. Sesungguhnya kesepaduan dan kesepakatan kita selama ini dapat mengekalkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu rangking pertama mata pelajaran dalam peperiksaan awam.
        Saya akan cuba untuk membawa masalah kekurangan guru bahasa Melayu ini dalam mesyuarat Panitia, mesyuarat ketua bidang dan mesyuarat kurikulum sekiranya pihak pentadbiran dapat memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Terutamanya, jika boleh pentadbiran perlu melihat perkapita guru mata pelajaran yang ada kini dan cuba untuk menambah bilangan guru bahasa Melayu dalam usaha menangani masalah ini. Jika boleh, Panitia Bahasa Melayu tidak perlu mengemis dan meminta bantuan daripada guru-guru bidang lain untuk menampung kekurangan guru bahasa.Justeru, di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Hasnimah dan juga Cikgu Rahayu terutamanya kerana masih ingin bersama Panitia Bahasa Melayu untuk bersama-sama mencemerlangkan mata pelajaran ini. Hal ini kerana, Cikgu Hasnimah merupakan seorang guru yang kepakarannya dalam bidang SRT ( Sains Rumahtangga ) dan Cikgu Rahayu bidang Seni Lukis.
        Namun begitu, saya sedar, tanpa bantuan awal guru mata pelajaran  bukan kelas peperiksaan, kita tidak akan mampu untuk mengekalkan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu selama ini. Kesimpulannya, kejayaan kita mengekalkan prestasi Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam adalah kerana hasil usaha kita bersama. InsyaAllah saya akan sentiasa membantu untuk melaksanakan sebarang program kecemerlangan BM PMR dan SPM bersama-sama. Usaha sepakat membawa berkat. Terima kasih kepada semua guru bahasa Melayu SMKASAS. Jasamu tetap dikenang.

Isnin, 21 Jun 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM 2010

InsyaAllah, esok saya akan memberikan ceramah Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM di SMK Seri Iskandar. Apabila saya mengimbas kembali perjalanan hidup saya sepanjang cuti sehinggalah saya menulis bahan terbaru di blog ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana terus memberikan saya kekuatan, idea, dan masa untuk menyelesaikan tugasan saya sama ada tugas rasmi mahupun tugas sampingan. Hal ini kerana, dalam tempoh dua minggu ini saya berjaya menyelesaikan tugas menyemak kertas PPT  Bahasa Melayu Ting. 5B, 3K, dan 3H 2010 serta  membuat post mortem kelemahan pelajar menjawab kertas- kertas tersebut.  Selain itu, saya juga telah diberi kekuatan untuk mengendalikan blog dan face book saya, kerana melalui kedua-dua gajet tersebut saya dapat berhubung dan memberi info kepada bekas-bekas dan pelajar saya yang saya rasa haus dan rindu dengan sekolah mereka. Sudah pasti dengan penulisan bahan yang terkni, pelajar dapat mengetahui perkembangan diri saya dan sekolah.
                Malah, saya juga sempat menghadiri majlis perkahwinan anak-anak sahabat guru,  kenduri kahwin anak saudara mara dan menziarahi ayahanda saya di kampung.Dalam masa yang sama, saya berjaya membaik pulih bahan ceramah berbentuk teknik menjawab B. Melayu PMR dan SPM kerana bahan tersebut boleh saya gunakan sama ada untuk ceramah luaran mahupun peringkat dalaman sekolah dan pada hari Isnin  14/6/2010 yang lalu saya berjaya memberikan teknik menjawab PMR di Pusat Tuisyen rakan saya di Bandar Universiti untuk pelajar-pelajar yang dalam bercuti sekolah dan esok saya akan ke SMK Seri Iskandar. Bukan tujuan saya untuk memperihal semua kerjaya saya di atas tetapi yang paling utama saya amat bersyukur bagaimana Tuhan memberikan saya ruang untuk melaksanakan pelbagai kerja walaupun adakalanya kerja tersebut memerlukan saya bersengkang mata untuk meyelesaikannya. Di sinilah saya sedar betapa insan kerdil seperti saya memerlukan kekuatan , masa dan idea dan sudah pasti semuanya adalah rahmat dan kurnian Allah. Sesungguhnya segala keletihan yang dialami memberikan pulangan nikmat yang tidak terhingga dan hanya saya seorang yang dapat menikmatinya. Amin.

ALUMNI SMKASAS

         Saya terpanggil untuk menjawab ulasan salah seorang bekas pelajar mengenai Alumni SMKASAS. Memang saya akui  pendapat dan kenyataan beliau  bahawa  Alumni SMKASAS sudah ada sebelum ini tetapi  masih tidak dikenali generasi baru bekas-bekas pelajar SMKASAS. Oleh sebab itu, wajar kiranya saya menceritakan sejarah Alumni ini berdasarkan pengalaman saya di SMKASAS. Dalam pada itu, saya memohon maaf sekiranya ada fakta yang saya beri tidak tepat kerana kehadiran saya di SMKASAS hanya bermula pada tahun 2002 apabila pertama kali saya ditugaskan di sini.  Sekiranya  ada bekas-bekas pelajar yang  membaca tulisan saya ini lebih  mengetahui sejarah alumni ini  sila bantu saya untuk membetulkannya supaya sejarah ini betul-betul sejarah untuk tatapan generasi bekas pelajar yang setiap tahun bertambah di muka bumi Allah ini. Hal ini kerana saya bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan soal alumni ini cuma atas dasar sayang akan SMKASAS, sayang akan anak didik saya, maka saya paksa juga diri saya untuk membicarakannya.
            Untuk makluman, memang saya akui Alumni SMKASAS sudah ada dan YDPnya ialah saudara Zubairy dan Setiausahanya ialah saudara Tun Faisal Ismail Aziz. Mereka ialah bekas pelajar batch awal SMKASAS. Pada tahun 2003, telah diadakan usaha untuk menjayakan Program  " Sirih Pulang Keganggang " dan semasa program tersebut diadakan saya sendiri berada di Kedah mengikuti kursus Induksi. Saya tidak pasti sama ada program tersebut merupakan program yang dijalankan oleh Alumni yang ada. Namun oleh sebab rasa terpanggil dan ingin melihat Alumni SMKASAS mantap, pada tahun 2008 jika saya tidak silap dan ketika itu saya merupakan Setiausaha PIBG SMKASAS, saya telah bercakap dengan Tuan Pengetua, Ustaz Arip b. Sa'aya  berhubung dengan Alumni SMKASAS dan meminta kebenaran untuk menghubungi saudara Zubairy atas dasar  memulakan hubungan  baik sekolah dengan alumni. Dalam masa yang sama, saya telah mengusulkan dalam mesyuarat PIBG agar diadakan usaha untuk merapatkan hubungan alumni dengan sekolah. Justeru, apabila jawatankuasa PIBG bersetuju maka bermulalah usaha untuk merapatkan alumni dengan sekolah, pertemuan secara rasmi telah diadakan bersama wakil Alumni, jawatankuasa PIBG dan pentadbir sekolah.Antara program Alumni adalah untuk membantu sekolah contonya memberi sumbangan menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah, dan program terbesarnya adalah mengatur pertemuan dengan Pengarah Pelajaran Perak untuk sesi soal jawab dengan Tuan Pengarah dalam usaha mendapatkan peruntukan untuk kepentingan sekolah. Namun, objektif untuk menambah ahli dan memperkasa Alumni akhirnya terbengkalai dan atas rasa kecewa saya meminta kebenaran daripada Tuan Pengetua untuk berundur daripada jawatan setiausaha PIBG. Sehinggalah sekarang hubungan sekolah dengan alumni ini semakin jauh. Ingin saya menjelaskan di sini bahawa kenyataan saya di atas bukan menyalahkan mana-mana pihak tetapi tindakan yang saya lakukan kerana menyedari kelemahan saya dalam merealisasikan sebuah alumni yang mantap.
                  Seingat saya usaha ketiga untuk mengumpul bekas-bekas pelajar telah dilakukan oleh En. Mohammad Nizar Bahagian Pendaftar Kemasukan Pelajar UTP ( bekas pelajar sezaman dengan saudara Zubairy ) sempena Ulang Tahun ke 25 penubuhan SMKASAS, pada tahun lepas. Usaha sebegini rupa memang dialu-alukan dan diharapkan setiap pelajar yang telah mendaftar nama semasa pertemuan tersebut diharapkan akan terus cakna dan mengikuti perkembangan alumni. Dalam hal ini, hanya bekas-bekas pelajar  prihatin dan mengikuti perkembangan alumni mampu untuk menentukan kekuatan sesebuah alumni kerana organisasi alumni sebenar masuh belum utuh. Kecuali apabila alumni berkenaan sudah ada organisasinya , sudah pasti masalah komunikasi antara pelajar akan lebih sistematik. Justeru kepada bekas-bekas pelajar yang ingin mendaftarkan diri secara tidak rasmi boleh menghubungi saudara Ahmad Sahrolman mengunakan face book beliau ( Taip nama Ahmad Shahrohman di bahagian atas face book akan tertera alamat face booknya) kerana beliau kini sedang cuba mengumpulkan maklumat pelajar mengikut batch menggunakan data base supaya maklumat pelajar akan dapat dikemaskini. Saya mengucapkan terima kasih atas usaha beliau.Untuk makluman Shahrolman sekarang sedang menuntut di Universiti Teknologi Petronas.Namun setakat hari ini, usaha menguar-uarkan usaha murni ini semakin mendapat perhatian bekas-bekas pelajar kerana ramai yang sempat saya hubungi melalui chat face book menyatakan hasrat ingin membantu merealisasikan kewujudan sebuah alumni yang kukuh. Saya yakin, Insan Kamil Yang Pernah Dilahirkan di SMKASAS kini berada di seluruh dunia bukan hanya di Malaysia sahaja.  Hal ini terbukti apabila saya membuka blog ini dan mengklik  bahagian pengunjung blog ini  ada sahaja Insan Kamil yang sedang membuka blog ini sama ada dari Jordan, India, Mesir, Jepun, Ireland, Indonesia dan ada juga isyarat yang tidak dapat dikesan gajet Geovisite .Saya juga yakin, jika warga bekas pelajar SMKASAS berkumpul  di SMKASAS semula, sudah pasti mereka terdiri daripada pelbagai jurusan dan profesion. Malang sungguh kerana SMKASAS tidak dapat menjejaki Insan Kamil ini, cuma jika Insan Kamil ini masih ingat SMKASAS mungkin pada masa akan datang kita dapat mengumpulkan anta dan inti. Anda semua merupakan bukti kejayaan SMKASAS benar-benar melahirkan Insan Kamil Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
                  Berbalik soal alumni, pabila mengenangkan semula kepentinganya, saya telah mula membina blog ini dan cuba menghubungi bekas-bekas pelajar dan ada antara bekas pelajar terkejut apabila saya cuba "add friends" dengan mereka. Dalam masa yang sama, saya ada mengubungi semula saudara Zubairy hasrat untuk memulakan semula hubungan dengan beliau bagi memantapkan Alumni kerana atas dasar alumni yang ada jangan dipinggirkan dan beliau bersetuju untuk membincangkan semula perkara tersebut. Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan alumni ini dan juga usaha sebelum ini untuk bekerjasama dengan alumni, cuma bezanya dulu saya bertindak bersama PIBG dan sekolah dan buat masa ini saya cuba menjalankan usaha ini secara bersendirian terlebih dahulu, semuanya atas kesedaran alumni penting terutama untuk SMKASAS. Namun begitu saya ada menyatakan kepada Tuan Pengetua tentang usaha ini secara umum  semasa  berbual dengan beliau. Tegasnya, usaha yang saya lakukan ini adalah untuk melihat Alumni SMKASAS sama hebat dengan Alumni sekolah-sekolah berasrama yang lain dan selepas ini bergantunglah kepada bekas-bekas pelajar untuk membicarakan bagaimana mentadbir organisasi alumni ini bersama dengan saudara Zubairy dan jawatankuasanya. 
         Yang pastinya, saudara Zubairy merupakan orang lama dan beliau mungkin dapat membantu menghubungi rakan-rakan satu batch atau yang masih berhubung dengannya dan dengan cara ini generasi bekas pelajar lama dan baru akan bertaut di bumi SMKASAS. Cuma saya berharap bekas-bekas pelajar prihatin membantu  menjayakan usaha murni ini dan berdoa agar alumni yang akan lahir selepas ini akan meneruskan ukhwah antara kita agar hubungan saudara dengan adik-adik pelajar, guru-guru dan pentadbir akan berterusan. Tambahan pula, mungkin masih ada guru-guru SMKASAS yang masih lagi mengajar di sini dan sementara mereka masih ada inilah masanya untuk bertemu semula dengan mereka kerana ada tenaga pengajar SMKASAS yang sudah bertemu dengan Khaliknya. InsyaAllah. Maaf kerana info ini agak tidak tersusun kerana saya cuma masukkan info baru dalam info sebelumnya atas dasar masalah kekangan masa dan tugas)

Sabtu, 19 Jun 2010

SESI PERSEKOLAHAN SEMESTER KEDUA BERMULA

Esok merupakan hari terakhir cuti semester pertama, bermakna esok pelajar-pelajar SMKASAS akan mulai balik ke asrama. Justeru, pelajar-pelajar perlu membetulkan semula nawaitu setelah dua minggu menjalani cuti yang melekakan. Tambahan, marcapada dunia telah mengalami demam pertandingan bola sepak piala dunia di Afrika Selatan, kenduri-kendara perkahwinan yang sentiasa memenuhi diari hujung minggu dan program ibu bapa yang telah merancang membawa keluarga mereka berkelah, balik kampung dan sebagainya, sudah pasti menjauhkan pelajar daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam pada hujung tahun ini, masa yang terluang jangan disia-siakan, pastikan masa-masa terjadual seperti prep, program kecemerlangan, teknik menjawab peperiksaan digunakan untuk mengukuh persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan. 
          Sementara pelajar yang gagal melepasi tahap keputusan PPT yang dikehendaki pihak sekolah, bersedialah dengan program kepung yang bakal dilaksaksanakan apabila sesi persekolahan dibuka. Jangan mengeluh apabila program tersebut terkena ke batang hidung sendiri kerana siapa penyebabnya  Jawabnya, tanya diri sendiri sudah pasti jawapan ada pada anda.Ingat, program tersebut dijalankan untuk membolehkan anda membaiki kemahiran yang anda masih belum anda kuasai. Justeru, jika orang lain balik kampung, anda gunakanlah masa yang kondusif semasa ketiadaan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah anda. Diharapkan pihak pentadbiran sekolah membincangkan program ini semasak-masaknya supaya program yang baik ini betul-betul bermanfaat dan dibawa ke meja perbincangan bermula dari akar umbi yakni berfokus guru,  diikuti perbincangan peringkat panitia, ketua bidang, unit perancangan kecemerlangan sekolah untuk diperhalusi agar perlaksanaannya dan pengaplikasiannya betul-betul difahami oleh pelaksana dan penerima program ini iaitu pelajar sendiri.  Kita tidak mahu program ini  "indah khabar dari rupa."  Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar PMR dan SPM 2010 cemerlang kerana misi dan visi SMKASAS sendiri sudah sampai tempoh matangnya pada tahun ini untuk melihat SMKASAS Sebuah Institusi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang selaras SMKASAS sebagai sebuah Institusi Kluster Akademik. InsyaAllah.

MENYEMAK KERTAS PPT 2010

Pening menyemak kertas PPT, terutama karangan umum, karangan berpandu dan ringkasan. Alhamdulillah kertas PPT Ting. 5B dan 3K dah siap. Kertas PPT 3H dalam proses. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, saya cuba untuk meneruskan semakan kerana tinggal dua hari lagi masa untuk menyemak kertas PPT 3H dan saya berharap esok saya mampu menyelesaikan semakan. Doakan saya sihat dan menghabiskan kerja yang memenatkan ini. Pabila buka sekolah nanti ada teguran yang akan saya buat dan mengharapkan pelajar memahami kelebihan dan kelemahan mereka semasa menjawab PPT 2010. Dah pening, justeru saya mengambil kesempatan menulis di dalam blog ini.

Jumaat, 18 Jun 2010

KEPUTUSAN PPT TING 3K 2010

Pelajar Ting. 3K boleh mendapat keputusan masing-masing pada halaman pautan di bahagian bawah sebelah kanan blog ini. Semoga anda mendapat keputusan cemerlang.

Rabu, 16 Jun 2010

PEMBEDAHAN MATA KALI KEDUA

Alhamdulillah, Ustaz Arip B. Sa'aya, Pengetua Kanan SMKASAS telah selamat menjalani pembedahan mata kali kedua pada minggu lepas. Saya telah menghubungi beliau dan beliau menyatakan beliau sihat dan sedang bercuti ketika ini, namun saya pasti beliau akan sentiasa menjeguk sekolah kerana beliau amat prihatin terhadap sekolah dan warga SMKASAS. Saya mengharapkan  warga SMKASAS, anak-didik dan bekas-bekas pelajar mendoakan beliau sihat dan dapat meneruskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan SMKASAS. Amin

Selasa, 15 Jun 2010

KEPUTUSAN PPT TING. 5B 2010

InsyaAllah keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Ting. 5B akan dimasukkan ke dalam blog ini esok. Sila layari  bahagian Pautan Keputusan Peperiksaan  untuk mengetahui keputusan masing-masing. Malam ini markah pelajar saya akan masukkan ke dalam komputer untuk post mortem. Semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang.

HANYA SEKADAR PENDAPAT DAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Marcapada, keghairahan pelajar dan bekas pelajar mencipta suatu gajet di face book untuk tujuan berseloroh adalah dengan membina kuiz. Boleh dikatakan pengaruh permainan ini boleh dianalogikan seperti wabak virus yang menjadi tarikan kepada umat Islam untuk leka menambah dan membalas kuiz ini. Sesekali saya terfikir adakah ini merupakan dokrin yahudi untuk melalaikan pelajar-pelajar kita daripada membicarakan soal yang lebih ilmiah. Justeru, sebagai ingatan cuba ubah cara anta dan inti semua mencipta permainan kuiz ini dalam bentuk yang lebih bermakna seperti menjawab soalan Matematik ke, soalan Sejarah, menjawab soalan Peribahasa ke! Rasanya permainan seperti ini lebih memberi impak kepada minda seorang pelajar.
          Kadang-kadang, kuiz ini memang seronok tetapi adakalanya boleh menyinggung perasaan orang lain jika individu yang dikenakan itu orang yang tidak dikenali, malah jika dikenali sekalipun mereka ada perasaan, tambahan pula permainan seperti ini ditonton oleh semua pelayar face book. Sebagai seorang guru, saya harap anta dan inti dapat merenung kembali gejala yang melanda pengguna face book sekarang. Sebelum bertindak pastikan nawaitunya betul dan biarlah masa untuk di face book digunakan dengan cara berfaedah dan jangan membuang masa kerana setiap masa yang terlepas tidak akan kembali semula sesuai dengan peribahasa masa itu emas. Saya berharap agar pandangan saya ini bukan pandangan yang ortodoks atau ketinggalan zaman kerana saya sedar kegunaan face book selaras dengan peredaran zaman dan situasi dunia kini  tanpa sempadan. Renung-renunglah bersama agar penggunaan gajet internet ini tidak melekakan.

Ahad, 13 Jun 2010

SILA BERI PANDANGAN SAMA ADA SMKASAS PERLU ATAU TDAK MEMPUNYAI SEBUAH ALUMNI?

Jika perlu, kenapa? Jika boleh, bila perjumpaan yang sesuai? Sudah adakah perjumpaan antara batch anda sebelum ini? Mudahkah untuk anda berhubung dengan rakan-rakan anda? Jika boleh cadangkan siapakah ketua antara batch anda  yang mudah dihubungi untuk mewakili pelajar sesi persekolahan anda? Semua data dan maklum balas mengenai perkara di atas amat penting untuk membantu kewujudan sebuah alumni SMKASAS. 

         Diharapkan kepada sesiapa yang membaca maklumat ini cuba uar-uarkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Respon dan tindak balas anda terhadap perkara di atas akan menentukan tertubuhnya sebuah alumni smkasas yang mantap, setelah  26 tahun institusi pendidikan ini  wujud di bumi Allah Tercinta ini.

        Komen atau pandangan anda boleh disalurkan dengan mengklik bahagian ulasan di bawah. Saya mengucapkan terima kasih sekiranya anda berbuat demikian kerana secara tidak langsung anda masih sayang akan sekolah anda tempat "Insan Kamil Dilahirkan."

Khamis, 10 Jun 2010

KERJA-KERJA YANG TIDAK ADA NOKTAHNYA


Beginilah keadaan saya setiap hari, sama ada malam atau siang di ruang tamu atas rumah saya. Di hadapan, meja tempat saya menyemak kertas PPT 2010 sementara meja belakang tempat laptop, dan di situlah saya memasukkan berita atau sebarang makluman terkini ke dalam blog. Kini saya menghadapi masalah kerana PC saya yang terletak di sudut tepi menghadapi masalah "power" atau "suply" elektrik. Hari demi hari, cadangan untuk menghantar PC tersebut ke kedai belum terlaksana dan laptop yang ada sekarang banyak berjasa walaupun baterinya sudah tidak boleh di cas dan hanya bertahan selama 8 hingga 10 minit jika digunakan menyebabkan saya terpaksa menyambung wayar terus ke laptop untuk pengoperasiannya.
Sekiranya saya bosan menyemak kertas peperiksaan, saya akan ke laptop melihat face book atau blog untuk melihat jika ada pelajar sedang membuka dan berhubung dengan saya. Saya meminta maaf jika ada bekas pelajar atau pelajar yang menghantar mesej dan saya tidak membalas mesej tersebut, untuk makluman laptop saya kerap saya buka semasa saya menyemak atau membuat bahan p&p. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan membalas mesej anda. Jika ada antara pelajar ingin mengetahui perkembangan saya, sila buka blog saya di mohdramsul.blogspot kerana di situ pelajar boleh mengetahui perkembangan diri saya dan sekolah. Jika ada masalah bolehlah menaip dan menghantar masalah tersebut melalui cybox atau terus mesej ke dalam face book saya. Jika saya boleh membantu saya akan bantu dengan seikhlas-ikhlasnya. InsyaAllah.

Selasa, 8 Jun 2010

Gambar Hari Terakhir Kem Sahsiah dan Kem Matematik Tambahan 2010 ( GAMBAR TERKINI SMKASAS- KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN SEMUA GAMBAR)


Alhamdulillah, kehidupan saya pada hari ini berjalan seperti dirancang. Pada hari ini, saya telah berkesempatan menyiapkan bahan untuk teknik menjawab kertas Bahasa Melayu SPM di SMK Seri Iskandar pada 22/6/2010. Justeru, saya ke SMKSI pada pukul 12.55 tengah hari dan sempat menyerahkan bahan tersebut kepada kerani sekolah berkenaan. Lega rasanya hati saya kerana tugas pertama selesai dan saya boleh menumpu perhatian kepada semakan kertas soalan PPT yang masih melambak belum disemak. Kemudian saya bersama anak saya singgah ke Masjid Daerah untuk menunaikan sembahyang Zohor sebelum ke sekolah untuk mengambil anak kembar saya yang kebetulan akan habis kem sahsiah pada pukul 3.30 petang. Saya terus ke pejabat dan mengambil surat rasmi Jemputan Teknik Menjawab SPM dari SMKSI. Kemudian, saya mengambil skema Peperiksaan Pertengahan Tahuh Ting.4 kerana guru SMA Maahad Al Aziz memerlukan skema tersebut dan saya cuba masukkan ke dalam blog saya supaya boleh diterima oleh beliau yang kini berada di Kelantan. Saya harap tugasan ini akan beres dan terima kasih kepada Cikgu Sirajuddin yang banyak membantu menyediakan soft dan hard copy bahan berkenaan.
Dalam masa yang sama saya teringat untuk mengambil gambar sekolah dan sebelum itu saya sempat mengambil gambar keindahan sekitar Masjid Daerah Perak Tengah dan gambar SMK Seri Iskandar yang terletak berhampiran masjid berkenaan di samping gambar sekeliling kawasan pemancar TLDM Seri Iskandar. Dalam hati saya begitu pesat pembangunan Daerah Perak Tengah terutamanya kawasan Seri Iskandar kerana pada suatu masa dahulu persekitarannya penuh dengan hutan dan kawasan lombong besar.Dalam pada itu, saya sempat mengambil gambar kem Matematik Tambahan, dalam masa yang sama juga saya terkenangkan kem Bahasa Melayu dan Teknik Menjawab bahasa Melayu yang masih belum diadakan lagi, sedangkan saya sudah memberi teknik menjawab PMR di SMA Maahad Al Aziz dan diikuti teknik SPM di SMKSI setelah tamatnya cuti persekolahan.
Kadang-kadang saya terkesima apabila memikirkan banyaknya kerja yang perlu saya buat, hati ini masih di bakar untuk merealisikan pembetukan Alumni SMKASAS dan dengan tekat itulah saya pandai membina blog dan face book hanya dengan kaedah cuba dan buat saja pada peringkat awalnya. Kini blog saya ini berkembang dan dilayari banyak pelajar dan bekas-bekas pelajar.Sudah pastilah untuk memantapkan blog ini saya perlu mengendalinya sebaik mungkin dengan sentiasa memasukkan info baru agar bahan tersebut dapat ditatap dan bahannya boleh mengimbau memorabila pelajar yang pernah berada di sini. Pada masa yang sama, saya cuba untuk memastikan tujuan asal blog ini tidak lari objektifnya, iaitu untuk memantapkan kemahiran bahasa pelajar-pelajar saya. Jika saya fikirkan, kerja sampingan dan kerja kerja wajib Allah saja yang tahu. Apa yang penting itulah kisah kehidupan, apabila saya mengimbau kembali kisah kerja saya yang terdahulu, semuanya berakhir dengan perasaan seronok dan liku-liku kehidupan itulah yang banyak mendewasa dan mematangkan saya. Justeru, saya puas hati akan setiap kerja-kerja yang saya buat.
Setelah saya amati, gambar-gambar SMKASAS semasa saya mula-mula menginjak bumi SMKASAS sebagai seorang guru pada tahun 2002, dan saya amati pula gambar SMKASAS sekarang, dalam hati saya bermonolog dalaman, "Alangkah bangganya saya menjadi seorang pendidik di SMKASAS". Jika suatu masa dahulu setiap kali masuk ke kawasan sekolah dan asrama sekolah, sayu hati ini apabila melihat kesuraman SMKASAS. Namum, kepesatan pembangunan dan juga usaha pentadbir menceriakan kawasan persekitaran sekolah semuanya berubah. Saya berharap bekas-bekas pelajar di luar sana lihatlah perubahan sekolah anda tempat "Insan Kamil Dilahirkan". Nampakkah perubahannya. Itu belum saya masukkan gambar prasarana baru di bahagian dalam bangunan. InsyaAllah, doakan usaha saya untuk memasukkan gambar-gambar prasarana baru di SMKASAS selepas ini untuk sama-sama kita nikmati panoramanya.
Kesimpulannya, kepada pelajar-pelajar SMKASAS yang kini berada di bumi SMKASAS apa yang kamu semua perlukan sudah ada di hadapan mata dan mungkin jika ditanya kepada bekas-bekas pelajar sudah pasti mereka terkilan kenapa panorama dan prasarana yang ada tidak tersedia semasa mereka berada di bumi pendidikan ini? Jawapannya, rezeki dan kuasa Tuhan di samping usaha pentadbiran dan kewangan kerajaan. Namum, perlu diingat, semuanya tidak akan kita kecapi tanpa usaha guru-guru dan bekas-bekas pelajar terdahulu kerana tanpa keputusan peperiksaan yang mantap dan ranking SMKASAS di peringkat negeri antara sepuluh sekolah terbaik Perak pada setiap tahun sudah pasti SMKASAS KLUSTER AKADEMIK tidak akan diperoleh. Dengan itu, saya mengharapkan kepada pelajar-pelajar SMKASAS ayuh majukan diri anda dan dengan dokongan dan bimbingan guru-guru dan pentadbiran yang sentiasa haus dengan istlah kecemerlangan, teruskan kecemelangan anda agar SMKASAS sentiasa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang selaras dengan Slogan Sekolah "SMKASAS" -Sentiasa Menerajui Kegemilangan Akhlak, Sahsiah, Akademik & Sosial. Didoakan semoga SMKASAS akan terus melahirkan golongan pelajar kelas pertama kerana di sinilah Insan Kamil Dilahirkan.
Sebagai seorang guru, saya memohon dan mendoakan semoga Allah merahmati semua pelajar-pelajar SMKASAS terutama anak saya Mohammad Fitri dan Mohammad Firdaus, belajarlah bersungguh-sungguh kerana tidak ada ucapan dan harapan untuk melihat kamu semua berjaya. Lupakan segala kesenokan dan gangguan yang ada di luar sana kerana semuanya boleh melalai dan mengalpakan. Sementara itu, kepada semua bekas-bekas pelajar doakan semua warga SMKASAS termasuk pelajar-pelajar,kakitangan sekolah,guru-guru, dan pentadbir sekolah sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang. Sementara, kami semua warga SMKASAS mendoakan kejayaan kamu semua kerana kamu adalah merupakan model Insan Kamil Yang Pernah Dilahirkan Di sini. Amin.

Ahad, 6 Jun 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK USTAZ SIDEK B. ALIMAN ( SILA KLIK PADA GAMBAR JIKA INGIN MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERKENAAN)

Pada hari ini 6/6/2010, saya dan anak-anak kecuali Si Kembar yang kini terlibat dengan Kem Sahsiah di SMKASAS, telah berkunjung tiga Majlis Perkahwinan, pertama di Gelung Pepuyu Titi Gantong ( Atas Tiket Isteri saya), kedua ke Pundut di Sitiawan dan ketiga ke rumah Ustaz Sidek Aliman.
Boleh kata, pada hari ini amat meletihkan terutama dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan kerana buat pertama kali saya mengikut jalan yang tak pernah saya lalu. Bayangkan, daripada Pundut ( Rumah Saudara Isteri )berhampiran Simpang ke Teluk Batik dan Lumut, saya menghala Simpang Lima persimbangan jalan ke Ayer Tawar saya terus membelok ke Jalan Lekir, dan itulah kerana tidak pernah melalui jalan ini, saya sampai ke Kampung Koh, dan kemudian ke Jalan Besar Lekir. Alangkah terkejutnya saya, perjalanan kami ni dah berpusing-pusing kerana sepatutnya dari Pundut saya sepatutnya berpatah balik ke Sitiawan dan terus ke Kampung Koh dan seterusnya ke Teluk Intan. Begitulah kerdilnya saya seorang hamba Allah dan bak kata pepatah Melayu Jauh Perjalanan Luas Pandangan, begitulah diri saya, baru saya faham kedudukan sebenarnya saya pada hari ini.
Sesampai di Teluk Intan, saya menghala ke Jalan Kampung Bahagia dan terus ke simpang Chikus dan menuju ke Chenderong Balai dan di sini saya terkesima kerana pada peringkat awal saya mulai risau kerana adakah saya tersesat dan sebelum itu pada sebelah malamnya saya dah chat dengan Ummu ( Bekas pelajar SMKASAS dan kini belajar di KISAS) dia memaklumkan rumah Ustaz Sidik berhadapan dengan stesyen minyak dan Jalan Haji Saleh yang terletak hadapan stesyen tersebut adalah jalan menuju ke rumah beliau. Dalam saya kegelisahah, sesampai di selekoh Chenderong Balai,mata saya tertumpu kepada setiap persimpangan jalan dan hati bertambah risau kerana Ummu juga menjelaskan kepada saya jika nak sampai ke rumah Ustaz Sidek saya akan berjumpa dengan Kilang Kopi Che Nah, dan SK Yahya Subahan. Dalam saya kegelisahan tu, saya ternampak Jalan Hj. Saleh dan saya berpatah ke belakang kerana saya sudah terlajak ke depan. Kemudian saya beranikan diri mengikuti jalan berkenaan dan saya masih gelisah kerana jalan itu agak lengang tanpa ada tanda-tanda keraian di hadapan.
Dalam perjalanan tu, saya ternampak seorang budak yang sedang berbasikal dan cuba bertanya kerana Jika malu tersesat jalan. Budak tersebut berkata dia tidak tahu rumah Ustaz Sidek dan saya bertanya lagi ada kenduri kahwin ke di hadapan dan dia mengganggukkan kepala. Saya bertekat untuk meneruskan pejalanan dan saya gembira apabila sampai ke persimpangan jalan kecil tu saya ternampak kereta Ustaz. "Alhamdulilah, sampai juga saya ke rumah beliau", saya bermonolog dalaman di dalam hati.
Saya terus masuk ke ruang kehmah dan bertanya adakah majlis tu majlis perkahwinan anak Ustaz Sidek dan saya dimaklumkan betul tetapi saya tidak nampakpun Ustaz dan saya dimaklumkan ustaz sedang sembahyang. Sedang melihat di sekeling, baru saya nampak Ustaz dan hati saya girang dan bersalaman dengan beliau dan saya sebenarnya dalam kekenyangan tetapi apabila melihat ada sup tulang, kemudian sayur umbut kelapa masak lemak dan goreng tempe sayapun makan sikit dan mengambil dua ketul ayam goreng.
Sekurang-kurangnya ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Ummu kerana tanpa petunjuk diberikan tidak mungkin saya sampai ke majlis tersebut. Untuk makluman, pada hari ini juga saya sepatutnya ke Kelantan kerana ada majlis Perkahwinan anak En Adam adik biras saya Ustaz Wahab tetapi oleh sebab isteri saya ada kelas tambahan esok, semuanya terpaksa kami batalkan. Namun, saya gembira sekurang-kurangnya saya dapat menghadiri tiga majlis yang agak jauh kedudukannya. Alhamdulillah kepada Tuhan Penguasa Alam kerana menyedarkan saya bahawa alam ini tidaklah sebesar mana yang utama ialah kehendak atau kesungguhan. Dalam gambar tersebut saya juga dapat merakamkan rumah abang Ustaz Sidek merupakan pembeli kelapa sawit sekitar Kampung Belt dan rumah beliau. Juga saya masukkan gambar rumah baru ustaz di samping sebuah Rumah Anak Yatim tidak jauh daripada rumahya.
Paling seronoknya, baru saya teringat Fauzi Jipri pernah menunjukkan kampung Ustaz Sidek dalam perjalanan kami ke Melaka untuk menyertai pertandingan bahas ala parlimen peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Saya juga sering menggunakan jalan ini untuk pergi ke Kuala Lumpur dan yang peliknya kenapa pada hari ini saya menggunakan laluan Setiawan ke Teluk Intan, tetapi ada juga kelebihannya kerana saya dah tahu selok belok jalan di negeri Perak ini. Hal ini juga dapat mengelakkan diri saya seperti katak bawah tempurung. Walaubagaimanapun, kesimpulannya hari ini saya sungguh seronok kerana dapat menghadiri ketiga-tiga majlis tersebut, sungguhpun ada majlis perkahwinan yang tidak saya ziarahi. Untuk makluman saya sampai lewat di rumah Ustaz Sidek lebih kurang pukul 3.30 petang. Ketika saya berada di situ, saya berjumpa Pn. Zaleha Penyelia Asrama SMKASAS yang juga baru sampai ketika itu. Alhamdulillah.

Jumaat, 4 Jun 2010

TAKLIMAT PENGETUA DAN MESYUARAT PRA KARNIVAL KOKURIKULUM

Pada hari ini telah diadakan Taklimat Tuan Pengetua kira-kira pukul 8.05 minit pagi selepas perhimpunan dan pada Mesyuarat Pra Karinval Kokurikulum  pukul 11.00 pagi . Dalam taklimat Tuan Pengetua semua keputusan PPT perlu di masukkan ke dalam komputer Unit Peperiksaan Oleh Guru Kedua kelas selewat-lewatnya pada pukul 4.00 petang 22/6/2010. Selain itu, antara dibincangkan ialah Program Kepung yang telah diuar-uarkan sebelum ini dan bagi saya inilah tindakan yang baik kerana setiap program perlu dibincangkan bersama-sama guru kerana pelaksananya ialah guru. Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Pengetua kerana tindakan ini tepat pada masanya dan diharapkan program ini akan memberi suntikan baru kepada pelajar supaya mereka lebih bersedia dalam menghadapi ujian dan peperiksaan.

       Dalam Mesyuarat  Pra Karnival Kokurikulum pula, PK Kokurikulum dan Penyelaras Unit Kokurikulum dan Penyelaras Ting. 6 telah bersidang membincangkan perkara dasar berkaitan aktiviti Karnival Kokurulum SMKASAS 2010. Antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Pra Karnival tersebut adalah untuk mencadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk setiap unit kokurikulum. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk Unit Kokurikulum Sukan dan Permainan ialah aktiviti permainan , acara sukaneka dan permainan tradisional seperti Bola Baling, Bola Jaring,  Lari dalam Guni, Batu Serimban, Sepak Raga Ratus, dan Memancing dalam botol. Aktiviti Unit Beruniform pula ialah Pertandingan Kawad Kaki dan Unit Kelab dan Persatuan pula ialah Pameran Formula One, Robotik, dan Pameran Sains. Juga dicadangkan tadi ialah Pameran melibatkan agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia, Penjara dan Unit Kesihatan Daerah. Dalam mesyuarat tersebut juga dicadangkan acara silat dan nasyid dimasukkan dalam acara persembahan semasa Program Penutup yang dicadangkan pada  10/7/2010. Keputusan daripada mesyuarat hari ini akan dirancang dalam bentuk kertas kerja dan akan dibentangkan dalam mesyuarat khas Karnival Kokurikulum.
        Saya bangga kerana setiap aktivti sekolah dibawa berbincang dan diperincikan terlebih dahulu sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Saya berdoa agar semua program yang dijalankan akan memberi impak yang baik terutama kepada pelaksana dan juga kepada sasarannya iaitu pelajar. Inilah yang dikatakan Sekolah Kluster Akademik. Bagi bekas-bekas pelajar yang mempunyai kelapangan masa dan bercuti pada ketika itu bolehlah hadir ke sekolah untuk sama-sama memeriahkan Program Penutup Karnival Kokurikulum dan kedatangan kalian sudah pasti menambahkan seri proram berkenaan. InsyaAllah. Kepada pelajar yang hadir pada Sambutan Hari Guru 2010 dahulu tidak terlambat bagi saya untuk mengucapkan terima kasih. Kehadiran kalian besar ertinya bagi kami guru-guru SMKASAS.

Khamis, 3 Jun 2010

BERITA TERKINI ( PERTUKARAN GURU)

Dua orang guru SMKASAS akan berpindah ke sekolah lain berkuatkuasa pada 1/6/2010. Mereka ialah Cikgu Dalia bt. Ibrahim dan Cikgu Hassan ( Kaunselor SMKASAS). Cikgu Dalia akan bertukar ke SMK  Dato' Maharajalela, Kampung Gajah dan Cikgu Hassan akan bertukar ke SMK Sungai Ranggam. Kehilangan kedua-dua guru berkenaan amat dirasai terutama Panitia Bahasa Melayu kerana bilangan guru bahasa Melayu memang tidak mencukupi dan ini memerlukan rombakan jadual tenaga pengajar bahasa Melayu. Namun, sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dalia kerana sumbangan beliau terhadap Panitia bahasa Melayu dan juga membantu saya menguruskan Pasukan Bahas Ala Parimen bahasa Melayu SMKASAS. Selamat maju jaya kepada anda berdua.

CUTI SEMESTER PERTAMA

          InsyaAllah, cuti semester pertama akan bermula esok dan esok juga pelajar SMKASAS akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun terakhir. Selamat bercuti kepada pelajar ting. 1, 2, 3 dan 4. Sementara, pelajar ting. 5, mereka akan menghadapi program sahsiah yang dianjurkan pihak sekolah dengan membabitkan pihak luar yang mengendalikan program tersebut. Semoga program tersebut akan mengubah personaliti anda menjadi insan kamil terbilang, kerana sahsiahlah yang akan menentukan kecemerlangan anda di dunia dan di akhirat.
          Kepada pelajar ting. 3K dan 3H, saya telah membekalkan anda soalan peperiksaan sebenar PMR 2008. Sila jawab soalan berkenaan terutama, bahagian kertas 2 yang meliputi  ringkasas, pemahaman teks, karangan berpandu, karangan umum dan komsas novel. Sila siapkan soalan berkenaan sepanjang cuti ini. Pastikan kerja anda mantap dan elak melakukan kerja ibarat  melepaskan batuk di tangga. InsyaAllah segala kerja berkenaan akan saya semak sewaktu buka sekolah nanti. Selamat bercuti dan melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah.

KECERIAAN SMKASAS MENGGAMIT KEHADIRAN BEKAS-BEKAS PELAJAR (KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR LAIN)


Adakah gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog ini menggamit nostalgia dan memorabilia anda. Ingat, institusi inilah yang Melahirkan Insan Kamil kerana Slogan ini masih gagah berdiri di bahagian atas di depan Dewan Besar As Shafie, SMKASAS. Jika anda berada di SMKASAS ketika ini, ada banyak perubahan besar dari segi kemudahan infrastruktur dan prasarana setelah SMKASAS diisytihar sebagai sebuah Sekolah Kluster Akademik. Antaranya, sudah terbina Dewan Kluster lengkap dengan pendingin hawa serta beberapa peralatan terkini untuk memantapkan sesi pengajaran dan pembelajaran antaranya penggunaan SMART BOARD, dan kini bilik APD dan Makmal Bahasa Inggeris sedang digabungkan untuk membesar ruang bagi memudahkan pelajar dan guru berinteraksi secara kondusif untuk memantapkan P&P. Bahkan juga, bilik bahasa telah dinaiktaraf dengan peralatan koputer baru dan juga SMART BOARD. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan memasukkan gambar prasarana baru ini untuk tatapan pelajar. Doakan saya mampu untuk melakarkan perubahan prasarana SMKASAS di dalam blog ini.

MEMORABILIA SMAKASAS (KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR SETERUSNYA)


Ketika saya merujuk koleksi gambar di Pusat Sumber SMKASAS, saya terpandang beberapa gambar koleksi peristiwa yang berlaku di SMKASAS. Antaranya ialah gambar Program Permuafakatan Guru-guru SMKA Perak, antara yang hadir ketika program itu ialah guru-guru daripada SMKA Kerian, SMKA Slim River dan SMKASAS. Dalam gambar tersebut, guru-guru SMKASAS sedang bersalaman dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia. Ustaz Arip b. Saaya merupakan pengerusi bagi program permuafakatan guru-guru SMKA Negeri Perak.
Selain itu, saya terpandang gambar semasa Program Perpisahan Penolong Kanan Kokurikulum SMKASAS iaitu Allahyarham Cikgu Mohammad b. Itam Hamid. Jika tak salah saya program tersebut dijalankan pada tahun 2008 dan setahun selepas Allahyarham bersara dan meninggalkan bidang perguruan, Allahyarham meninggalkan kita buat selama-lamanya. Buat saya, Allahyarham merupakan PK Kokurikulum yang bertanggungjawab dan semasa beliau, aktiviti kokurikulum sekolah meningkat di peringkat derah, nengeri dan kebangsaan. Hal ini kerana beliau amat prihatin terhadap masalah pelajar dan guru. Pada masa beliaulah saya berjaya membawa pasukan bola baling dan pasukan bahas parlimen sekolah ke peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan. Sesungguhnya jasa beliau amat sukar saya balas. Justeru, saya mengharapkan pembaca blog ini menyedekahkan bacaan Al Fatihah untuk Allahyarhan dan bersama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham tergolong dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman. Amin.
Saya juga mengharapkan semoga para pelajar dan bekas-bekas pelajar mendoakan agar saya dapat memasukkan lebih banyak gambar nostalgia di dalam blog ini. Hal ini kerana saya menghadapi kekangan masa untuk mengendalikan blog ini. Contohnya semasa saya memilih gambar untuk dimasukkan ke dalam blog ini saya telah dimaklumkan saya perlu menjaga kelas peperiksaan walaupun peringkat awal saya dapati nama saya tidak ada dalam senarai pengawas peperiksaan. Begitu juga, dua tiga kali saya cuba memasukkan gambar ke dalam blog, gambar tidak keluar. Namun, saya usahakan beberapa kali barulah gambar tersebut bertahan di dalam blog. Hal ini kerana saya baru saja faham cara menggunakan Program Picasa 3.
Justeru, saya memohon pembaca blog ini memberi komen dan memaklumkan kepada saya jika ada gambar yang tidak boleh dibuka atau pembaca memberi komen dan pendapat membina untuk saya mengedalikan blog ini dengan baik. Segala cadangan dan pandangan para pelajar saya terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. Paling utama saya mengharapkan blog ini dapat mengeratkan hubungan antara saya, guru-guru, pentadbir SMKASAS dengan bekas-bekas pelajar. Di akhirnya saya mendoakan agar usaha ini akan membantu saya menubuhkan alumni SMKASAS dan bagi pihak pelajar pula, setiap batch perlu berhubung antara satu sama lain dan kemudian mencadangkan tarikh yang sesuai untuk semua pelajar bertemu di bawah bumbung SMKASAS. Para pelajar juga boleh membuka rakan-rakan saya dalam face book untuk berhubung dengan mereka. Agak malang bagi kita kerana setelah 26 tahun SMKASAS ditubuhkan, SMKASAS tidak ada sebuah alumni yang kukuh untuk menghubungkan antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan pentadbir.
Semoga dengan cara ini kita akan dapat melihat sebuah alumni yang kukuh, insyaAllah.