SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 24 Mac 2012

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2012

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS kerana berjaya mengungguli Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Perak Tengah 2012 yang diadakan di  SMK Layang-Layang pada hari ini. Berita kemenangan berkenaan saya terima daripada salah seorang pembahas iaitu saudari Shafiqah Musa pada pukul 10.15 malam dan kemenangan mereka amat mengembirakan saya, warga sekolah dan guru pembimbing mereka. Sesungguhnya, kejayaan mereka adalah atas usaha mereka dan bantuan guru-guru pembimbing tanpa kehadiran saya. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang membantu pasukan bahasa ini dan juga kesungguhan setiap ahli pasukan untuk mencari bahan dan hajat dan cita-cita mereka untuk berjaya di peringkat daerah dan seterusnya negeri memang saya doakan.
      Saya dimaklumkan peringkat negeri akan diadakan di Kuala Kangsar pada hari Jumaat ini dan sekali saya mendoakan kejayaan pasukan bahas ini. Pastikan anda terus berusaha untuk memantapkan bahan dan cara penyampaian bahasa kerana di peringkat negeri anda akan berjumpa pasukan bahas yang lebih mencabar. Namun, saya pencaya  "Anda Boleh Melakukannya " dan selamat berjaya.

Khamis, 22 Mac 2012

KEPUTUSAN SPM 2011

Saya dimaklumkan dua orang pelajar mendapat keputusan penuh 11 A, dan 10 orang 10 A dan keputusan lain saya tidak pasti. Kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, tahniah.

PERASAAN SEDIH MENGENANGKAN NASIB PELAJAR SEMASA MENERIMA KEPUTUSAN SPM 2011

               Guru mana yang tidak berasa sedih apabila pelajarnya gagal mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran yang diajar. Umumnya, pabila keputusan peperiksaan diumumkan, perasaan gembira akan menyelubungi jiwa pelajar ketika menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sebaliknya, pelajar yang gagal mengapai kecemerlangan mereka akan berasa sedih dan kecewa atas kegagalan mereka. Namun, kekecewaan seorang guru lebih sedih, perit, dan hiba hiba kerana mereka terpaksa menanggung kekesalan setiap kali mengetahui ada pelajar di bawah naungannya  gagal  ujian terakhir dalam dunia pembelajaran.
              Namum, realitinya kita tidak semestinya sentiasa berada di puncak selamanya, kerana kegagalan bukan bermakna kehidupan akan berhenti di situ sahaja, takdir dan Allah yang Maha berkuasa untuk menentukan qadar dan qadaknya. Tambahan pula, kegagalan bukan erti kekalahannya, dan guru dan pelajar perlu mengenal erti perjuangan, jika kalah bangun semula kerana berada di bawah akan mengajar kita untuk mendaki ke puncak semula. Cuma, Allah memberikan manusia akal fikiran untuk mereka berfikir kenapa mereka berada di bawah dan bagaimana untuk berada di puncak semula.
              Justeru, pelajar dinasihatkan jangan mudah berputus asa dan kecewa kerana selagi bumi masih berada di paksinya dan matahari terus menjalankan tugasnya menentukan siang dan malam , ayuh teruskan perjuangan kerana sejarah telah membuktikan bahawa bukan semua tokoh dunia terus berjaya dalam kehidupan mereka tetapi bermula dengan kegagalan dan akhirnya membawa mereka ke puncak kejayaan. Antara, Rasulullah merupakan kekasih Allah bermula dengan kegagalan di Mekah dalam mengembangkan ajaran Islam, tetapi akhirnya berjaya menegakkan ajaran Islam, begitu juga dengan Thomas Edison, Alexander Graham Bell mereka bermula dengan kegagalan dan akhirnya berjaya membawa kemodenan apabila mencipta mentol dan telefon yang digunapakai untuk keselesaan manusia meneruskan kehidupan seharian dengan lebih ceria.
                   InsyaAllah, saya sebagai pendidik pula perlu  muhasabah diri, perlu merenung, memikir dan menguraikan punca permasalahan  pelajar gagal menggapai  kecemerlangan dalam SPM 2011 kerana setiap kegagalan mesti ada puncanya, mungkin kerana pengkaedahan pengajaran, faktor kondusif pembelajaran, dan sama sekali saya tidak merujuk kegagalan tersebut berpunca daripada pelajar kerana mereka sentiasa berusaha untuk berjaya. Mungkin dengan adanya perbincangan bersama rakan guru, dan melalui panitia Bahasa Melayu, permasalahan berkenaan boleh diperbincang dan diselesaikan secara bersama. Mungkin juga tahun 2009 dan 2010, bahasa Melayu  berada di puncak dan  pada tahun 2011 nasib mata pelajaran bahasa Melayu berada di bawah dan bersama-sama kita pastikan mata pelajaran bahasa Melayu berada dipuncak semula. InsyaAllah. Semoga saya boleh berada bersama pelajar semula dan tarikh 2/4/2012 amat saya nantikan. Saya amat menantikan analisa peperiksaan SPM 2011 untuk mata pelajaran bahasa Melayu kerana melalui perbandingan analisa peperiksaan Percubaan akan dapat  dijadikan post mortem untuk menentukan cara penyelesaian berkenaan boleh dilakukan.

Rabu, 21 Mac 2012

KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN SPM 2011 AMAT DIHARAPKAN OLEH WARGA SMKASAS

           Esok, pelajar-pelajar SPM 2011 akan memperoleh keputusan peperiksaan SPM. Justeru, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya menjulang nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM. Sungguhpun saya tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaan pelajar SPM 2011 di SMKASAS kerana saya akan ke Teluk Intan bersama anak lelaki saya untuk mengambil keputusan peperiksaannya.
            Selain itu, saya akan mula bertugas semula di SMKASAS setelah bercuti panjang selama 3 bulan impak kemalangan jalan raya pada 25 Disember 2011. Setelah dinasihatkan Dr. Pakar pada hari temujanji  (19/3/2012), saya akan meneruskan cuti sehingga 31 Mac 2012 dan akan kembali bertugas di SMKASAS pada 2/4/2012. Namun, saya diminta untuk terus menggunakan tongkat untuk mengelakkan sebarang masalah di bahagian peha yang patah. Kepada pelajar 5B saya mendoakan anda semua berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek B. Melayu dan begitu juga kepada pelajar SPM umumnya. Saya berdoa pencapaian pelajar SPM 2011 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terus cemerlang seperti tahun 2009 dan 2010. Begitu juga bilangan pelajar yang mendapat lulus "A" dalam semua mata pelajaran meningkat. InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan keputusan berkenaan daripada Cikgu Sirajuddin dan Cikgu Ariffin. Selamat Berjaya Kepada Pelajar SMKASAS.