SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 24 Mac 2013

SLOT RINGKASAN DAN PEMAHAMAN TEKS DALAM PROGRAM KEM PMR DALAM CUTI

Slot menjawab kemahiran meringkas dan menjawab soalan pemahaman teks PMR di Dewan Besar As Shafie, SMKASAS. Pelajar lain dah balik, tetapi pelajar PMR dan SPM pagi ini masih dengan kem dalam cuti. Malangnya Kem BM SPM tidak terdapat dalam pekej. Namun, saya sempat ke sekolah membantu Cikgu Sirajuddin memberi teknik untuk pelajar PMR khusus untuk fokus ringkasan dan pemahaman teks. Seronok juga memberi teknik menjawab berkenaan kerana dah lima bulan tidak mengajar ting. 3, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kemahiran dengan pelajar. Sesi kem BM PMR bermula sepatutnya pukul 8.00 pagi, tetapi hanya dapat dijalankan pada pukul 8.30 pagi akibat masalah LCD. Saya berharap dengan teknik berkenaan pelajar dapat memahami cara menjawab soalan ringkasan dan pemahaman teks. Saya berharap, banyak lagi kemahiran yang boleh saya curahkan kepada pelajar. Diharapkan, Cikgu Sirajuddin mengudang saya lagi untuk teknik lain seperti menulis karangan dan tatabahasa. Bak kata pepatah Melayu, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Lagipun, jika dibiarkan kemahiran mengajar PMR tersimpan lama, lama kelamaan kemahiran tersebut akan hilang begitu sahaja. Saya juga berharap pelajar puas hati dengan teknik menjawab BM yang diadakakan di Dewan Besar As Shafie, SMKASAS yang berjalan hingga pukul 9.45 pagi. Terima kasih Cikgu Sirajuddin kerana memberikan saya slot berkenaan.
Di bawah, sekitar gambar pelajar ting. 3 yang menghadiri slot BM pagi tadi dalam suasana ceria dan banyak pertanyaan yang ditujukan kepada saya dan saya bangga kerana mereka hauskan maklumat. Soalan yang dikemukakan amat bernas dalam erti kata untuk mengetahui lebih banyak teknik menjawab soalan ringkasan dan pemahaman teks.  Bersama-samalah kita memartabatkan kecemerlangan SMKASAS.









Sabtu, 23 Mac 2013

PROGRAM MENYALIN KARANGAN DALAM CUTI SEMESTER 1 2013

KEPADA PELAJAR TING. 4 DAN 5, SILA RUJUK BLOG SPM SAYA UNTUK MENDAPATKAN KERJA DALAM CUTI. HARAP MAKLUM. KEPUTUSAN US 1  2013 TING. 4S, 4H, 5K DAN 5H AKAN SAYA MASUKKAN KE DALAM BLOG SPM PADA MINGGU INI, INSYAALAH. SILA RUJUK KEPUTUSAN ANDA.

Khamis, 21 Mac 2013

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SMKASAS ATAS PENCAPAIAN KEPUTUSAN SPM 2012

















DI ATAS MERUPAKAN GAMBAR-GAMBAR SUASANA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2012 DI DEWAN BESAR AS SHAFIE SMKA SULTAN AZLAN SHAH,
Tahniah kepada pelajar SPM 2012 kerana peningkatan keputusan semua "A" untuk 11 mata pelajaran. Pada tahun 2012, seramai 8 orang mendapat 11 A berbanding 4 orang 11 A pada tahun 2011. InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan cuba membuat post mortem SPM 2012. Doakan, semoga saya sihat untuk meneruskan perjalanan blog ini. Tahniah juga kepada pelajar mendapat 10A, 9A, 8A dan keputusan lain-lain. Alhamdulilah keputusan SPM 100% lulus. Keputusan anda membanggakan Pentadbiran, Tenaga Pengajar dan Warga Aspura dan Aspuri  SMKASAS. InsyaAllah, usaha yang lebih mantap akan dilakukan untuk melihat lebih ramai insan kamil cemerlang, gemilang dan terbilang.Keputusan SPM 2012 akan menjadi pembakar semangat adik-adik generasi baru yang akan menjadi penerus lahirnya Insan Kamil Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Ahad, 17 Mac 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM AKAN DIUMUMKAN PADA 21 MAC 2013

    Keputusan SPM akan keluar pada 21 Mac 2013, justeru saya memohon jasa baik tenaga pengajar, pelajar-pelajar , bekas-bekas pelajar SMKASAS agar terus mendoakan keputusan SPM pelajar 2012 akan cemerlang. Kepada pelajar ting. 5 tahun 2012, selamat datang semula ke sekolah pada tarikh berkenaan dengan harapan anda akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran. Amin.

PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2013 GAGAL KE AKHIR

        Percaturan dan Strategi Pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS 2013 serba -serbi tidak menjadi walaupun guru penasihat telah turun padang membantu peserta bahas.  Sungguhpun, kami guru penasihat sudah mengenalpasti masalah pasukan bahas  iaitu pembahas bahagian pembangkang tidak mempunyai jati diri yang unggul untuk beraksi semasa pertandingan. Justeru, guru penasihat telah membuat peneguhan kepada tugasan pembahas yang bertanggungjawab di posisi pembangkang dengan membina teks, mempertontonkan tugasan video memfokus kepada tugasan YB. Pembangkang, dan menjelaskan bagaimana untuk membuat sesi pengulungan tetapi YB. Ketua Pembangkang tidak dapat mengawal perasaan takut dan tidak percaya kepada diri sehingga gagal untuk menjalankan tugas sama ada untuk memberi hujah, mahupun untuk mempertegaskan fakta dan menangkis  izin laluan daripada pihak lawan. Walaupun ketika pertandingan bahas antara SMKASAS dengan SMK Iskandar Shah saya tidak dapat menyaksikan pertandingan kerana bertugas sebagai hakim untuk pertandingan antara Sarjana dan SMK Changkat Lada, tetapi saya mendapat ulasan daripada Cikgu Sirajuddin. Namun, pihak juri hakim memaklumkan kepada saya markah antara SMKASAS dengan SMKIS tidak banyak perbezaannya.
           Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi pasukan bahas tahun ini kerana daripada tiga perlawanan, hanya diperingkat usul pertama sahaja pasukan pembahas mendapat undian untuk menjadi kerajaan tetapi di peringkat usul kedua dan ketiga, undian lebih kepada tugasan pembahas sebagai peranan pembangkang. Namun, tahniah kepada YB. Pembangkang ketiga kerana beliau memang seorang pembahas yang berkeliber kerana dapat menjalankan peranan sama ada sebagai pembahas kerajaan atau peranan sebagai pembangkang ketiga, dan akhirnya walaupun pasukan bahas gagal untuk ke final, beliau telah dipilih sebagai pembahas terbaik untuk pertandingan usul ketiga. Justeru, tanggapan saya sebagai guru penasihat, pasukan bahas ala parlimen kali tidak akan pergi jauh kerana kemampuan pembahas bahagian pembangkang agak rapuh tetapi saya redha dengan ketentuan tersebut. Saya juga, yakin setiap pembahas inginkan kejayaan tetapi jika pergi jauh sekalipun, tugas guru penasihat bahas juga akan sukar kerana banyak yang perlu diperbaiki untuk memperkukuhkan jentera pembangkang, selain mereka sendiri tidak dapat memahami tugas yang dibawa. Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada pembahas, kerana sekurang-kurangnya pembahas dapat merasai betapa bahas parlimen merupakan aktiviti berbahasa berprestij tinggi, bukan sekadar perlu mahir berbahasa tetapi paling penting mengawal diri, perasaan dan memahami tugasan dan tanggungjawab tersebut bukan sekadar tanggungjawab kepada pasukan, tetapi tanggungjawab kepada sekolah dan juga tanggungjawab memahami garis panduan yang diberi oleh guru penasihat.
          Sungguhpun begitu, beberapa orang pembahas boleh terus berperanan sebagai pembahas pada tahun hadapan dan tugas guru penasihat adalah untuk membuat post mortem, dan memperbaiki kelemahan dari sudut penglibatan pelajar menengah atas dalam bahas pada hujung tahun ini dan dari sudut pengurusan guru penasihat, insyaAllah. Sepatutnya, lebih ramai lagi pelajar menengah atas perlu terlibat dalam pertandingan bahas peringkat sekolah untuk memudahkan guru penasihat memilih pelajar yang berkaliber menjadi wakil sekolah dan diselitkan bersama pembahas yang berpotensi yang ada sekarang. Justeru, tugas seorang guru penasihat pasukan bahas ala parlimen bukan mudah sebenarnya tetapi akan mudah jika pembahas mempunyai jati diri yang tinggi.
            Kekalahan pasukan bahas ini juga ada hikmahnya, kerana dalam masa yang sama, tugas guru bertimbun yang perlu saya hadapi, semakan Ujian Selaras 1 belum siap lagi sedangkan semakan perlu disiapkan sebelum 22 Mac 2013, kemudian soalan latihan karangan  untuk daerah perlu disiapkan sebelum 18 Mac 2013 ( Keputusan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Daerah Perak Tengah, saya perlu membina modul soalan dan jawapan penuh mengikut tahap murid SMKASAS sebagai contoh untuk daerah), semakan buku latihan murid perlu dihantar ke bilik gerakan untuk semakan pentadbiran pada minggu hadapan untuk semua kelas yang saya ajar dan bermakna semakan buku latihan perlu mantap ) dan satu lagi masalah saya, saya perlu menumpu pasukan Bola Baling Sekolah yang masih belum melakukan latihan dan pemilihan pemain, dan pada 21 Mac pula keputusan SPM akan keluar dan sudah pasti post mortem perlu dibuat, dan saya juga belum mengisi borang cukai pendapatan 2012. Pening juga, tetapi seperti biasa, semua perkara berkenaan akan selesai, dan sejarah sebelum telah menunjukkan bahawa saya mampu menyelesaikan semua masalah tetapi dengan kekuatan daripada Allah, semoga Allah memberkati usaha saya selama ini untuk kebaikan sekolah dan anak didik tetapi adakalanya saya rungsing kerana anak saya sendiri tidak diberi perhatian sangat. Hai inilah nasib seorang guru. Semoga saya dapat mengatasi semua masalah dengan segera, insyaAllah. Mungkin juga doa pelajar, jika mereka ingat kita.
          

Rabu, 13 Mac 2013

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2013

      Sungguhpun Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SMKASAS 2013 terdiri daripada seorang pelajar ting. 4, dan empat pelajar ting. 3, namun kalian telah menunjukkan kemampuan untuk bertanding dengan pembahas lebih dewas dengan mengalahkan SMKDARY dan SMK Seri Iskandar pada Pertandingan Peringkat Zon Bota pada hari ini dan menjadi Johan peringkat zon. Kami guru-guru penasihat sangat gembira dengan kejayaan anda.
      InsyaAllah, pada 16 Mac 2013 bertempat di SMK Changkat Lada, kalian sekali lagi akan berentap dengan pasukan bahas yang menjadi Johan setiap Zon, iaitu Zon Parit, Zon Seberang Perak dan Zon Kampung Gajah. Namun, terdapat beberapa kekangan yang akan dihadapi pasukan bahas SMKASAS antaranya Ujian Selaras 1 dan juga masa kerana tempoh masa persediaan untuk menghadapi pertandingan peringkat daerah semakin hampir iaitu hanya tinggal dua hari sahaja. Esok, pelajar disarankan untuk mengambil ujian selaras kerana sudah dua hari mereka diberikan pelepasan tidak mengambil ujian berkenaan. Keputusan tersebut dibuat untuk  mengelakkan mereka menghadapi bebanan  mengambil ujian selaras yang tidak diambil sebelum ini. Tambahan pula, guru-guru perlu memasukkan keputusan ujian selaras ke dalam sistem SAPS selewat-lewatnya 22 Mac 2013. InsyaAllah, esok saya dan guru penasihat Pasukan Bahas akan berbincang untuk pelepasan PdP kepada pelajar selepas waktu persekolahan sehingga ke hari Pertandingan. Hal ini terpaksa dibuat untuk membolehkan para pembahas membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan bahas peringkat Daerah Perak Tengah.
        Berdasarkan dua pertandingan perbahasan peringkat Awal dan Suku akhir yang dijalankan pada hari ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, antaranya mutu perbahasan pembahas, dan peranan pembahas. Justeru, perbincangan akan diadakan, melibatkan perbincangan antata guru penasihat, dan perbincangan guru penasihat dengan pembahas untuk memastikan mutu perbahasan akan lebih mantap. Disamping itu, saya akan berusaha untuk mencari bahan dan menentukan format perbahasan lebih bermutu selain untuk memastikan bebanan pelajar akan berkurangan berdasarkan situasi yang dihadapi oleh mereka sekarang. Semoga Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SMKASAS akan pergi lebih jauh. Amin.

Ahad, 10 Mac 2013

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BOTA 2013



                  Pada 13 Mac 2013, akan menjadi tuan rumah Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Zon Bota. Tiga pasukan bahas melibatkan  SMKASAS, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob, dan SMK Seri Iskandar terlibat dalam pertaningan tersebut. Setelah diundi , SMKASAS akan bertemu dengan SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob, sementara SMK Seri Iskandar merupakan pasukan menunggu dan akan menentang pasukan yang  menang dalam pertandingan  pusingan awal iaitu sama ada SMKASAS, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob.
                 Pasukan yang akan menjadi Johan Pertandingan Peringkat Zon Bota, akan menjadi wakil zon ke Pertandingan Daerah yang akan dijalankan pada 16 Mac 2013 bertempat di SMK Changkat Lada, Kampung Gajah. Antara usul untuk pertandingan peringkat zon dan peringkat daerah adalah seperti di bawah:-
                Usul Peringkat Awal            :  1 Murid 1 Sukan meningkatkan mutu sukan negara.
               Usul  Peringkat Suku Akhir  :   Gagasan 1 Malaysia mampu memacu kecemerlangan negara.
               Usul Separuh Akhir              :   Institusi pendidikan agen transformasi sahsiah.
               Usul Akhir                            :   Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pemangkin kemenjadian
                                                              Murid.

                 Pasukan SMKASAS telah dibentuk berdasarkan kemahiran pelajar berbahas dan posisi yang diterajui oleh mereka sepanjang Pertandingan Perbahasan Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada 1 Mac  dan 7 Mac 2013. Guru Penasihat Bahas Ala Parlimen yang menghakimi pertandingan sepanjang pertandingan peringkat sekolah iaitu En. Mohd. Ramsul b. Abd. Rahiman, En. Ahmad Sirajuddin b. Mohd. Tahir dan Pn. Tengku Hermawany bt. Raja Abdul Manan telah memilih lima orang pembahas dan lima orang pembantu yang akan mencari bahan untuk pertandingan perbahasan. Kelima-lima pembantu ini juga merupakan pelapis pembahas pada masa akan datang. Pada tahun ini, pembahas terdiri daripada pelajar ting. empat, tiga dan tingkatan dua. Antara nama pembahas dan pembantu pasukan Bahasa SMKASAS adalah seperti di bawah:-

PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU, SMKASAS 2013
SENARAI NAMA PELAJAR DAN TUGASAN
BIL
NAMA
TANGGUNGJAWAB
1
NORSHAHIRAH  HANI  BT. ABD. AKMAL
PERDANA MENTERI
2
ABID  SYAUQI B. SUZAIMI
KETUA PEMBANGKANG
3
MOHD. AIZAD  B. MOHD. MOKHTAR
MENTERI KEDUA
4
AHMAD FAIZ  B. OMAR
PEMBANGKANG KEDUA
5
IMTIYAZ WIZNI AUFA BT. OTHMAN
MENTERI/PEMBANGKANG 3
6
NURSYASYA ATIKAH BT. ZAINAL ABIDIN
PELAPIS/THINK TANK
7
FARAH AISYAH BT. MD FAUADI
PELAPIS/THINK TANK
8
AINNUR  SYAHIRAH BT. MOHD. FADZIL
PELAPIS/THINK TANK
9
AZLIN SYAFINAZ  BT. MUHAMMAD YUSUF
PELAPIS/THINK TANK
10
NUR SHAHIRA  BT. HANAN
PELAPIS/THINK TANK

Gambar Sekitar Pertandingan Perbahasan Peringkat Sekolah 2013









              Sesungguhnya, tanggungjawab seorang pembahas amat mencabar kerana mereka perlu berusaha untuk mencari maklumat untuk mengukuhkan hujah serta membuat bidasan terhadap hujah-hujah lawan selain perlu arif strategi bermakna mereka perlu memahami peranan berdasarkan posisi mereka sama ada Perdana Menteri, Menteri kedua, Menteri Ketiga, Ketua Pembangkang, Pembangkang Kedua atau Pembangkang Ketiga. Masing-masing akan memainkan peranan berbeza, tambahan pula cabutan undi akan dilakukan sebelum pertandingan dijalankan dan ketika itu barulah pasukan pembahas akan tahu peranan mereka sama ada posisi mereka kerajaan mahupun posisi pembangkang. Dua hari ini, pembahas berkampung untuk menentukan bahan dan teks mereka berdasarkan peranan mereka. Tambahah pula, pada hari Isnin ini  akan bermula Ujian Selaras 1, maka sudah pasti bebanan  kalangan pembahas bertambah kritikal. Sebagai Guru Penasihat Bahas Parlimen selama lebih kurang sembilan tahun, saya sudah masak permasalahan para pembahas kerana sudah rata daerah di negeri Perak telah saya kunjungi, malah sampai ke Melaka untuk perbahasan peringkat kebangsaan. Ada kalanya tertidur di dalam kereta, tertidur di meja Pusat Sumber, dan pelbagai lagi kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Kemungkinan, bekas pembahas SMKASAS mungkin dapat mengingati semula peristiwa lalu. Pada petang tadi, pembahas sekolah menelefon saya kerana mereka sukar mencari isi usul kedua, dan meminta tolong untuk mendapatkan pelepasan daripada mengikuti ujian selaras 1. Memang, saya dan Cikgu Sirajuddin telah memberikan banyak bahan berkaitan dengan tajuk atau usul tersebut, dan saya dapati pelajar masih tidak faham untuk mendapatkan bahan. Pertama sekali mereka perlu mencari rasional untuk menentukan hujah kerana melalui rasional berkenaan pembahas akan dapat menentukan isi atau hujah yang akan mereka bawa. InsyaAllah, pada malam ini saya kan cuba untuk membantu mereka dengan menentukan rasional dan hujahan yang perlu dilakukan. Pada tahun ini Cikgu Sirajuddin dan Cikgu Hermawany membantu kumpulan pembahas tidak seperti pada masa dahulu boleh dikatakan saya seorang dan dibantu oleh Cikgu Zamri. Sesungguhnya jasa Cikgu Zamri juga tidak dapat saya lupakan kerana beliau bersama-sama saya ke Melaka membawa pasukan bahas ketika itu.  Semoga pasukan Bahas SMKASAS akan berjaya sehingga peringkat tertinggi dalam pertandingan Bahasa Tahun 2013. Amin.

 

Jumaat, 1 Mac 2013

PEMERGIAN PELAJAR LEPASAN PMR 2013 KE SBP, SBPI DAN KISAS

   Sekali imbas pemergian banyak pelajar SMKASAS ke institusi pengajian sama ada SBP, SBPI atau KISAS pada tahun ini agak luar biasa. Jika dikira secara kasar, pelajar cemerlang SMKASAS iaitu seramai 57 orang mendapat keputusan 9A pada tahun 2013. Boleh dikatakan lebih 40 orang pelajar cemerlang ini telah keluar untuk melanjutkan pelajar institusi yang dinyatakan di atas, namun beberapa orang pelajar bertindak untuk meneruskan pengajian di SMKASAS.
      Saya terpanggil untuk berbicara perkara ini kerana pemergian pelajar ini sedikit sebanyak memberi impak kepada SMKASAS sendiri dan keuntungannya kepada sekolah-sekolah berasrama penuh di atas. Namun, saya sama sekali tidak berniat langsung menghalang pemergian mereka atau menyalahkan pemergian mereka, kerana setiap kali saya berjumpa atau mendengar keluhan pelajar ini, saya terus memberikan pandangan secara jujur, dan adakalanya memberi sokongan kepada mereka sekiranya mereka ingin membuat perubahan terutama untuk merubah stastus mereka menjadi pelajar sekolah asrama penuh. Hal ini kerana SMKASAS bukan sebuah sekolah berasrama penuh, cuma sekolah harian sahaja tetapi bertaraf kluster Kecemerlangan.
          Namun, saya amat bangga kerana sekurang-kurangnya SMKASAS berjaya melahirkan banyak pelajar cemerlang, mana tidaknya kerana tapisan kemasukan ke sekolah di atas merupakan tapisan pelajar yang mengikut status kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, memang saya amat sedih disamping gembira atas pemergian mereka. Gembira saya kerana mereka ini merupakan kalangan pelajar cemerlang SMKASAS, kesedihan saya kerana mereka merupakan pelajar hasil titik peluh guru-guru SMKASAS terutama guru yang banyak berusaha untuk memastikan mereka cemerlang semasa di peringkat menengah bawah dahulu iaitu semasa di tingkatan tiga. Bayangkan, lebih 20 orang pelajar SMKASAS ke KISAS, bolehlah kita membayangkan KISAS merupakan KASAS. 
               Justeru, sebagai seoarang guru, saya dan guru-guru lain tidak akan mengenal erti kesal, sedih, kalah dalam menghasilkan pelajar cemerlang setiap masa kerana itu merupakan tugasan dan tanggungjawab kami. Pada tengah hari tadi saya sempat berbual dengan Puan Pengetua di kantin berbicara atas isu berkenaan dan beliau berkata sepatutnya isu kecemerlangan sepatutnya diambil tahu oleh Jabatan Pelajaran Perak (JPN), Bahagian Pendidikan Islam (KPM)  dan juga Kementerian Pelajaran (KPM) kerana pemergian mereka juga atas tapisan pihak berwajib ini. Justeru, apabila isu keputusan SPM, timbul sebenarnya impak dari perkara di atas. Namun, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kehendak pelajar dan ibu bapa tidak boleh kita pertikai kerana masing-masing lebih menjurus ke arah kecemerlangan dan sudah pasti sekolah berasrama penuh, terutama kluster atau bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi menjadi igauan mereka. Sungguhpun begitu, adakah kita boleh berpeluk tubuh dan membiarkan semuanya terjadi seolah-olah situasi tersebut biasa kerana perpindahan pelajar secara besar-besaran ini perlu dibuat post mortem melibatkan Pentadbiran, Unit Kaunselor, Unit Peperiksaan, Panitia Mata Pelajaran, Pengurusan Warden, dan semua warga SMKASAS untuk berusaha memastikan SMKASAS sebenar-benarnya sekolah kluster kecemerlangan. Apabila semua warga SMKASAS sedar, SMKASAS sebuah institusi cemerlang, sudah pasti isu pelajar berpindah sekolah ini tidak akan berlaku kerana mereka sedar bahawa SMKASAS juga lebih hebat daripada sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain.
                   Oleh sebab itu, banyak faktor perlu diberi keutamaan untuk mengelak kejadian ini daripada terus berlaku, kerana pelajar cemerlang ialah aset utama kepada setiap sekolah. Justeru, pentadbiran perlu mengklusterkan semua faktor, kluster keceriaan, kluster akademik, kluster pelajar, kluster pendidik, kluster asrama sebagai mana yang dikhususkan ketika ini, dan semuanya perlu berlaku berterusan bukan sekadar program jangka pendek tetapi program jangka panjang. Tidak ada yang mustahil kerana paling utama usaha dan bertanggungjawab semua warga SMKASAS kerana sememangnya SMKASAS cemerlang. Di samping itu, PIBG SMKASAS juga perlu bekerjsama denga pentadbiran sekolah untuk menyedarkan ibu bapa bahawa sememangnya SMKASAS merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan dan tidak ada faedahnya SMKASAS kluster akedemik tetapi pelajar dan ibu bapa beranggapakan SMKASAS hanya sebagai sekolah transit untuk anak-anak mereka atau dengan kata lain SMKASAS menjadi batu loncatan untuk anak-anak mereka ke SBP dan SBPI, atau ke KISAS.  Selain itu, alumni juga perlu turun untuk memberi motivasi kepada adik-adik mereka generasi baru agara terus beada di SMKASAS untuk memastikan SMKASAS terus menjadi sekolah kluster akedemik malah kepada sebuah sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi. InsyaAllah melalui rasa tanggungjawab dan sayang akan SMKASAS, semua jalinan organisasi di atas akan membuahkan hasil sekiranya terdapatnya pertautan usaha dan kerjasama kerana pepatah Melayu ada menyatakankan genggam bara api biarlah sampai menjadi arang, alang-alang mandi biarlah basah, cubit peha kiri, peha kanan terasa, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang. Justeru marilah kita melakukan sesuatu elakkan daripada bersifat seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana paling penting semua pihak perlu mengambil tahu dan bertindak untuk mengatasi masalah berkenaan kerana kita memang pendidik hebat dan pendidik kluster, serta bekas-bekas pelajarnya juga pelajar kluster kecemerlangan. Maaf, ini hanya sekadar nukilan dan yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu meruapakan kelemahan diri saya. Saya bangga menjadi pendidik SMKASAS.

FOLIO BAHASA MELAYU (MAKLUMAT TOPIK KARANGAN)



CONTOH PAPARAN FORMAT PENULISAN FOLIO 
MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN TOPIK KARANGAN
ANDA JUGA BOLEH MELAYARI LAMAN SPM SAYA UNTUK
MERUJUK TAJUK DAN PECAHAN TUGASAN.

MUKA SURAT HADAPAN

FOLIO  PENULISAN KARANGAN
MAKLUMAT TOPIK KARANGAN BAHASA
MELAYU


TAJUK:
PERINDUSTRIAN  DI MALAYSIA

Nama:......................................
Ting   :.....................

Nama Guru Mata Pelajaran:

................................................
Tarikh Penyediaan Bahan:.....................

MUKA SURAT KEDUA



ISI KANDUNGAN:-
  1.    .................................................  ms.....

  2    ..................................................  ms.....

  3.   ...................................................  ms.....

  4.   ...................................................  ms.....



MUKA SURAT KETIGA


OBJEKTIF FOLIO

............................................................

............................................................

............................................................

...........................................................

...........................................................


MUKA SURAT KEEMPAT

TAJUK UTAMA

1.   PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

a.       JENIS-JENIS PERINDUSTRIAN

b.      AGENSI BERTANGGUNG JAWAB.

c.       KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERINDUSTRIAN.

d.      PRESTASI NEGARA DALAM PERINDUSTRIAN




MUKA SURAT

BIBLIOGRAFI atau SENARAI RUJUKAN:-
Contoh cara penulisan rujukan:
a.       Buku:-
A. Samad Said, 1979. Dari Salina Ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b.      Majalah:-
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN”
dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-143, Mac 1977.

c.       Surat Khabar atau bulletin:-
Zaharuddin Mohd Ali. ”PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral” dalam Utusan Malaysia, 21 April 1995.




d.      Internet:-



*** Sebarang maklumat tambahan sila layari blog spot saya mohdramsul.blogspot atau face Book  saya.

**  Diharapkan anda dapatkan menghasilkan folio dengan baik dan sebarang panambahbaikan dibenarkan termasuk gambar, lukisan atau lakaran. Pastikan maklumat yang anda hasilkan mantap, tepat, dan boleh digunakapakai untuk penghasilan karangan yang mantap.