SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 29 Mei 2013

CERPEN-CERPEN HASILAN PELAJAR SMKASAS UNTUK PERTANDINGAN (TERKINI DAN LAMA)



MENDUNG YANG PERGI
KARYA SITI  ARIFATUL NAIM BT. SAMAD  ( 2011 )

Angin menderu menyapa tubuhku. Dingin yang aku rasa menenangkan jiwa yang sedang gundah-gulana saat mama menelefonku dan memaklumkan majlis pertunanganku dengan anak rakan seperniaga papa. Majlis itu nanti akan diadakan dua minggu dari sekarang. Aku ingin membantah tetapi, papa tetap dengan keputusannya. Aku mengambil keputusan untuk pergi seketika dan di sinilah diriku terdampar. Kelihatan laut yang berombak tanpa henti disamping kanak-kanak yang bermain di tepian. Lupa seketika akan masalah yang membelenggu diriku. Sedang asyik melayan perasaan, telefon bimbitku berdering tiba-tiba. Aku melihat nama yang tertera, Sofea.
“Hello, Sofea.”
“Hello, Lina. Eh, kau dekat mana ni?” tanyanya. Aku tersenyum sendiri. Tahu akan kesalahan diri.
“Alamak, sorrylah. Aku lupa nak cakap dekat kau, aku tak balik dalam dua tiga hari ni.” maklumku.
“Kenapa? Tiba-tiba saja kau ni.” tanya Sofea, pelik dengan keputusanku.
“Saja, aku nak berehatlah. Penat bekerja.” dalihku.
“Hmm, yelah tu. Apa-apa pun, call aku kalau ada apa-apa.” pesannya.
            Talian dimatikan. Aku melepaskan keluhan berat. Kakiku melangkah perlahan disepanjang gigi air. Aku buntu sebenarnya. Tidak tahu hendak berbuat apa. Telefon bimbitku dimatikan. Aku mahukan ketenangan. Tidak ingin diganggu sepanjang  aku di sini walau panggilan daripada mama atau papa.
            Sebulan telah berlalu, kini aku sudah menjadi tunangan orang. Tetapi, aku tidak mengetahui siapakah tunanganku itu. Aku hanya sedia maklum dia adalah anak rakan perniagaan papa.
            Suatu hari, ketika aku dalam perjalanan untuk ke pejabat tiba-tiba, tayar keretaku pancit. Aku kaget. Tidak tahu hendak berbuat apa. Baru sahaja aku ingin menelefon mekanik tiba-tiba sebuah Honda Civic hitam berhenti bersebelahan dengan keretaku. Aku seakan-akan mengenali pemilik kereta ini. Sah, kereta ini milik ketuaku, Zafril Iskandar. Dia keluar dari keretanya dengan penuh gaya. Bagaimanalah aku tidak menaruh hati kepadanya dalam dia.
“Hai, Lina. Kenapa ni?” sapa Zafril.
“Hai, Encik Zafril. Hurm, entahlah. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba saja dia pancit.” jelasku.
“Oh I see. Tapi, tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil saya Aril pun dah cukup. Tak apalah Lina, biar Aril tengok kalau-kalau Aril boleh tolong.” katanya serasa membahasakan dirinya  Aril.
            Aku memberi ruang kepadanya. Aku melihat dia menukar tayar keretaku dengan cekap sekali. Berpeluh-peluh wajahnya ketika melakukan kerja-kerja penukaran tayar. Sejam kemudian, kerjanya telah selesai. Aku memberikan sebotol air mineral dan sehelai sapu tangan kepadanya.
“Thanks.” katanya lalu terus sahaja air itu diminum.
“Hurm, sepatutnya Lina yang kena cakap macam tu.” kataku pula.
“Tak apa, lagipun ni semua kerja lelaki. Bukan kerja perempuan.” balasnya.
“Eh, jomlah kita bertolak. Nanti lagi lambat kita sampai pejabat.” ujarku mematikan perbualan kami.
            Keakraban kami itu tidak berhenti disitu sahaja. Bahkan, berlarutan sehingga ke suatu tahap yang dapat menukarkan status perhubungan kami. Kini, aku dan Zafril merupakan sepasang pasangan kekasih. Lupa terus aku dengan status tunangan orang yang aku sandang.
            Dua tahun berlalu tanpa aku sedari, papa ada mencadangkan aku bekerja dengannya. Tetapi aku menolak. Mana mungkin aku meninggalkan Zafril setelah perhubungan kami sudah sejauh ini.
Suatu hari, ketika itu aku sedang bersiap-siap untuk pulang. Pada hari itu, Zafril tiada di pejabat kerana dia ada kerja luar. Aku memandu kereta seperti biasa. Tiba di satu selekoh yang agak tajam, aku menekan brek. Namun, brek keretaku tidak berfungsi. Oleh sebab keretaku sedang laju, maka keretaku terbabas melanggar penghadang jalan. Aku tidak sedarkan diri dek kerana hentakan kepalaku ke stereng kereta. Sebaik sahaja aku sedarkan diri, aku dapati mama dan papa berapa di sisiku.
“Lina dekat mana ni, mama?” tanyaku.
“Di hospital, sayang.” jawab mama.
“Lina, ingat tak apa yang jadi kepada Lina sebelum ni?” tanya papa.
“Lina accident. Ingat tak?” tambah mama pula.
“Accident?” tanyaku kembali. Aku cuba untuk ingat kembali. Ya, aku sudah ingat tentang kemalangan itu. Aku mengangguk.
“Ya, Lina ingat. Kereta Lina, breknya rosak.” kataku.
“Tidak, Lina. Kereta Lina tidak ada kerosakan pun. Accident ni memang telah dirancang. Papa dah suruh polis uruskan kes ni.” Kata papa. Penjelasan papa itu membuatkan aku terkejut besar.
“Siapa pula yang nak bunuh Lina?” tanyaku dalam ketakutan. Aku menangis teresak-esak. Mama memelukku.
“Itu, papa tak tahu lagi. Kes ni masih dalam siasatan polis.” kata papa lagi.  
Dua bulan berlalu, kini aku kembali bekerja seperti sediakala. Tetapi, kes kemalangan yang dirancang terhadapku tempoh hari masih tiada sebarang
perkembangan baharu.
            Masa terus berlalu begitu pantas, akhirnya kes kemalanganku itu ditutup tanpa ada sebarang penangkapan kerana polis tidak menjumpai apa-apa maklumat lain. Tiga bulan kemudian, ketika itu aku sedang menikmati makan malam bersama-sama Zafril tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aku melihat nombor yang tertera, tiada dalam senarai kenalanku.
“Hello ” sapaku.
“Hello, boleh bercakap dengan Cik Lina Izzati binti Datuk Mansor?” tanya si pemanggil.
“Ya, saya sedang bercakap. Siapa ni?” tanyaku.
“Saya Inspektor Amira.” perkenalnya.
“Ya, ada apa inspektor.” tanyaku berdebar-debar.
“Begini Cik Lina, kedua- dua ibu bapa cik terlibat dalam satu kemalangan. Mereka telah dihantar ke Hospital Selayang. Saya harap cik dapat hadir ke Hospital Selayang sekarang juga. ” kata Inspektor Amira.
“Apa? Ya Allah. Baiklah inspektor, saya akan ke sana sekarang.” kataku dalam esakan. Talian dimatikan.
“Kenapa, Lina?” tanya Zafril dengan riak keliru.
“Papa dan mama, accident.” kataku. Bertambah-tambah riak terkejut diwajah Zafril. Dia meraup mukanya sebelum meraihku ke dalam pelukan. Cuma menenangkan diriku. Tangisanku semakin menjadi-jadi. Dia membawa aku ke kereta. Kami terus menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan aku hanya menyepikan diri, melayan kesedihan di hati. Zafril seakan-akan memahami gelodak dihatiku. Dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan aku begitu. Setibanya di sana, kelihatan seorang pegawai polis sedang menanti kami sambil ditemani seorang doktor wanita disisinya. Aku berkira-kira itulah Inspektor Amira.
“Doktor, macam mana dengan parents saya?” tanyaku. Doktor itu mendiamkan diri. Dia memandang Inspektor Amira sebelum beralih perhatian kepadaku.
“Maafkan saya, cik. Kami dah cuba sedaya-upaya kami. Tapi, Tuhan lebih sayangkan mereka.” kata doktor itu. Bagai halilintar tatkala berita itu sampai ke pengetahuanku. Aku terus tidak berdaya untuk berdiri. Mujurlah Zafril ada di belakangku dan menyambutku yang sudah terkulai layu.
“Lina, jangan macam ni , sayang. Aril yakin kalau mereka masih ada pun mereka tak nak melihat Lina macam ni.” Zafril cuba memberikan aku semangat.
Sebulan berlalu tanpa aku sedar, selama sebulan jugalah aku telah mengendalikan syarikat papa. Kesedihan masih terasa, tetapi apakan daya hidup perlu diteruskan juga. Aku bersama-sama Sofea tinggal di banglo keluargaku. Jika aku merindui mereka, aku akan masuk ke bilik tidur mereka. Aku merasakan seolah-olah mereka masih ada di banglo itu.
Aku sedar, setiap musibah yang menimpaku pasti tersembunyi hikmah yang tidak aku ketahui. Kemalangan mama dan papa juga merupakan satu kemalangan yang telah dirancang. Aku keliru, siapakah yang sedang berdendam dengan keluargaku tika ini? Setahu aku, papa tidak ada musuh. Tetapi, apakah motif dendam ini?
Syarikat peninggalan papa juga semakin gah berdiri dipersada dunia. Hari-hari yang aku lalui lebih mematangkan diriku kini tentang hakikat sebuah kehidupan yang penuh onak duri.
Suatu hari, Zafril mengajakku pergi bercuti. Katanya, aku memerlukan masa untuk berehat. Aku bertanya kepada Sofea untuk turut serta dalam percutian kami ini namun, ditolaknya. Akur dengan keputusannya, aku pergi meninggalkannya bersama-sama Mak Mah, orang gajiku. Destinasi kami adalah Perak. Zafril membawaku ke Marina Resort. Semua perbelanjaan, ditanggung sepenuhnya oleh Zafril. Katanya, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan aku bahagia dan gembira selalu. Aku merasakan sungguh bahagia dan bertuah kerana masih ada insan yang menyayangiku.
Suatu pagi, Zafril menghantarkan aku pesanan ringkas bahawa dia perlu ke suatu tempat. Sejam kemudian, aku mendapat lagi pesanan daripadanya. Katanya, dia menungguku di taman. Aku terus sahaj menuju ke taman. Aku mencari dirinya namun, hampa. Tiba-tiba, mulutku ditekup dengan sehelai kain dari arah belakang. Aku meronta-ronta. Lama-kelamaan, rontaanku menjadi lemah dan aku terkulai layu tidak sedarkan diri.
Saat aku tersedar dari pengsan, aku melihat sekeliling. Aku sedang berada di dalam sebuah bilik yang kosong. Aku tidak tahu dimanakah aku berada tika ini. Tangan, kaki dan mulutku diikat. Tiba-tiba, pintu terkuak. Datang seorang lelaki yang bertopeng. Dia menghulurkan aku sebuah telefon bimbit.
“Nah, ada orang yang nak cakap dengan kau.” katanya seraya membukakan ikatan dimulutku.
“Hai Lina.” kata si pemanggil lantas ketawa besar.
“Aril! Help me! Please!” rintihku.
“Tolong? Nak mintak tolong apa sayang?” katanya sambil ketawa.
“Lina kena culik!” jelasku ketakutan.
“Alahai, kesiannya buah hati Aril ni.” katanya lantas ketawa berdekah-dekah. Aku terdiam. Terasa seperti ada yang tidak kena tika ini. Ya Allah! Zafrillah dalangnya!
Menitis air mataku. Sungguh tidak aku sangka, orang yang aku sayang dan cintakan selama ini sanggup memperlakukan aku sebegini.
“Kenapa Aril buat Lina macam ni? Apa salah Lina?” tanyaku dalam esak tangis.
“Kenapa kau tanya aku? Huh,engkau dengan keluarga kau sama saja! Papa kau tu tamak! Sebab nak naikkan syarikatnya, sanggup gadaikan hidup anak perempuannya. Perkahwinan yang dirancang hanyalah sebagai medan untuk mendapatkan harta dengan cepat. Kau pula, kalau dah bertunang tu buatlah cara dah bertunang! Jangan nak menggatal dengan orang lain! Untuk pengetahuan kau wahai Lina Izzati, aku adalah tunang kau.” katanya. Terkejuk aku mendengarnya. Tunang? Huh, aku sudah lupa akan perihal itu.
“Tapi, kenapa kau buat aku macam ni? Kalau kau dah tahu aku dipaksa bertunang kenapa kau tetap buat aku macam ni?” tanyaku teresak-esak.
“Sebab aku berdendam dengan papa kau. Dia hanya nak aku kahwin dengan kau dan bolot harta papa aku. Kalau nak bolot, apa cara lagi untuk tamatkan riwayat papa aku selain membunuh dia! Jadi, sebelum papa kau bunuh keluarga aku lebih baik aku yang bunuh keluarga kau!” kata Zafril bersama dendam. Talian dimatikan dan mulutku diikat kembali. Aku ditinggalkan bersendirian.
Zafril berasa gembira apabila dapat membalas dendam terhadap keluarga Datuk Mansor. Dia menjadi seorang pendendam apabila mengetahui niat sebenar Datuk Mansor disebalik pertunangannya dengan Lina.
Pada hari itu juga, dia perlu menjemput adiknya yang sudah tamat pengajiannya dari luar negara iaitu Zafran Hakimi.
Seminggu sudah berlalu, Sofea kerisauan apabila Lina tidak pulang-pulang. Dia telah dimaklumkan oleh Zafril bahawa Lina inginkan ketenangan sebentar. Tetapi, hatinya tetap bimbang akan keselamatan sahabatnya itu.
Di rumah Datuk Hisham, Zafran sudah kebosanan kerana hanya duduk sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa. Dia mengambil keputusan untuk pergi bercuti. Niatnya hanya untuk melihat keindahan tempat-tempat melancong di tanah airnya sendiri setelah sekian lama merantau di negara orang. Dia menuju ke Tanah Tinggi Cameron. Di sanalah dia membesar selama ini. Dia ingin mengimbau kembali kenangannya sewaktu kanak-kanak dahulu.
Di sana, Datuk Hisham mempunyai sebuah rumah. Zafran
ingin pergi ke rumah itu. Rumah itulah yang didiaminya suatu ketika dahulu. Setibanya di sana, dia segera keluar dari keretanya. Zafran tersenyum sendiri melihat keindahan alam.
Hampir keseluruh ruang rumah itu ditujunya. Setibanya di bahagian belakang rumah, tiba-tiba dia mendengar suatu jeritan. Suara itu datang dari sebuah bilik kosong. Tiba-tiba, dia melihat dua orang lelaki yang berbadan tegap keluar dari sebuah bilik. Kedua-dua lelaki itu bertopeng. Dia yakin mereka berdua adalah penjahat dan di dalam bilik itu mesti ada sesuatu rahsia yang disembunyikan. Zafran nekat untuk mengetahui apakah rahsia di dalm bilik itu. Setahunya, itu adalah sebuah bilik kosong.
Setelah memastikan kedua-dua lelaki itu pergi, Zafran melangkah perlahan-lahan ke arah bilik itu. Berhati-hati dia membuka pintu bilik yang bermangga itu dengan dawai. Beberapa minit kemudian, mangga itu terbuka. Ya, dia telah berjaya. Dia melihat ke dalam bilik itu. Dia tergamam kerana melihat diriku yang terikat tangan, kaki serta mulut.
“Cik. Cik.” panggilnya. Aku tersedar dari tidur. Hampir-hampir sahaja aku ingin menjerit kerana terkejut. Pantas tangannya menekup mulutku dan mengisyaratkan agar aku diam.
“Shhyy. Jangan jerit, cik. Saya datang nak selamatkan cik.” kata Zafran lagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Tetapi, aku masih ragu akan kejujuran lelaki itu. Setelah semua ikatan dibuka, dia memapahku untuk keluar dari bilik. dia membawa aku pergi jauh dari situ.
Dia membawa aku ke Pulau Tioman. Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Tidak berminat untuk bersua kenal. Setibanya di sana, aku seakan-akan berapa di dalam duniaku sendiri. Kehadirannya tidak aku hiraukan.
Keesokannya, aku terjaga dari tidur yang aku rasakan sungguh panjang. Aku terasa segar sekali. Tiba-tiba, aku berkeinginan untuk bersiar-siar. Aku menyusuri tepian pantai. Dari jauh, aku melihat seseorang yang sedang duduk termenung menghadap ke laut. Aku menghampirinya.
“Hai, boleh saya duduk sini?” sapaku. Zafran seakan-akan terkejut. Rasa bersalah pula aku mengganggunya.
“Hai, duduklah. Eer, awak dah sihat?” tanya Zafran.
“ Bila saya sakit?” tanyaku.
“Tak, maksud saya. Awak dah okay ke?” jelasnya.
“Oh, pasal tu. Hurm, bolehlah. Awak, thanks sebab dah selamatkan saya semalam.” kataku.
“Sama-sama. Eer, boleh saya tanya. Siapa nama awak?” tanya Zafran.
“Saya Lina. Awak?” tanyaku kembali.
“Saya Zafran.” maklumnya. Aku mengangguk.
“Eer, Lina. Kalau saya tanya ni, awak marah tak.” Zafran bertanya ragu-ragu.
“Kenapa? Awak nak tanya saya macam mana saya boleh ada dekat dalam bilik tu?” tanyaku serkap jarang. Dia mengangguk.
Sepanjang hari itu, aku hanya menghabiskan masa menceritakan segala-galanya kepada Zafran. Aku yakin, dia seorang yang baik hati. Melihat dari segi perwatakannya pun aku sudah tahu bahawa dia seorang yang bersopan-santun, berbudi bahasa dan mempunyai hati yang ikhlas. Dia meluahkan rasa simpatinya terhadap apa yang telah berlaku. Tiga hari kami bercuti di sana. Aku berasa tenang kembali. Tetapi aku masih belum kuat untuk berhadapan dengan lelaki durjana itu.
Kepulanganku ke rumah meleraikan kekeliruan dan kerisauan Mak Mah dan Sofea. Aku menceritakan segala-galanya kepada Sofea tetapi, tidak Mak Mah. Aku juga telah mengambil keputusan untuk pergi dari Kuala Lumpur. Aku merayu kepada Sofea agar mengambil alih tugasku di pejabat sepanjang ketiadaanku. Akhirnya, dia bersetuju juga. Aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajianku di laur negara. Pemergianku hanya diketahui oleh mereka serta Zafran sahaja.
Lima tahun berlalu begitu sahaja, tetapi aku masih berhubung dengan mereka bertiga. Aku kini selesa berada di Korea. Di sini, kehidupanku berjalan dengan lancar. Suatu hari, Zafran memaklumkan bahawa dia juga turut berada di sini. Aku berasa gembira lalu keluar berjumpa dengannya. Kedatangannya ke sini membawa suatu hajat besar yang tidak pernah aku bayangkan.
“Lina, sebenarnya kedatangan saya ke sini sebab nak melamar awak. Lina Izzati binti Mansor, sudikah awak menjadi isteri kepada saya, Zafran Hakimi bin Hashim.” lamarnya.
Aku tergamam. Tidak tahu hendak berkata apa. Perkara ini tidak pernah aku jangka. Aku memandang dirinya yang sedang melutut di hadapanku sambil menghulurkan sebentuk cincin plantinum. Tanpa aku sedar, air mataku mengalir deras. Zafran berdiri semula, dia menyeka air mataku yang mengalir.
“Jangan menangis, sayang. Saya tak nak awak menangis lagi. Cukup-cukuplah.” pujuknya. Aku ketawa. Dia juga turut ketawa.
“Wahai Zafran Hakimi bin Hashim, saya, Lina Izzati binti Mansor dengan ini menerima lamaranmu.” kataku dalam senyuman. Zafran menjerit kesukaan. Memalukan! Tetapi, aku juga turut merasakan apa yang dirasakannya saat ini.
Setelah bertahun-tahun dirantau orang, kini aku kembali ke tanah airku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Sofea dan Mak Mah. Gembira bukan kepalang mereka berdua apabila mengetahuinya. Mak Mah mencadangkan agar perkahwinan kami ini diadakan di kampungnya yang terletak di Terengganu. Hari yang bersejarah ini aku adakan dengan meriah sekali.
Pada malam pertama aku memegang gelaran isteri kepada Zafran Hakimi, aku bertanyakan tentang perihal latar belakangnya. Walaupun sudah bergelar suami isteri namun, aku masih tidak mengetahui mengenai latar belakang suamiku sendiri.
“One fine day, abang akan cakap juga. Tapi, bukan sekarang.” katanya. Aku menghormati keputusannya.
Tiga bulan sudah berlalu, ketika itu aku sedang membeli-belah di sebuah pasar raya. Tiba-tiba, aku terperasan akan suatu kelibat seperti seseorang yang sedang memerhatikan aku. Mataku melilau mencari orangnya namun, hampa. Aku menjadi curiga. Lantas, aku memandu untuk pulang ke rumah bangloku.
Tetapi, sebuah kereta telah memintas keretaku ketika jalan yang aku lalui lengang. Keluar seorang manusia yang sangat-sangat aku benci, Zafril! Dia memasuki keretaku tanpa sempat aku berbuat apa-apa.
“Hai, Lina. Lama tak jumpa you.” katanya.
“Hey, kau nak apa ha! Tak cukup lagikah kau dah hancurkan hidup aku?” kataku berang.
“Kau jangan cuba nak kuranga ajar dengan aku, Lina.” Zafril berkata seraya mengeluarkan sebilah pisau lalu mengacukan ke arahku. Aku menjadi takut.
“Kau nak apa sebenarnya?” tanyaku bersama linangan air mata.
“Tak ada apa-apa. Sekarang aku nak kau pandu kereta ni dan ikut arahan aku. Cepat!” arahnya.
            Aku memandu mengikut arahannya. Dalam hatiku, tidak henti-henti berdoa memohon perlindungan dari sebarang kecelakaan. Setelah tiga jam memandu, kini keretaku berhenti di sebuah rumah yang meninggalkan titik hitam di dalam hidupku.
            Dia membawaku ke dalam rumah. Aku menjadi takut tatkala dia mengunci pintu. Dia mengeluarkan tetefon bimbitnya lalu mendail satu nombor.
            “Ran, aku nak kau dengar suara ni.” katanya tiba-tiba lalu menyuruhku bercakap.
            “He.. Hello.” kataku dalam ketakutan. Tiba-tiba aku mendengar suara suamiku.
            “Abang! Tolong Lina, bang!” jeritku sebelum ditampar oleh Zafril. Aku tidak sedarkan diri.
Ketika aku sedar, aku dapati berada dalam sebuah bilik. Tiba-tiba terdengar suara orang bertengkar. Aku yakin, itu suara Zafran. Aku cuba untuk keluar tetapi pintu dikunci dari arah luar. Aku memandang sekeliling dan aku terlihat sebuah tingkap. Aku memanjat tingkap itu dan berlari keluar. Aku menuju ke arah kereta suamiku. Tiba-tiba, aku ternampak telefon bimbitnya tertinggal di dalam. Aku mengambilnya lalu mendail nombor polis.
Kemudian, aku berjalan perlahan-lahan ke arah pintu utama untuk menyelamatkan suamiku. Tetapi, lain pula yang terjadi. Ditakdirkan Tuhan, aku telah mendengar butir-butir bicara mereka berdua.
“Ril! Kau jangan jadi gilalah!” kata suamiku.
“Argh! Aku tak peduli! Kau dah rampas tunang aku! Sekarang aku nak kau terima padahnya.” kata Zafril pula disusuli bunyi tembakan. Aku terkejut.
“Ran, aku memang sayangkan kau. Sebab kau satu-satunya adik yang aku ada. Tapi, kau dah buat aku benci kau!” luah Zafril.
Aku bertambah terkejut. Mereka adik-beradik? Lantas, aku menolak pintu utama. Terkejut besar mereka berdua. Aku melihat tangan kiri Zafran tercedera. Tanpa aku duga, Zafril telah mengacukan pistol ditangannya ke arah aku dan melepaskan tembakan. Aku memejamkan mata. Apabila aku membuka kembali mataku, aku melihat Zafran sudah terbaring di hadapanku dengan berlumuran darah. Aku tergamam.
“Abang!” jeritku. Aku melutut memeluk tubuh suamiku yang telah kaku. Zafril terpaku dengan apa yang terjadi.
“Abang, please bangun. Jangan tinggalkan Lina. Abang!” raungku.
Ketika itu juga, pasukan polis telah tiba. Mereka menyerbu ke dalam rumah dan melihat aku memeluk tubuh Zafran yang berlumuran darah. Pantas sahaja mereka menangkap Zafril yang kebingungan. Tiba-tiba, aku merasakan tubuhku seakan-akan ringan sahaja. Kemudian, aku tidak mengetahui apa yang terjadi selepas itu.
Sedar-sedar sahaja dari pengsan, aku bertanya kepada Sofea yang berada disisiku, dimanakah Zafran. Sofea memapahku menuju ke wad yang menempatkan suamiku. Lemah kaki aku tatkala menatap tubuh Zafran yang terkaku.
“Abang, Lina datang, bang. Abang bangunlah.” kataku seraya menggenggam tangannya. Sofea meninggalkan aku bersendirian bersama-sama Zafran. Aku melihat dia dibantu oleh alat pernafasan.
Dua tahun telah berlalu, air mataku menitis tatkala mengimbau kembali kenangan yang lalu. Aku sendirian di bawah pohon sakura sambil melihat ke arah taman. Tiba-tiba, ada tangan yang menyentuh bahuku.
“Sudahlah tu, jangan ingat lagi benda yang dah lepas.” kata suamiku, Zafran sambil tangan kanannya memimpin tangan si kecil kami, Alia Sumaiyyah binti Zafran Hakimi. Aku tersenyum.
Dua bulan selepas peristiwa hitam itu, aku disahkan mengandung. Zafril pula telah dijatuhkan 
hukuman gantung sampai mati. Aku bersyukur kini. Apa yang aku inginkan selama ini telah 

aku  dapat. Mama, papa, Lina bahagia sekarang. Kini, kehidupanku amatlah bermakna disisi 

keluargaku yang tercinta. Terima kasih Ya Allah.


TENGGELAMNYA SEBUAH PELANGI
KARYA FATHIYAH BINTI MAZLAN (2011)


      Edham hazared menapak laju ke arah bahagian kecemasan Hospital Queen
Elizabeth.Ketenangan hujung minggunya dipagut oleh berita kemalangan ibu dan
ayahnya yang sedang menuju ke London atas urusan rasmi.Sejurus menerima
panggilan daripada pihak polis, dia terus menuju ke hospital di mana ibu dan
ayahnya dihantar oleh pasukan perubatan.

     “ Edham Hazared,saya Inspektor Zahid,” ujar seorang lelaki yang segak
beruniform.Edham hanya memandangnya tanpa kata. “Saya minta awak bersabar
dengan berita ini.Senator Mukhriz dan Puan Mardiah sudah meninggal akibat
kecederaan parah dibahagian kepala.Mengikut laporan forensik dari bahagian
siasatan jenayah ,pesawat peribadi mereka telah disabotaj.Jadi awak boleh masuk
ke dalam untuk membuat pengecaman mayat.”


       Edham Hazared menghampiri dua tubuh yang sudah terbujur kaku itu.Air
matanya tidak henti-henti mengalir.

      “Mama! Papa! Kenapa tinggalkan Ed.Kenapa mama dan papa mesti tinggalkan
Ed ?Ed benci pembunuh mama dan papa.Ed akan balas dendam!”Ed menangis
teresak-esak mengenangkan untung nasibnya.


      Daun pintu dikuak secara tiba-tiba.Edham menoleh.Dia dapat melihat dua susuk
tubuh yang amat dikenalinya, menuju ke  arah jenazah ibu bapanya.

     


      “Mar, kenapa tinggalkan kakak.Kenapa Mar pergi tanpa pamitan sedikitpun.Siapa
syaitan yang bunuh kamu?”Raung Anis,mak cik Edham.Pak ciknya,Farouq cuba
menenangkan isterinya itu.

       “ Ed,kamu baliklah dulu.Pergilah tenangkan diri.Tentang urusan pengebumian, biar
pak cik dan mak cik yang uruskan.”Ujar Farouq

“Terima kasih pak cik......mak cik,”tutur Edham perlahan.
 
     Selepas majlis pengebumian selesai,Edham,pak cik dan makciknya dipanggil
oleh Peguam Chang iaitu peguam peribadi Senator Mukhriz untuk membacakan
surat wasiat.

       “Menurut wasiat yang sah ditandatangani oleh Senator Mukhriz sendiri pada
hayatnya,beliau mewasiatkan seluruh hartanya untuk pewaris tunggal beliau iaitu
Edham Hazared.Namun, mengikut undang-undang,Edham hazared tidak berhak
menguruskan harta tersebut sehinggalah umurnya 21 tahun.Dengan itu, saya
mengisytiharkan Encik Farouq dan Puan Anis akan menjadi penjaga Edham serta
pengurus bagi hartanya sehinggalah beliau berumur 21 tahun.Akan tetapi sekiranya
pihak mahkamah mendapati Encik Farouq dan Puan Anis mencabuli hak Edham
Hazared,secara automatiknya kelayakan anda akan dibatalkan.” Ucap Peguam
Chang.
     
           Kini sudah seminggu pemergian kedua orang tua Edham dan dalam
seminggu itu jugalah Edham tinggal bersama pak cik dan mak ciknya




         Edham Hazared mengetuk perlahan meja tulisnya dengan pensil berkali-
kali.Otaknya ligat berfikir.Puas dia cuba meleraikan kekusutan yang semakin
bersarang dalam fikirannya namun,dia hanya menemui jalan buntu.Edham mengeluh
perlahan.


           “Ed,tak baik mengeluh,”ujar Saiful,teman sekelasnya.Sejak tadi tingkah
temannya itu diperhatikan.

      “Kau ada masalah ke Ed.Share arr masalah kau dengan aku. Mana tahu,kalau aku boleh tolong.”Soal Saiful.

      “No,thanks.Aku okey,”balas Ed seraya mengetuk kembali meja tulisnya dengan pensil.

      Saiful malas melayan.Dia kenal sangat sikap kawannya itu.Kalau ditanya sepatah
dan dijawab sepatah,itu tandanya dia tidak mahu diganggu.
 
      Kemudian, dengan tidak semena-mena Edham menolak kerusinya sehingga
menghasilkan bunyi kuat yang membuatkan seisi kelas terkejut.

       Semua mata memandangnya barangkali masih hairan dengan perlakuannya
itu.Namun dia tidak peduli lagi.Dia perlu menamatkan semua perkara yang
mengganggu fikirannya semenjak kematian mama dan papanya.Dia menapak laju
ke arah hujung koridor.Ketika itu, hanya gambaran-gambaran jelas wajah bengis pak
cik dan mak ciknya yang terpapar dalam skrin minda.




     “ Ah, kalau aku mati lagi bagus.Tak payah kena hina, kena seksa macam aku ni
binatang. Paling kurang berita kematian aku akan keluar surat khabar,
seminggu.Lepas tu, semua orang akan hidup macam biasa.Aku pun boleh bersama
mama dan papa.” Bisik Edham.Dia mula menghulurkan kakinya dari atas koridor
tingkat empat itu.

       “Edham Hazared! Are you mad? Dah tak ada kerja lain ke awak nak buat selain
daripada kerja bodoh ni,” mencerlung mata Puan Hara melihat perlakuan gila
pelajarnya.Dalam masa yang sama,tangannya mencapai lengan Edham bagi
membantutkan niat

 .     “ Cikgu jangan nak menyibuklah !” Cikgu tak faham apa-apa masalah saya.Cikgu
tak merasai apa yang saya sedang lalui.Perit.So, cikgu tak layak nak menghakimi
tindakan saya ni !” Pekik Edham.

       “ Edham, saya bukan nak masuk campur urusan awak.Tapi, apa yang awak
sedang buat ni salah.It is totally wrong. Ini bukan jalan penyelesaian.Awak
sebenarnya sedang lari daripada masalah.Ed, mari turun.Cuba cerita pada saya
masalah awak.Mungkin saya boleh tolong.” Pujuk Puan Hara lagi.

       “ Cikgu tak akan mampu tolong saya. Simpan saja niat ikhlas cikgu tu untuk
orang lain,” dalih Edham.

     Edham,kalau saya tak mampu nak tolong, saya akan minta tolong sesiapa
sahaja yang mampu untuk tolong awak.itu janji saya ! ” Ucap Puan hara dengan
nada yang tegas bagi meyakinkan Edham.



       Melihatkan keikhlasan gurunya itu, hati Edham terpujuk.Kata-kata Puan Hara
membuatkan dia teringat mamanya yang akan memujuknya dengan lembut setiap
kali dia dimarahi papanya.Hatinya jadi sebak. 

     Edham Hazared masih lagi kebingungan.Matanya melilau ke sekeliling.Kawasan
itu sangat asing baginya.Haruman Rosemary dan bunga Royal Golden Tulip
menghiasi segenap sudut taman itu.

   “ Emm........Ed, masuklah ! ”Jemput Puan Hara

     Sebaik sahaja Edham melangkahkan kaki ke dalam rumah agam
itu,pandangannya disapa oleh satu potret gergasi yang tergantung di laluan utama.
Potret Puan Hara dan lelaki yang tidak dikenalinya.

 “ Cikgu, siapa lelaki dalam potret tu?”
“Arwah suami saya.Dia meninggal kira-kira tahun lepas.Kemalangan di tapak
projek.Dulu dia seorang arkitek.Dialah yang mereka keseluruhan rumah ni dengan
taman kat luar tu.Kami berdua suka bunga rosemary dan tulip,so dia buatkan taman
tu supaya kami dapat merasai suasana Belanda.Katanya taman bunga tu,tanda cinta
kami.”Balas Puan Hara dalam nada sayu.Matanya kelihatan berkaca-kaca.

   “Maafkan saya, cikgu.Saya tak sepatutnya tanya soalan macam ni.”Hanya itu yang
mampu diucapkan oleh Edham.Dia digigit perasaan bersalah kerana telah
menyentuh perihal peribadi gurunya itu.


Beberapa bulan kemudian.....

    “Am I standing at the right place,cikgu? Saya rasa tak sanggup pula nak
mendakwa pak cik dan makcik saya sendiri.Mereka tetap darah daging
saya,cikgu.Saya takut kehilangan mereka cikgu.Sekarang saya hanya ada mereka
je.Kalau tak, saya ni sebatang kara.”Edham gelisah dengan cadangan Puan Hara
untuk memfailkan dakwaan ke atas pak cik dan mak cik Edham atas tuduhan
menyalah gunakan kuasa.

     “Edham,apa yang kita buat ni demi kebaikan Edham sendiri.Mungkin sekarang
Edham boleh buat tak endah je dengan hak Edham ke atas harta arwah ayah
Edham,tapi nanti kalau cikgu dah tua, siapa yang akan jaga kamu?Siapa yang akan
bantu kamu?Cuba tanya balik diri Ed semua soalan tu.Apa yang kita buat ni untuk
kepentingan masa depan kamu sendiri.Cikgu sanggup telan caci maki orang yang
kata cikgu ni jaga kamu sebab nak harta.Gilakan harta kamu.Tapi, bagi cikgu
cukuplah kamu sebagai harta cikgu.Cikgu dah anggap kamu macam anak cikgu
sendiri.Jadi, tak salahkan kalau seorang ibu nak melindungi anaknya?”ujar Puan
Hara sambil memandang muka Ed dengan penuh kasih.

Hari ini adalah hari yang mendebarkan buat Edham dan Puan Hara.Pembacaan
keputusan mahkamah setelah berbulan-bulan diadakan prosiding.Setelah semuanya
bersedia,hakim memulakan ucapan.

    “Dengan ini, mahkamah memutuskan kelayakan  Encik Farouq dan Puan Anis
sebagai penjaga harta pusaka Senator Mukhriz ditarik.Kelayakan tersebut
diserahkan terus kepada waris tunggal beliau iaitu Edham hazared selepas pihak
mahkamah menguji kebijaksanaannya dalam pengurusan harta biarpun beliau belum
mencapai umur 21 tahun.Encik Farouq dan Puan Anis juga dilarang mendekati
Edham Hazared kurang daripada 5 meter.” Hakim membacakan perintah yang telah
dikeluarkan. 


Edham dan Puan hara bersorak apabila keputusan mahkamah berpihak kepada
mereka.

    “ Tahniah Ed.Saya harap lepas ni awak bina semula kehidupan awak dengan lebih
baik.”Puan Hara mengukirkan senyuman biarpun hatinya sedikit terkilan kerana
sudah pasti selepas ini Edham akan pergi meninggalkannya kesunyian di rumah
agamnya itu.    

      “ Cikgu,ini semua jasa cikgu.Kalau cikgu tak tumpangkan saya tinggal di rumah
cikgu,bantu saya untuk dapatkan semula hak saya,tak tahulah apa nak jadi dengan
saya ni.Entah-entah merempat tepi jalan,minta sedekah.Cikgu,boleh tak kalau cikgu
tinggal dengan saya?Cikgukan ibu saya,”pelawa Ed dengan penuh harapan.

      “ Maaf,saya tak dapat penuhi permintaan awak.Ed, saya tahu niat awak
baik.Tapi, awak fahamkan betapa berertinya rumah itu pada saya.Rumah itu
tersimpan kenangan bersama suami saya.Tanda cinta kami.Maaf sekali lagi,”tolak
Puan Hara dengan baik.

         “Baiklah, saya faham.Tapi, cikgu jangan tolak pelawaan saya yang ni.Biar saya
hantar cikgu balik,boleh?”Ed mempelawa gurunya itu.

“pelawaanmu diterima,” usik Puan Hara.

     Mereka berjalan beriringan ke kereta.Tiba-tiba, sebuah motosikal berkuasa tinggi
memecut laju ke arah mereka.Apabila motosikal itu semakin hampir dengan
kedudukan Edham dan Puan Hara,penunggangnya mengacukan sepucuk pistol ke  
arah mereka.Satu das tembakan dilepaskan.Setelah selesai tugasnya,penunggang
motosikal itu memecut meninggalkan mereka yang masih lagi tergamam.


    “ Cikgu.......”Edham melutut.Air matanya mudah saja mengalir saat itu.Suasana
sekeliling sangat kecoh.Mungkin orang yang melihat kejadian tadi masih terkejut.Ed
merapati tubuh Puan Hara yang berlumuran darah.

    “ Ed perlu berdikari lepas ni.Jangan terlalu bergantung pada orang lain.Cikgu
sanggup gantikan nyawa cikgu untuk Ed,jangan sesekali persiakan pengorbanan
cikgu degan buat kerja bodoh bila cikgu dah tak ada nanti.Ingat pesan cikgu,jangan
kamu berdendam dengan pak cik dan mak cik kamu.Janji dengan cikgu,boleh?”Soal
Puan Hara dengan nafas yang tersekat-sekat.


 “Boleh cikgu...”

“Jangan kamu sedih sangat.Cikgu dah tua.Kalau tak mati hari ni,esok-esok cikgu
akan mati juga.”Tangan Puan Hara yang berada dalam genggaman Edham semakin
longlai.Edham menjerit sekuat hati.

          
aku tak berlari,
tapi lututku gementar dek paksaan kaki tuk berdiri,
memandang wajahmu dalam balutan kain kafan,

aku tak menangis,
tapi air mata ini terus mengalir dari mataku ini,
inilah kali terakhirku menatap wajah sucimu itu,

waktu telah pertemukan kita,
waktulah yg menjalinkan begitu banyak kisah hidup kita bersama,
waktu juga memisahkan kita,

sungguh hidup ini dkuasai oleh waktu,
tapi aku ikhlaskan segala kehilangan yang ditelan waktu,
aku berharap waktu juga akan menemukan kita dalam
kehidupan yang kekal abadi,

sungguh aku tak menyesali takdir ini,
kerana dapat bersama dalam waktu terakhirmu,
untuk hidupmu dan hidupku,

sungguh aku tak menangisi pmergianmu,
tapi biarlah air mata suci ini terus mengalir
untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drimu
guruku.......


Edham mencatatkan kerinduannya kepada orang yang amat disayanginya.Dia
mencatatkan segalanya dalam diari Puan Hara sendiri.Hatinya masih belum kuat
untuk melalui semua ini.Dia menyelak halaman muka surat yang paling digemarinya
untuk mengubat kerinduan dalam hati.Puisi yang ditulis oleh Puan Hara untuk
dirinya.


Kalau kau bertanya aku di mana
Pastinya di mana-mana
Antara bumu dan angkasa
Antara realiti dan maya
Tak perlu kau persoalkan lagi
Apa yang menimpa
Kerna itu Cuma menambah
Luka di dada
Tapi,
Peganglah kataku ini
Kasihku bersemadi dalam hatimu
Selamanya...

*Buat anakku Edham Hazared


Puisi itu menjadi pembakar semangatnya tika dirinya hamper jatuh dan tak mampu
bangun berdiri saat mengetahui “ mastermind” penghancur kehidupannya.Namun,
dia tidak mahu persoalkan lagi,bimbang janjinya tak mampu dikota.

  “Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang darimu”Ed berbisik lantas
bangun dari kerusi di taman bunga Belanda itu.




AIR MATA SAFIYA
Disediakan oleh Nur Safirah Bt. Abd. Sharif (2013)



PERISYTIHARAN  Ramadhan  daripada  Penyimpan  Mohor  Besar  Raja-raja  sebentar  tadi  membuat  aku  langsung  memanjatkan  syukur  ke  hadrat  Illahi. Sudah  2 tahun  juga  aku  diamkan  Ramadhan  di  dalam  hari  ini.

‘’Alhamdulliah,  syukur  di  atas  nikmat  yang  Kau  kurniakan  Ya  Allah!’’ ucapku  penuh syukur  lalu  meraup  telapak  tangan  ke  wajah. Langkah  kakiku  pantas  ke  bilik  emak. Tubuh  itu aku  dekati  lalu melabuhkan  lutut  di  hadapannya.

‘’ Mak, esok  kita  jadi  puasa. Jadi, malam  ini  sudah  mula solat terawihkan  mak?’’ soalku kepada  emak. Dia masih  berteleku  di  atas  sejadah  usai  solat  Maghrib  tadi. Mengalunkan wirid  yang  aku sendiri  tidak  dapat   memahaminya. Namun,  aku  yakin  emak  sedang memuji  Yang  Maha  Esa.

‘’Alhamdullillah, panjang umur kita untuk jumpa lagi Ramadhan tahun ini dan berpeluang lagi  bejumpa  seorang  lagi  Ramadhan,’’ ucap  emak  dengan   lemah  lembut. Emak menutup  kitab  tafsir  setebal  3  inci  itu  dan  diletakkan  di  atas   katil  sambil  menggariskan  senyuman  penuh  makna  padaku. Aku  tunduk   menyembungikan  wajah yang  sudah  membahang.

Bilik  yang  asalnya  kepunyaan  anak tunggal emak yang kini sudah menjadi tempat beraduku sejak 2 tahun yang lalu. Tidak pernah pula aku bersua muka empat mata dengan Nadiah kerana dia sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara. Umurnya sebaya dengan umurku. Mengikut kata emak,tahun ini adalah tahun terakhirnya dan Nadiah akan pulang ke tanah air menjelang Ramadhan. Aku menyarung telekung di kepalaku lalu mendapatkan emak yang sudah melepasi ambang pintu.

‘’ Mak, sepatutnya Nadiah sudah mendaratkan?’’ ajuku kepada emak semasa dalam perjalanan ke surau bertemankan lampu suluh dan bunyi cengkerik yang menyanyi di sepanjang jalan.

‘’Masa dia telefon hari tu, macam tulah katanya. Kalau tak ada aral, sampailah dinihari nanti!’’ jawab emak.

Aku melebarkan senyuman. Emak yang aku kenali 2 tahun lalu ini sederhana orangnya. Tak kaya harta dunia namun amat pemurah orangnya. Sekadar sebidang tikar buluh di ruang tamu, sebuah televisyen 21 inci dan set kerusi rotan yang agak tua menghiasi rumah kampungnya. Tahap kesihatan emak yang semakin merosot juga memaksa aku nekad berhenti belajar lebih setahun lalu dan membanting tulang di tengah bendang demi meneruskan kehidupan. Suami emak, Pak Yusuf sudah lama meninggal dunia sewaktu Nadiah berumur 7 tahun akibat serangan sakit jantung. Sudah tidak tegar hati ini membiarkan emak berseorangan mencari rezeki buat kami. Hanya beberapa hari ini sahaja aku sudah tidak ke bendang.

‘’Mak,”seruku lembut. Emak memandangku sekilas.’’Mak rasa bagaimana reaksi Nadiah apabila melihat Fiya ada di rumah nanti?”

“ Mak dah cakap dekat Nadiah pasal kamu, jadi tak payahlah Fiya risau sangat, ya nak?” pujuk emak lemah-lembut. Aku ketap bibir. Ada gundah yang bermukim di jiwa.

“Tapikan, Nadiah macam tak boleh terima Fiya dalam keluarga ini?” soalku tidak puas hati. Mungkin emak sudah lupa akan kehadiran surat daripada Nadiah dan juga panggilan telefon selama ini setelah emak khabarkan akan kewujudanku di dalam keluarganya. Remuk redam apabila mata kepalaku sendiri tertancap pada surat bertinta tangan itu. Jelas ketara prejudisnya saudara itu terhadap saudara muallaf sepertiku.

“Jangan risau, Fiya. Mak tahulah nak pujuk dia nanti!” senyum emak melebar. Tidak dapat ku teka yang tersirat di sebalik mata tua itu. Wajahnya sentiasa tenang, sama seperti saat dia mengundangku untuk tinggal di terataknya dulu saat aku kehilangan tempat berpaut. Tiba-tiba aku terkenang kenangan dulu.

“ How dare you are, Angie? You betrayed your parent, your great  grandparent. What a shame of me to have a daughter like you Angie. One day, you’ll be punished! You are not longer my daughter, Angie! Now, get lost from my house!” suara daddy nyaring di telinga.

Tubuhku diseret kasar ke pintu besar dengan wajah yang menyinga. Aku tahu daddy amat marah dan kecewa tapi kehendak dan naluri hati ini tidak mampu aku tolak. Rasa cintaku hadir tanpaku duga selepas bertahun-tahun bercampur dengan anak-anak orang Islam biarpun lahirku dalam sebuah keluarga berketurunan cina di sebelah daddy dan kristian Sabah di sebelah mummy.

“Please daddy! I am just 23 years old and just a student. I don’t have someone else outside there. I’m always your daughter, daddy. It doesn’t matter if I change my name but i still carried your name. Will always be. Don’t you have pity on me, daddy?” rayuku. Namun, daddy tidak mempedulikan rayuanku. Terus sahaja aku diseret hingga ke pintu tanpa perasaan. Hilang sudah sikap sabar daddy melayani karenah manjaku selama ini.

Aku mencari anak mata bundar mummy. Wajah jelita itu persis anak Melayu sejati. Wajah itulah telah aku warisi dan kulit putih bersih ini daripada keturunan daddy. Aku tahu mummy turut kecewa. Airmata yang mengalir di wajahnya sedikit sebanyak membuatkan rasa bersalah hadir mengetuk pintu hatiku. Namun, aku harus tekad. Itulah pesanan emak yang selama ini banyak membimbingku dengan ajaran-ajaran Islam. Hampir 2 bulan aku mangabdikan diriku kepada Islam jauh di sebuah kampung tanpa pengetahuan daddy tapi akhirnya terbongkar jua kerana kecuaianku atau kerana kehendak takdir. Aku tidak pasti kerana aku masih belum benar-benarnya memahami maksud takdir dan hikmah itu sendiri. Mummy hanya mengalirkan air mata kerana kehilangan anak tunggal perempuan satu- satunya.

Aku terjelepuk di depan rumah emak di Kampung Sungai Kecil, Kedah dalam suasana haujan lebatremang maghrib itu. Selepas beberapa hari apabila dihalau daddy daripada rumah dengan hanya sehelai pinggang setelah daddy menemui telekung putih dan sebuah kitab suci al-Quran bersaiz kecil di dalam bilikku. Bagai melepaskan batuk di tangga. Saat itulah, emak hadir memayungiku lalu tubuh aku diraih ke dalam pelukannya. Esakanku diredakan dengan ucapan lembut. Langsung tiada soalan, hanya pujukan semata-mata. Seperti sudah dapat ditelaah olehnya akan keadaan diriku. Saat itu, ada satu perasaan halus yang bagaikan singgah, meresap ke seluruh jiwa dan nadi. Lalu memenuhi seluruh hati yang kosong. Biarpun esakan masih bersendu, hatiku tenang dan syahdu tatkala mendengar suara emak tenang membisikkan kalimat Allahuakhbar. Terus menerjah ke gegendang telinga. Meresap ke sanubari. Kembali pada ketentuan-Nya, kepada Qada’ dan Qadarnya.

“Sudahlah tu, Safiya!” aku tersedar daripada lamunan panjang selepas emak memanggilku. “Jangan fikirkan sangat pasal Nadiah tu. Dia marah macam tu je. Mak yakin, lepas dia tengok wajah Safiya, dia pasti sejuk hati!” aku terima pujukan emak dengan senyuman yang hambar.

Emak tidak tahu apa yang bermain di mindaku sebentar tadi. Sesungguhnya, biarpun sudah tidak seagama, tapi mereka tetap ibubapaku dan rindu itu sentiasa menyapa. Pedih hati saat kehilangan darah daging sendiri dan benar kata emak, itulah takdir untukku tapi emak hadir memayungiku dan inilah hikmahnya. Kini, aku bukan lagi Angiee Lee tapi Nur Safiya Lee Abdullah!

“Fiya baik-baik je, mak! Kalau kata Nadiah tak boleh nak terima kehadiran Fiya dalam keluarga ni pun, Fiya tetap sabar sebab Fiya dah tiada sesiapa lagi selain daripada emak!” ucapku lirih. Ada getar dalam alunan suaraku. Menghantar maksud yang penuh tersirat. Emak berpaut bahuku rapat kepadanya.

“Fiya, mereka tetap keluarga Fiya dan Fiya tetap ada mak dalam dunia ni selagi emak masih bernafas, Fiya anak emak. Tapi Fiya kena ingat satu perkara, Allah sentiasa ada bersama kita dalam susah mahupun senang. Banyak-banyaklah berdoa lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini agar Allah mempermudah segalanya untuk kita. Doakan senjata orang mukmin!” kata emak.

            Airmataku mula membasahi pipi apabila mendengar ucapan ikhlas daripada emak. Aku tidak pernah menyesali pilihanku, kerana inilah yang benar dan sebenarnya tapi aku jua tidak dapat lari daripada mengeluh itu sikap orang yang berputus asa dan Allah tidak suka kepada hamba-Nya berputus asa.

Kemana Fiya nanti kalau Nadiah tak izinkan Fiya tinggal dengan mak?” tanya ku lebih pada diri sendiri. Aku ukir senyum paksa.

Emak tepuk bahuku lembut. “Tiada sesiapa baleh nafikan hak kamu dalam hidup emak walau Nadiah sekalipun”tekan emak. Namun, tidak langsung dapat memujuk resah ini.

SUARA perempuan memberi salam di luar pintu membuatkan tanganku terhenti dari menyenduk nasi. Nadiah! Pantas nama itu ditukas dalam hati. Aku dan emak yang sedang menyediakan juadah sahur berpandangan sesama sendiri. Emak menggariskan senyum tapi aku menelan air liur yang terasa kelat. Rasanya tiada berdarah rautku kala ini. Detak hatiku kuat membentak dada. Seakan mahu roboh.

“Fiya , cepat pergi buka pintu, nak!” arah emak. “Nadiah tu rasanya. Sedang elok dia sampai sahur pertama!” Wajah tua itu beriak gembira. Jelas terpancar kasih sayang dan rindu di sebalik bening matanya.

“Fiya takut, mak! Ujarku perlahan. Emak ketawa kecil.

“Budak nie.. Apa yang nak ditakutnya? Fiya dah lupa kelas Ustaz Ucop tu. Kan dia ada cakap pada Fiya, bulan Ramadhan, jin, syaitan,iblis, hantu segala tu kene kurung! Nak takut apa?” Emak menggeleng bersama tawa yang bersisa.

            Aku tepuk dahi. Aduhai mak ni. Buat-buat tak tahu ke atau memang tak tahu akan keresahanku kala ini? Tidak dapat tidak, aku gagahkan kakiku mendekat ke pintu utama. Lambat-lambat aku menarik selak dan menguak daun pintu. Tubuh Nadiah tegap berdiri di atas anak tangga. Beriak penat. Langsung mati senyum tipisnya saat kami bersabung mata. Aku telan air liur apabila memandang Nadiah makin tajam menikam bola mataku lantas aku melarikan pandangan, menekur lantai.

“Jemput masuk, Nadiah!” pelawaku lembut. Aku rapat ke tepi pintu memberi laluan padanya menapak ke dalam. Nadiah tidak berganjak. Dia hanya diam merenungku tanoa berkedip. Tidak dapat ku telaah maksud di sebalik mata suram itu.

“Ada lagi kau  kat sini? Memang dasar muka tembok,” sinis Nadiah padaku selepas beberapa ketika wajahku dijilat dengan matanya. Aku ketap bibir. Hatiku membekam.

“ Tu angkat bagasi tu bawa masuk!” arahnya keras. Aku mengangguk lemah. Hatiku tertusuk lagi. Pedih dan ngilu.

“Mak!” Nadiah tunduk mencium tangan emak yang muncul di ambang pintu dapur. Membiarkan ku sendiri terkial-kial mengangkat bagasinya.

            Benci benar Nadiah pada seorang muallaf sepertiku. Pertemuan pertama kami ternyata benar seperti yang kuduga. Tiada kemesraan. Yang ada hanyalah kebencian yang menyala-yala di matanya.

“Alhamudlillah Nadiah dah selamat tiba hari pertama puasa.”ucap emak lembut.  Tubuh anak perempuannya dipaut ke dalam pelukannya.

            Aku memandang ke arah emak dan anaknya itu bersama segaris senyuman. Pelukan erat emak pada Nadiah jelas menunjukkan dia benar-benar merindui anak tunggalnya. Sengihan emak semakin lebar sedikit sebanyak mengubat luka hati yang tergores dek sikap Nadiah.

“Hah, yang kau tu tak buat apa lagi tercegat kat situ? Cepat bawa beg aku tu ke dalam bilik. Orang penat, nak berehat, tau tak?” berdentum suara Nadiah tiba-tiba.

            Terkulat-kulat aku apabila disergah sebegitu lantas sepantaas kilat aku terus mengusung beg bagasi besar itu ke bilik ke tiga.

“Woi, itu bukan bilik aku. Bilik aku yang tengah tu! Jerit Nadiah lagi. Langkahku mati di ambang pintu.

“Nadiah, kenapa mesti tengking Fiya?” tanya emak lembut. Nadiah merengus.

“Nadiah dah pernah suruh mak halau je dia. Nadiah tak suka orang luar ada dalam rumah kita, anak kafir pulak tu!” Matanya tajam menjeling ke arahku. Hatiku tercengkam. Sesak!

“Nadiah,”seru emak lembut. Jangan disebabkan kenangan dulu kamu benci dengan Fiya. Yang lepas tu biarkan berlalu ye, nak. Dia dah dua tahun masuk Islam.

“ Tapi mak..

“Sudahlah.” Pangkas emak. “Cukuplah sekali ini kamu buat Fiya macam ni” intonasi suara mak masih lembut merayu.

“Lain kali mak tak nak dengar kamu meninggikan suara dengan Nadiah. Bilik lama kamu, mak dah bagi Fiya guna, kamu guna bilik tu” sambung emak mejuihkan bibir ke arahku. Aku tunduk ke lantai. Tak berani mengangkat wajah. Cuak untuk menerima pandangan penih kebencian Nadiah. Emak berlalu ke dapur dan Nadiah akhirnya meragut bagasinya daripada tanganku lalu melangkah ke dalam bilik dengan dengusan yang panjang. Airmataku merintik sudah.


“Wafaa, teman aku pergi ke kedai buku  sekejap. Aku nak beli buku latihan dengan sebuah novel,” pujuk Nadiah kepada sahabatnya, Wafaa.

“ Kau ni tak habis-habis dengan novel je. Ceh beli buku ilmiah sikit,tegur Wafaa.

“Hehehe.. Sekali-sekala. Jomlah, aku dah minta izin dengan mak aku dengan mak kau tadi,” pujuk Nadiah dengan lemah-lembut.
“Yelah. Jom cepat, aku nak siapkan kerja sekolah pula ni,” bagitau Wafaa sambil mempercepat langkah dan diikuti dengan Nadiah.

Sedang asyik berjalan di sepanjang kedai, Nadiah dan Wafaa ternampak sekumpulan mat rempit lelaki di sebelah buku tersebut. Kelihatan seorang lelaki kristian sedang asyik memandang ke arah mereka.
“ Nadiah, aku takutlah nak lalu kat sini. Budak laki tu asyik pandang ke arah kita je macam nak telan je. Takut aku!” beritahu Wafaa.
“Alah, kau ni penakut lah. Tak beraninya mereka nak kacau kita. Kita buat-buat tak tahu je, percayalah kata ku” ujar Nadiah sambil mengenggam erat tangan sahabatnya.
            Wafaa mengikut Nadiah dengan berhati-hati. Apabila mereka lalu di hadapan kumpulan tersebut, kelihatan kumpulan tersebut ingin mendekati mereka.
“ Hai, adik manis. Nak pergi mana tu, nak abang temankan ke,” ujar seorang lelaki daripada kumpulan tersebut.
            Nadiah dan Wafaa tidak menghiraukan. Mereka mempercepat langkah mereka tanpa meoleh kearah kumpulan tersebut. Tiba- tiba Wafaa seperti merasa ada seorang menarik tudungnya dari belakang. Dia terus menoleh kebelakang dan melihat lelaki kristian itu menarik tudungnya dan menyebabkan Wafaa terkejut. Nadiah yang merasa genggaman tangan Wafaa semakin longgar lantas menengok ke arah Wafaa. Alangkah terkejutnya, apabila seorang lelaki kristian tersebut sedang memengang pipi Wafaa.
“ Apa yang kau nak buat ni, lepaskan akulah bodoh!” jerit Wafaa.
“Adik manis, janganlah marah. Awak lagi marah lagu cunlah. Saya cuma nak..” bisik lelaki tersebut dengan lembut sambil mengenyitkan matanya kepada kawan-kawannya.
Cupp.. Tanpa sedari mulut lelaki tersebut melekap di pipi Wafaa. Wafaa terpampam. Hanya mampu mengalirkan airmata tatkala diperlaku sebegitu. Kelihatan kawan-kawan lelaki tersebut sedang mengetawakan dia. Nadiah yang menengok kejadian tersebut terus meolak lelaki kristian tersebut. Nadiah terus menumbuk muka lelaki tersebut bertubi-tubi dan menyebabkan lelaki tersebut marah lalu mengeluarkan sebilah pisau daripada seluarnya. Wafaa yang melihat lelaki tersebut ingin menikam Nadiah terus menolak Nadiah dan pisau tersebut tersusuk di perut Wafaa. Nadiah yang melihat darah keluar daripada perut Wafaa terkesima. Dia terus memeluk Wafaa ketat-ketat. Lelaki tersebut dengan kawan-kawannya berlari lintang pukang meninggalkan Wafaa yang terjelupuk di atas tanah.

“ Wafaa, kenapa kau perlu mengorbankan nyawa kau untukku. Sepatutnya aku yang perlu berada dalam keadaan kau,” jerit Nadiah.
“Nadiah, jangan cakap macam tu. Aku nak kau belajar rajin-rajin tau dan penuhi impian kau untuk belajar luar negara. Aku rasa ajal aku dah tiba. Aku minta maaf kat kau yang sebab selama ini aku asyik menyakit hati kau. Tolong jaga mak aku dan kirimkan salam rindu aku buat nya ye, bisik Wafaa dengan lemah.
“ Wafaa, kau tak boleh mati lagi. Kau lah sahabat aku di dunia dan akhirat, jerit Nadiah
“Jangankah sedih, Nadiah. Aku pergi dulu ye. Allahuakhbar.. suara Wafaa tidak kedengaran lagi. Nadi Wafaa juga tidak berdenyut lagi.
“Wafaa! Jangan tinggalkan aku,” jerit Nadiah sekuat hati.
Tuk..tuk.. “Nadiah, tolong mak belikan barang ye nak,” pesan emak selepas mengetuk pintu bilik Nadiah dan menyebabkan Nadiah tersentak daripada lamunan panjangnya.

“Wafaa, aku rindu kau. Sebab kejadian hari menyebabkan aku benci dengan orang bukan Islam. Mereka suka buat benda-benda dengan selamba.” Ujar Nadiah dalam hati.


“ Fiya, tolong temankan Nadiah pergi bazaar dekat hujung kampung tu,” arah emak kepada Fiya.
Aku pergi dengan Nadiah? Alamak ni yang aku lemah ni. Aku kena teguhkan hatiku. Ingat, Allah sentiasa bersama-sama hamba-Nya, bisik Safiya dalam hati.
“Eh, awak dah siap ke? Kalau dah siap, jom kita pergi.” Beritahu Safiya dengan lembut.
“ Iye. Aku tahulah. Kalau tak disebabkan mak yang suruh aku pergi dengan kau, tak hingin aku nak pergi dengan kau!” ujar Nadiah dengan satu jelingan.
            Nadiah dan Safiya berjalan beriringan ke bazaar. Kelihatan ramai pengunjung sedang asyik memilih juadah berbuka puasa. Ada pelbagai jenis makanan yang lazat seperti martabak, kebab, kuih karipap dan lain-lain. Sedang asyik memilih makanan, nadiah ternampak seorang lelaki yang amat dia kenali. Lelaki tersebut yang menyebabkan Wafaa meninggal. Tanpa membuang masa, Nadiah terus berlari mengejar lelaki tersebut tanpa mengendah kehadiran Safiya disisinya. Safiya terpinga-pinga apabila melihat Nadiah meninggalkan dirinya lalu dia mengejar  Nadiah dari belakang. Kelihatan Nadiah sedang mengejar lelaki tersebut tanpa menyedari dirinya sedang berada di tengah jalan raya.
             Nadiah mendengar namanya dipanggil lalu dia menoleh kearah panggilan tersebut. Kelihatan Safiya sedang memanggilnya sambil melambai-lambai kearah nya. Tiba-tiba Nadiah melihat sebuah kereta sedang bergerak laju kearah nya dan kelihatan pemandu yang memandu kereta tersebut ialah LELAKI KRISTIAN tersebut. Nadiah tidak sempat hendak mengelakkan dirinya daripada berlanggar dengan kereta tersebut dan memejamkan matanya sambil berserah diri kepada Allah. Safiya yang melihat kejadian tersebut terus berlari kearah Nadiah lalu menolak Nadiah ke tepi jalan dan menyebabkan dirinya berlanggar dengan kereta tersebut. Nadiah terkesima melihat kejadian tersebut lalu meluru kearah Safiya sambil memeluknya erat. Dia teringat situasi yang pernah berlaku dalam hidupnya iaitu ketika dia kehilangan Wafaa untuk selamanya. Kelihatan darah keluar daripada kepala Safiya.
“ Awak tak apa-apakan,” soal Safiya dengan lemah dan tidak menyedarkan dirinya.
“Safiya, Nadiah minta maaf sebab selama ni Nadiah berlaku kasar dengan Safiya. Nadiah sayang Safiya,” ujar Nadiah.
Nadiah terus membawa Safiya ke hospital dengan pertolongan orang ramai. Kereta yang dipandu oleh lelaki tersebut telah dilaporkan kepada polis. Nadiah menelefon emaknya lalu menyuruh emaknya untuk datang ke hospital. Emak masih terpinga-pinga dengan panggilan tersebut lalu terus pergi ke hospital yang telah diberitahu oleh Nadiah.
Sesampai emak di hospital, Nadiah terus memeluk emak lalu memberitahu perkara yang terjadi dengan Safiya. Kelihatan emak hanya mampu mengalirkan airmata sambil beristingfar berulang kali. Setelah beberapa jam menunggu, kelihatan doktor yang merawat Safiya keluar daripada tempat rawatan tersebut. Tanpa membuang masa, Nadiah pergi berjumpa dengan doktor tersebut.
“Bagaimana dengan adik saya, doktor. Adakah dia baik-baik sahaja,” soal Nadiah bertubi-tubi.
“Alhamdulillah, adik cik sudah sedarkan diri. Dia hanya mengalami kejutan yang menyebabkan dirinya tidak sedarkan diri. Sekarang ni dia boleh dilawat tapi jangan ganggu dia ye,” beritahu doktor sambil tersenyum.
“Terima kasih doktor,” ujar Nadiah sambil pergi berjumpa dengan emak.

“Emak, alhamdulillah Safiya dah sedarkan diri. Jom kita melawat dia ye, mak” ajak Nadiah.

            Emak hanya mampu mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Emak dengan Nadiah bergegas ke bilik yang menempatkan Safiya. Kelihatan Safiya tersenyum melihat insan yang sangat disayangi.
“Fiya anak mak, sakit lagi ke nak?” soal emak sambil duduk di tepi Safiya.
“Dah okey dah mak. Doktor cakap esok dah boleh keluar” ujar Safiya.
            Nadiah duduk berhampiran dengan Safiya sambil tersenyum. Dia berasa sangat bersalah sangat sebab dia selalu menyakitkan hati Safiya. Safiya memandang kearah Nadiah sambil tersenyum.
“ Fiya apa khabar? Dah  elok ke dahi tu,soal Nadiah pula.
“Alhamdulillah, dah sihat. Fiya gembira sangat sebab dapat lihat Nadiah kembali tersenyum kembali,” beritahu Safiya.
            Nadiah terkesima mendengar luahan hati Safiya. Dia terus memeluk Safiya dengan erat sambil diperhati oleh emak.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu ini, desis emak dalam hati.


Berbuka puasa remang senja itu sekadar dihiasi sepi dan sesekali bunyi sudu berlaga dengan pinggan lauk sahaja yang memecahkan sunyi.
“ Emak, esok Nadiah nak pergi Kuala Lumpur sebab Nadiah dah dapat kerja tetap. Esok nak kena daftar. Cadang nya nak minta cuti lebih sikit daripada Encik Andy, majikan Nadiah, ujar Nadiah dengan tenang.
“ Baguslah kalau macam tu. Dah tu murah rezeki kamu. Dapat pulak bos yang baik. Melayu ke Encik Andy tu?” tanya emak lagi. Aku masih tunduk menghadap pinggan nasi dan memasang telinga mendengarnya penuh minat. Kalau tak silap aku, Andy tu abang aku sebab Nadiah bekerja dengan syarikat abang aku.
“ Erm, campuran Cina dan Sabah, mak. Muka macam orang melayu. Kalau tak kenal memang boleh cakap dia melayu tapi yang pasti dia Islam, mak”.
            Suapanku terhenti. Benarkah apa yang dikatakan oleh Nadiah? Adakah abang Andrew yang kugelar Andy itu sudah memeluk agama Islam sepertiku? Tapi itu mustahil kerana dia sangat mentaati daddy, tidak sepertiku yang terang-terang membelakangi keluarga demi agama hakiki. Atau mungkin juga Andy yang lain. Dua tahun bukan masa yang singkat. Pelbagai dugaan yang telah aku lalui.
            Malam itu, selepas pulang dari mengerjakan terawih, aku mendapatkan Nadiah yang sedang membaca Al-Quran milik emak di kerusi rotan. Dia tersenyum menyabut kehadiranku.

“ Nadiah, boleh Fiya tanya sesuatu,” soal Fiya. Setelah melihat anggukan daripada Nadiah, terus Safiya kembali menyoal.
“Boleh Fiya tahu nama penuh bos Nadiah tu?” detak hatiku tidak berirama lagi. Ada gemuruh yang hadir demi menanti jawapan yang bakal meniti di bibir Nadiah.
“Nama sebenarnya Andrew Lee rasanya, tapi nama Islam dia ialah Muhammad Andy Lee bin Abdullah,” beritahu Nadiah.

            Aku terusberdiri apabila segala benar seperti yang telah aku jangka. Aku menekup mulut yang terlopong. Subhanallah. Besarnya rahmat-Mu. Airmataku dirembes lagi. Terlalu murah demi nikmat yang Allah kurniakan.

            Nadiah menutup buku di tangannya lalu turut bangkit. Wajahnya jelas bimbang dengan tindakanku yang tidak disangka-sangka.
“Kenapa menangis, Fiya?”soal Nadiah. Aku mengeleng apabila dia mahu dekat padaku. Langkahnya pegun. Tubuh emak yang baru hadir di sisiku, aku paut lengannya.

“Mak dah dengar,” tukas emak. Aku hanya mengalirkan airmata syukur, tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Nadiah.

“Kenapa emak?” Nadiah sudah tidak sabar. Dia memandang kami silih berganti.
“Andy Lee bin Abdullah..”jawab emak ringkas.
“kenapa dengan bos Nadiah?”
“Abang Fiya,” jawab emak pulak. Mulut Nadiah melopong habis.
“Andrew Lee,Angie Lee.. Nur Safiya Lee, Muhammad Andy Lee. MasyaAllah, besarnya rahmat dariMu pada bulan yang mulia ini.
“Nanti Nadiah bagitahu Abang Andy pasal Fiya, ya?” Aku mengukir senyum, setuju dengan cadangan Nadiah. Emak menyapa aku ke dalam pelukannya.
“Tapi, Fiya rindukan daddy dengan mummy,mak!” bisikku ke telinga emak.


****
10 akhir Ramadhan adalah hari pembebasan. Seringkali aku tertanya, bebaskah diri ini daripada dosa yang membelit diri? Aku berharapkepada-Nya dengan penuh rendah diri. Satu yang pasti, doaku termakbul sudah apabila Nadiah sudah boleh menerima diriku. Menar kata ustaz, berdoalah kamu di bulan Ramadhan ini, merayulah, memohonlah dengan penuh tawaduk kerana Allah akan memperkenankan doamu. Sesungguhnya Allah suka akan hamba-Nya yang menangis, merayu-rayu dan meminta-minta pada-Nya.
            Pagi hening Syawal, aku dikejutkan dengan kunjungan abang kandungku, Muhammad Andy bersama isterinya, Sumayyah Nadhirah yang berjilbab labuh bersama dengan seorang khalifah anugerah Allah, Muhammad Adha yang berusia 3 tahun.

            Dari cerita Abang Andy, daddy kesal selepas memutuskan hubungan darah denganku hingga membuatkan mummy menjadi murung. Selepas itu, daddy mengambil keputusan menyerahkan syarikat kepada Abang Andy demi menjaga mummy dan di pejabat itulah Abang Andy menemui wanita yang menuntun dia ke jalan Allah setahun lebih lepas.

            Aku sibuk melayani anak saudaraku apabila mendengar deruman kereta di laman rumah. Kak Sumayya dan emak yang sedang menyiapkan sisa-sisa untuk kenduri esok melemparkan pandangan buatku. Abang Andy yang sedang menikmati juadah Syawal di meja menjenguk ke luar tingkap lantas Abang Andy meluru ke pintu.

            Aku bangkit mendukung Muhammad Adha rapat ke pintu dan sungguh, aku terjelepuk ke lantai demi melihatkan 2 raut wajah yang selama ini aku rindu. Mujur sahaja Muhammad Adha tidak terlepas dari pelukan. Tatkala ini, airmataku murah lagi merintik. Emak dan Nadiah mendekat dan Nadiah terus mengambil Muhammad Adha lalu membiaarkan aku merapati kedua ibu bapaku yang berbaju kurung dan baju melayu lengkap bersampin. Mungkin mahu meraikan Syawal bersamaku.

“I miss you both,mummy, daddy! Angie bersalah pada mummy dan daddy!” Tubuh kedua-duanya aku peluk. Erat. Bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi.

“No,baby! You do nothing wrong. This is your path and now you are not Angie anymore, but Safiya. Even so, you are always our daughter. I was wrong for chasing you awaylong ago,”ucapan daddy membawa aku teresak-esak di dada mummy.
“And we miss you more, baby,” bisik mummy pulaa. Alhamdulillah! Bisik hatiku.

            Mereka yang menjadi penonton turut mengalirkan air mata. Mummy mendekatkan pada Kak Sumayya dan mencium dahi menantunya lalu menyapa tubuh montel Muhammad Adha ke dalam pelukan dan aku masih setia di dalam pelukan daddy.
 


SEDARLAH…
Disediakan  oleh: Maizatul Syahirah Bt Hisham Muddin (2013)

“Umi nak kamu pergi ke sekolah asrama tu!” “Tapi Ana tak nak!  Ana nak masuk sekolah biasa sahaja bukan sekolah asrama !”
 “ Sejak bila kamu pandai membantah kata-kata Umi ni? Umi tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Yang Umi tahu Ahad ni Umi dan Abi akan hantar Ana ke sekolah asrama juga, faham!”. Mardyana diam seribu bahasa. Dia tidak dapat membantah kata-kata ibunya lagi. Kini dia hanya meghitung hari untuk dihantar ke sekolah asrama.
Pada malam sebelum dia dihantar ke sekolah asrama, dia tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan nasibnya di sekolah asrama nanti. Pernah juga dia terfikir untuk melarikan diri dari rumah tetapi ke mana harus dia tuju. Mardyana tidur bertemankan air mata pada malam itu.
“Ana dah siap kemas barang ke? Kita dah nak bertolak ni.” Laung Umi dari luar. “Sekejap, Ana nak keluarlah ni.” Mardyana keluar  sambil membimbit beg pakaiannya dalam keadaan terpaksa. Hendak sahaja dia berkurung di dalam bilik agar tidak perlu ke sekolah asrama itu tetapi atas dasar hormat kepada kedua ibu bapanya, dia menggagahkan juga dirinya.
Setelah selesai memasukkan semua barang keperluannya, mereka bertolak untuk menghantar Mardyana ke sekolahnya. Di dalam kereta, Mardyana mengambil keputusan untuk mengunci mulutnya sahaja untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
Selepas mendaftar, Mardyana pergi ke asrama bersama Abi dan Umi sambil ditunjukkan oleh seorang pengawas sekolah yang bertugas. Kelihatan ramai pelajar tingkatan satu yang telah sampai bersama ibu bapa mereka. Mardyana terus melangkah menuju ke bilik yang telah ditetapkan untuknya. Dia telah memilih katil yang betul-betul terletak di bawah kipas.
Setelah selesai segala urusan di asrama , Umi dan Abi Mardyana pulang ke rumah meninggalkan Mardyana di sekolah yang paling dibencinya itu.  Dia terpaksa hidup bersendirian dan menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang tak pernah diimpikan olehya selama ini.

Hampir seminggu Mardyana bersekolah disitu. Namun hatinya tetap tidak boleh menerima sekolah itu. “Macam mana aku nak belajar di sini kalau hati tak ikhlas ilmu tak masuk pun”,monolog hatinya. Tiba-tiba dia terfikir untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh orang lain. “Aku mesti mula sekarang kalau nak cepat selesai”, dia bingkas bangun dari katilnya dan bersiap-siap untuk menjalankan kerjanya.
Disebabkan oleh hari itu ialah hari Sabtu, maka kawasan sekolah sedikit lengang kerana ramai dalam kalangan pelajar yang ‘outing’ bersama keluarga masing-masing. Ibu bapa Mardyana tidak mengizinkannya ‘outing’ akan tetapi dia tidak berasa susah hati kerana dia ingin melakukan sesuatu yang bakal mengembirakan hatinya.
Mardyana pergi menuju ke pondok pengawal. Harapannya hanya untuk bertemu dengan pengawal keselamatan perempuan di situ yang dikenali sebagai Mak Cik Bi.
“Assalamualaikum, Mak Cik Bi.” “Waalaikumussalam. Oh, Ana rupanya!  Ada apa hal datang sini? Kalau nak minta balik rumah, bukan jumpa Mak Cik Bi tapi jumpa warden bertugas”, kata Mak Cik Bi tanpa disoal.
“Mana ada nak balik rumah. Ana bosanlah duduk dorm sendirian. Yang lain semua pergi ‘outing’. Itu yang datang sini, boleh  bersembang dengan Mak Cik Bi”, sambil menunjukkan muka manja. Mak Cik Bi hanya tersengih mendengar penerangan Mardyana itu.
Mak Cik Bi mengenali Mardyana sejak dia mendaftar disitu. Mana tidaknya hampir setiap hari dia akan datang ke situ dan berbual dengannya. Mardyana masih tidak mahu mencari kawan kerana jauh di sudut hatinya dia langsung tidak ingin berada di situ.
“Dah lama Mak Cik bekerja di sekolah ini?”  Mardyana mula menyoal. “Lama juga…”, Mak Cik Bi melabuhkan punggung berhadapan dengan Mardyana. “Dalam lebih kurang lapan tahun. Kenapa?” Mak Cik Bi pula menyoal.
“Tiada apa-apa kes masalah disiplin di sini?  Kalau ada ceritalah pada Ana”, dia memujuk. Mak Cik senyap buat seketika untuk berfikir sejenak. “Ada juga. Biasalah masalah budak asrama. Mana-mana asrama pun sama saja. Ada masalah disiplin yang sama. Balik-balik ponteng aktiviti asrama, bawa barang yang dilarang, vandalism dan macam-macam lagilah. Sampaikan para guru pun dah pening kepala cari jalan penyelesaiannya”.
“Ponteng aktiviti asrama?  Macam mana tu? Mereka keluar sekolahkah?” Mardyana bertanya dengan penuh ghairah. “Mereka ada buat jalan keluar di pagar belakang. Pihak sekolah dah berkali-kali memprbaikinya tapi jadi balik”.
“Pagar belakang yang mana, Mak Cik Bi?”. “Dekat belakang bangunan blok D”, kata Mak Cik Bi sambil menunjukkan arah bangunan blok D.
Mardyana tersenyum penuh makna. Tepat pada masa itu, azan Asar berkumandang dengan merdu sekali suara muazin melaungkan seruan Ilahi. Mardyana bersalaman dengan Mak Cik Bi sebelum meminta izin untuk menunaikan amanah Allah buat dirinya.
Usai menunaikan solat, Mardyana bergegas ke belakang bangunan blok D untuk meninjau kesahihan kata-kata Mak Cik Bi mengenai pagar yang telah ‘diubahsuai’ oleh pelajar-pelajar nakal. Ternyata tinjauannya tidak sia-sia. Sememangnya pagar itu telah ‘diubahsuai’ dan mereka telah menyiapkan satu laluan khas keluar dari kawasan sekolah hingga ke jalan besar. “Emm… nampaknya mudahlah kerja aku”, dia berkata pada dirinya.
Pagi Ahad itu sungguh tenang dan damai sekali. Kabus memenuhi ruang atmosfera bumi. bayu lembut memukul tubuh dengan begitu lembut sekali. Sungguh menyegarkan seluruh jasad.
Mardyana memulakan langkahnya selepas solat Subuh di mana kebanyakan pelajar masih lena diulit mimpi indah. Dalam fikiran mereka hanyalah katil, bantal yang gebu, tilam yang empuk dan selimut yang tebal. Mardyana hanya memakai baju-t biasa bersama seluar sukan dan bertudung hitam bagi memudahkan dirinya untuk bergerak kerana dia tahu hari ini dia akan bergerak  agak lasak sedikit. Dia pergi dengan hanya membawa beg sekolahnya yang berisi sepasang baju kurung, duit belanja, sebotol air dan satu paket biskut untuk dijadiakan alas perut ketika berjalan.
            Rumah mardyana tidaklah begitu jauh dari sekolah, akan tetapi entah mengapa dia tetap tidak mampu untuk terus tinggal di sekolah itu, jadi nekad dengan keputusan yang diambil. Walaupun dia tahu akan risiko yang bakal dihadapinya itu amat pedih dan menyakitkan, tetapi dia tidak mengendahkannya.
Dalam suasana kedinginan pagi itu tidak dapat mematahkan semangat mardyana. Dia menuju ke belakang bangunan blok D. Perlahan-lahan dia menyusup keluar menuju ke jalan besar. Ruang di situ agak sempit dan dipenuhi dengan semak samun untuk mengaburi mata guru-guru dan ‘mata-mata’ guru-guru yang sentiasa berkeliaran di sekeliling kawasan sekolah.
Dengan lafaz Bismillah, dia memulakan perjalanan pulang ke rumah tanpa pengetahuan sesiapa. Selepas hampir 2 jam 30 minit dia berjalan, air yang dibawanya sudah hampir habis. Sepaket biskut yang dibawa untuk dijadikan alas perut juga sudah habis dimakan ketika di pertengahan jalan tadi.
“Sudah nak sampai ni. Sikit sahaja lagi. Sabar ya”, dia memujuk hatinya supaya bersabar sedikit sahaja lagi.
Selak pintu pagar dibuka perlahan. Salam diberi. Tiada jawapan. Salam diberi sekali lagi. Tetap tiada jawapan. Mardyana cuba untuk membuka pintu jeriji besi rumahnya, tetapi malangnya pintu itu berkunci. Mardyana sudah tidak bermaya lagi. Kakinya sudah menggigil keletihan. Tiba-tiba dunia ini menjadi gelap.
“Ya Allah! Mardyana, bangun! Bangun!” Suara umi memanggilnya sayup kedengaran. Matanya berat, kepalanya sakit dan dia tidak mampu untuk bangun. Abi terus mencempung mardyana masuk kedalam biliknya. Umi segera menyiapkan bubur yang ditambah dengan lobak merah yang dihiris nipis serta daging ayam dicincang untuknya. Setelah siap Umi menatang dulang yang berisi bubur yang siap dimasak tadi bersama segelas susu suam yang berasap tipis masuk ke bilik anak tunggalnya.
“Mardyana, bangun. Umi dah siapkan bubur untuk awak”, Mardyana cuba untuk membuka matanya dan berusaha untuk duduk. Umi menyuapkan Mardyana makan. Akibat terlalu lapar habis semangkuk bubur dan segelas susu yang dibuat Umi ditelan. Umi tersenyum melihat anaknya itu mempunyai selera makan maka tidaklah dia begitu risau. Umi membiarkan Mardyana meneruskan tidurnya kerana dia tahu pasti tubuh Mardyana amat letih dan memerlukan istirehat yang cukup. Malam itu Mardyana dibiarkan berehat. Rehat sepuasnya.
“Sayang juga Umi dan Abi pada aku. Kalau hari-hari macam ini mesti seronok. Bahagia hidup. Tapi… kalau sayang, kenapa mesti hantar aku ke sekolah tu?.... Abaikanlah, mereka mesti tak ingat akan sekolah aku itu pun, jadi tak perlu nak ingatkan. Sekarang lebih baik aku tidur sahaja”, kata Mardyana di dalam hati.
Usai solat Subuh, tubuhnya kembali bertenaga dan kali ini lebih bersemangat. Mardyana masuk ke dapur, niatnya hanya satu iaitu menyiapkan sarapan buat Abi dan Uminya. Setelah selesai semuanya, barulah dia menjemput mereka berdua untuk bersarapan bersama.
“Umi… Abi… marilah turun bersarapan”. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi derapan langkah dari tingkat atas. Hatinya sudah berdebar kencang. Tidak sabar untuk melihat reaksi Umi dan Abinya.
Dari jauh lagi kelihatan Umi dan Abi tersenyum ke arahnya. Hatinya berbunga riang melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka berdua. Abi dan Umi mengambil tempat dan Abi mengetuai bacaan doa.
“Wah, sedapnya anak Abi masak. Dah boleh kahwinlah lepas ni” , kata abi selamba. Bagai nak terkeluar jantung Mardyana mendengar kata-kata Abi. Mana tidaknya, hatinya baru sahaja berkembang mekar mendengar pujian ikhlas, tiba-tiba disuruhnya kahwin. “Belum sampai masa lagilah , Abi”, tetapi kata-kata itu hanya terluah di dasar hatinya sahaja.
“Betul tu, Abang. Kalau Ana sudah berkahwin, hidup dia senang, hidup kita berdua pun bertambah senang. Bukankah begitu, Abang?” Abi hanya mengangguk tanda bersetuju. Mardyana terdiam seribu bahasa. Suasana bertukar sepi buat seketika Cuma. Hanya kedengaran bunyi kipas yang ligat berpusing di siling tanpa mengenal erti penat.
“Umi dan Abi hanya berguraulah, sayang. Awak jangan risau. Sudah, habiskan makanan tu”, Umi membuka bicara semula. Air muka Mardyana kembali berseri apabila mendengar pengakuan Umi sebentar tadi. Perasaan gelisah yang bertandang dihatinya tadi beransur hilang.
“Ana, ibu saudara kamu minta kamu bekerja di kedainya, mahu?” hendak tercabut jantung Mardyana apabila soalan itu memukul gegendang telinganya. “Biar betul Umi ni?” benaknya bertanya.
“Mana boleh Ana bekerja sekarang Umi. Belum sampai tahap umur bekerja lagilah”, Mardyana cuba menukar topik perbualan mereka.  Tapi mengapa? Itu menjadi tanda tanya buatnya. Padahal umurnya baru mencecah 13 tahun dan tak mungkin dia harus bekerja sekarang.
“Abi rasa lebih baik kamu ikut ibu saudara kamu tu. Lagipun kamu sudah tamat belajar.  Takkan kamu nak duduk rumah sahaja, nak menganggur?!” nada suara Abi menjadi sedikit tinggi dari tadi.
“Ha! Bila Ana tamat belajar? Ana baru tingkatan satu, Abi” Mardyana menafikan apa yang diperkatakan oleh Abi sebentar tadi yang amat menggetarkan hatinya.
“Itu kata kamu. Yang Abi tahu kamu sudah tamat belajar. Kamu tetap perlu ikut ibu saudara kamu. Ini keputusan Abi, faham!” tegas Abi. Mardyana tahu keputusan Abi sudah tidak boleh dipinda. Sudah tiada tawar-menawar. Hitam katanya, hitamlah. Jika putih katanya, putihlah.
Apabila arahan mandatori seperti itu sudah dikeluarkan, perasaannya seperti dilanda halilintar. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Niatnya melarikan diri dari asrama hanyalah untuk menggertak Abi dan Uminya supaya memindahkannya ke sekolah biasa dan tidak lebih daripada itu. Akan tetapi lebih teruk dari apa yang dijangkakan. Abi menyuruh dia bekerja, Umi pula tidak membantah. Dirinya sendiri tidak tahu sejak bila dia tamat belajar. Ia seperti sesuatu yang amat mustahil.
“Aku perlu pujuk abi dan Umi. Aku tak boleh biarkan ini semua berlaku”, getus hatinya. Langkahnya segera diatur ke ruang tamu untuk berbincang mengenai apa yang diperkatakan oleh Abi siang tadi. Keadaan perlu diperbetulkan sebelum menjadi bertambah parah dan kritikal.
“Abi, Umi… Ana nak cakap sikit, boleh?” Mardyana cuba memancing perbualan. “Apa dia?” hanya sedikit balasan Abi. Mardyana menelan air liur apabial mendengar balasan Abi. Perasaan takut menyelubungi diri tapi diberanikan jua.
“Pasal siang tadi… Ana rasa ada salah faham antara kita. Baik Ana berterus terang sebelum semua ni bertambah buruk” wajah Abi tetap tegang. Jantung Mardyana berdegup laju.
“Ana… sebenarnya lari dari asrama.” Mardyana tunduk. Takut untuk memandang wajah kedua orang tuanya. Pasti kecewa dengan tindakan yang diambil tanpa berfikir panjang itu.
“Maksudnya, Ana tak nak belajarlah? Jadi kalau tak nak belajar bekerjalah. Senang!” kata Umi dengan nada tegas. Tidak pernah dia mendengar Umi bercakap dengan nada yang tegas seperti itu. Bertambah kecut perutnya mendengar ucapan Umi.
“Bukan macam tu. Ana nak belajar tapi bukan di sekolah tu. Ana tak nak duduk di asrama. Ana cuma nak bersekolah harian tak perlu ke sekolah asrama. Ana lari pun cuma nak buat Umi dan Abi tukarkan Ana ke sekolah biasa. Itu sahaja. Lagipun Ana tak bersedia lagi untuk bekerja.” Rendah sahaja suaranya menuturkan kebenaran.
“Umi dan Abi dah tak boleh nak buat apa-apa. Abi dah telefon pihak sekolah untuk memberitahu tentang pemberhentian  sekolah kamu”, kata Abi. “ Lagipun Umi dah beritahu Ibu saudara kamu yang kamu akan bekerja dengannya. Takkan kita nak buat perubahan secara tiba-tiba, nanati jatuhlah air muka kami. Mana tahu mereka dah buat persediaan, jadi kesian mereka dah bekerja lebih pula” Umi memujuk.
Nafas Mardyana jadi tidak menentu. Tiba-tiba dunia menjadi gelap.
“Ana di mana ni?” kata Mardyana setelah sedar dari pengsan yang hampir memakan masa dua hari. “Ana di rumah” kata  Umi lembut. Dia cuba mengingati apa yang berlaku pada dirinya sebelum pengsan. Rasanya Umi dan Abi telah memberhentikannya dari sekolah dan mendapatkannya pekerjaan bersama ibu saudaranya. “Ah, aku mimpi agaknya.” Getus hati kecilnya. Dia kembali melelapkan matanya untuk berehat.
Setelah mandi dan mengemas diri, Mardyana menuju ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya apabila melihat ibu saudaranya ada barsama kedua ibu bapanya sedang berbual-bual. Entah apa yang dibualkan dia sendiri tidak dapat mengagak.
“Eh, Ana marilah sini.”, Umi mengajak. Mardyana mengattur langkah kearah mereka. Getaran hatinya semakin terasa. Mardyana bersalaman dengan ibu saudaranya yang duduk bersebelahan dengan Umi.
Umi menghulurkan sampul surat bersaiz A4 kepada Mardyana. Dia mengambilnya dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Mardyana mengeluarkan isi kandungan sampul surat itu dengan penuh hati-hati. Terbeliak biji matanya apabila melihat isi kandungan surat itu ialah segala dokumen persekolahan serta sijil berhenti sekolah yang tertera namanya di sijil itu.
“Mak cik datang sini sebab nak jemput Ana ikut mak cik pergi balik Kuala Lumpur sebab esok nak mula kerja dah. Umia dan Abi kamu dah setuju” kata ibu saudara Mardyana.
Mardyana terus bangkit dari tempat duduknya. “Umi ,Abi, mak cik, apa semua ni? Ana tak nak berhenti sekolah lagi. Ana tak nak bekerja lagi. Kenapa boleh jadi macam ni? Ana tak sedia lagi”, Mardyana terus berlari masuk ke dalam biliknya dan menekupkan wajahnya ke bantal dan menangis sepuas hatinya sehinggalah dia tertidur tanpa dia sedari.
“Mardyana…Mardyana…. Bangun!” kejut Umi. “Ni kenapa masih tidur lagi ni? Dah tengah hari pun masih tidur lagi” kata-kata Umi menyedarkan Mardyana yang masih mamai. Mardyana terus memeluk Uminya dengan erat. “Umi maafkan Ana. Ana janji tak akan buat lagi” ucap Mardyana dengan teresak-esak. Umi memandangnya dengan pandangan yang amat pelik tetapi dihiasi dengan senyuman yang penuh makna yang tidak bias ditafsirkan.
“Sudah…Sudah… pergi mandi lepas tu tolong Umi di dapur, ya” kata Umi dengan lembut. Tangisan Mardyana semakin reda. Dia melepaskan pelukannya.
Pin…pin…
 “Ana, tolong ambilkan surat tu” pinta Umi. Mardyana mengangguk. Dia melangkah keluar untuk mengambil surat yang dipinta oleh Umi. “ Banyaknya surat. Nampaknya semuanya bil sahaja” katanya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mardyana kembali menyambung kerjanya di dapur.  Dalam masa yang sama dia berbual-bual dengan Umi seperti tiada apa yang berlaku.
Selepas makan tengah hari bersama, mereka menonton televisyen di ruang tamu. Serentak dengan itu, telefon rumah mereka berdering. “Biar Ana yang angkat telefon. Umi dan Abi duduklah.”, Mardyana menawarkan diri lalu mengatur langkah untuk mengangkat telefon yang sedari tadi berdering nyaring.
“Assalamualaikum, Puan”, satu suara wanita kedengaran melalui corong telefon itu. “Wa’alaikummussalam. Siapa bercakap di sana?”.
“Saya, Puan Suriya, guru kelas Mardyana. Macam mana keadaan Mardyana sekarang. Dia sudah mahu pulang ke sekolah? Saya harap apa yang puan cuba lakukan padanya berjaya.” Ujar Puan Suriya dengan lembut. Mardyana yang mendengar penjelasan daripada guru kelasnya tadi tergamam. Dia terus meletakkan gagang telefon itu lalu ke ruang tamu semula.
Mardyana mengambil tempat menghadap dengan kedua ibu bapanya. “Kenapa Umi dan Abi sanggup buat Ana macam ni?” soalnya dengan linangan air mata. Umi dan Abi saling berpandangan. “Apa yang kamu cakapkan ni? Umi tak faham. Siapa yang telefon tadi?” kata Umi.
“Umi dan Abi tak perlulah nak rahsiakan lagi daripada Ana. Ana dah tahu segala-galanya. Kenapa Abi kata Ana dah tamat belajar? Kenapa Umi suruh Ana ikut mak cik bekerja di  Kuala Lumpur? Ana jadi takut sangat dan Ana fikir ini semua hanyalah mimipi buruk yang tak pernah berlaku di alam nyata.” Kata Mardyana dalam tangisan yang tidak tertahan. Basah wajah Mardyana dengan air mata yang tidak berhenti sejak tadi.
Keadaan menjadi sunyi beberapa saat. Keluhan berat  dilepaskan oleh Abi. “Ana tahu tak yang Umi dan Abi sangat sayang akan kamu. Kami sangka selepas seminggu kamu bersekolah di sana kamu akan mula biasakan diri tapi tidak. Kamu tidak bergaul dengan rakan-rakan lain langsung. Tiba-tiba, kami jumpa kamu pengsan depan pintu rumah. Kamu fikir atau tidak perasaan kami berdua ketika itu. Kami amat risau. Macam-macam persoalan muncul dalam fikiran kami. Tapi kami diamkan terlebih dahulu kerana pada fikiran kami, kami inginkan penjelasan daripada kamu apabila kamu telah sedar. Tapi….kamu hanya bersuara tentang hal ini apabila kami sudah tahu daripada pihak sekolah kamu terlebih dahulu. Kamu terlampau takut kami berhentikan kamu daripada persekolahan dan disuruh bekerja dengan ibu saudara kamu. Abi kesal dengan kamu” panjang lebar penjelasan Abi.
“Pihak sekolah telefon dan beritahu kamu lari dari asrama ketika kamu pengsan sewaktu kamu baru tiba di sini. Kami cuma nak tahu mengapa kamu lakukan demikian tapi kamu langsung tidak beritahu kami dan sebab itulah kami mengugut kamu dengan mengatakan kamu sudah tamat belajar dan ibu saudara kamu mengajak kamu bekerja dengannya” jelas Umi pula.
“Kami merancang perkara ini bersama dengan ibu saudara kamu itu juga dengan pihak sekolah.  Kami yang meminta mereka menghantar surat berhenti sekolah kamu yang palsu ke rumah. Kami minta bantuan ibu saudara kamu untuk membantu kami dalam hal ini.”
“Kami tahu kamu marah tapi niat kami berdua hanya untuk mengajar dan menyedarkan kamu. Kami tak ada harta nak ditinggalkan untuk kamu jadi pelajaran sajalah yang boleh kami berikan. Kamu pula hanya npentingkan diri kamu dan bertindak tanpa berfikir panjang apa yang akan kamu hadapi di kemudian hari nanti.”
Kata-kata Umi dan Abi amat menyentuh perasaan Mardyana. Dia bangkit lalu mengucup tangan Abi dan memeluk Umi dengan erat sekali. “Abi, Umi, Ana minta maaf. Ana tahu Ana yang bersalah dalam hal ini. Memang patut umi dan Abi buat macam tu untuk sedarkan Ana. Ana buat macam tu sebab Ana tak boleh berjauhan daripada Umi dan Abi. Ana rasa susah nak biasakan diri di tempat asing macam tu seorang diri.” Mardyana memberitahu perkara sebenar.
Umi memebang bahu Mardyana,”Ana tahu tak yang satu masa nanti Abi dan Umi akan berjauhan juga dengan Ana. Lagi jauh daripada sekolah Ana sekarang.  Waktu itu nanti Ana dah tak ada tempat bergantung. Macam mana Ana nak teruskan hidup kalau baru jauh sedikit pun Ana dah tak boleh nak biasakan diri?” kata –kata Umi telah menjentik tangkai jantung hatinya.
“Umi jangan cakap macam tu. Ana masih tak bersedia untuk berjauhan dengan Abi dan Umi dan hidup bersendirian. Umi dan Abi jangan tinggalkan Ana seorang diri” Mardyana menangis kembali. Dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Umi sebentar tadi.
Abi menggelengkan kepalanya. “Kalau macam tu, Ana mesti biasakan diri di sekolah tu. Ikhlaskan hati untuk belajar. Buat yang terbaik untuk masa depan kamu. Buktikan yang kamu boleh berjaya pada Umi dan Abi walaupun kita berjauhan di mata tapi ingatlah kami di hati kamu. Ingat, jangan sesekali lupakan Allah.”
Mardyana terdiam sejenak. “Ana janji ana tak akan buat perkara bodoh macam ni lagi. Ana juga akan belajar bersungguh-sungguh dan banggakan Abi dan Umi. Ana tak akan sia-siakan peluang kedua yang Ana dapat sekarang ni. Umi dan Abi doakan Ana boleh mencapai kejayan di sekolah itu.”
Malam itu, Mardyana telah menyiapkan segala barangan yangperlu di bawa pulang ke asrama pada esok hari. Tidak sabar rasanya untuk mulakan hari yang baru di situ. Mardyana berdoa dia akan berjaya disana dan dia terlena dalam senyuman.
“Ingat janji kamu pada kami. Kami sentisa doakan kebaikan buat anak kesayangan kami ini. Belajar baik-baik. Kawan elok-elok. Kami berdua pulang dulu” sempat Umi menitipkan pesanan terakhir buat anak tunggalnya itu.
Kereta Perdana milik Abi meluncur laju keluar dari perkarangan asramanya. Setitik mutiara jernih tumpah dari kelopak matanya. Lambaiannya terhenti apabila sudah tidak lagi nampak bayangan kereta Abinya. Tekadnya hanya satu, belajar dengan ikhlas untuk banggakan Umi dan Abi. Dia akan berpegang pada janjinya.


                                                  PERANCANGAN-MU ILAHI
                        Disediakan oleh Wan Nurul Hanisah Binti Mior Anuar (2013)

Alamak! Mati aku. Dah lambat ni! Atikah ke hulu ke hilir dengan selendang di tangan yang masih belum digosok. Matanya memandang jam yang terpaku pada dinding bilik. Sepatutnya waktu begini dia sudah keluar untuk merempuh kesesakan jalan raya.Itulah kau Atik…Entah apa yang kau buat semalam. Sibuk dengan jigsaw puzzle tu! Sekarang kan dah lambat nak pergi temu duga! Atikah berkata-kata dalam hatinya.Dia berkari pula ke bilik menggosok.Mujur kakinya sempat berhenti.Jika tidak, tentu dia tercium belakang badan Aqif, abangnya.
“Atik ni kenapa? Itulah orang suruh tidur awal, sibuk main jigsaw puzzle tu. Ini dah solat subuh ke belum tak taulah!” jeling Aqif sambil tangannya lincah menggosok baju untuk ke tempat kerja. “Jangan membebel boleh tak? Cepatlah gosok baju tu! Atik dah lambat ni.” Malas Atikah mahu melayan bebelan Aqif. Fuh! Nasib baik hari ini dia ‘ABC’, jika tidak melepas subuhnya. Dia berdiri sambil menghentak-hentak kaki. “Sabarlah, Atik Nampak abang tengah buat apa ni?” Aqif buat selamba.Dia mengangkat baju dan periksa kalau-kalau ada kedut lagi.Sengaja mahu menyakitkan hati adiknya.
Atikah menolak badan Aqif.Kurang sabar betul dia dengan perangai Aqif. Orang tengah serius ni, main-main pulak! “Hisy!Siku kang!”Aqif sudah menunjukkan sikunya.Atikah buat tidak kisah.Apa yang penting dia sudah lewat untuk menghadiri temu duga.  Aqif menarik rambut Atikah.Sepantas kilat dia berlari menuju ke biliknya sebelum sempat Atikah memberikan tendangan maut.Atikah mendengus geram.Tumpuan kembali diberikan kepada selendang yang mahu digosok. Setelah selesai menggosok , seperti lipas kudung dia berlari menuju ke biliknya semula, mandi dan bersiap.
Di depan cermin lagi satu masalah. Nak pin macam mana ni? Macam ni ke? Macam ni? Atikah bergaya ala-ala model di depan cermin. Akhirnya dia melilit selendangnya ala-ala perempuan Arab.Selepas bersiap, dia segera turun ke tingkat bawah.Aqif sudah tersengih-sengih kambing. “Ibu, abah, Atik dah lambat ni. Pergi dulu. Bye!” Atikah sudah melangkah ke muka pintu.“Tak minum dulu?”ujar Puan Adiela.Atikah pula kelam-kabut menyarung kasut dan menekan punat alat kawalan jauh keretanya.“Tak apalah ibu,nanti Atik sarapan kat luar.”
Tidak sampai beberapa minit, deru enjin kereta Altis milik Atikah sudah pun lenyap.Puan Adiela hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai anak perempuannya yang serba-serbi kelam-kabut. “Ribut betul anak awak sorang tu,” ujar Encik Azhan sambil menghirup kopi susu. “Bukan ribut lagi bah…Puting beliung!” Aqif tersengih sambil menyapu jem di rotinya.“Ibu dah pesan dengan dia semalam jangan tidur lewat-lewat sangat.Tengok sekarang, kan dah lambat,” sampuk Puan Adiela pula.Lincah tangannya menyenduk bihun goreng untuk suaminya.
…………………….
Nak ketuk pintu ke tak payah?Ke buka aje? Bagi salam? Eh nanti bukan Islam, padan muka aku. Mata Atikah segera menatap nama yang tertera di muka pintu.
 ‘Mior Shamerul Shukri B. Mior Shariman’
Ha! Islam. Atikah tersengih-sengih di depan muka pintu. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia terus membuka pintu tersebut dengan senyuman yang sudah menghiasi bibir. “Assalamualaikum…”
Segera Sham memanggung kepala.Dia membetulkan cermin matanya yang melurut.Senyuman yang Atikah beri, tidak dibalasnya.“Tak tahu ketuk pintu ke?” sinis suara Sham menghentam gegendang telinga Atikah.
Gulp! Baru setapak aku melangkah, dah kena tembak! “Maaf, encik.”Bibir bawahnya digigit-gigit. Atikah agak takut-takut memandang wajah  keruh lelaki yang sedang meneliti sebuah fail. Dia tahu dirinya salah kerana tidak mengetuk pintu sebelum masuk ke ruangan bilik yang besar itu terlebih dahulu.
“Duduk.”
“Apa?”
“Duduk!”
Sepantas kilat Atikah duduk.Mata Sham merenung gadis di depannya.Manis, tetapi wajahnya nampak tidak ikhlas. Sham menjeling dan meneliti kembali fail di tangannya. Atikah hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada Sham. Walaupun dia bengang dengan lelaki yang nampak berlagak di hadapannya ini, dia tetap cuba untuk tersenyum.
 Manalah tahu kalau ada rezekinya di syarikat ini, lelaki di hadapannya inilah yang akan menjadi majikannya. Jadi, dia kena berbuat  baik. Dadanya mula terasa berdebar yang sukar untuk ditafsirkan.  Sham meletakkan fail diatas mejanya. Jemarinya bertaut antara satu sama lain. Dia masih merenung gadis yang sudah seperti cacing kepanasan. “Atikah Athirah Mohd Azhan, tell me about yourself,” tutur Sham lembut.
 “Hmm…”
“Hmm… what hmm?” Sham sudah memintas kata-kata Atikah. Matanya tajam merenung gadis di hadapannya. Terbuntang mata Atikah apabila melihat lelaki didepannya ini penuh dengan gaya sombong dan bongkak. Alahai… ingat ini temu duga nak jadi askar ke nak garang-garang macam tu?
Atikah menarik nafas panjang.Kemudian, satu persatu kata-kata diatur.Mata Sham tidak terlepas daripada meratah raut wajah Atikah sewaktu sesi temu duga itu dijalankan. Hampir satu jam bersoal jawab, Atikah menarik nafas lega setelah semuanya selesai diucapkan.
Sham merenung wajah Atikah. Kaca mata nipisnya diletakkan diatas meja.Borang ditangannya direnung.Atikah seperti menunggu hukuman mati mandatori .“CompanyI dah pun jumpa interior designer yang sesuai. Kalau you awal satu jam, mungkin Iboleh pertimbangkan.”Senyuman Sham menyakitkan hati dan seperti sengaja mahu mengejek diri gadis dihadapannya.
“Encik boleh beritahu saya awal-awal kalau jawatan tu sidah terisi.Tak perlu temu duga saya!”Mendidih rasa darah Atikah.Sudahlah aku terkocoh-kocohdatang ke sini.Patutlah ruangan penyambut tetamu tu dah lengang.Cakap awal-awalkan senang.Baik aku balik terus tadi.
“Temu duga bermula pukul berapa, cik?” soal Sham formal.“Pukul 8.00 pagi!”Atikah menjeling.“Youdatang pukul berapa?” Sham menyilangkan jemarinya sambil menongkat dagu. “Pukul 9.00 pagi. Alah, encik faham-faham ajelah waktu pagi macam ni, traffic jammed.” Atikah memberi alasan.
Sham menggeleng kepala.”Itu bukan masalah I! Carilah alternatif lain. Keluar subuh-subuh ke, sebelum lalat bangun ke … tolong jangan bagi I alasan yang bodoh macam tu. Kalau staf Idatang kerja pukul 9.01 minit pagi pun, I suruh dia balik.Bila I kata pukul 9.00, maksudnya 8.45 pagi you mesti dah ada terpacak kat sini.Faham?” sinis suara Sham menuturkannya.Dia hanya tersenyum.Seronok dapat melihat wajah bengang Atikah.
“Tak apalah encik, bukan rezeki saya.Terima kasih.” Buang masa layan mamat poyo ni. Atikah berlalu ke muka pintu.Dia sudah memegang tombol pintu dan bersedia untuk membukanya.“Wait!” Sham berdiri. Atikah yang sudah berada di muka pintu, menokeh.Wajah Sham kelihatan serius.Atikah menjongketkan kening.Masih merenung Sham yang masih berdiri.“Tea lady for me.”Sinis sekali senyuman yang Sham lemparkan.Kedua-dua tangannya di menekan meja kerjanya sambil matanya tak lepas memandang wajah Atikah.
Mulut Atikah sudah melopong.Bagi dia, lelaki dihadapannya ini sudah betul-betul melampau.Belum pun reda sakit hati kerana senyuman sinisnya, ditambah lagi dengan kata-kata yang menyakitkan hati.Dia betul-betul tak puas hati.“Hei!”Atikah menapak semula kearah Sham.Dia menepuk meja kerja Sham sekuat hati sehingga terkedip-kedip mata Sham dibuatnya.“I tak mati kalau tak kerja kat sini, okey!”Nafas Atikah turun naik.Apa? Dia ingat aku kebulur ke kalau tak dapat kerja kat tempat dia. Ini Atiklah! Aku boleh hidup kalau kau campak kat tengah pulau sekalipun.
“Okey.” Sham menjongketkan bahu. Dia tersenyum sumbing. Dia boleh Nampak api kemarahan yang ditahan-tahan Atikah itu. “Awak boleh pergi,” dengan angkuhnya Sham memerintahkan Atikah keluar dari biliknya.Manakala dia dengan selamba kembali duduk dam meneruskan kerjanya yang tergendala.Atikah mendengus.Tanpa menunggu lama, dia terus berpaling dan keluar dari bilik yang seumpama neraka itu. Tak kuasa nak menatap wajah lelaki bermata sepet itu!
……………………..
 What’s up?” Yasmin segera duduk di depanAtikah.Dia menjeling wajah Atikah yang masam mencuka.“Woi! Cukup-cukup la buat muka cekodok basi kau tu! Apa kena dengan kau ni? Ceritalah!”Yasmin menampar lengan Atikah.”Aku baru balik interview,” ujar Atikah perlahan.Minuman yang baru tiba, dicapai dan di sedut dengan rakus.
 “Hah! Macam mana?”Yasmin kelihatan teruja.“Tak dapatlah, Min.”Atikah membetulkan selendangnya. Dah agak dah! Sudah lama dia mengenali gadis bernama Atikah ini.Sudah masak luar dan dalam perangai dia. Mereka sama-sama menuntut di Excellent College.Atikah ini seorang gadis yang agak kasar perwatakannya.Atikah takkan kacau orang kalau orang tak ganggu hidup dia. Yasmin tersenyum sendiri.
“Apa hal sengih kambing?Sukalah aku tak dapat kerja tu!”Atikah menjeling tajam.Minumannya disedut lagi.Yasmin menggaru kepala. Hisy! Kena sembur lagi. Atik ni bilalah agaknya nak berubak menjadi perempuan sejati.
“Tak apalah, Atik.Tak ada rezeki. A….”
“Aku tak kisah tak dapat kerja kat situ, Min. Tapi yang aku bengang tahap tak ingat, dia boleh suruh aku jadi tea lady dia!Apa? Dia ingat aku ni kuli batak dia ke? Itu tahap nak makan kaki akulah tu!”Atikah menjeling lagi.
Yasmin sudah ketawa mendengar omelan Atikah.Teringin pula dia melihat siapa gerangannya yang berani mempermainkan Atikah.Atikah mengerutkan dahi.Pelik bila melihat Yasmin ketawa seperti mencabar kewibawaannya.“Susah-susah sangat, kau kerjalah kat butik aunty aku.”Cadangan Yasmin membuatkan mata Atikah membulat.“Kerja dengan aunty kau?Kau nak aku koyak-koyakkan baju pengantin tu ke?”Atikah sudah ketawa dalam hati.
Yasmin memang sudah hilang akal! Cara dia bercakap macamlah baru kenal Atikah sehari. “Alah, Atik… cubalah dulu. Kerja sekarang ni susah nak dapat. Lagipun, aunty aku memang tengah cari team wedding plannerbaru.Nak harapkan aku buat semua sendiri?Matilah aku.”Yasmin sudah merayu.
 Ah, sudah. Biar betul! Dia bekerja di Butik Andaman dan Pengantin Zaza?Kalau ibu dengan ayah tahu, mereka buat pulut kuning tanda kesyukuran.Kalau abang pula tahu, berguling-guling dia bantai gelak dari tingkat atas, melarat ke tingkat bawah.
     “Jomlah, Atik!”
    “Aku tak ada jiwa kerja macam tulah…” Atikah protes.
    “Cuba!”
“Gila kau!I’m graduated as an Interior Designer. Not a Wedding Planner! Tak ada jiwa!”
“Lebih kurang ajelah kerja kau tu!”
 Ewah-ewah… Senang betul mak cik ni bercakap. Dia ingat lukis pelan tusama dengan lukis baju pengantin agaknya? “No!” bantah Atikah lagi. “Please…”Yasmin sudah mula merayu.Dia betul-betul mengharap kalau Atikah dapat membantunya di butik berkenaan.Wajah keruh Atikah ditatap dalam-dalam.
“Kau nak aku rosakkan majlis kahwin orang ke, Min?”ugut Atikah.Sedaya upaya dia menolak ajakan Yasmin. “Aku tahu kau tak kan buat macam tu.” Yasmin sudah buat muka macam lepat basi. Hisy! Betullah si Yasmin ni, suka merayu yang tak kena dengan minatnya.
“Min…”
 “Atik…” Yasmin merenung meminta simpati Atikah.Atikah mengeluh berat.Memang betul, kerja bukan senang nak dapat.Zaman sekarang bukan masa untuk memilih kerja.”Atik…” Atikah mengangkat kening.“Aku janji, gaji kau sama macam mana aku dapat sebelum ni.”Yasmin mengangkat sebelah tangannya seperti orang berikrar.Atikah ketawa perlahan sambil menggeleng kepala. Mentang-mentanglah perniagaan Aunty Zaza maju sekarang ni, banyak cawangan, ikut suka hati dia je nak letak gaji berapa.
……………………
Hari pertama di butik, Atikah belajar mengingati harga.Kemudian, jenuh juga nak menghafal semua jenis kain yang ada di butik tersebut.“Atik.”Atikah tersenyum melihat wajah redup Aunty Zaza.Agaknya aura seri pengantin melekat pada wajah Aunty Zaza kut?Manis berseri selalu. “Ini katalog-katalog untuk baju pengantn, yang ini untuk tempahan kek, yang ini segala macam aksesori, macam crown,veil,kasut,keris,tanjak,barang-barang perhiasan perempuan semua dalam  ada dalam katalog ni. Kalau pelanggan datang nak guna khidmat kita, tunjukkan katalog-katalog ni dulu.Kalau diorang minat baru tunjuk pakej-pakej yang kita tawarkan.”Panjang lebar Aunty Zaza memberikan penerangan.
Atikah hanya tersengih. Seram juga bila difikirkan bagaimana dia akan melayan pelanggan pertamanya nanti. Buat masa ini, dia hanya membantu Yasmin melakukan sebahagian kerja.“Okey tak, Atik?”Aunty Zaza merenung Atikah sambil tersenyum.Dia menyentuh lembut bahu Atikah.Atikah mengangguk kepal sambil tersengih. “Don’tworry… Min kan ada, boleh tolong Atik.” Aunty Zaza cuba mententeramkan Atikah yang sudah kelihatan gusar. Mana tidaknya, muka Atikah sudah cuak macam nampak perompak.
“Okey aunty, I’m willing to learn.” Atikah tersenyum. “Kalau macam tu. Aunty keluar dulu, ajak Atik pergi launch.” Aunty Zaza melangkah anggun keluar dari butik.Kelihatan Uncle Nordin keluar dari kereta sambil melambai kearah Atikah dan Yasmin. “Bahagia betul diorang kan?” Atikah menongkat dagu.Alah macamlah kau tak kenal aunty dengan uncle aku tu romantik setiap masa.” Yasmin menggalas beg tangannya. “Tak nak launch ke?” bahu Atikah ditepuk perlahan.
…………………………………
“Makan kat mana?” soal Yasmin sewaktu mahu melintas jalan kearah tempat letak kereta.Atikah mengangkat bahu, tanda tidak tahu.“ABC special nak tak ?” cadang Yasmin sambil menjongketkan keningnya. “Nak!”Atikah sudah menjerit suka seperti anak kecil.Di mindanya terbayang ABC special yang dilumuri coklat.Dia berangan sampaikan tidak sedar ada kereta yang melalui jalan itu sewaktu dia mahu melintas jalan.
Pin!!!
Belum sempat Atikah menoleh, kereta itu sudah merempuh lengannya.
Gedebuk!
Seperti nangka busuk Atikah tergolek di bahu jalan.Dia memegang sikunya yang mula terasa sengal.Matanya masih memandang BMW 5series berwarna putih yang melanggarnya tadi.Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju kemeja putih berjalur kelabu keluar dari kereta.Wajah lelaki itu nampak cemas.Lelaki itu berlari-lari anak untuk mendapatkan Atikah.Wajah Atikah pula sudah seperti tercekik biji durian.Matanya bulat merenung lelaki segak dihadapannya.Dalam banyak-banyak orang, kenapa dia yang terpilih untuk melanggar aku?Atikah masih merenung lelaki itu.Lama.
Lelaki itu kelam-kabut mendekati Atikah yang masih terduduk di situ. “Ada…” Wajah mereka bertentangan.Perlahan-lahan wajah lelaki itu berubah sinis.Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar. “You again, huh?” soal Shamseakan tidak percaya yang dia boleh bertembung dengan gadis yang baru gagal dalam temu duga disyarikatnya tempoh hari.
“Mata tu letak kat tapak kaki ke?” sembur Atikah. Sham mengangkat keningnya. Amboi! Kasarnya bahasa perempuan ni. Tangan Atikah masih lagi memegang siku kanannya.Terasa ada cecair pekat membasahi lengan bajunya.Alamak! Darah ke? Relaks Atik, relaks… Jangan tengok darah tu, nanti kau juga yang pengsan. “I see… nampak macam okey, tak cedera kan? Dah boleh maki orang pulak tu!” Sham berpusing untuk ke keretanya.
“Tak guna!”tutur Atikah lembut dan cuba untuk bangun. Dia memandang Yasmin yang
masih leka memandang lelaki yang membelakangkan mereka. Langkah Sham mati apabila terdengar perkataan itu.Betul ke aku tak guna?Biarkan dia macam tu aje? Sham kembali berpaling. “Come!” Sham menghulurkan tangan untuk membantu Atikah bangun. “Apa ni?”
Here!” Sham masih seperti tadi. Atikah menjeling. “I don’t need your help!” Atikah tepis tangan Sham. Yasmin yang terkulat-kulat dari tadi cuba untuk memapah Atikah. “Kau okey, Atik?”
“Pegang aku, Min. Aku rasa nak pitam tengok darah kat tangan aku ni!” bisik Atikah sambil memegang pelipisnya.Mata Yasmin bulat mendengar kata-kata Atikah. “Ha! Darah?Mana?”Yasmin mencari tangan Atikah yang luka. “Kalau ya pun, tak payahlah…”
Buk! Atikah jatuh sebelum sempat menghabiskan ayatnya.“Atikah!”Jeritan Yasmin membuatkan Sham berpaling 360 darjah.Dia berlari mendapatkan Atikah yang layu tidak sedarkan diri.Tubuh gadis itu di cempung. “Follow me,” ujar Sham perlahan. Yasmin tiada pilihan lain. Dia mengekori Sham yang sedaya upaya meletakkan Atikah di tempat duduk sebelah.“Nak ke mana, encik?” soal Yasmin.“Klinik, takkan rumah urut pulak!” sinis jawapan Sham. Gulp! Dengan aku-aku kena marah?Yasmin terdiam.Dia terfikir sesuatu.
………………………..
Sham membelek lengan baju kemejanya yang terdapat kesan darah. Nampak gayanya dia kena balik rumah dulu ni… Mata Sham memandang ke arah pintu bilik yang masih tertutup.Dia merengus perlahan.Tiba-tiba pintu tersebut terbuka. Sham hanya memerhati dengan wajah selamba langsung tidak beriak. Atikah yang terlihat Sham menunggu di situ, sengaja mengelatkan mukanya.Tak sudi langsung dia membalas renungan Sham.“Saya hantar.” Sham sudah berdiri. Menanti riaksi Atikah.
Atikah mengangkat kening sambil memandang wajah Sham yang tidak berperasaan. Kalau tak ikhlas, baik tak payah! Dia menghala pandangan terus ke depan. “Tak apa!saya ambil teksi.”
“Sombong!”tutur Sham perlahan. Atikah buat tidak peduli.Dia terus berjalan keluar dari klinik sambil dipapah oleh Yasmin.Kepalanya masih terasa berpusing-pusing. Sham turut keluar dari klinik tersebut. Dia hanya memerhati langkah Atikah yang perlahan.“Lain kali main kat tengah-tengah jalan, boleh langgar terus.”
Atikah terhenti dan berpaling. Kurang ajar! Dia ingat aku suka ke kena langgar? Tak pasal-pasal kena jahitsiku aku ni tau tak! “Kalau ada niat nak membunuh, kenapa hantar ke klinik?Hantar kat rumah mayat, kan senang!” Padan muka! Rasakan! Ingat aku tak berani melawan.Atikah menjeling tajam.“Masalahnya bernyawa lagi.Nak tempah keranda pun tak boleh.” Sham tak mahu mengalah. Walaupun kata-katanya lembut, tetapi masih terasa menikam jantung Atikah.
Yasmin sudah pening.Yang ini keras kepala.Yang itu tak mahu mengalah. Seeloknya hantukkan aje kepala mereka berdua!  “Er… Tak apalah, encik, kami balik dulu.Anyway,thanks… sudi hantar kawan saya ke klinik.” Yasmin cuba menjernihkan keadaan yang sudah kelihatan keruhnya. Kalau tak di sudahkan, mahu bercakar mereka di sini. “It’s okey. Nasihat kawan you tu sikit.Dah hantar ke klinik pun bukan nak ucapkan terima kasih.”Sham terus berpaling dan menuju ke keretanya.
Atikah menggetap bibir bawah.Dia memandang Sham yang berjalan lambat macam kura-kura itu.“Aku nak bunuh dia, Min!” ucap Atikah separuh menjerit.Sebal sungguh hatinya melihat sikap Sham yang berlagak itu. “Sabarlah, Atik… Mengalah aje. Kalau kau macam ni, dia macam tu, sampai bila nak habis kau orang ni?” Yasmin mula membebel.Mata Atikah masih memandang kereta BMW 5series yang baru sahaja berlalu pergi.Kemudian, dia mengerling Yasmin di sebelahnya.“Kenapakau nak sebelahkan dia pulak?”
“Bila masa pulak aku sebelahkan dia. Tak guna kau bertengkar dalam keadaan kau yang sakit macam ni. Lagi pun mamat tu dah pergi dah. Tak ada nak jumpa kau lagi,” Jawab Yasmin cuba untuk menyedapkan hati Atikah.  “Dahlah, jom kita balik. Nanti kau tapaukan ajelah makanan kat kedai Mak Cik Huda seberang jalan tu. Tak ada selera nak makan ABC dah,” rajuk Atikah.
…………………………..
Sham terasa malas mahu balik ke rumah keluarganya hari ini. Dia terus sahaja membelok keretanya masuk ke pekarangan kondominium miliknya.Kalau dari situ ke tempat kerjanya hanya memakan masa 15 minit.Tapi Sham tidak betah tinggal seorang diri. Dia beli pun sebagai aset sendiri dan kegunaan masa depan. Hisy! Mana boleh tinggal sorang-sorang! Fulltime kerja di ofis.Part-time kerja kacau Shazana.Teringat sahaja Shazana, Sham terus mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar Dockersnya.Beberapa ketika menunggu, talian yang didail disambungkan.
“Hoi, budak nakal!” Sham tersengih. “Ee…” Suara di hujung talian kedengaran manja.“Zana, bagi tau ratu cantik dunia dengan hero tak makan tua yang kita tak balik rumah.Lepak kondo,” ujar Sham sambil baring di sofa.“Okey!” Sham tersenyum mendengar suara riang Shazana. Setelah menamatkan perbualan dan menekan butang merah, Sham membiarkan telefon bimbitnya diatas karpet di ruang tamu.Tali leher dirungkaikan.Dia bangkit dari sofa dan mula membuka satu persatu butang baju kemejanya lalu dicampakkan ke dalam bakul.Matanya memandang kembali kearah bakul. Alamak! Dia mengambil baju kemeja berjalur-jalur yang dipakainya tadi yang sudah bertompok darah di lengan.Dia masuk ke bilik air dan mula merendam baju tersebut.
Atikah Athirah! Nama bukan main lagi.Perangai entah apa-apa. Perasan bagus! Wajah Sham keruh.Dia kembali ke sofa.Televisyen dibuka. Hebat juga Atikah ni. Berani bertentang mata dengan aku.Ah! siapa tak kenal Atikah kat Excellent College tu? Heh! Semua orang tabik spring konon kat dia! Sebut Atik, semua pakat kenal kat kolej tu! Sampai ke kolej aku pun nama dia jadi sebutan. Sebab apa? Sebab dia kapten team hoki perempuan. Sham memejamkan mata mengenang peristiwa dulu.
“Aduh!” Sham mengerak kesakitan. Mak oi… siapa yang hit kuat sangat ni. Dah la kena kaki aku yang patah dulu ni. “Shuk!Hang okey dak?” tutur Emer kerisauan.“Der, hang tengok aku ni okey ke? Siapa yang hit beb? Perit kau tahu tak?” soal Sham menahan sakit.“Kalau tak silap aku, Atikah punya kerja.” Jawab Azzim. Gila kau,kapten yang hentam rupanya.
Sham menangkap suara-suara yang bising dihadapannya. “Kau pergilah minta maaf Atik. Kau yang pergi aim mamat tu pasal apa?” Yasmin gelisah dengan pandangan yang dilemparkan orang sekelilingnya.“Aku pulak. Siapa suruh dia duduk depan gol. Kan dah padan muka.”
“Kau ni kan Atik…” Yasmin mendengus. Geram dengan perangai Atikah. Hisy! Atik kau patut bersyukur sebab aku baik nak pergi minta maaf. Ya Allah! Lembutkanlah hati Atikah Athirah… Doa Yasmin dalam hati. “Err… awak, saya nak minta maaf. Kawan saya tak sengaja.” Sham memanggung kepala. Lantak kaulah labu. Aku tak kisah, apa yang penting kaki aku ni. “Tak apa. Biasalah tu. By the way, kirim salam sayang kat Atikah Athirah!”
Sham membuka mata. Dia pasti yang bersama Atikah tadi Yasmin. Tapi yang lebih pasti kedua-dua gadis itu tidak cam akan dirinya. Sudah hampir empat tahun mereka tidak berjumpa.Lagipun, mereka tidak pernah bertegur sapa.
……………………………
Apa lah yang adik aku buat tu … monolog Aqif sendirian .“Tangan dah okey?”Aqif membelek lengan Atikah.Dia tersengih.Teringat pada malam selepas kejadian.“Abang cuci luka ni elok-elok tau!Tak pasal-pasal kakiku di bibirmunanti,” ugut Atikah sambil meluruskan telunjuknya kewajah Aqif.Aqif hanya tersengih sambil membuka balutan di siku kanan Atikah.Kerja-kerja membersih luka dijalankan.Aqif rasa seperti mahu sumbat telinganya dengan kapas.Atikah dari tadi menjerit tidak henti-henti.
“Bukan sakit pun, dik”
“Tak sakit kepala lutut abang!”
“Kepala lutut abang memang tak sakit.Dah siap!”Atikah membelek hasil balutan Aqif.“Woi, abang! Luka Atik kat siku aje! Apa kes balut sampai ke bahu ni?”Atikah betul-betul geram dengan tindakan Aqif. “Sikit punya baik abang nak cuci luka tu. Kalau pergi klinik, entah berapa puluh ringgit terbang.”Aqif menarik telinga adiknya.
……………………
Bunyi dentingan yang tergantung di pintu masuk butik menandakan ada pelanggan yang datang. Gila kau, Atik! Mamat sengal tu datang.Siap bawak perempuan lagi tu, girlfriend dia ke? Hisy! Pesal aku sibuk sangat ni? “Hmm.. boleh saya bantu?” Senyum Atikah… Senyum, hari ni dia pelanggan kau. “Saya nak tanya, butik ni ada buat pakej perkahwinan lengkap tak?” ujar Shazana tersenyum.” Nama saya Atikah, panggil Atik je.This is my best friend Yasmin,” Atikah menghulur tangan. Shazana menyambut mesra begitu juga Yasmin. “Shazana, just call me Zana.” Shazana tersengih menampakkan barisan giginya.
“Jadi Zana nak cari apa tadi?”soal Yasmin penuh minat.Dia perlu bermukadimah terlebih dahulu untuk memberi tunjuk ajar kepada Atikah. “Kalau bolehnak cari seorang yang boleh tolong uruskan majlis dari A sampai Z, tak nak susahkan family. Lagipun malas nak fikir-fikir dah.” Keluh Shazana. Yasmin dan Atikah saling berpandangan.“Kebetulan!”
Terangkat bahu Atikah apabila Yasmin menepuk kuat meja bulat itu.“This is ourwedding planner!” sambung Yasmin sambil menepuk perlahan bahu Atikah di sebelahnya.Atikah melihat wajah Shazana sudah berseri-seri.Dia menggosokkan kedua-dua belah tapak tangannya.“Really? Thank God! Kira jadilah Kak Atik jadi wedding planner Zana, ya?”Shazana kelihatan begitu teruja.Tangan Atikah diraih.
“Ee, nak buat konsep apa ni? soal Shazana manja sambil melentokkan kepalanya di bahu Sham yang duduk di sebelahnya.
Uwek! Geli aku tengok mamat ni. Nak bermanja pun janganlah dekat butik aku. Hisy! Yang kau nak marah ni kenapa Atik. Biarkan je.Majlis Shazana telah tamat dengan jayanya. Ibu Shazana, Puan Shabihah tidak habis-habis puji kecantikan gaun pengantin yang direka oleh Atikah. Ayahnya pula tidak habis-habis mengatakan ingin menyatukan dia dengan Sham. Baru Atik tahu… Sham bukannya suami Shazana, tapi abang dia. Muka memang tidak serupa sebab Sham anak hasil perkahwinan ayahnya bersama arwah ibunya yang berbangsa Cina.
Beberapa bulan selepas majlis perkahwinan Shazana…
“Tahniah Shuk. Kahwin juga kawan aku sorang ni, dengan budak kolej sebelah, yang paling best ex-captainhoki pulak tu.” Diorangni hafal teks yang sama ke? Dari tadi sama je ayatnya. Tak de ayat lain ke? Atikah Athirah naik muak mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut teman-teman suaminya, Mior Shamerul Shukri.
“Dik!Amboi, abang panggil langsung dia tak dengar.Mentang-mentanglah dah ada abang baru.Abang yang lama dia lupakan.” Rajuk Akmal Aqif. “Alolo… Abang buruklah merajuk macam tu. Nanti Yasmin lari baru tau.”Atikah memujuk.“Yelah. Kita ni siapa lah yang nak sayang, lain lah macam dia…” Sham di sebelah hanya tersengih mendengar gurauan manja isterinya. “Aqif sudah la tu. Jangan kacau pengantin baru tu.”Encik Azhan mengusik.“Hisy! Ayah ni pun samanya dengan abang. Tak nak kawan.”
Alahai manjanya isteri aku ni. Dulu waktu nak mengayat bukan main susah lagi. Terima kasih banyak la dekat abang Aqif dan ayah yang telah banyak membantu. Masa dekat butik dulu nyaris mulut aku nak kena jahit dengan minah sorang ni. Sebab terpanggil dia ‘Ika’. Haha… Rupa-rupanya alergik dengan nama tu.
25 tahun kemudian…
“Atok!Jauhnya termenung.Teringatkan nenek ya?” ujar Shafikah.“Ya Allah! Fikah..terkejut atok, sayang. Ya. Betullah tu. Kamu ni, sebijik macam perangai nenek kamu. Kasar.”Tutur Sham lembut.Sayangnya dia pada cucu tunggalnya ini tidak terkira. Dialah satu-satunya insan yang dia ada semenjak pemergian anak lelakinya, Mior Shahardi dan isterinya, Amiera serta isteri kesayangannya, Atikah Athirah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. “Ye ke tok? Tok… Fikah rindu kat ibu dan ayah Fikah.”Shafikah merengek.“Kalau macam tu, banyakkanlah berdoa.  Kalau Fikah nak tahu, ayah dan ibu sekarang ni tengah tunggu Fikah di sana. Buatlah amal banyak-banyak untuk disedekahkan untuk mereka.” Sham sedaya upaya memujuk cucunya.
“Baik tok. Atok jom masuk,sejuk lah malam ni.” Sham menurut. ‘Ya Allah, Kau peliharalah cucuku ini,sekiranya Engkau menjemputku’ Sham berdoa kehadrat Ilahi. Setiap yang hidup pasti mati! Itulah kata-kata yang sering menjadi pegangannya.Kini dia berazam untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada Shafikah Shuhaida.