SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 11 Februari 2014

BERAKHIR PERJUANGAN DI SMKASAS NAMUN BANTUAN SEDIA DIBERIKAN JIKA DIPERLUKAN

Tanggal 2 Januari 2014, telah mengubah segala-galanya kerana kehidupanku sebagai seorang guru di SMKASAS telah berakhir buat selama-lamanya. Kenangan selama 13 tahun di tempat insan kamil dilahirkan kini hanya tinggal nostalgia. Namun, keringat tertumpah di bumi pendidikan gemilang ini banyak memberikan pengalaman, menanam semangat juang, meningkatkan kesabaran, menajamkan kreativiti, mengenalkan saya erti kejayaan serta kegagalan dalam kehidupan sebagai seorang pendidik dan seterusnya membina kematangan dalam membantu saya melayari bahtera baru di organisasi yang agak berbeza tetapi masih menjurus fokus yang sama, iaitu pendidikan tetapi lebih kepada organisasi pendidikan daerah. Gelaran daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah telah berubah apabila perjawatan baru dengan gelaran baru iaitu jawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kurikulum Bahasa. ( Bersambung )