SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 23 Mac 2014

TERPALIT PERASAAN SEDIH MENGENANGKAN KEDUDUKAN SMKASAS BERADA PADA RANKING TERAKHIR ANTARA SMKA PERAK

         Coretan ini terukir apabila hati nurani ini tersentuh apabila secara rasminya keputusan SPM 2013 diumumkan pada peringkat daerah. Pada tahun ini, berita dan pengumuman keputusan peperiksaan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya  iaitu semenjak saya berada di bumi Pendidikan Gemilang, Bumi kelahiran Insan Kamil pada tahin 2002 sehingga 2013. Saya berkata demikian kerana, ketika keputusan secara rasminya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, saya berada dalam kalangan Pengetua Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah dan bukan sebagai seorang guru atau Panitia Bahasa Melayu SMKASAS tetapi sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Kurikulum Bahasa.
          Sungguh sedih hati ini apabila dimaklumkan SMKASAS buat pertama kali dalam sejarahnya, berada di bawah SMKA Kerian dan SMKA Slim River. Dimaklumkan juga oleh Timbalan Pendidikan Daerah, bahawa SARJANA, sekolah  di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak, juga telah mengatasi SMKASAS, dan kemungkinan SARJANA akan diiktiraf sebagai sekolah Ulum Albab dan akan dimasukkan ke dalam sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan sudah pasti pesaing SMKASAS akan bertambah, selain dengan SABK Medi, dan SABK Maahad Al Aziz yang sudah menghampiri SMKASAS. Selain itu, Timbalan Pegawai Pendidikan juga telah membuat ketetapan bahawa empat buah sekolah akan tersenarai sebagai antara sekolah yang akan terlibat dengan Dialog Prestasi dengan PPD, iaitu antaranya SMKASAS, SMDARY, SMK Sungai Ranggam, dan SMK Muzaffar Shah. Semoga dengan adanya Dialog Prestasi ini akan dapat membantu SMKASAS berada ke dalam landasan untuk memulihkan kedudukannya kembali ke puncak antara SMKA negeri Perak, malah terbaik dalam kalangan sekolah premier dan SBP Negeri Perak. Saya berharap dengan keputusan berkenaan akan dapat membantu pentadbiran dan guru-guru SMKASAS untuk menjenamakan semula SMKASAS sebagai salah sebuah sekolah yang terulung dan terbaik prestijnya di negeri Perak malah di peringkat kebangsaan. InsyaAllah.