BAHASA MERUJUK KEPADA SESUATU BANGSA. ORANG YANG SENTIASA BERUSAHA MEMPERKASAKAN BAHASA AKAN MEMPERKASAKAN BANGSANYA.
SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.
BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS
Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.
Jumaat, 28 Mei 2010
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMKASAS BERPINDAH KE SMA DATO" GHAZALI JAWI
Tahniah kepada Ustaz Ariffine b. Daud kerana beliau akan meneruskan kariernya sebagai seorang guru di SMA Dato' Ghazali Jawi, Grik , Perak. Justeru SMKASAS kehilangan seorang lagi pentadbir berpengalaman dan kini jawatan tersebut masih kosong dan sudah pasti warga SMKASAS ternanti-nanti calon yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, misi dan visi sekolah kluster perlu diteruskan ke arah melahirkan Insan Kamil yang Cemerlang dan Terbilang. Tahniah dan syabas kepada Ustaz Arifine dan sudah pasti pemergiannya ke sekolah baru merupakan suatu kehilangan bagi warga SMKASAS. Cuma kita perlu akur setiap yang pergi akan berganti. Setiap kali bah pantai akan berubah. Semoga SMKASAS akan terus sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Kluster Akademik. InsyaAllah beliau akan memulakan tugasnya di sekolah baru pada 1/6/2010 dan Majlis Perpisahannya telah diadakan pada pagi 27/5/2010 bersamaan hari Khamis. Terima kasih kepada Ustaz Ariffine dan ucapan syabas sekali lagi kerana akan bertugas sebagai Pengetua di sekolah baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan