Malam ini saya bertugas sebagai warden ASPURA , dan malam ini juga Ustaz Sidek Aliman sebagai Penolong Kanan HEM yang telah memulakan tugas pertamanya pada hari mengambil kesempatan bersama-sama pelajar bersembahyang Maghrib dan Isya' secara berjemaah. Ustaz Zaki juga hadir ke asrama dan ini sudah pasti regu yang kuat untuk memastikan asrama dalam keadaan terkawal.
InsyaAllah, esok pelajar-pelajar akan pulang ke rumah masing-masing untuk bersama-sama keluarga dan akan pulang semula ke asrama pada hari Ahad. Selamat bercuti. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Bainah b. Abdollah, mantan PK HEM dan Ustaz Zaki kerana telah berusaha untuk memberikan suasana kondusif kepada warden sehingga bilik warden sudah ada mesin basuh dan pendingin hawa. Semoga SMKASAS terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan