IKHLAS DARIPADA SAYA KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS, SAMA ADA YANG PERNAH MENJADI ANAK DIDIK SAYA ATAU TIDAK. SILA JALINKAN UKHWAH ANDA DAN SAYA MENGHARAPKAN ANDA BERUSAHA UNTUK MENGUJUDKAN DAN MEMPERKASA ALMUNI SMKASAS. JIKA ANDA SIAPA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MEREALISASI USAHA MURNI BERKENAAN. SILA UAR-UARKAN USAHA INI KERANA SAYA AMAT TERUJA UNTUK MELIHAT ANDA KEMBALI SEMULA KE SMKASAS UNTUK MEMBUKA SEMULA MEMORABILIA LAMA, DI SAMPING BERTEMU KEMBALI RAKAN-RAKAN LAMA DAN GURU-GURU YANG MUNGKIN MASIH ADA DI SINI SEMENJAK SMKASAS BERTAPAK DI MUKIM BOTA INI.
JIKA ANDA MENJEJAKKAN KAKI SEMULA KE INSTITUSI YANG SENTIASA MELAHIRKAN INSAN KAMIL DI BUMI ALLAH INI, ANTA DAN INTI MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PERUBAHAN YANG BERLAKU DI SINI. JANGAN BERTANGGUH DAN CUBA RANCANG PERTEMUAN ANDA DI SINI, KAMI WARGA SMKASAS MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANTA DAN INTI KE SINI. DEWAN AS-SHAFIE SIAP SEDIA UNTUK MEMBUKA SEJARAH BARU KE ARAH PROGRAM "SIRIH PULANG KE GANGGANG". NAMUN, WARGA SMKASAS SENTIASA BERBANGGA KEJAYAAN INSAN KAMIL YANG SUATU KETIKA DULU PERNAH BERADA DI INSTITUSI SMKA TERTUA DI NEGERI PERAK INI.
UNTUK MENJAYA DAN MEMANTAPKAN URUSAN ALUMNI SMKASAS ANTA DAN INTI BOLEH BERHUBUNG DENGAN AHMAD SHAHROHMAN BEKAS PELAJAR SMKASAS YANG KINI SEDANG MENUNTUT DI UNIVERSITI PETRONAS KERANA BELIAU SEDANG BERUSAHA MEMBINA DATA BASE MAKLUMAT BEKAS-BEKAS PELAJAR AGAR URUSAN DAN MAKLUMAT BEKAS PELAJAR DAPAT DIKEMASKINI SECARA SISTEMATIK. ANTA DAN INTI BOLEH MENAIP AHMAD SHAHROHMAN DI FACE BOOK UNTUK MEMBUKA FACE BOOK BELIAU DAN MEMBERI MAKLUMAT KEPADA BELIAU. SECARA LANGSUNG DATA TERSEBUT MEMUDAHKAN PENTADBIR SEKOLAH MENGESAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SETELAH 26 TAHUN INSTITUSI PENDIDIKAN INI BERTAPAK DI BUMI ALLAH INI. SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SHAHROHMAN KERANA SUDI UNTUK MEMBANTU MEMPERKASA ALUMNI SMKASAS. JIKA ANDA SAYANG SEKOLAH ANDA BERTINDAKLAH DARIPADA SEKARANG KERANA ANDALAH YANG AKAN MENENTUKAN USAHA UNTUK UNTUK MEREALISASIKAN PENUBUHAN ALUMNI SMKASAS. SEKIAN TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan