InsyaAllah, pada malam ini saya akan menyediakan data untuk persediaan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu esok, dan banyak data perlu disediakan ke arah post mortem prestasi pelajar terutama pelajar ting. 3 yang telah tamat peperiksaan percubaan. Dalam pada masa yang sama, peperiksaan Kertas Percubaan SPM sedang dalam proses dan bakal dibuat post mortem selepas ini. Justeru, esok setiap guru Bahasa Melayu diharapkan akan dapat melengkap data post mortem melibat borang post mortem Klinikal Mata Pelajaran, Borang HSR-PMR, Borang PM2-PMR, Borang PM2-SPM. Diharapkan dengan data yang lengkap setiap maklumat post mortem akan dapat menjelaskan kedudukan pelajar dan perancangan kecemerlangan pelajar dalam baki masa sebelum peperiksaan sebenar PMR pada bulan Oktober nanti.
Pada hari Isnin, 30 Ogos 2010 mesyuarat Kurikulum akan diadakan khas untuk merumus post mortem keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010. Setiap Ketua Panitia Mata Pelajaran akan membentangkan post mortem keputusan Peperiksaan Percubaan, justeru, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu esok banyak memberi impak kepada keputusan Peperiksaan Percubaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan