BAHASA MERUJUK KEPADA SESUATU BANGSA. ORANG YANG SENTIASA BERUSAHA MEMPERKASAKAN BAHASA AKAN MEMPERKASAKAN BANGSANYA.
KEPUTUSAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN TING. 3K. 3H DAN 5B SMKASAS
▼
Sabtu, 2 Oktober 2010
PROGRAM BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT 3 UNTUK PELAJAR PMR, SPM, DAN STPM
Pada hari ini diadakan program penyerahan slip peperiksaan Pelajar SPM dan STPM serta bacaan Yasin dan Solat Hajat. Jelasnya, program berkenaan diadakan kerana suasana peperiksaan semakin hampir, terutama pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan pada 5/10/2010. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi dengan ibu bapa pelajar SPM dan STPM mengambil slip peperiksaan daripada guru kelas masing-masing di Dewan Besar Asy Shafie dan Solat Hajat serta bacaan Yasin dilaksanakan di Masjid SMKASAS. Saya dan seluruh warga pendidik SMKASAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan pelajar. Jawablah soalan dengan cermat, teliti serta menggunakan segala kemahiran yang telah diajar, IsyaAllah kejayaan akan berpihak kepada anda. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan