BAHASA MERUJUK KEPADA SESUATU BANGSA. ORANG YANG SENTIASA BERUSAHA MEMPERKASAKAN BAHASA AKAN MEMPERKASAKAN BANGSANYA.
KEPUTUSAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN TING. 3K. 3H DAN 5B SMKASAS
▼
Ahad, 28 Ogos 2011
PERINGATAN KEPADA PELAJAR YANG BAKAL MENGHADAPI PMR DAN SPM 2011
Assalamualaikum, kepada pelajar ting. 3 dan 5 2011, ingat anda telah dibekalkan kerja rumah yang agak banyak dan anda perlu menggunakan masa dengan sebaik mungkin kerana cuti Hari Raya pada kali ini hanya 7 hari dan kerja yang anda terima mengikut subjek, yakni PMR 9 subjek dan SPM 11 subjek. Justeru, anda perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya kerana apabila pulang ke sekolah semula anda perlu menyerahkan kerja anda di pondok jaga dan pastikan kerja anda bermutu dan jangan buat seperti melepaskan batok ditangga dan kerja tersebut perlu TERBAIK dan bermutu sebagaimana anda menjawab soalan ketika peperiksaan sebenar. Untuk Bahasa Melayu, pelajar ting. 3S, 3H dan ting. 5B saya ingin melihat jawapan anda bermutu. Selamat Hari Raya dan menjawab latihan yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Ingat "Masa Itu Emas."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan