Alhamdulillan peperiksaan PMR 2011 telah berakhir. Apabila saya tanya beberapa orang pelajar, kertas bahasa Melayu Kertas 1 aras soalannya agak tinggi, dan kertas bahasa Melayu 2 rata-rata pelajar menyatakan soalannya mudah kerana kebanyakan soalan telah dibincangkan dan ada soalan yang keluar semasa peperiksaan percubaan Negeri Perak. Saya juga berasa gembira kerana dalam kekangan masa saya telah membuat penekanan terhadap kemahiran tatabahasa ketika Program Pecutan X-Plus PMR 2011 iaitu sehari sebelum peperiksaan PMR dan penjelasan saya menggunakan formula tatabahasa memang berkesan. Cuma pelajar yang tidak mengambil peluang untuk mendengar penerangan saya sewaktu program tersebut akan rugi, terutama pelajar yang berada di belakang Bilik Kluster. Namun saya segera membuat teguran kepada pelajar yang duduk di belakang agar serius mendengar penjelasan saya kerana masa yang tinggal cuma 1 jam 20 minit lebih kurang.
Ketika ini saya cuma mampu berdoa mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksan tersebut. Setelah saya baca dan analisis soalan kertas satu PMR 2011, memang saya setuju dengan kata-kata pelajar bahawa aras soalan kertas berkenaan memang tinggi tetapi pelajar yang menguasai kemahiran tatabahasa akan mendapat kelebihan menjawab soalan berkenaan. Semoga mereka berjaya mendapat kecemerlangan. Amin.
Peperiksaan PMR 2011 akan bersambung semula pada hari Isnin dengan mata pelajaran Matematik 1 dan 2, dan Kemahiran Hidup dan hari Selasa mata pelajaran Bahasa Arab. Justeru, dalam masa yang berbaki tiga hari ini pelajar akan menghadiri kem untuk mata pelajaran yang berlangsng pada minggu kedua. Semoga, program tiga hari yang dijalankan oleh guru mata pelajaran terbabit akan memberi kesan maksima kepada pelajar. InsyaAllah.

1 ulasan:
semoga semua calon mendapat keputusan yang cerlang dalam peperiksaan PMR...
Catat Ulasan