Assalamualaikum, kepada pelajar 3K dan 3S. Selamat bercuti dan untuk makluman saya ada memberikan kerja rumah untuk disiapkan iaitu menulis karangan umum iaitu pertama karangan fakta dan kedua karangan peribahasa berbentuk cereka. Justeru, pelajar boleh memilih atau merujuk sumber rujukan bebas, sama ada buku atau internet tetapi pastikan karangan anda salin cemerlang. Sekiranya pelajar ingin menulis sendiri karangan tersebut dibenarkan.
a) Karangan fakta ( Tajuk Bebas)
i) Pastikan pengenanalannya menarik ( Terpulang pengenalan jenis apa pun)
ii) Isi perlu dikembangkan menggunakan kaedah deduktif yakni, perlu ada ayat isi, ayat
huraian, ayat contoh, dan ayat penegas + frasa menarik.
iii) Penutup, perlu ada ayat cadangan dan ayat harapan. Sebaik-baiknya ayat cadangan perlu
lebih satu ayat.
iv) Pastikan karangan yang anda bina sifar kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, binaan ayat
perlu gramatis dan tanda baca digunakan pada tempatnya.
b) Karangan Peribahasa berbentuk cereka ( Tajuk Bebas)
i) Pastikan karangan anda salin cemerlang.
ii) Antara kriteria kecemerlangan karangan cereka berdasarkan peribahasa:-
a) Karangan bertepatan dengan maksud peribahasa.
b) Perkembangan plot menarik dengan pengenalan yang baik, perkembangan
mempunyai konflik dan susunan konflik perlu disusun menuju konflik cerita dan
ada peleraiannya.
c) Setiap plot cerita perlu ada teknik plot seperti menyelitkan teknik imbas kembali
( flashback), imbas muka, teknik dialog, monolog, atau monolog dalaman,
teknik pemerihalan.
d) Elakkan kesalahan ejaan, imbuhan, tanda baca tepat, dan binaan ayat mesti gramatis.
iii) Sekiranya anda ingin mengarang sendiri digalakkan.
Pastikan kerja anda siap dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan Pra Percubaan PMR 2012 pada hari Selasa hadapan (18/9/2012) dan selamat bercuti. Tolong ingatkan rakan-rakan anda yang lain.
Pastikan juga anda membuat ulangkaji terutama formula tatabahasa, dan saya akan sentiasa meneliti prestasi anda dari semasa ke semasa. Jika berlaku kesalahan kertas Bahasa Melayu 1 sila buat pembetulan dua kali setiap kesalahan. Harap maklum. Sekian.
Pastikan juga anda membuat ulangkaji terutama formula tatabahasa, dan saya akan sentiasa meneliti prestasi anda dari semasa ke semasa. Jika berlaku kesalahan kertas Bahasa Melayu 1 sila buat pembetulan dua kali setiap kesalahan. Harap maklum. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan