Pada hari ini, 18 September 2012, pelajar tingkatan tiga seramai 127 orang menghadapi peperiksaan Pra Percubaan PMR. Sebanyak tiga kertas akan dijawab oleh mereka pada hari ini, iaitu kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2, Kertas Sains Kertas 1 dan 2 serta kertas bahasa Inggeris. Peperiksaan Pra Percubaan PMR tersebut akan dijalankan selama tiga hari melibatkan sembilan mata pelajaran.
Diharapkan pelajar akan menjawab kertas tersebut dengan sebaik mungkin dan peperiksaan tersebut dijalankan untuk menyesuaikan pelajar dengan suasana peperiksaan sebenar PMR, di samping menjawab pelbagai soalan yang dipilih daripada soalan percubaan negeri-negeri lain. Selamat Menghadapi Peperiksaan Pra Percubaan 2012. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan