SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 22 Disember 2012

MESYUARAT GURU SEBAGAI PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2013

Pada 26, 27, dan 28 Disember 2012, akan diadakan mesyuarat guru sebagai persediaan menghadapi persekolahan 2013. Antaranya, mesyuarat tersebut melibatkan mesyuarat Pentadbiran, Mesyuarat Kokurikulum dan Mesyuarat Hal Ehwal Murid. Seperti biasa, antara intipati mesyuarat adalah untuk memutuskan pembahagian tugas guru melibatkan tugasan berkaitan hal ehwal pentadbiran, kokurikulum dan hal ehwal murid. Diharapkan sepanjang tiga hari bermesyuarat, beberapa keputusan akan dapat dicapai dalam merangka kerja yang sitematik sepanjang sesi persekolahan 2013, memperhalusi objektif  atau pencapaian akademik pelajar dan diharapkan perancangan setiap isu melibatkan peningkatan akademik, kokurulum, sahsiah pelajar pada tahun 2013 akan terus cemerlang. Semoga sesi 2013, SMKASAS akan terus menyinar Sementara, tugas setiap Panitia Mata Pelajaran amat penting dalam memastikan setiap kelemahan diperbaiki dan setiap kekuatan akan diperkuat, agar pelajar akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. InsyaAllah.

Tiada ulasan: