Slot menjawab kemahiran meringkas dan menjawab soalan pemahaman teks PMR di Dewan Besar As Shafie, SMKASAS. Pelajar lain dah balik, tetapi pelajar PMR dan
SPM pagi ini masih dengan kem dalam cuti. Malangnya Kem BM SPM tidak
terdapat dalam pekej. Namun, saya sempat ke sekolah membantu Cikgu
Sirajuddin memberi teknik untuk pelajar PMR khusus untuk fokus
ringkasan dan pemahaman teks. Seronok juga memberi teknik menjawab
berkenaan kerana dah lima bulan tidak mengajar ting. 3, justeru saya
mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kemahiran dengan pelajar. Sesi
kem BM PMR bermula sepatutnya pukul 8.00 pagi, tetapi hanya dapat
dijalankan pada pukul 8.30 pagi akibat masalah LCD. Saya berharap dengan
teknik berkenaan pelajar dapat memahami cara menjawab soalan ringkasan
dan pemahaman teks. Saya berharap, banyak lagi kemahiran yang boleh saya
curahkan kepada pelajar. Diharapkan, Cikgu Sirajuddin mengudang saya
lagi untuk teknik lain seperti menulis karangan dan tatabahasa. Bak kata
pepatah Melayu, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Lagipun, jika dibiarkan kemahiran mengajar PMR tersimpan lama, lama
kelamaan kemahiran tersebut akan hilang begitu sahaja. Saya
juga berharap pelajar puas hati dengan teknik menjawab BM yang
diadakakan di Dewan Besar As Shafie, SMKASAS yang berjalan hingga pukul
9.45 pagi. Terima kasih Cikgu Sirajuddin kerana memberikan saya slot
berkenaan.
Di bawah, sekitar gambar pelajar ting. 3 yang menghadiri slot BM pagi tadi dalam suasana ceria dan banyak pertanyaan yang ditujukan kepada saya dan saya bangga kerana mereka hauskan maklumat. Soalan yang dikemukakan amat bernas dalam erti kata untuk mengetahui lebih banyak teknik menjawab soalan ringkasan dan pemahaman teks. Bersama-samalah kita memartabatkan kecemerlangan SMKASAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan