Dua orang guru SMKASAS akan berpindah ke sekolah lain berkuatkuasa pada 1/6/2010. Mereka ialah Cikgu Dalia bt. Ibrahim dan Cikgu Hassan ( Kaunselor SMKASAS). Cikgu Dalia akan bertukar ke SMK Dato' Maharajalela, Kampung Gajah dan Cikgu Hassan akan bertukar ke SMK Sungai Ranggam. Kehilangan kedua-dua guru berkenaan amat dirasai terutama Panitia Bahasa Melayu kerana bilangan guru bahasa Melayu memang tidak mencukupi dan ini memerlukan rombakan jadual tenaga pengajar bahasa Melayu. Namun, sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dalia kerana sumbangan beliau terhadap Panitia bahasa Melayu dan juga membantu saya menguruskan Pasukan Bahas Ala Parimen bahasa Melayu SMKASAS. Selamat maju jaya kepada anda berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan