InsyaAllah, cuti semester pertama akan bermula esok dan esok juga pelajar SMKASAS akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun terakhir. Selamat bercuti kepada pelajar ting. 1, 2, 3 dan 4. Sementara, pelajar ting. 5, mereka akan menghadapi program sahsiah yang dianjurkan pihak sekolah dengan membabitkan pihak luar yang mengendalikan program tersebut. Semoga program tersebut akan mengubah personaliti anda menjadi insan kamil terbilang, kerana sahsiahlah yang akan menentukan kecemerlangan anda di dunia dan di akhirat.
Kepada pelajar ting. 3K dan 3H, saya telah membekalkan anda soalan peperiksaan sebenar PMR 2008. Sila jawab soalan berkenaan terutama, bahagian kertas 2 yang meliputi ringkasas, pemahaman teks, karangan berpandu, karangan umum dan komsas novel. Sila siapkan soalan berkenaan sepanjang cuti ini. Pastikan kerja anda mantap dan elak melakukan kerja ibarat melepaskan batuk di tangga. InsyaAllah segala kerja berkenaan akan saya semak sewaktu buka sekolah nanti. Selamat bercuti dan melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan