SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 20 Jun 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKASAS KALI KE 22 TAHUN 2012

Pada hari ini 20/6/2012, diadakan acara pra sukan untuk persediaan sukan sebenar pada hari Khamis 28/6/2012. Acara pra sukan akan berlangsung sehingga 25/6/2012. Seperti biasa acara sukan SMKASAS terbahagi kepada acara akhir sukan perempuan pada 26/6/2012 dan acara gemilang acara olaharaga SMKASAS akan berlangsung pada 28/6/2012 melibatkan acara akhir lelaki. Sudan pasti empat buah rumah akan berentap untuk menentukan rumah mana yang akan menggungguli Temasya Kejohanan Olahraga kali ke-22, iaitu rumah Merah ( Abu Ubaidah Al-Jarrah), Rumah Biru ( Thariq Ibnu Ziad), Rumah Hijau ( Sallehuddin Al-Ayubi) dan Rumah Kuning ( Hamzah Abdul Mutalib). Sama-sama kita tunggu pada 28/6/2012 rumah mana yang akan menggungguli kejohanan sukan pada tahun ini. Adakah Rumah Kuning yang telah beberapa kali menjuarai Temasya Olahraga SMKASAS? Paling ditunggu-tunggu ialah pertandingan Rumah Sukan Tercantik dan Maskod sukan terhebat 2012. SELAMAT BERSUKAN.