SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 7 Disember 2019

MASIH INGAT ANDA PADA SAYA LAGI. DAH LAMA SAYA TIDAK UPLOAD BAHAN DALAM BLOG INI

      Assalamualaikum. Saya sudah lama tidak mencatat apa-apa dalam blog ini. Semoga sesiapa yang membaca blog ini mendoakan saya sihat seperti biasa setelah 4 tahun mengalami kanser usus. Saya berulang alik ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Insya-Allah, pada 18/12 saya akan menjalani ctscan di Hospital Selayang kerana saya sukar untuk membuang air kecil, setelah menunaikan ibadah Haji bersama-sama isteri saya pada bulan Julai dan kembali semula ke tanah air pada 24/8/2019.
       Saya perasan, saya tidak makan ubat kecing manis mengikut jadual, kini saya meneruskan semula memakan ubat seperti biasa. Alhamdulillah masalah kerap kencing dan berkurangan setelah saya memakan ubat. Namun, saya akan ke Hospital Selayang menjalankan ctscan setelah saya mendapat rawatan akhir di Hospital Selayang pada 26/11/2019. Doakan saya sihat seperti biasa.
          Kini saya mengajar di SMK Seri Londang, berdekatan dengan rumah saya. Banyak pengalaman saya menjajar di SMKA Sultan Azlan Shah selama 12 tahun, setelah itu, saya telah ditempatkan bertugas di PPD Perak Tengah Selama 3 tahun, dan sekarang saya bertugas di SMK Seri Londang sebagau Guru Kanan Bahasa. Selama itu, saya telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2012, dan Allah telah memanjangkan umur saya, dan semasa berkihdmat di PPD Perak Tengah saya telah mengalami kanser usus dan telah dibedah dua kali. Kali pertama di Hospital Manjung, kali kedua di Hospital Selayang. Sebelum dibedah kali kedua, saya menjalani kemoterapi dan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur sebanyak 25 kali. Setelah di bedah kali kedua, saya terus sihat dan bertugas di SMK Seri Londang setelah saya memutuskan untuk berkhidmat di sekolah semula. Doakan saya terus sihat menjalani rawatan berkala di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Biarlah gambar berbicara..............





















     Doakan saya sihat menjalankan tugas sebagai guru dan berbakti kepada anak bangsa, Amiiin.