SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 28 Disember 2012

SMKASAS TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT NEGERI 2013

      Pada tahun ini hadapan, SMKASAS akan menjadi Tuan Rumah Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Perak. Justeru, , mampukan Pasukan Bola Baling SMKASAS untuk mengulangi semula kejayaan sebagai pasukan terkuat di peringkat daerah Perak Tengah seperti dahulu?. Jawapannya, ada pada pemain bola baling SMKASAS sendiri. Saya sebagai Guru Penasihat akan cuba untuk mengesan semula pemain senior dan menggilap pemain baru tahun depan dan diharapkan sokongan daripada pemain-pemain senior membantu untuk menguatkan semula pasukan bola baling SMKASAS. Berdasarkah takwim, kejohanan bola baling daerah Perak Tengah dijadualkan pada  10 hingga 13 April 2013. Sementara kejohanan peringkat negeri pada 2 hingga 6 Mei 2013. Justeru, pasukan Bola Baling SMKASAS perlu dibina seawal bulan Februari, dan selepas itu perlawanan persahabatan dengan sekolah jiran akan dirancang. Justeru, pelajar yang berminat untuk mewakili sekolah perlu memberikan nama kepada saya seminggu selepas sesi persekolahan 2013 dan kemudian akan diadakan pemilihan pemain. Kerjasasama pemain senior amat diharapkan terutama sekiranya mereka mengesan atau mendapati ada pemain berkaliber untuk diselitkan sebagai pasukan bola baling sekolah 2013. Apapun, saya akan memilih pemain berdasarkan kemahiran mereka dalam permainan ini. Harap maklum

Tiada ulasan: