SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 9 Februari 2013

BAHAN TAMBAHAN BAHAS ALA PARLIMEN DAN USUL PERBAHASAN




PANITIA BAHASA MELAYU DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAHASA MELAYU SMKA SULTAN AZLAN SHAH, 32600 BOTA, PERAK DARUL RIDZUAN.
 
KERTAS KONSEP
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1.0       PENGENALAN

Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Dalam situasi sebenar di Parlimen, pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada pihak Pembangkang pula akan mencadangkan pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Setelah perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya.

Perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model atau contoh. Bahas Ala Parlimen merujuk  bentuk perbahasan sesuatu usul              (cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan  seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Yang DiPertua Dewan  akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :

Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima
ATAU
Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak

2.0       OBJEKTIF
2.1       Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan.

2.2     Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan.

2.3     Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur.


3.0       NASIONAL
3.1       Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah menengah berkaitan dengan keterampilan diri.  Menyedari hakikat itu, usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi membina keterampilan diri murid sebagai seorang yang berani mengemuka dan mempertahankan pendapat tersebut.

3.2       Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif, kreatif, dan kritis.


4.0         NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas  Bahasa Melayu Ala Parlimen





5.0         FORMAT

5.1       Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang pembahas dari sekolah yang sama.

5.2       Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

5.3       Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat, dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

5.4       Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut :


KERAJAAN
PEMBANGKANG
MASA
1
Pertama
2
Pertama
8-10 minit
3
Kedua
4
Kedua
8-10 minit
5
Ketiga
6
Ketiga
8-10 minit

Ke empat dan Kelima

Keempat dan Kelima
1 minit
8
Ucapan Menggulung
Pertama/Kedua
7
Ucapan Menggulung
Pertama/Kedua
4 minit

5.5           Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan.  Tugas pembahas keempat dan kelima adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang sedang berhujah. Masa yang diperuntukan untuk celahan ini maksimum  satu minit sahaja dengan keizinan Yang DiPertua Dewan Rakyat 

5.6         Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan.  Pembahas boleh menerima dua izin laluan


5.7         Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.


6.0         KELAYAKAN

6.1         Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima, sekolah-sekolah menengah harian yang berumur tidak melebihi 18 tahun pada tahun pertandingan tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh.

6.2         Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan tersebut.

6.3         Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh pelajar yang sedang belajar di sekolah tersebut.


7.0         PENGHAKIMAN

7.1         Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau lima orang hakim.  Lima orang hakim diwajibkan di peringkat kebangsaan.

7.2         Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perbahasan bermula.

7.3         Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri.

7.4         Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan sekolahnya sendiri.

7.5         Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri) dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang.

7.6         Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

7.7         Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti.  Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan pembahas terbaik.

7.8         Keputusan panel hakim adalah muktamad.


8.0         TATACARA PERBAHASAN

8.1     Pengendalian Perbahasan

8.1.1         Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan.

8.1.2         Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan usul, pihak kerajaan dan pembangkang dan lawan masing-masing  sebelum pertandingan.

8.1.3         Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing selama 1 (satu) jam.

8.1.4         Hanya para pelajar  dalam pasukan itu  yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong  dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

8.1.5         Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik kuarantin.

8.1.6         Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya.

8.1.7         Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.






8.2     Peranan Yang Dipertua Dewan.

8.2.1         Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim, dan pembahas-pembahas.

8.2.2         Yang Dipertua Dewan tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan ataupun pembahas - pembahas yang sedang bertanding.

8.2.3         Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4         Yang Dipertua Dewan mempunyai kuasa untuk membenarkan  celahan oleh pembahas keempat dan kelima sepanjang sesi perbahasan. (Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat celahan sebanyak 2 (dua) kali sepanjang sesi perbahasan)

8.2.5         Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan pertandingan.



8.3     Peranan Penjaga Masa 

8.3.1         Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat minit untuk ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berhujah. 

8.3.2         Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit kedua dan akhir minit kelapan untuk menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan dan celahan. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

8.3.3         Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

8.3.4         Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.
8.4     Larangan

8.4.1         Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.4.2         Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.


8.5     Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 8-10 Minit

8.5.1         Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau penakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.2         Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3         Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

8.5.4         Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5         Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

8.5.6         Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.


Pembahas Pertama Pembangkang ( Ketua Pembangkang ) 8-10 Minit

8.5.7     Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut.Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka.

8.5.8        Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan).

8.5.9        Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.10     Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang.

8.5.11     Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang.

8.5.12     Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

8.5.13      Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.


Pembahas Kedua Kerajaan ( Menteri Kedua) 8-10 Minit

8.5.14      Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

8.5.15      Tugas kedua adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.16    Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.
8.5.17    Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

8.5.18    Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.


Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 8-10 Minit

8.5.19    Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.20    Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.21    Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.

8.5.22    Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

8.5.23    Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 8-10 Minit

8.5.24    Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

8.5.25    Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.26    Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

8.5.27    Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 8-10 Minit

8.5.28  Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.29  Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas  hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.30    Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas    hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.31    Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

8.5.32    Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.


8.6    PERANAN PENGGULUNG

Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)             4 Minit

8.6.1      Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2      Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.



Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua) - 4 Minit

8.6.3      Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas hujah/ usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut.
8.6.4      Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah dibentangkan.


9.0 IZIN LALUAN

9.1         Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan  dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk :

·         soalan;
·         kenyataan;
·         fakta;
·         ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas.

9.2         Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

9.3         Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

9.4         Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini.

9.4.1     Etika Izin Laluan.

9.4.2     Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ketiga dan minit kelapan hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelapan semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan.

9.4.3     Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

9.4.4     Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau  apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

9.4.5     Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah, dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

9.4.6     Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:

·         Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;
·         Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
·         Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.5         Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.5.1     Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.

9.5.2     Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan kehilangan markah isi dan strategi.

·         Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
·         Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai pembahas.

9.5.3     Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.

·         Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas tidak memberi peluang kepada pihak lawan.
·         Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi cabaran.

9.5.4     Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.


10.0      CELAHAN

10.1      Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima kedua-dua pihak.

10.2      Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja.

10.3      Masa celahan hanyalah satu minit sahaja.

10.4      Celahan mestilah dalam bentuk hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan, memberi penjelasan, membetulkan fakta dan bukan dalam bentuk soalan atau memohon penjelasan.

10.5      Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah, pasukan tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan

10.6      Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan.

10.7      Yang Dipertua Dewan berhak menangguh sementara celahan untuk memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan.

10.8      Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal 3 atau 4 orang peserta sahaja. Maka YB keempat terpaksa mengambil bahagian dalam celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal memainkan peranan tersebut markah keseluruhan pasukan hendaklah ditolak.

11.0      AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia









RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH


1.0           Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :

                                i.        ISI
                              ii.        STRATEGI
                             iii.        GAYA
                             iv.        BAHASA

1.1       ISI

           1.1.1         Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya penyampaian hujah. Hakim sewajarnya  menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.

 1.1.2          Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah.

1.1.3             Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah yang diberi.

1.1.4         Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah, dan hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan, pihak lawan tersebut telah melakukan kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu, bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkara-perkara yang lebih penting.

1.1.5         Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kepercayaan, prejudis atau pengetahuan sedia ada masing-masing.




1.2     STRATEGI

1.2.1     Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi   meliputi dua konsep:

i)     Struktur dan tempoh masa penghujahan .
ii)    Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2     Struktur

Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian, dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan.  Oleh itu, gaya penyampaian hujah merupakan salah satu komponen strategi.

1.2.3     Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek berkenaan dengan hal ini :

i)             Berhujah dalam had masa  yang dibenarkan.
ii)            Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan.

1.2.4     Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih penting. Secara umumnya adalah lebih baik jika pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu / hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula.

1.2.5     Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

1.2.6     Pemahaman tentang isu
Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan.  Membazir masa jika persoalan yang penting tidak dibidas. Pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi.

1.2.7     Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi. Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau bagaimanapun  pembahas itu akan mendapat  markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.


1.3     GAYA

1.3.1     Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan.

1.3.2     Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:
           
1.3.3             sebutan
1.3.4             bahasa gerak badan ( ‘body language’ )

Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza oleh pembahas.

1.3.3   Penggunaan nota dan  kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota.

1.3.4   Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya tutur dan kepantasan  penyampaian hujah dan markah hanya boleh dipotong jikalau gaya   perbahasan melampaui batas.
                                                   


1.4     BAHASA

1.4.1   Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
   
iii)   Gaya bahasa
iv)   Struktur ayat
v)    Tatabahasa

1.4.2   Hal ini juga termasuk:
           
i)     sebutan baku
ii)    kelancaran
iii)   nada
iv)   intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan bahawa    pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul.

1.4.3   Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi, sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian bahasa.


2.0       BIDASAN

2.1       Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh kerana itulah kehendak perbahasan.

2.2       Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan  hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas tidak perlu membidas setiap contoh.


3.0       PENGGULUNGAN

3.1       Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan pembahas tentang isu yang dibahaskan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.


4.0       IZIN LALUAN

4.1       Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang pembahas  menyampaikan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jika izin laluan itu diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang sedang diutarakan dalam perbahasan itu.

4.2       Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-masing.

4.3       Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima, tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi / menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah  dalam bahagian isi dan strategi.



5.0       CELAHAN


5.1       Celahan boleh dilakukan oleh pihak lawan (pembahas keempat dan kelima sahaja) sepanjang seseorang pembahas  menyampaikan hujahnya. Pembahas itu wajib menerima celahan  dan boleh  memberi penjelasan semula tentang isu yang dikemukakan. 

5.2       Pembahas keempat dan kelima hanya boleh mencelah ketika pembahas  sedang berhujah. 

5.3       Sekiranya pembahas keempat atau kelima tidak mencelah, akan menjejaskan markah kerjasama sepasukan.







                                                               











SISTEM PEMARKAHAN
BAHAS  BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1.0       HUJAHAN (JUMLAH = 110 MARKAH) – MASA – 8 MINIT
           
1.1         Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut:

(a) Isi                          =          30 markah
(b) Strategi                 =          30 markah
(c) Gaya                     =          20 markah
(d) Bahasa                =          20 markah
(e) Kerjasama          =           10 markah


GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)

NO
MUTU/TAHAP
ISI
(30)
STRATEGI
(30)
GAYA
(20)
BAHASA
(20)
KERJASAMA
(10)
JUMLAH
(110)
1
Cemerlang
26- 30
26 – 30
18 – 20
18 – 20
8-10
96 – 110
2
Sangat baik
21 – 25
21 – 25
15 -17
15 – 17
6-7
78 – 95
3
Baik
16 – 20
16 – 20
12 – 14
12 – 14
4-5
64 -77
4
Sederhana
11 – 15
11 – 15
9 – 11
9 -11
2-3
42 – 63
5
Lemah
6 – 10
6 – 10
6 – 8
6 – 8
0-1
24 – 41


1.2       PERTIMBANGAN PEMARKAHAN        
           
                        1.2.1   ISI

1.2.1.1   Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan berdasarkan:
-        ketetapan hujah
-        kemantapan hujah
1.2.1.2   Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan.
1.2.1.3   Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian hujah.
1.2.1.4   Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi.   Begitulah sebaliknya.
Contohnya :
        
USUL : Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di Malaysia
Hujah Pembangkang: Pekerja asing telah menimbulkan pelbagai masalah sosial.
·    Masalah jenayah    -  perogol bersiri
                                         -  pembunuh upahan
                                         -  rompakan
·   Mengganggu ketenteraman masyarakat
                                      -  ganggu gadis
              -  amalan dan tingkah  laku
·   Masalah setinggan
·   Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para
       remaja

1.2.1.5   Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas. Justeru, pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesilapan yang lebih serius berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana gagal mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu.

1.2.1.6 Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh.  Perkara-perkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas.

1.2.1.7 Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu bidang.

1.2.1.8   Mutu soalan/ jawapan izin laluan boleh mempengaruhi markah isi.

1.2.1.9    Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah/ isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah.

1.2.2   STRATEGI

1.2.2.1      Strategi meliputi dua konsep :
                  i.    struktur dan tempoh masa penghujahan.
                  ii.   pahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2.2      Struktur
                  Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas.  Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai panduan arah tuju pembahas.  Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan.

1.2.2.3      Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek:
                  i.    Berhujah dalam masa yang dibenarkan.
ii.   Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk aspek-aspek penghujahan.

1.2.2.4      Susunan isi perlu dititikberatkan.  Isi-isi yang penting perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting.

1.2.2.5      Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan hujah/ fakta.

1.2.2.6      Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah strategi.

1.2.2.7      Pemahaman tentang isu.
                  Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan.  Persoalan penting perlu dibidas.  Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi. 
                  Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi.

1.2.2.8      Penglibatan pembahas dalam memberi/ menerima izin laluan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi.

1.2.2.9      Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan isu. Bayangkan dalam satu situasi, seorang pembahas cuba membidas isu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah.  Walau bagaimanapun, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak lawan.

1.2.3   GAYA

                                1.2.3.1          Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:-

i.      daripada  segi sebutan – suara yang jelas.
ii.    bahasa gerak badan (body language)
-       dipelbagaikan
-       bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan.

                                1.2.3.2                Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu banyak bergantung pada nota atau membaca daripada nota.

                                1.2.3.3                Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan.

                                1.2.3.4                Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang berbeza oleh para pembahas.

                                1.2.3.5                Gaya yang berjaya menarik/ memikat hati penonton perlu diberi pertimbangan.

                                1.2.3.6                Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak keterlaluan atau melampaui batas.



1.2.4   BAHASA

1.2.4.1      Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:

i.    gaya bahasa
ii.   struktur ayat
iii.  tatabahasa

1.2.4.2      Aspek bahasa yang lain termasuklah:

i.    sebutan (baku)
ii.   kelancaran
iii.  nada
iv.  intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan.  Hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul.

1.2.4.3      Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa kiasan, peribahasa dan seumpamanya tepat mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi markah tinggi dalam bahagian bahasa.



2.0       UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT

            2.1       Markah diberi mengikut pembahagian berikut:

                        a.         Isi                    =          15 markah
                        b.         Strategi          =          15 markah
                        c.         Gaya               =          10 markah
                        d.         Bahasa          =          10 markah
                        --------------------------------------------------
                                    Jumlah                      50 markah
                        ==============================


2.2         Garis Panduan / Skala Pemberian Markah (Anggaran)

NO
MUTU/TAHAP
ISI
(15)
STRATEGI
(15)
GAYA
(10)
BAHASA
(10)
JUMLAH
(50)
1
Cemerlang
14 – 15
14 – 15
9 – 10
9 – 10
46 – 50
2
Sangat baik
12 – 13
12 – 13
7 – 8
7 – 8
38 – 42
3
Baik
10 – 11
10 -11
5 – 6
5 – 6
30 – 35
4
Sederhana
8 – 9
8 – 9
4
4
24 – 29
5
Lemah
6 -7
6 -7
3
3
18  –3


2.3       PERTIMBANGAN PEMARKAHAN

2.3.1   ISI

2.3.1.1      Isi dinilai daripada aspek:
i.    Kemampuan pembahas merumus dan  hujah pihak lawan.
ii.   Kemampuan pembahas menggulung dan menegaskan hujah pasukan.

2.3.1.2      Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah isi.

2.3.1.3      Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.



2.3.1     STRATEGI

                                                2.3.1.1        Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuan membidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi markah strategi.

                                                2.3.1.2        Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan penggulungan.

                                                2.3.1.3        Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak lawan.

                                                2.3.1.4        Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung perlu diambil kira oleh hakim.

***        Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian markah strategi semasa sesi penggulungan.



2.3.2   GAYA / BAHASA

2.3.2.1      Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian penghujahan.





 DI ATAS MERUPAKAN USUL UNTUK PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN 
PERINGKAT SEKOLAH 2013. JUSTERU, PARA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN BERKENAAN BOLEH MENCARI MAKLUMAT AWAL SEPANJANG CUTI HARI RAYA CINA UNTUK PERSEDIAAN MENGHADAPI PERTANDINGAN BERKENAAN.

Di bawah disertakan juga teks contoh untuk persediaan menghadapi pertandingan.

TEKS PERDANA MENTERI

v   SALAM

v   TERIMA KASIH YB. TUAN YANG DIPERTUA, RAKAN-RAKAN JEMAAH KABINET, YB. PIHAK PEMBANGKANG, SETERUSNYA AHLI-AHLI DEWAN YANG DIHORMATI.

v   DENGAN IZIN YANG DIPERTUA, DALAM PERSIDANGAN PADA HARI INI, PIHAK KERAJAAN MOHON MEMBENTANG SATU USUL YANG AMAT PENTING UNTUK DIBAHASKAN SETERUSNYA DILULUSKAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KEMAJUAN NEGARA KHASNYA DALAM MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL.

v   TUAN YANG DIPERTUA, AHLI-AHLI DEWAN SEKALIAN.

USUL PADA HARI INI BERBUNYI,

INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

v   TERLEBIH DAHULU, IZINKAN SAYA MEMBERIKAN DEFINISI DAN TAKRIFAN KONSEP USUL YANG AKAN KAMI BENTANGKAN AGAR YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN JELAS DAN MEMAHAMI SEPENUHNYA KONSEP USUL PIHAK KERAJAAN.

v   KAMI TAKRIFKAN

INSTITUSI PENDIDIKAN  SEBAGAI BADAN @ ORGANISASI YANG DITUBUHKAN UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA FORMAL BERMULA DARI PENDIDIKAN AWAL PRA SEKOLAH HINGGA PENDIDIKAN TINGGI , PERINGKAT TERTIARI.

PENENTU PULA BERMAKSUD YANG MENENTUKAN

MANAKALA INTEGRASI NASIONAL SEPERTI YANG DIDIFINISIKAN OLEH JK PILIHAN KHAS PARLIMEN MENGENAI PERPADUAN IALAH SATU PROSES  DINAMIK UNTUK MERAPATKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM, MASYARAKAT NEGERI-NEGERI DALAM MALAYSIA KHUSUSNYA NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG YANG MEMPUNYAI IDENTITI SENDIRI BERTERASKAN PERLEMBAGANA PERSEKUTUAN DAN RUKUN NEGARA.

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

v   UNTUK MENYOKONG USUL PADA HARI INI, KAMI PIHAK KERAJAAN TELAH MELETAKKAN SATU PREMIS YANG AMAT MUDAH IAITU

         PERPADUAN RAKYAT LAHIR MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN

v   RASIONALNYA IALAH

INSTITUSI PENDIDIKAN IALAH WAHANA YANG EFISIEN MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL


v   UNTUK MENGUKUHKAN PREMIS PIHAK KERAJAAN BAGI MENYOKONG USUL, KAMI TELAH MELETAKKAN 3 STRATEGI UTAMA IAITU, SAYA SELAKU PERDANA MENTERI AKAN MEMBENTANGKAN HUJAH PERTAMA IAITU

Ø  SISTEM PENDIDIKAN YANG SELARAS MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL




v   MANAKALA MENTERI KEDUA AKAN MEMBENTANG DUA HUJAH IAITU

Ø  KURIKULUM YANG SAMA MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

Ø  KOKURIKULUM YANG MANTAP MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

v   MENTERI KETIGA PULA, SAYA TELAH AMANAHKAN UNTUK MEMBIDAS DAN MEMBETULKAN KEPINCANGAN HUJAH PEMBANGKANG YANG CUBA MERAIH SIMPATI AHLI-AHLI DEWAN UNTUK MENOLAK USUL YANG AMAT PENTING INI, SETERUSNYA AKAN MENGUKUHKAN HUJAH-HUJAH PIHAK KERAJAAN.

v   DENGAN IZIN TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

v   SAYA MEMBENTANG HUJAH PERTAMA KERAJAAN IAITU

Ø  SISTEM PENDIDIKAN YANG SELARAS

v   PEMBENTUKAN INTEGRASI NASIONAL AMAT PENTING BAGI SEBUAH NEGARA YANG BERBILANG KAUM DAN AGAMA SEPERTI MALAYSIA. KEUPAYAAN MEMBINA INTEGRASI NASIONAL BERGANTUNG KEPADA PERKONGSIAN NILAI SERTA SEMANGAT PATRIOTISME YANG LAHIR MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN.

v   PENDIDIKAN NEGARA TELAH MENGALAMI EVOLUSI SEJAJAR DENGAN PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN NEGARA. EVOLUSI PENDIDIKAN INI TELAH MELALUI LIMA FASA IAITU ZAMAN PRAMERDEKA, ZAMAN PASCA MERDEKA, ZAMAN DEB, ZAMAN DPN DAN ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA.

v   SEBAIK MENCAPAI KEMERDEKAAN, USAHA DITUMPUKAN UNTUK MEWUJUDKAN SATU SISTEM PELAJARAN KEBANGSAAN. ORDINAN PELAJARAN 1957 DIGUBAL BERDASARKAN LAPORAN RAZAK 1956, YANG MEMGUTAMAKAN PERPADUAN DAN MENJADI TERAS DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN. LAPORAN RAZAK DIMANTAPKAN LAGI DENGAN LAPORAN RAHMAN TALIB UNTUK MENGUKUHKAN ASPEK INTEGRASI NASIONAL MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN.

v   SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KEMENTERIAN PELAJARAN TELAH MENGGARISKAN FPK YANG BERTUJUAN MENZAHIRKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENDIDKAN NEGARA. FALSAFAH INI DIJELASKAN LAGI DALAM MISI DAN VISI UNTUK MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG TAAT SETIA DAN BERSATU PADU.

v   OLEH ITU, SELURUH SITEM PENDIDIKAN NEGARA BERMULA DARI PERINGKAT ASAS PRASEKOLAH HINGGA PENDIDIKAN TINGGI BERMATLAMATKAN UNTUK MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL YANG MENJADI TUNJANG KEPADA KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN NEGARA MALAYSIA YANG UNIK.

v   MELALUI SISTEM PENDIDIKAN YANG SELARAS, SELURUH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA TELAH DISELARASKAN MELIPUTI LATIHAN PERGURUAN, KURIKULUM, KOKURIKULUM, PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SERTA PEMANTAUAN YANG SISTEMATIK MELIPUTI INSTITUSI PENDIDIKAN AWAM MAHUPUN SWASTA.

v   SEBAGAI CONTOH, RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP ) YANG DIGAGASKAN OLEH YAB PAK LAH PADA TAHUN 1986 KETIKA MENJADI MENTERI PELAJARAN TELAH DIMANTAPKAN.

v   RIMUP TELAH MENGGARISKAN BAHAWA SEKOLAH YANG MAJORITI  MURIDNYA TERDIRI DAIPADA SATU KAUM SAHAJA BERINTERAKSI DAN BERGAUL DENGAN MURID PELBAGAI KAUM DARI SEKOLAH LAIN. KOSEP PELAKSANAAN RIMUP TELAH DIPERKUKUHKAN DENGAN MENGGALAKKAN PENYERTAAN MASYARAKAT SETEMPAT, PENTADBIRAN SEKOLAH, GURU DAN MURID KEGIATAN KHAS SECARA BERSAMA, MELIPUTI TIGA KOMPONEN UTAMA IAITU AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SUKAN SERTA  E-INTEGRASI DAN AKAN DILAKSANAKAN MELALUI KEGIATAN DALAM ENAM BIDANG, IAITU :-

Ø  AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK
Ø  AKTIVITI KESUKANAN DAN PERMAINAN
Ø  AKTIVITI KOKURIKULUM
Ø  AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT
Ø  AKTIVITI PENINGKATAN PATRITISME
Ø  AKTIVITI VIRTUAL MELALUI E – INTEGRASI
Ø   
************************************************************************
v   BERDASARKAN HUJAH DAN FAKTA YANG SAYA BENTANGKAN TADI,

 JELAS BAHAWA SISTEM PENDIDIKAN YANG SELARAS TELAH MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

DAN SELARAS DENGAN PREMIS KAMI IAITU

PERPADUAN RAKYAT LAHIR MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN

MAKA USUL INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL
WAJAR DITERIMA SEBULAT SUARA


TEKS PENGGULUNGAN KERAJAAN

v   SALAM

v   TERIMA KASIH LAGI YB. TUAN YANG DIPERTUA, RAKAN-RAKAN JEMAAH KABINET, YANG BERHORMAT PIHAK PEMBANGKANG, SETERUSNYA AHLI-AHLI DEWAN YANG DIHORMATI.

v   BERTEMU SEKALI LAGI DI ARENA PENGGULUNGAN.

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.

v   USUL PADA HARI INI BERBUNYI,

INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

v   KAMI PIHAK KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT DAN MENJANA KEMAJUAN NEGARA TELAH MEMBERIKAN DEFINISI KONSEP USUL YANG AMAT MUDAH DIFAHAMI.

v   NAMUN, TELAH MENJADI PRINSIP PEMBANGKANG CUBA MENANGGUK DI AIR KERUH, PERKARA YANG MUDAH DAN BAIK TELAH DIPESONGKAN.

v   DARI AWAL PERDEBATAN PIHAK PEMBANGKANG TELAH CUBA MEMINDA DEFINISI PIHAK KERAJAAN, TETAPI PINDAAN DEFINISI MEREKA TIDAK KUKUH DAN MEREKA GAGAL MEMBERIKAN RASIONAL TERHADAP PINDAAN DEFINISI TERSEBUT.

v   PIHAK PEMBANGKANG JUGA TELAH MEMBERIKAN PREMIS YANG AMAT RAPUH DAN TIDAK RASIONAL.

v   UNTUK MENOLAK USUL PADA HARI INI, PIHAK PEMBANGKANG TELAH MEMABERIKAN 3 HUJAH, IAITU

1.      .................................................................................................................................

         2.  ..................................................................................................................................

3.....................................................................................................................................

v   NAMUN TUAN YANG DIPERTUA, KETIGA-TIGA HUJAH PIHAK PEMBANGKANG DAPAT SAYA SIMPULKAN BAHAWA HUJAH-HUJAH TERSEBUT AMAT TIDAK RELEVAN DENGAN PREMIS MEREKA UNTUK MENOLAK USUL.

v   KETIGA-TIGA HUJAH MEREKA, TELAH GAGAL MENUNJUKKAN BAHAWA

v   ...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

v   MEREKA HANYA .....................................................................................................

         .......................................................................................................................................

v   TERDAPAT JUGA PERCANGGAHAN HUJAH ANTARA ...................................

         .......................................................................................................................................

         .......................................................................................................................................

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.

v   DARI AWAL PERDEBATAN, SELAKU KERAJAAN YANG DIBERI MANDAT OLEH RAKYAT, KAMI TELAH MEMBUAT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN SEBELUM MEMBENTANGKAN USUL PADA HARI INI.

v   SAYA TELAH MEMBERIKAN DEFINISI YANG MANTAP DAN AMAT MUDAH DIFAHAMI.

v   UNTUK MENYOKONG USUL PADA HARI INI, KAMI TELAH TELAH MELETAKAKKAN SATU PREMIS YANG KUKUH IAITU

         PERPADUAN RAKYAT LAHIR MELALUI INSTITUSI PENDIDIKAN

v   RASIONALNYA IALAH

INSTITUSI PENDIDIKAN IALAH WAHANA YANG EFISIEN MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

v   BAGI MEMANTAPKAN LAGI USUL YANG DIBENTANGKAN, KAMI TELAH MENGEMUKAKAN TIGA HUJAH YANG DISOKONG OLEH FAKTA DAN BUKTI YANG KONKRIT. TIGA HUJAH YANG TELAH KAMI BENTANGKAN KAMI IALAH
Ø  SISTEM PENDIDIKAN YANG SELARAS MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL
Ø  KURIKULUM YANG SAMA MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

Ø  KOKURIKULUM YANG MANTAP MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL

v   OLEH ITU TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN, TIDAK ADA LAGI KERAGUAN, YANG GELAP DAH JADI TERANG, YANG BENGKOK TELAH LURUS.

v   AKHIRNYA, SAYA MENYERU KEPADA AHLI-AHLI DEWAN YANG BIJAKSANA, DEMI MEMBENTUK INTEGRASI NASIONAL DAN SETERUSNYA MEMACU NEGARA MENJADI NEGARA MAJU DAN BERSAING DI PERSADA GLOBAL

v   MARILAH BERSAMA-SAMA PIHAK KERAJAAN UNTUK MENYOKONG  DAN MENERIMA USUL PADA HARI INI IAITU

INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

        SEBULAT SUARA TANPA KOMPROMI.

v   SEKIAN, MOHON USUL DITERIMA.



TEKS KETUA PEMBANGKANG

v   SALAM

v   TERIMA KASIH YB. TUAN YANG DIPERTUA, RAKAN-RAKAN PIHAK PEMBANGKANG , JEMAAH KABINET,  SETERUSNYA AHLI-AHLI DEWAN YANG DIHORMATI.

v   SEBENTAR TADI, YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI TELAH MEMBENTANG SATU USUL IAITU…

 INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

v   NAMUN, SETELAH KAMI  KAJI, KAMI TELITI TERDAPAT KELEMAHAN DAN KETIDAK RELEVANAN USUL KERAJAAN PADA HARI INI.

v   DENGAN IZIN TUAN YANG DIPERTUA, KAMI MOHON MEMBANGKANG DAN MENOLAK USUL KERAJAAN.

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN
           
v   YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI SEBENTAR TADI TELAH MEMBERIKAN DEFINISI DAN TAKRIFAN USUL KITA PADA HARI INI.

v   KAMI MENERIMA  DENGAN PINDAAN DEFINISI USUL PIHAK KERAJAAN.

v   DEGAN IZIN TUAN YANG DIPERTUA, SAYA MOHON MEMINDA FRASA

         .....................................................................................................................................

         KAMI TAKRIFKAN FRASA ....................................................................................

         IALAH .................................................................................................................................

         ..............................................................................................................................................

         RASIONALNYA ................................................................................................................


v   OLEH ITU, SAYA MEMOHON AGAR AHLI-AHLI DEWAN MENERIMA PINDAAN DEFINISI PIHAK PEMBANGKANG.

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

v   BANGUN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI TELAH MEMBERIKAN SATU PREMIS YANG AMAT RAPUH IAITU

         .......................................................................................................................................

v   PREMIS YANG MEREKA KEMUKAKAN TIDAK RELEVAN DAN TIDAK RASIONAL DENGAN USUL YANG MEREKA SENDIRI BENTANGKAN.

v   SETERUSNYA, IZINKAN SAYA MEMBIDAS HUJAH YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI. SEBENTAR TADI  PERDANA MENTERI TELAH MEMBENTANGKAN SATU

        HUJAH  IAITU ............................................................................................................



v   BIDASAN SAYA AMAT MUDAH ...........................................................................

         .......................................................................................................................................

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

v   UNTUK MENOLAK USUL PADA HARI INI, PIHAK PEMBANGKANG TELAH MELETAKKAN SATU PREMIS YANG AMAT SIMPLISTIK IAITU

INTEGRASI NASIOANAL TIDAK DITENTUKAN OLEH INSTITUSI PENDIDIKAN

v   RASIONALNYA IALAH

TERDAPAT KEKANGAN DAN HALANGAN DALAM PELKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

v   UNTUK MENGUKUHKAN PREMIS PIHAK PEMBANGKANG BAGI MENOLAK USUL, KAMI TELAH MELETAKKAN 3 STRATEGI UTAMA IAITU, SAYA SELAKU KETUA PEMBANGKANG AKAN MEMBENTANGKAN  HUJAH PERTAMA IAITU

v   SISTEM PENDIDIKAN PELBAGAI ALIRAN


v   MANAKALA PEMBANGKANG KEDUA AKAN MEMBENTANG DUA HUJAH IAITU

v   SISTEM PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN
        
v   WUJUD JURANG PENDIDIKAN


v   PEMBANGKANG KETIGA PULA, SAYA TELAH AMANAHKAN UNTUK MEMBIDAS DAN MEMBETULKAN KEPINCANGAN HUJAH KERAJAAN YANG CUBA MERAIH SIMPATI AHLI-AHLI DEWAN UNTUK MENERIMA USUL YANG MEREKA BENTANGKAN. SETERUSNYA PEMBANGKANG KETIGA AKAN MENGUKUHKAN HUJAH-HUJAH PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENOLAK USUL PADA HARI INI.

v   DENGAN IZIN TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN

v   SAYA MEMBENTANG HUJAH PERTAMA PEMBANGKANG  IAITU

v   SISTEM PENDIDIKAN PELBAGAI ALIRAN

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA PADA ZAMAN PENJAJAHAN TELAH MEMPERKENALKAN SISTEM PENDIDIKAN VENAKULAR IAITU VENAKULAR MELAYU, VENAKULAR INGGERIS, VENAKULAR CINA DAN VENAKULAR TAMIL. KEADAAN INI WUJUD ATAS DASAR INGGERIS IAITU PECAH DAN PERINTAH. INGGERIS TIDAK MAHU WUJUD PERPADUAN RAKYAT KERANA TAKUT JIKA RAKYAT BERSATU DAN MENENTANG PENJAJAHAN.

NAMUN SETELAH KITA MERDEKA, TERDAPAT PELBAGAI AKTA DAN ORDINAN PENDIDIKAN. NAMUN HINGGA HARI INI, SETELAH 50 TAHUN, SISTEM PENDIDIKAN KITA MASIH LAGI TIMBUL PELBAGAI ISU DAN ALIRAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. MASALAH INI BERMULA DI PERINGKAT PRASEKOLAH HINGGA KE IPT.

SEBAGAI CONTOH, DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERDAPAT 4 KATEGORI PRASEKOLAH YANG DITUBUHKAN. PERTAMA KELOLAAN KEMENTERIAN PELAJARAN DAN AGENSI KERAJAAN, KEDUA TAJAAN PARTI POLITIK, KETIGA TAJAAN NGO DAN KEEMPAT KELOLAAN SWASTA.
STATISTIK OLEH KPM PADA TAHUN 2005.
3,287      =          KPM
8,307      =          KEMAS
1,500      =          JAB PERPADUAN
788         =          NGO
11,000    =          SWASTA

SEKOLAH RENDAH
5,761      =          SK
1,287      =          SJKC
525         =          SJKT

SELAIN ITU TERDAPAT 17 SEK RENDAH DAN 77 SEK MENENGAH SEBAGAI SEK AGAMA RAKYAT.

TERDAPAT SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH ANTARABANGSA. PADA TAHUN 1990 ( 125 BUAH ) MENINGKAT KEPADA 290 PADA TAHUN 2005.

SEMUA INI MENUNJUKKAN MASIH TERDAPAT PENGASINGAN DAN PENGELOMPOKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN KITA. BAGAIMANA KITA HENDAK MENGATAKAN INSTITUSI PENDIDKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL
v   BERDASARKAN HUJAH DAN FAKTA YANG SAYA BENTANGKAN TADI,
         JELAS BAHAWA
v   SISTEM PENDIDIKAN PELBAGAI ALIRAN MASIH WUJUD DI NEGARA KITA

 DAN SELARAS DENGAN PREMIS KAMI IAITU INTEGRASI NASIOANAL TIDAK DITENTUKAN OLEH INSTITUSI PENDIDIKAN

        MAKA USUL INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

        WAJAR DITOLAK SEBULAT SUARA.

TEKS PENGGULUNGAN PEMBANGKANG

v   SALAM

v   TERIMA KASIH SEKALI LAGI YANG BERHORMAT. TUAN YANG DIPERTUA, RAKAN-RAKAN PEMBANGKANG, YANG BERHORMAT JEMAAH KABINET, SETERUSNYA AHLI-AHLI DEWAN YANG DIHORMATI.

v   BERTEMU SEKALI LAGI DI ARENA PENGGULUNGAN.

v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.

v   USUL PADA HARI INI BERBUNYI,  INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

v   KAMI PIHAK PEMBANGKANG  YANG PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT TELAH MEMBERIKAN DEFINISI DAN PREMIS YANG PADU DAN JITU UNTUK MENOLAK USUL PIHAK KERAJAAN.

v   DARI AWAL PERDEBATAN PIHAK KERAJAAN MELAKUKAN BANYAK KESILAPAN YANG DILKUKAN SECARA INDIVIDU ATAU BERPASUKAN.

v   PIHAK KERAJAAN GAGAL MEMBERIKAN DEFINISI SECARA KONSEP YANG  MANTAP

v   PIHAK KERAJAAN JUGA TELAH MEMBERIKAN PREMIS YANG AMAT RAPUH DAN TIDAK RASIONAL.
v   UNTUK MENYOKONG  USUL PADA HARI INI, PIHAK KERAJAAN TELAH MEMABERIKAN 3 HUJAH, IAITU

1.      .................................................................................................................................

         2.  ..................................................................................................................................

3.....................................................................................................................................

v   NAMUN TUAN YANG DIPERTUA, KETIGA-TIGA HUJAH PIHAK KERAJAAN DAPAT SAYA SIMPULKAN BAHAWA HUJAH-HUJAH TERSEBUT AMAT TIDAK RELEVAN DENGAN PREMIS MEREKA UNTUK MENYOKONG  USUL.

v   KETIGA-TIGA HUJAH MEREKA, TELAH GAGAL MENUNJUKKAN BAHAWA  ..................................................................................................................

.......................................................................................................................................

v   MEREKA HANYA .....................................................................................................

         .......................................................................................................................................

v   TERDAPAT JUGA PERCANGGAHAN HUJAH ANTARA ...................................

         .......................................................................................................................................

         .......................................................................................................................................


v   TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.

v   DARI AWAL PERDEBATAN, SELAKU PEMBANGKANG YANG DIBERI BERWIBAWA , KAMI TELAH MEMBUAT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN TERHADAP  USUL PADA HARI INI.

v   SAYA TELAH MEMBERIKAN DEFINISI YANG MANTAP DAN AMAT MUDAH DIFAHAMI.

v   UNTUK MENYOKONG USUL PADA HARI INI, KAMI TELAH  MELETAKAKKAN SATU PREMIS YANG KUKUH IAITU

         INTEGRASI NASIOANAL TIDAK DITENTUKAN OLEH INSTITUSI
        PENDIDIKAN

v   RASIONALNYA IALAH TERDAPAT KEKANGAN DAN HALANGAN DALAM PELKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

v   BAGI MEMANTAPKAN LAGI PREMIS KAMI UNTUK MENOLAK USUL, KAMI TELAH MENGEMUKAKAN TIGA HUJAH YANG DISOKONG OLEH FAKTA DAN BUKTI YANG KONKRIT. TIGA HUJAH KAMI IALAH

1.      SISTEM PENDIDIKAN PELBAGAI ALIRAN

2.      SISTEM PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN
        
3.      WUJUD JURANG PENDIDIKAN

v   OLEH ITU TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN, TIDAK ADA LAGI KERAGUAN, YANG GELAP DAH JADI TERANG, YANG BENGKOK TELAH LURUS. USUL KERAJAAN AMAT TIDAK RELEVAN DAN TIDAK MEMBERI MANFAAT JIKA DILULUSKAN.

v   NAMPAKNYA KERAJAAN KITA PADA HARI INI, TIDAK MEMBUAT PERSEDIAAN YANG CUKUP SEBELUM MEMBENTANGKAN USUL. HUJAH-HUJAH YANG DIBENTANGKAN UMPAMA MENANAM TEBU DI BIBIR SAHAJA.

v   JANGANLAH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS TAPI PALSU YANG DILEMPARKAN OLEH MEREKA DALAM USAHA MENGABURI PEMIKIRAN AHLI DEWAN UNTUK MENERIMA USUL.

v   AKHIRNYA, SAYA MENYERU KEPADA AHLI-AHLI DEWAN MENGGUNAKAN BIJAKSANAAN DAN KEWARASAN UNTUK KITA MENOLAK USUL PADA HARI INI DEMI.

MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA YANG BERSATU PADU YANG MENJADI TERAS KEPADA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN NEGARA.

v   MARILAH BERSAMA-SAMA PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENOLAK USUL PADA HARI INI IAITU

v           INSTITUSI PENDIDIKAN PENENTU INTEGRASI NASIONAL

        SEBULAT SUARA TANPA KOMPROMI.

v   SEKIAN, MOHON USUL DITOLAK.



 Sekian, dan Selamat Bercuti Serta Membuat Persediaan Untuk Menghadapi Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Sekolah 2013.



Tiada ulasan: