SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 14 Julai 2013

PRORAM LATIH TUBI DAN PERGERAKAN PELAJAR MENGIKUT PRESTASI SEBELUM PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2013

      Merujuk perkara berkenaan, saya mendoakan agar program dua minggu sebelum Peperiksaan Percubaan PMR 2013 yang akan dilaksanakan pada minggu hadapan akan membuahkan hasil. Sebagai seorang guru, setiap perubahan yang dilakukan oleh pentadbir sekolah perlu diberi penekanan walaupun ada pro dan kontra dalam kalangan guru dan juga pelajar mengenai pelaksanaannya. Tegasnya, sisihkan masalah pendapat dan juruskan usaha merealisasikan objektif utama untuk mempertingkat dan menambah bilangan pelajar semua "A" dalam setiap mata pelajaran semasa Peperiksaan Percubaan Menengah Rendah. Oleh sebab itu, fokus utama saya dan Cikgu Sirajuddin adalah untuk merangka bahan untuk tujuan tersebut serta kaedah mengesan perkembangan pelajar terhadap bahan yang perlu diketengahkan untuk program tersebut. Di samping itu, tov, otr, ar dan etr, juga perlu dirujuk agar sasaran yang diharapkan akan tercapai. Sememangnya, bahan sudah ada dan paling utama langkah untuk melaksanakannya perlu efisien, sistematik dan berkualiti.
           Paling utama, selepas ini setiap program perlu dibincang bersama kerana adakalanya, program yang dijalankan secara add hoc boleh merencatkan program yang dirancang sebelumnya. Namun, sebagai guru, setiap usaha yang dilakukan perlulah jelas dan tidak menambahkan bebanan tugas dengan kepelbagaian borang tambahan sebagai pengesanan prestasi pelajar. Semoga usaha program jangka masa pendek ini akan menghasilkan lompatan saujana atau peningkatan prestasi kepada setiap mata pelajaran. Fokus utama saya adalah untuk memastikan Bahasa Melayu PMR meningkat. IsyaAllah. Usaha tangga kejayaan, bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.
            Di samping itu, para pelajar perlu meningkatkan usaha berlipat ganda dan pastikan sepanjang program berkenaan budaya untuk menghasilkan kerja berkualiti di utamakan. Guru sahaja berusaha tetapi tidak diikuti dengan usaha pelajar, kejayaan tidak akan dapat digapai. Semoga SMKASAS akan terus berada di puncak. Selepas sahaja keputusan Percubaan PMR, diharapkan langkah selepasnya perlu dibincang dan paling utama ialah hasil post mortem dan kelebihan dan kelemahan pelajar yang dikesan perlu disusuli dengan tindakan yang lebih pragmatik dan program terakhir sebelum PMR sebenar perlu dirangka secara perbincangan bersama antara pentadbir, panitia, ketua bidang, dan guru-guru sebagai pelaksana program. InsyaAllah dengan mesyuarah dan lontaran idea dari setiap warga pendidik dan pentadbiran satu resolusi ke arah usaha yang berkualiti akan membantu mesasarkan SMKASAS berada di puncak kegemilangan yang berterusan. insyaAllah. Kejayaan kita adalah kejayaan bersama dan kerja berpasukan merupakan kekuatan setiap organisasi.