SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Isnin, 27 Disember 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Tahniah kepada pelajar PMR 2010 kerana anda telah berjaya meningkatkan prestasi keputusan PMR terbaik SMKASAS kerana seramai 57 orang pelajar mendapat keputusan 9A dan 23 orang 8A. Tahniah juga kepada pelajar kerana berjaya meningkatkan keputusan bahasa Melayu. Keputusannya seramai 133 orang mendapat gred A dan 2 orang mendapat gred B. SMKASAS  masih sekolah agama terbaik negeri Perak dan berada di rangking ke-8 antara sekolah terbaik negeri Perak.

Selasa, 30 November 2010

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2010

KEPADA PELAJAR SPM DAN STPM 2010, SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN AWAM 2010 SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN KECEMERLANGAN. KEPADA ANAKANDA FITRI DAN FIRDAUS, AYAHANDA MENDOAKAN ANAKANDA DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM SPM 2010.

Rabu, 13 Oktober 2010

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2010

Esok akan diadakan Hari Anugerah Kokurikulum SMKASAS. Kepada pelajar yang telah berjaya dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2010 akan menenerima anugerah sijil penghargaan atas penglibatan mereka dalam aktiviti sama ada aktiviti sukan permainan, aktiviti pakaian seragam dan persatuan. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan dan paling penting kecemerlangan kokurikulum saja tanpa diikuti dengan kecemerlangan kurikulum tidak akan beerti kerana kedua bidang tersebut ibarat lagu dan irama, tanpa kecemerlangan kedua-dua komponen tersebut masa depan anda sebagai pelajar tidak akan sempurna. Justeru, kepada pelajar ting. 5 dan 6 yang akan menghadapi peperiksaan awam pada bulan November ini, gunakanlah masa tersisa dengan sebaik mungkin dan pastikan program flexi yang akan bermula pada minggu hadapan untuk persiapan menghadapi peperiksaan. Anda sahaja yang boleh menentukan kecemerlangan sebagai seorang pelajar SMKASAS yang Cemerlang, Terbilang dan Gemilang.

PELAJAR TING. 3 TELAH SELESAI MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR.

Selamat berjaya kepada pelajar PMR 2010, saya, warga pendidik dan Pentadbir  SMKASAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda semua. Kini anda akan mengikuti Program Selepas PMR, justeru gunakanlah masa yang ada dengan baik agar pengisian program memberi impak yang positif kepada diri anda. Hari ini, semua pelajar telah memulangkan semula buku teks dan pelajar yang kehilangan buku pastikan anda menggantikan buku-buku yang hilang untuk mengelakkan slip peperiksaan anda ditahan semasa keputusan diumumkan nanti.Begitu juga dengan bayaran PIBG, Wang bayaran makan asrama pastikan dijelaskan dengan segera.

Sabtu, 2 Oktober 2010

PROGRAM BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT 3 UNTUK PELAJAR PMR, SPM, DAN STPM

Pada hari ini diadakan program penyerahan slip peperiksaan Pelajar SPM dan STPM serta bacaan Yasin dan Solat Hajat. Jelasnya, program berkenaan diadakan kerana suasana peperiksaan semakin hampir, terutama pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan pada 5/10/2010. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi  dengan ibu bapa pelajar SPM dan STPM mengambil slip peperiksaan daripada guru kelas masing-masing  di Dewan Besar Asy Shafie dan Solat Hajat serta bacaan Yasin dilaksanakan di Masjid SMKASAS. Saya dan seluruh warga pendidik SMKASAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan pelajar. Jawablah soalan dengan cermat, teliti serta menggunakan segala kemahiran yang telah diajar, IsyaAllah kejayaan akan berpihak kepada anda. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

Rabu, 22 September 2010

SMKASAS MENJADI TUAN RUMAH MAHRAJAN (PERTANDINGAN MEMANAH KEBANGSAAN) 2010

Pada 22 hingga 23 September 2010, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak telah menjadi Tuan Rumah Pertandingan Memanah Antara SMKA seluruh negara. Kontijen memanah sekolah-sekolah SMKA seluruh negara mulai tiba ke tapak pertandingan di hadapan astaka SMKASAS untuk menyesuaikan suasana kawasan pertandingan. Kesemua peserta menginap di IKBN Seri Iskandar, Perak Tengah. Selamat datang kepada semua peserta memanah SMKA seluruh negara dan Semoga Maju Jaya kepada peserta memanah SMKASAS.

Jumaat, 10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Terima kasih atas setiap mesej anta dan inti dalam face book, saya memohon maaf sekiranya ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan semua kerana saya suka berseloroh semasa mengajar. Namun, saya faham ada hati -hati yang terguris dengan kata-kata mahupun perbuatan saya dan semua saya lakukan adalah untuk mengaktifkan P&P jika tidak sudah pasti P&P akan malap dan membosankan. Saya mendoakan anta dan inti berjaya menjadi insan kamil cemerlang, gemilang dan terbilang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan saya berdoa Hari Raya Tahun ini amat bermakna, insyaAllah.

Khamis, 9 September 2010

KEPUTUSAN KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2010

PELAJAR TING 5B BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 DI HALAMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI BAHAGIAN BAWAH BLOG INI. TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI, KERANA KEPUTUSAN PALING UTAMA ADALAH SEMASA PEPERIKSAAN SEBENAR. JUSTERU, APABILA SESI PERSEKOLAHAN DI BUKA SEMULA SELEPAS CUTI HARI RAYA SAYA AKAN CUBA MEMBUAT KOMENTAR, KEKUATAN DAN KELEMAHAN JAWAPAN KERTAS BM 1 DAN 2  PELAJAR. INSYAALLAH. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumaat, 3 September 2010

SEKOLAH MULAI BERCUTI HARI RAYA AIDIL FITRI

Rata-rata pelajar sudah mula membayangkan suasana berhari raya di kampung kerana cuma tinggal sehari lagi mereka berada di sekolah dan pada malam ini diadakan program penamat ramadhan. Sudah pasti program ini amat bermakna kepada mereka kerana pelajar yang terpilih akan menerima duit zakat dan  duit hari raya, sudah pasti mereka akan bergembira menyambut hari raya apabila pulang ke kampung esok. Namun, saya sendiri tidak dapat bersama dalam program berkenaan  kerana saya perlu menghadiri Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat di sekolah anak perempuan saya. Beliau  akan menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September ini.
       Kepada pelajar Ting. 3 dan 5, cuba kawal aktiviti sambutan hari raya pada tahun ini terutama pelajar ting.3 yang bakal menghadapi peperiksaan dua minggu selepas cuti hari raya kali ini. Pastikan kerja rumah anda diselesaikan mengikut jadual kerana setiap guru mata pelajaran telah membekalkan beberapa set soalan yang perlu dijawab sepanjang cuti. Ingat peperiksaan akan berlaku sekali dalam seumur hidup, justeru pastikan Sambutan Hari Raya pada tahun ini segembira anda menerima keputusan peperiksaan nanti. Begitu juga pelajar ting. 5, anda juga telah dibekalkan kertas soalan untuk dijawab. Jawablah soalan berkenaan dengan sehabis baik kerana jawapan anda perlu berkualiti sebagai gambaran jawapan yang akan anda jawap semasa peperiksaan nanti. Diharapkan, jawapan yang anda buat dapat disemak ketika berada di sekolah setelah bercuti. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh atau melepaskan batuk di tangga semasa menyiapkan latihan yang diberikan kerana sikap sebgini akan merugikan anda sendiri. Bukan tujuan guru untuk menghalang anda behari raya dengan membekalkan anda kerja semasa bercuti kali ini tetapi tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan anda alpa semasa berhari raya. Sudah pasti hadiah paling mengembirakan ibu bapa, guru-guru, pentadbir serta warga sekolah adalah kecemerlangan anda dalam peperiksaan. Sama-sama kita bergembira semasa menerima keputusan peperiksaan nanti. Saya berdoa anda akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam nanti. InsyaAllah.

Selasa, 31 Ogos 2010

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN DAN COUNTDOWN 12.00 MALAM 30/8/10 SMKASAS

Pada tahun ini Sambutan Ambang Kemerdekaan dan Countdown Kemerdekaan diadakan secara meriah di Dewan Besar SMKASAS. Terdapat suatu perkara yang diberi penekanan oleh Tuan Pengetua dalam ucapan perasmiaannya iaitu erti kemerdekaan yang sebenar ialah usaha para pelajar untuk menghancurkan segala penjajahan minda seperti mengelakkan tidur semasa belajar, mengelakkan malas belajar dan menjauhi perkara mungkar. Dalam ucapan beliau, antara pengertian sebenar kemerdekaan sebenarnya telah dipraktikkan oleh pelajar dalam ibadah puasa yang sudah masuk minggu ketiga, pelajar telah menjalani tadarus Al Quran, Qiamulail, Sembahyang Terawih dan pelajar sendiri menghadapi peperiksaan dalam bulan Ramadhan Al Mubarak justeru, bagi beliau Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini amat besar ertinya.
           Sepanjang Program Sambutan Ambang Kemerdekaan pada tahun ini pelbagai acara yang telah dijalankan dan perjalanan program dijayakan oleh Kaonselor dan juga Badan Pra Siswazah SMKASAS. Antara acara yang dijalankan ialah gimik perasmian dengan Tuan Pengetua diminta untuk menyempurnakan cap jari pada bendera yang dipenuhi dengan cap jari pelajar membentuk bendera Malaysia. Setelah acara perasmian diadakan tayangan media khas memaparkan acara sepanjang program bulan kemerdekaan dijalankan. Kemudian diadakan deklamasi sajak oleh peserta yang berjaya memenangi deklamasi sajak dalam bulan kemerdekaan, persembahan nasyid dan acara yang paling menarik ialah pertandingan deklamasi sajak antara guru yang mewakili Jabatan Bahasa yang diwakili  Cikgu Ahmad Sirajuddin b. Ahmad Tahir, Pn. Norhanan bt. Abdul Rahman mewaklili Jabatan  Pendidikan Islam, Encik Faizal B. Uyub Jabatan Sains, En. Faizul Akhyar mewakili Jabatan Kemanusian dan Pn. Rosna mewakili Pentadbiran sekolah. Pengadil pada malam itu ialah En. Mohd. Ramsul Abd. Rahiman dengan dibantu oleh dua orang pelajar Ting. 6 Rendah. Sememangnya kesemua peserta terlibat mendeklamasi sajak mereka dengan penuh patriotik dan diiringi dengan tepukan gemuruh dari pelajar, guru dan Tuan Pengetua. Keputusannya En. Faizal Uyub dinobatkan sebagai pendeklamasi sajak terbaik, diikuti dengan Cikgu Ahmad Sirajuddin b. Ahmad Tahir dan Pn. Norhanan b. Abd. Rahman tempat ketiga.
        Kesimpulannya, sepanjang Program Sambutan  Ambang Kemerdekaan pada tahun ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sesungguhnya Tuan Pengetua amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Sambutan Ambang  Kemerdekaan kerana berjaya menghidupkan suasana sambutan tambahan pula penggunaan Perkakasan Multimedia Nasyid Kluster memantapkan audio pada malam tersebut terutama semasa nyayian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program berkenaan sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Rabu, 25 Ogos 2010

MALAM INI KERJA BERTAMBAH DAN BANYAK DATA PERLU DISELESAIKAN KERANA SETIAP DATA YANG DISEDIAKAN PENTING UNTUK KECEMERLANGANGAN PELAJAR SMKASAS

InsyaAllah, pada malam ini saya akan menyediakan data untuk persediaan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu esok, dan banyak data perlu disediakan ke arah post mortem prestasi pelajar terutama pelajar ting. 3 yang telah tamat peperiksaan percubaan. Dalam pada masa yang sama, peperiksaan Kertas Percubaan SPM sedang dalam proses dan bakal dibuat post mortem selepas ini. Justeru, esok setiap guru Bahasa Melayu diharapkan akan dapat melengkap data post mortem melibat borang post mortem  Klinikal Mata Pelajaran, Borang HSR-PMR, Borang PM2-PMR, Borang PM2-SPM. Diharapkan dengan data yang lengkap setiap maklumat post mortem akan dapat menjelaskan kedudukan pelajar dan perancangan kecemerlangan pelajar dalam baki masa sebelum peperiksaan sebenar PMR pada bulan Oktober nanti.
      Pada hari Isnin, 30 Ogos 2010 mesyuarat Kurikulum akan diadakan khas untuk merumus post mortem keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010. Setiap Ketua Panitia Mata Pelajaran akan membentangkan post mortem keputusan Peperiksaan Percubaan, justeru, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu esok banyak memberi impak kepada keputusan Peperiksaan Percubaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan.

Khamis, 19 Ogos 2010

KEHILANGAN SEORANG RAKAN PENDIDIK

Pada pagi tadi saya dikejutkan satu berita iaitu kehilangan seorang rakan pendidik iaitu Alahyarham Cikgu Termizi. Beliau merupakan rakan sepasukan saya dalam permainan sepak takraw PSKPP era tahun 1980-an. Kehilangan beliau amat menyedihkan sungguhpun saya telah meninggalkan alam pendidikan sekolah rendah ,namun nostalgianya masih lagi menebal dalam memori. Allahyarham merupakan Guru Besar SK Besaut dan kehilangan beliau sangat besar bagi dunia pendidikan dalam umurnya setahun tua daripada saya. Semoga Allahyarham tergolong dalam golongan orang mukmin. Amin dan marilah kita menyedekahkan Umul Kitab Alfatihah kepada Allahyarham. Kepada Fadlin Sakina, harap bersabar kerana Allah amat menyanyangi ayahanda inti, cuma kita berdoa agar rohnya tergolong dalam golongan orang-orang beriman. Saya berdoa agar Fadlin dapat meneruskan pengajian dan mengotakan harapan ayahanda inti untuk melihat inti pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi insan kamil yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah.
                  Beginilah alam pendidikan zaman globalisasi, penuh dengan cabaran dengan kerenah pelajar, pentadbiran dan tugasan. Jika kita tidak pandai mengadaptasi tugasan dalam sesebuah organisasi akan ada pihak yang akan menghadapi masalah kerana sebuah organisasi boleh dianalogikan seperti sebatang pokok, setiap bahagian pokok berkenaan mempunyai peranannya sendiri, dan apabila setiap bahagian memainkan peranannya sudah pasti pokoknya akan subur dengan daunya hijau merendang menaupi bumi dengan suasana kesegaran dan proses fotosintisis memberikan ruang kepada mahkluk di muka bumi menikmati  gas oksigen. Jika bahagian akar saja berfungsi menyedut garam galian, air, dan mineral tetapi daun gagal melakukan proses fotisintisis pokok juga tidak boleh hidup subur, begitu juga sebaliknya jika akar tidak memainkan peranannya, daun juga tidak dapat berfungsi untuk menghasilkan makanan kepada pokok. Justeru, untuk melahirkan sebuah organisasi pendidikan yang kondusif, dan selesa kualiti dan kuantiti produk atau prestasi pelajar sahaja tidak akan seimbang jika tidak diikuti dengan kebajikan  tenaga pendidik kerana pendidik yang berada dalam kondisi yang tidak kondusif sudah pasti berada dalam zon tidak selesa dan memerlukan perhatian dengan adanya tindakan yang berbentuk keputusan secara berbincang dengan tindakan ibarat menarik rambut dalam tepung, biarlah rambut yang ditarik tidak putus dan tepung yang sedia ada tidak berterabur.Kita tidak mahu kehilangan aset yang berharga dalam membuat sebarang tindakan kerana sejarah sudah menunjukkan kegagalan sesebuah organisasi terjadi apabila sesuatu keputusan diambil tidak mengambil kira cara penyelesaian sesuatu masalah. Setiap masalah pula perlu diperhalusi kerana kesilapan yang dilakukan  dalam merungkai sesuatu masalah mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang lain.
          

Isnin, 16 Ogos 2010

PELAJAR TING. 5 ALIRAN SAINS SUDAH MULAI MENJALANI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

Saya berdoa semoga semua pelajar SPM aliran sains dapat menjawab soalan peperiksaan percubaan pada hari pertama siang tadi dan pelajar Ting. 5B akan menjalani peperiksaan buat pertama kalinya esok. Selamat Menghadapi Peperiksaan semoga anda berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan berkenaan.
       Pada malam ini saya amat teruja apabila bekas pelajar iaitu Mohamad Huzair b. Zakhal menjadi imam sembahyang Isya dan Sunat Terawih di Surau Al Furqan Batu 30 Titi Gantong. Beliau merupakan bekas pelajar di SK Seri Iskandar dan pernah belajar di SMKASAS pada tahun 2001 sebelum melanjutkan pelajar di Afrika Selatan dalam pengajian Al-Quran. InsyaAllah beliau akan  kembali ke Afrika pada 19.9.2010 untuk meneruskan pengajian tahun terakhirnya.. Tahniah diucapkan kerana lahirnya seorang lagi Insan Kamil.

Sabtu, 14 Ogos 2010

HARAPAN TUAN PENGETUA DAN CABARAN SERTA KESUNGGUHAN YANG PERLU ADA PADA PELAJAR DAN GURU.

Menyingkap kembali suasana resah pelajar ting. 3 sebelum menghadapi  peperiksaan percubaan PMR minggu lepas sudah terurai, tetapi kini impak daripada keputusan peperiksaan menjadi igauan bukan sahaja dirasai pelajar malah pentadbir dan warga pendidik yang terlibat dengan kelas peperiksaan. Sehingga kini, pelajar ting. 3H resah menunggu keputusan markah mereka sedangkan pelajar ting. 3K, 3S sudah boleh bertenang kerana keputusan mereka boleh dikatakan cemerlang apabila semua pelajar berkenaan mendapat gred A dalam peperiksaan berkenaan. Sehingga kini, saya masih lagi menyemak kertas jawapan pelajar ting. 3H. Setiap kali bertemu, pelajar 3H bertanya keputusan mereka. Untuk makluman pelajar, saya boleh mempercepat semakan tetapi impaknya jika saya berbuat demikian sudah pasti menjurus kepada kualiti semakan. Justeru, saya lebih suka menyemak dan mengesan kelemahan pelajar kerana pengesanan masalah pelajar membolehkan saya merangka program pemulihan dan menentukan kaedah yang perlu diambil setelah peperiksaan. 
        Perlu diingat, masa yang masih berbaki sebelum peperiksaan sebenar paling penting dan ketika ini latihan akan menjurus kepada pengukuhan kemahiran yang masih lemah, antaranya masalah utama yang dapat saya kesan kalangan pelajar ting. 3H ialah  kemahiran mereka memilih isi teks ringkasan, dan cara menjawab soalan pemahaman teks, masalah menulis karangan berpandu dan karangan umum, serta menjawab soalan komsas novel. Mereka kerap tersasar semasa menulis beberapa isi teks samada kerana kelemahan memilih perkataan yang sesuai atau meminda isi menyebabkan isi mereka tidak membawa maksud isi sebenar sehingga tersasar dari skema jawapan, begitu juga dari segi menjawab soalan pemahaman teks terutama soalan ketiga, mereka gagal menjawab soalan secara bercapah iaitu menjurus kepada kesan kepada pelajar, keluarga, institusi pendidikan, masyarakat, dan jawapan yang diberi hanya menjurus kepada pelajar sahaja dan jika ada jawapan yang ditulis tersasar terlampau jauh sehingga kepada perpaduan, dan ekonomi negara.
       Begitu juga karangan berpandu, terdapat segelintir pelajar gagal menggunakan stastitik yang terdapat dalam graf untuk memulakan penulisan sehingga karangan mereka terlampau umum dan hanya menyingkap peningkatan keputusan PMR sahaja semasa mengarang. Justeru, jawapan mereka seoalah-olah tidak berpandu kepada graf tetapi menjawab soalan karangan secara umum. Sungguhpun begitu kebanyakan pelajar berjaya menulis faktor-faktor menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah pelajar memperoleh gred A dalam PMR. Malangnya, ada segelintir pelajar masih gagal menulis frasa menarik dalam karangan mereka. Justeru, kesimpulannya pelajar gagal menjawab soalan yang berpandukan graf dan latihan yang menjurus kepada soalan ini akan dipertingkat dan dipelbagaikan. Sementera soalan berkaitan karangan umum ada pelajar yang masih gagal membina ayat yang gramatis, menyelitkan frasa menarik dalam karangan mereka sedangkan berkali-kali saya mengingatkan peri penting istilah dan frasa menarik dalam karangan mereka untuk menentukan karangan tersebut cemerlang. Pelajar seolah-olah tidak membuat semakan setelah mengarang. Jika mereka membaca semula karangan mereka sudah pasti mereka akan mengesan kesalahan ayat samada dari segi pemilihan perkataan, mahupun dari segi semantiknya ataupun dari segi makna atau maksud ayat yang tidak mengambarkan maksud sebenar yang hendak disampaikan.
            Akhir sekali, kebanyakan pelajar gagal membaca kehendak soalan komsas novel. Jawapan mereka kebanyakan menjurus kepada peristiwa sedih dan gembira watak utama berdasarkan satu novel sahaja sedangkan soalan meminta mereka menulis peristiwa sedih dan gembira watak utama novel Merdeka!Merdeka dan Kapten Hassan Wira Bangsa. InsyaAllah, apabila sesi persekolahan dibuka semula dan pelajar balik semula ke sekolah, saya akan cuba untuk membuat post mortem jawapan pelajar, tetapi malangnya kertas jawapan kelas 3K yang saya harapak dikumpulkan pada hari ini masih belum saya terima. Hali ini berlaku kerana pada pagi tadi saya tersilap membaca jadual dan terlepas pandang waktu kelas 3K dan sehingga habis kelas saya tidak dipanggil. Mungkin tidak rezeki saya untuk masuk ke kelas 3K hari ini kerana saya sibuk menyemak kertas 3H.
             Sementara pelajar Ting.5, minggu depan anda pula akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Saya berdoa agar anda dapat menjawab soalan peperiksaan berkenaan dengan sebaik-baiknya dan aplikasi semua kemahiran semasa menjawab soalan. Saya berdoa semoga anda sukses dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. InsyaAllah. Sesungguhnya, Tuan Pengetua, Guru-guru mendoakan semua pelajar ting. 3 dan 5 akan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, kepada pelajar dan guru terlibat, harapan dan amanat tersebut merupakan cabaran dan sama-sama kita berusaha untuk memastikan kecemerlangan berterusan terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan umumnya mata pelajaran yang lain. Saya telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Panitia Bahasa Melayu pada hari Khamis minggu depan untuk membincangkan post mortem keputusan Peperiksaan Percubaan PMR dan mengatur program dan latihan yang perlu untuk mengatasi format soalan peperiksaan yang masih belum dikuasai pelajar kerana melalui perbincangan bersama sudah pasti sebarang permasalahan akan dapat dirungkai. InysaAllah.

Jumaat, 13 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA DAN BALIK KAMPUNG KEPADA PELAJAR SMKASAS

Sebagai ingatan kepada pelajar ting. 3K dan 3H, sila selesaikan soalan PMR kertas 2007 bahagian ringkasan teks dan pemahaman serta soalan komsas novel. Selamat Berpuasa dan Isi Ruang Cuti Anda Dengan Menjalankan Tanggungjawab seorang Muslim dan seorang pelajar.

Isnin, 9 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia kepada semua warga SMKASAS, bekas-bekas pelajar, dan sesiapa sahaja yang mengenali saya. Semoga di bulan mulia ini kita sama-sama mengambil kesempatan menjalankan ibadat puasa dan amalan sunat yang dituntut agama dengan sempurna dan merebut limpahan rahmat Allah dan pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan. Di kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini jika saya ada melakukan kesalahan, baik dari segi gerak geri perbuatan, mahupun kesalahan tutur kata. Sudah tentu  saya sebagai insan yang lemah mempunyai kesalahan dan saya memohon kemaafan.
       Kepada Tuan Pengetua, Ustaz Arip b. Sa'aya, PK Pentadbiran, Pn. Bainah Ab. Dollah, PK Hem Ustaz Sidek Aliman dan juga PK Kokurikulum Tn. Syed Roslan b. Habib Baharom, saya mohon maaf sekiranya ada tulisan saya di dalam blog ini yang menyinggung perasaan kerana setiap tulisan saya adalah pendapat  dan saya faham bukan semua teguran saya itu semuanya tepat dan saya suka dikritik jika saya membuat kesilapan kerana saya mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak didik dan sekolah yang saya sayangi. InysaAllah saya sentiasa melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan saya. Kepada rakan guru saya juga memohon kemaafan dan begitu juga kepada anak didik dan bekas pelajar yang saya sayangi, cikgu mohon maaf jika ada teguran saya  menyinggung perasaan dan semua saya lakukan adalah untuk kejayaan anta dan inti semua. Sekali lagi, Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan Yang Mulia.

Sabtu, 7 Ogos 2010

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN UJIAN SELARAS 2 TING. 2

Minggu yang sibuk menyemak kertas Peperiksaan Percubaan PMR untuk ting. 3K dan 3H, sementara Ujian Selaras 2 saya perlu mememeriksa kertas Ujian Selaras ting. 2H. Buat masa ini, saya sudah menyemak kertas Objektif kertas 1 untuk kelas 3K dan 3H, sementara kertas 2 saya baru menyemak soalan Ringkasan, pemahaman teks, karangan berpandu dan baru mula menyemak kertas karangan umum dan beberapa soalan komsas novel. Sepanjang semakan saya terhadap kertas soalan ting. 3, rumusan yang boleh saya buat ialah berlaku peningkatan bilangan pelajar mendapat gred A bagi kertas soalan objektif kertas satu terutama pelajar ting. 3K sementara bilangan pelajar 3H mendapat gred A juga bertambah tetapi prestasi keseluruhan kelas terbut juga agak kurang memuaskan, namun saya masih belum dapat membuat post mortem terperinci kerana masih belum menyemak keseluruhan kertas jawapan pelajar. InsyaAllah mungkin dalam minggu ini saya mampu untuk menyelesaikan semakan. Namun, kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini, program formula tatabahasa yang saya dedahkan semasa kem ting. 3 baru-baru ini memberi impak yang positif kerana banyak pelajar yang boleh mendapat gred A dalam kertas 1 bahasa Melayu, begitu juga impaknya kepada pelajar ting. 3B berdasarkan perbualan saya dengan cikgu Sirajuddin. InsyaAllah selepas ini, saya akan cuba untuk merancang menjalankan kem kecemerlangan untuk kertas 2 PMR bersama guru-guru mata pelajaran ting. 3. Semakan kertas Ujian Selaras 2 Ting. 2H akan saya laksanakan setelah kertas peperiksaan Ting. 3 selesai saya semak. Saya berdoa, saya dapat menyemak kesemua kertas menengah bawah sebelum kertas Peperiksaan Percubaan SPM dijalankan pada 18/8/2010 kerana saya perlu menyemak kertas ting. 5B.
          InsyaAllah pada hari Rabu, jam 7.30 hingga 11.30 pagi, saya akan menjurus melaksanakan kem kecemerlangan Ting. 5, susulan kem tatabahasa sebelum ini. Antara fokus yang akan saya sampaikan adalah cara untuk memperoleh markah cemerlang dalam penulisan karangan berpandu dan umum SPM. Selain itu, saya akan memberi penekanan kepada pelajar peri pentingnya mereka memfokus untuk memperoleh markah cemerlang  kertas 1, hal ini kerana kertas ini memperuntukkan 130 markah dan baki markah diperuntukkan kertas bahasa Melayu 2, 110 markah. Tegasnya, kertas 1 paling banyak memperuntukkan markah dalam kertas Bahasa Melayu SPM. InsyaAllah saya akan memberi sepenuh komitmen untuk meningkatkan kecemerlangan anak didik saya dan saya juga mendoakan anak saya diberi komitmen yang sama dan itulah konsep memberi dan menerima yang saya harapkan selama ini. Sehingga kini saya berasa beryukur walau banyak mana kerja yang saya terima saya dapat laksanakan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan juga kesyukuran juga saya panjangkan kepada Allah Penguasa Alam yang memberi dan meminjamkan tenaga, akal fikiran dan cara menyelesaikan masalah untuk saya menjadi seorang guru kepada anak-anak didik saya. Alhamdulillah.

Khamis, 5 Ogos 2010

POST MORTEM PPT TING. 5 DAN KISAH SEORANG IBU

Pada pukul 2.10 petang, Tuan Pengetua dan Ketua Panitia Mata Pelajaran Ting. 5 bersidang buat kali kedua setelah persidangan pertama membincangkan post mortem PPT Ting. 3  yang dijalankan pada minggu lepas. Antara tujuan post mortem ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan markah TOV, ETR dan keputusan OTI dan ATR yang menjadi tumpuan dalam membicarakan prestasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam samada PMR mahupun SPM. Namun, fokus perbincangan pada hari ini menjurus kepada prestasi 20 pelajar berpotensi mendapat keputusan A penuh dalam peperiksaan SPM dan sedikit perbincangan mengenai program kepung atau gempur 100. Cuma dalam perbincangan, hari ini banyak masa difokuskan kepada pelajar yang berprestasi dan dalam masa yang sama pelajar yang dikepung kurang diberi perhatian samada keberkesanannya dan masalah yang dihadapi. Saya sendiri tidak terfikir untuk bertanya tentang keberkesanannya kerana pada masa yang sama saya terpaksa bersedia dengan data untuk menjawab sebarang soalan daripada Tuan Pengetua. Sedangkan jika diambil kira daripada masa dan tempoh program tersebut agak lama, kerana pelajar yang dikepung sudah tidak pulang ke rumah dalam tempoh sebulan dan seterusnya mereka hanya dapat menginjak kaki ke rumah masing-masing pada cuti Hari Raya. Sepatutnya agenda bertumpu kepada keberkesanan program berkenaan tetapi Tuan Pengetua lebih berminat membicarakan 20 orang pelajar berpotensi sahaja sedangkan perbincangan perlu menjurus kepada kualiti prestasi keseluruhan pelajar. Mungkin Tuan Pengetua ingin melihat prestasi mereka ketika keputusan Percubaan SPM  apabila diketahui  dan peperiksaan tersebut akan bermula pada 18/8/2010. InsyaAllah kita lihat perkembangannya nanti.
         Disamping itu, perbincangan juga berfokus kepada perebutan panitia mata pelajaran untuk mengambil ruang menjalankan aktiviti kecemerlangan terutama melibatkan mata pelajaran kritikal dan sebagai ketua panitia Bahasa Melayu saya juga mengambil kesempatan untuk meminta tuan pengetua memberi ruang untuk Panitia B. Melayu menjalankan akitiviti kecemerlangan, tambahan pula mata pelajaran bahasa Melayu diharapkan oleh Tuan Pengetua mengekalkan prestasi kesemua pelajar mencapai gred A+ dan A dalam peperiksaan SPM pada tahun ini dan saya berpendapat panitia Bahasa Melayu juga berhak untuk mendapat keistimewaan yang selama ini diberikan kepada panitia yang lain. Tambahan pula, saya telah ditegur oleh Tuan Pengetua ETR Panitia Bahasa Melayu perlu menjurus kepada keputusan terbaik SPM dan slalah satu rujukannya ialah berdasarkan keputusan SPM terbaik tahun sudah.Alhamdulillah, akhirya Tuan Pengetua bersetuju memberikan ruang kepada semua panitia untuk menjalankan program kecemerlangan masing-masing.Pada pandangan saya situasi ini amat baik dan membina kerana setiap panitia mengetahui tugasan dan  objektif yang perlu dicapai bedasarkan ETR yang disasarkan di awal tahun. Justeru, komitmen seperti ini perlu diteruskan agar pencapaian prestasi pelajar sekolah ini terus meningkat selaras dengan taraf sekolah kluster akademik yang diperoleh pada tahun lepas.
          Dalam masa yang sama, di hujung pembincangan saya telah dimaklumkan salah seorang pelajar telah disyakki mengalami simptom demam denggi dan kebetulan saya bertugas sebagai warden hari ini. Sebagai tindakan susuluan saya terpaksa membawa pelajar berkenaan ke Hospital Changkat Melintang setelah habis mesyuarat kira-kira pukul 4.50 petang.  Kebetulan pula, dalam taklimat berkenaan saya telah menyatakan bebanan kerja saya yang bertambah kerana bertugas sebagai guru mata pelajaran peperiksaan dua ting. 3 dan satu ting. 5 dan satu lagi untuk kelas ting. 2. Sebagai impaknya saya terpaksa berada di hospital sehingga pukul 6.40 petang. Saya lebih suka membicarakan masalah tersebut dalam mesyuarat untuk melepaskan stress, tambahan pula saya juga ketua panitia Bahasa Melayu dan saya berharap Tuan Pengetua mengetahui bebanan tugas saya tersebut. Jika perlu saya rela jawatan warden dilepaskan kepada orang lain dan setakat ini saya masih mampu bertahan. Sesampai di rumah jam menunjukkan pukul 7.20 petang dan pada pukul 7.50 saya menghantar anak saya ke kelas tuisyen kemudian saya mandi dan sembahyang Maghrib. Selepas itu, saya amat keletihan dan tertidur dan digerakkan isteri saya untuk mengambil anak saya di kelas tuisyen. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah kerana yang penting saya perlu merehatkan diri saya. Nasib saya baik, kerana Ustaz Zaki ada di hospital kerana menghantar baju pelajar ting. 6 bawah yang mengalami sakit perut dan ditahan di wad. Oleh sebab, pelajar lelaki yang saya bawa dibenarkan pulang Ustaz Zaki mencadangkan pelajar berkenaan pulang ke asrama mengikut beliau.
          Berbalik kepada  kisah seorang ibu, saya tertarik melihat reaksi seorang ibu yang  kebetulan membawa anaknya ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Beliau begitu tabah dan cekal kerana dalam keadaan terhinjut-hinjut memapah anaknya yang berdarah di bahagian muka dan kaki ke luar daripada kereta dan pemuda yang membawa anaknya pula seorang pemuda yang prihatin kerana sanggup menghantar mereka ke hospital walaupun tidak mempunyai kaitan persaudaraan. Kalau dilihat daripada situasi awalnya, saya berpendapat ibunya juga terlibat dalam kemalangan yang melibatkan lori dan motor di Changkat Cermin. "Makcik sakit kaki , entah mengapa makcik hilang sakit kaki tersebut kerana terkejut melihat anak makcik berada di bawah lori," katanya dalam keadaan menahan air mata daripada menitis ke pipinya.Katanya lagi," Makcik ingat anak makcik dah tiada kerana motosikal yang dinaikinya juga berada di bawah lori. Makcik dah tak peduli handpone dan beg duit makkcik tertinggal di tempat kejadian, yang paling penting  ialah nyawa anak makcik. " Begitulah kisah kehidupan yang saya lihat sendiri semasa saya menunggu keputusan doktor samada  pelajar yang saya bawa perlu dimasukkan ke dalam wad atau dibenarkan pulang ke asrama. Apa yang penting di sini adalah nilai tabah dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Diharapkan pelajar-pelajar perlu sedar betapa seorang ibu kasih dan sayang kepada anda. Oleh sebab itu tunaikan tanggungjawab anda belajar dan memenuhkan harapan ibu bapa untuk melihat anda berjaya samada di sekolah mahupun di IPT. Jadilah insan kamil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rabu, 4 Ogos 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN UJIAN SELARAS 2

         Hari ini pelajar-pelajar SMKASAS menghadapi  Peperilksaan Percubaan PMR untuk hari ketiga. Sementara pelajar  ting. 1,2,4, dan Ting. 6 Bawah mereka juga menghadapi Ujian Selaras 2 iaitu ujian yang menjurus kepada soalan berdasarkan format soalan yang terpilih. Justeru, terdapat perbezaan ketara antara kedua item soalan ketas berkenaan kerana bagi pelajar ting. 3, soalan peperiksaan yang dihadapi menjurus kepada format peperiksaan sebenar dan paling utama keputusan peperiksaan tersebut selalunya membayangi keputusan peperiksaan PMR.         
         Sementara Ujian Selaras 2 hanya sekadar menilai aspek kecil soalan berdasarkan soalan format sebenar. Walau bagaimanapun kedua-dua pengujian berkenaan penting, baik kepada pelajar mahupun guru mata pelajaran terlibat kerana kedua-duanya  menguji tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap kemahiran yang diajar. Oleh sebab itu,  pelajar-pelajar berkenaan diharapkan dapat menjawab soalan peperiksaan dan ujian berkenaan dengan teliti dan menjawabnya dengan sebaik-baik yang boleh. InysaAllah, Tuan Pengetua telah mengarahkan panitia  mata pelajaran  membuat post mortem setiap mata pelajaran berkenaan untuk melihat perbezaan keputusan setiap pelajar dan seterusnya melaksanakan langkah samada kaedah, strateji , dan pendekatan terakhir untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar berkenaan. Diharapkan usaha ini akan dapat meningkatkan prestasi keputusan pelajar dalam peperiksaan PMR 2010.
          Namun, kepada pelajar SPM 2010, nasib anda juga akan dinilai dua minggu lagi kerana pada 18//8//2010 anda akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM. Justeru, masa berbaki ini gunakan untuk membuat ulangkaji terutama untuk mengatasi kemahiran bagi mata pelajaran yang belum anda kuasai. Banyak bertanya kepada guru setiap kemahiran dan soalan yang anda belum kuasai kerana dengan cara ini anda dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Ujian Selaras 2.

Ahad, 1 Ogos 2010

TAHNIAH KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG BERJAYA DALAM KERJAYA ATAU PENGAJIAN DI IPT

Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS, ingat proses pembelajaran berlangsung sehingga ke akhir hayat. Justeru, pastikan anda menjurus ke arah pembelajaran berkualiti kerana hanya mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, berketrampilan, berpesonaliti mulia, beragama, dan kreatif sahaja yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun, ilmu tanpa amalan dan praktikal tidak mencukupi kerana masyarakat zaman sekarang kekeringan pemimpin yang mampu membimbing mereka ke arah  menghadapi cabaran hidup yang berliku serta penuh dengan ranjau dan duri Tanpa pemimpin yang berkualiti, kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan kegelapan Oleh sebab itu, pemimpin yang mempunyai iman, ilmu, dan  amal sahaja yang mampu memandu mereka ke arah jalan yang benar jalan yang diredhai. Siapa lagi insan itu, jika tidak insan kamil. Andalah orang yang sepatutnya memandu masyarakat terebut dan jika anda gagal menjalankan tanggungjawab tersebut sudah pasti institusi yang melahirkan anda sebagai insan kamil gagal  dalam merealisasi visi dan misimya kerana antara slogan yang diberi penekanan  semasa melahirkan insan kamil  cemerlang ialah Sentiasa Menerajui Kegemilangan Akhlak, Sahsaih, Akademik, dan Sosial.
         Jika anda tidak mampu memimpin masyarakat, pimpinlah diri anda, jika lebih luas, pimpinlah keluarga anda kerana merekalah yang paling hampir dengan anda. Agak malang, sekiranya insan kamil yang dihasilkan gagal memimpin dirinya sendiri dan impaknya nama SMKASAS sendiri akan tercemar kerana andalah yang menjadi lambang kejayaan institusi Pendidikan Agama Yang Tertua di negeri Perak Darul Ridzuan. Sesungguhnya, warga SMKASAS sentiasa berbangga melihat kejayaan anda di luar sana tetapi akan  berasa sayu dan sedih pabila insan yang diharapkan untuk menjadi pemimpin menerangi kegelapan orang lain gagal memainkan peranan dan tanggungjawabnya dalam masyarakat malah akan bertambah sedih jika mereka sendiri gagal memimpin diri mereka sendiri. Justeru, pastikan diri anda berada pada situasi yang sesuai dan bertepatan dengan kehadiran dan fungsi anda dalam masyaraka. Warga SMKASAS sangat berbangga jika anda berjaya meletakkan posisi anda sesuai dengan tempatnya dalam masyarakat setempat.

Sabtu, 31 Julai 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN UJIAN SELARAS 2

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2010 kepada pelajar Ting. 3 dan dikesempatan ini saya ingin menasihati pelajar supaya menggunakan ruang masa yang ada mengulangkaji pelajaran. Diharapkan pelajar mengaplikasi segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang tiga tahun berada di menengah bawah dan berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Saya juga berdoa anta dan inti berjaya mendapat keputusan yang terbaik kerana peperiksaan percubaan merupakan pengukuran kecemerlangan anta dan inti dalam peperiksaan PMR 2010. Sementara pelajar ting. 1, 2, dan 4, selamat menghadapi Ujian Selaras 2 dan saya juga mendoakan anda berjaya. Salam sayang saya kepada semua dan selamat berjaya menghadapi kedua-dua ujian tersebut.
          Sebelum menamatkan tulisan saya pada pagi ini, saya juga mengharapkan pelajar ting. 5 mengulangkaji pelajaran kerana tanda-tanda peperiksaan Percubaan dan SPM sebenar semaikin hampir kerana pelajar ting. 3 kini sedang mengira hari untuk menghadapi peperiksaan percubaan mereka dan anta dan inti akan menghadapi peperiksaan tersebut dalam dua minggu lagi. Ingat pesan pengetua, anta dan inti pelajar sekolah kluster dan buktikan kecemerlangan anta dan inti. Sekian, wassalam.

Ahad, 25 Julai 2010

MAJLIS MAKAN BERADAB ASRAMA ANJURAN BADAN PENGAWAS SMKASAS KALI KE-2 2010


Pn. Bainah dalam ucapannya, mengharapkan para pelajar SMKASAS cuba menghayati slogan SMKASAS iaitu Sentiasa Menerajui Kegemilangan Akhlak, Sahsiah, Akademik dan Sosial kerana slogan berkenaan sudah melengkapi untuk membentuk budaya pelajar sekolah kluster. Akhlak dipilih sebagai perkataan pertama dalam slogan tersebut kerana pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar akan menyeimbangkan pembentukan nilai murni lain iaitu nilai sahsiah, akademik dan sosial mereka. Tuan Pengetua sendiri amat mementingkan soal akhlah disamping mengharapkan akademik pelajar sentiasa cemerlang selaras dengan identiti SMKASAS sebagai sebuah sekolah kluster akademik. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada badan pengawas kerana berjaya mengadakan majlis  pada malam ini dengan lancar. Pihak pentadbir berusaha untuk mengumumkan nama-nama pengawas baru.
      Pada malam ini juga majlis diceriakan dengan rakaman liga bola asrama yang menjadi tarikan utama para hadirin. Kemudian, diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya menjadi johan, naibjohan, dan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian majlis penyampaikan kad ucapan sambutan hari lahir  kepada pelajar aspura dan aspuri  disempurnakan oleh Ustaz Sidik Aliman serta penyampaian cenderahati kepada bekas warden SMKASAS iaitu Cikgu Dalia bt. Ibrahim oleh Pn. Bainah Ab. Dollah. Majlis bersurai kira-kira pukul 10.00 malam.



Khamis, 22 Julai 2010

SALAM SAYANG KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS

IKHLAS DARIPADA SAYA KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS, SAMA ADA YANG PERNAH MENJADI ANAK DIDIK SAYA ATAU TIDAK. SILA JALINKAN UKHWAH ANDA DAN SAYA MENGHARAPKAN ANDA BERUSAHA UNTUK MENGUJUDKAN DAN MEMPERKASA ALMUNI SMKASAS. JIKA ANDA SIAPA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MEREALISASI USAHA MURNI BERKENAAN. SILA UAR-UARKAN USAHA INI KERANA SAYA AMAT TERUJA UNTUK MELIHAT ANDA KEMBALI SEMULA KE SMKASAS UNTUK MEMBUKA SEMULA MEMORABILIA LAMA, DI SAMPING BERTEMU KEMBALI RAKAN-RAKAN LAMA DAN GURU-GURU YANG MUNGKIN MASIH ADA DI SINI SEMENJAK SMKASAS BERTAPAK DI MUKIM BOTA INI.
          JIKA ANDA MENJEJAKKAN KAKI SEMULA KE INSTITUSI YANG SENTIASA MELAHIRKAN INSAN KAMIL DI BUMI ALLAH INI, ANTA DAN INTI MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PERUBAHAN YANG BERLAKU DI SINI. JANGAN BERTANGGUH DAN CUBA RANCANG PERTEMUAN ANDA DI SINI, KAMI WARGA SMKASAS MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANTA DAN INTI KE SINI. DEWAN AS-SHAFIE  SIAP SEDIA UNTUK MEMBUKA SEJARAH BARU KE ARAH PROGRAM "SIRIH PULANG KE GANGGANG". NAMUN, WARGA SMKASAS SENTIASA BERBANGGA KEJAYAAN INSAN KAMIL YANG SUATU KETIKA DULU PERNAH BERADA DI INSTITUSI SMKA TERTUA DI NEGERI PERAK INI. 
          UNTUK MENJAYA DAN MEMANTAPKAN URUSAN ALUMNI SMKASAS ANTA DAN INTI BOLEH BERHUBUNG DENGAN  AHMAD SHAHROHMAN BEKAS PELAJAR SMKASAS YANG KINI SEDANG MENUNTUT DI UNIVERSITI PETRONAS KERANA BELIAU SEDANG BERUSAHA MEMBINA DATA BASE MAKLUMAT BEKAS-BEKAS PELAJAR AGAR URUSAN DAN MAKLUMAT BEKAS PELAJAR DAPAT DIKEMASKINI SECARA SISTEMATIK. ANTA DAN INTI BOLEH MENAIP AHMAD SHAHROHMAN DI FACE BOOK UNTUK MEMBUKA FACE BOOK BELIAU DAN MEMBERI MAKLUMAT KEPADA BELIAU. SECARA LANGSUNG DATA TERSEBUT MEMUDAHKAN PENTADBIR SEKOLAH MENGESAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SETELAH 26 TAHUN INSTITUSI PENDIDIKAN INI BERTAPAK DI BUMI ALLAH INI. SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SHAHROHMAN KERANA SUDI UNTUK MEMBANTU MEMPERKASA ALUMNI SMKASAS. JIKA ANDA SAYANG SEKOLAH ANDA BERTINDAKLAH DARIPADA SEKARANG KERANA ANDALAH YANG AKAN MENENTUKAN USAHA UNTUK UNTUK MEREALISASIKAN PENUBUHAN ALUMNI SMKASAS. SEKIAN TERIMA KASIH.

PERISTIWA DAN PERISTIWA SMKASAS HARI INI

Peristiwa pertama pada hari ini, saya terbaca di dalam buletin SMKA Negeri Perak berkaitan dengan Anugerah Mata Pelajaran terbaik SPM 2010 antara sekolah-sekolah agama sama ada sekolah bantuan kerajaan dan SMKA yang terdapat di negeri Perak. Dalam buletin tersebut tercatat SMKASAS menduduki rangking  pertama anugerah mata pelajaran bahasa Melayu terbaik negeri Perak berdasarkan pencapaian 101 pelajar mendapat gred A+ dan 11 mendapat A dalam peperiksaan SPM 2009. Secara bermonolog, tahniah guru-guru SPM SMKASAS dan tahniah kepada bekas-bekas pelajar SPM 2009 kerana andalah yang telah memartabatkan kecemerlangan bahasa Melayu SPM tersebut. Secara langsung, semangat untuk terus memartabatkan bahasa Melayu terus membuak di hati saya, tambahan pula esok Kem Bahasa Melayu SPM 2010 akan diadakan di Dewan Besar As-Shafie dan saya akan terus untuk memberi sumbangan ke arah pencapaian cemerlang bahasa Melayu 2010 pula. InsyaAllah. Saya akan terus merancang untuk mengadakan lebih banyak kem susulan bersama guru di bawah Panitia Bahasa Melayu SMKASAS untuk membantu pelajar SPM 2010 yang menghadapi peperiksaan pada hujung tahun ini. Bak kata pepatah Melayu, ' bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.' Tahniah sekali lagi kepada guru-guru SPM SMKASAS dan juga kepada pelajar-pelajar SPM 2009.
          Kedua, kami digemparkan bahawa Sektor Pendidikan Islam akan membuat lawatan ke SMKASAS pada minggu hadapan dan bagi saya itu sudah menjadi lumrah dan tidaklah menjadi suatu perkara yang membimbangkan kerana Pantia Bahasa Melayu sudah biasa dengan lawatan-lawatan sedemikian kerana pada awal tahun ini, saya sendiri telah di pantau semasa proses pengajaran dan pembelajaran ting. 3H dan saya dapati laporan JPN mengenai pemantauan tersebut menunjukkan guru SMKASAS memang hebat dan itu adalah Anugerah Allah SWR untuk pelajar-pelajarnya, dan begitu juga fail panitia telah diperiksa dan saya sendiri telah berhadapan En. Saidi sebagai pemantauan dan beliau menyatakan rasa kagum setiap usaha dan perancangan yang telah dilakukan oleh Panitia Bahasa Melayu ke arah objektif untuk mencemerlangkan mata pelajaran ini. Justeru, saya sentiasa mengalu-alukan kehadirn setiap pemantau.
           Ketiga, saya telah dikejutkan dengan insiden semasa mengajar kelas Ting. 5B pada pagi tadi, apabila secara tidak sengaja saya tergesel laptop saya semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Akibat insiden tersebut, laptop saya tercapak dari meja dan jatuh ke lantai kelas. Cuma saya sempat berightifar melihat kejadian tersebut, dan saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi kerana kelalaian saya menyebabkan perkara tersebut berlaku. Dalam kepala saya terbayang satu kesimpulan habislah laptop saya. Pada masa yang sama saya terfikir inilah Qadha dan Qadar Allah saya menerimanya sebagai satu kententuan dan saya segera mengambil laptop saya kerana saya dapati, laptop saya tisak berfungsi lagi paparan di skren gelap. Oleh sebab, masa mengajar ketika itu dah sampai ke penghujung saya terus ke bilik guru, dan menanggalkan bateri dan terus memasang laptop semula secara terus ke plak dan terpacul pekataan alhamdulillah laptop saya masih berfungsi lagi. Mungkin Allah ingin saya meneruskan usaha mencemerlangkan pelajar saya.Pada masa ini saya sedang menggunakan laptop yang pada suatu masa tadi menggemparkan saya. Alhamdulillah sekali lagi atas kekuasaan-Mu.

Selasa, 20 Julai 2010

TUGASAN, TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH

Apabila membincangkan tugasan, tanggunjawab dan amanah, saya masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab berkenaan. Pada hari ini saja saya tertumpu kepada kerja rumah yang melambak, kadang-kadang saya bertanya kepada diri kenapa saya harus memberi kerja rumah kepada pelajar sedangkan balanya saya sendiri yang akan tanggung. Mana tidaknya, masuk kelas 3K, 3H, 5B, dan 2H, saya meminta pelajar mengeluarkan kerja rumah yang saya beri dan sebagaimana sebelumnya pelajar sudah faham dengan ketegasan saya bab kerja rumah yang diberi, 3K dan 3H, mereka saya suruh menjawab kertas BM 1 PMR 2005, dan juga ringkasan, sedangkan kerja surat kiriman tak rasmi saya belum semak lagi, itu belum saya semak secara 'sport check' buku latihan mereka. Namun, objektif saya, pelajar perlu membuat banyak latihan untuk menjawab pelbagai soalan. Cara untuk menyemaknya, tak lain tak bukan melalui semakan rakan sebaya tetapi saya perlu juga mengambil secara rawak beberapa buku karangan pelajar untuk memastikan semakan tersebut berkualiti. Begitu juga dengan kelas 5B, saya juga telah memberikan mereka soalan SPM kertas 1 tahun 2007. Sedangkan kertas 2 pula dalam proses semakan dan saya telah membuat scan secara rawak jawapan beberapa orang pelajar untuk disemak secara spontan bersama-sama sebagai contoh. Sebagai impaknya, saya minta pelajar untuk menjumlahkan markah rakan sebaya dan esok saya cuba mengumpulkan data setiap latihan yang diberikan. 
      Begitu juga kelas 2H, walaupun kelas ini bukan kelas peperiksaan, tetapi saya perlu memberi tumpuan kepada mereka kerana pada tahun hadapan mereka juga akan menghadapi peperiksaan.Sekali lagi, saya mengumpulkan kerja karangan mereka. Akibatnya, saya amat letih pada hari ini, bukan setakat letih kerana empat kelas saya masuk hari ini tetapi letih kerana melihat kerja rumah yang melambak, tambahan pula malam ini saya terpaksa bertugas sebagai warden. Alamatnya saya terpaksa bekerja di bilik guru sehingga ke pagi. Jika saya analogikan tugas saya sebagai seorang juruterbang, saya rasa kapal terbang yang saya pandu sudah pasti beberapa kali terhempas dan apabila terhempas semuapun tahu jika tidak meninggal ,cedera tetapi jika kita lihat daripada sejarahnya, setiap kemalangan melibatkan pengangkutan udara ini banyak kes melibatkan  kematian. Justeru, saya mati hidup semula rasanya. Apa nak buat sudah tanggungjawap, buat jugalah. Cuma saya berdoa semoga kesihatan saya terpelihara. Pabila saya timbulkan keluhan ini kepada Ustaz Arip semasa naik ke bilik guru selepas Isya' tadi saya ketawa, tetapi ketawa yang dibuat-buat sedangkan di dalam hati saya Tuhan saja yang maha tahu, jawabya secara berlawak tidak apa badan cikgu Ramsul tak kurus lagi bermakna saya masih mampu menanggung bebanannya. Esok pula saya akan bertugas untuk tuisyen kelas 5B dan lusa pula dengan kelas 3K serta hari Jumaat Kem Bahasa Ting. 5. Bagi saya selagi mampu saya akan gagahi tugasan saya ini.  Beginilah tugas saya sebagai seorang guru. Sekurang-kurangnya di dalam blog ini saya dapat mencurahkan bebanan kerja saya supaya dapat kita berkongsi bersama.
        Setakat ini saya sudah menolak dua pelawaan untuk memberi teknik menjawab soalan SPM, pertama dengan SMK Changkat Lada dan kedua, dengan SMK Teknik Seri Iskandar, bukan saya tidak sudi tetapi bebanan kerja saya yang banyak menyebabkan saya menolak pelawaan ini. Namun, sekolah yang awal menjemput saya seperti SMA Parit dan SMK Seri Iskandar saya terima jemputannya dan kedua-dua telah saya hadiri. Hakikatnya, kini saya lebih selesa untuk memberi teknik PMR dan SPM kepada sekolah saya kerana itulah tugasan utama saya. InsyaAllah jika saya bertenang saya akan membantu sekolah lain tetapi bukan masa terdekat ini.

Sabtu, 17 Julai 2010

KEPADA TETAMU BLOG, HARAP MAAF KERANA BLOG INI MENGALAMI PERUBAHAN REKABENTUK

SAYA MEMOHON MAAF KEPADA TETAMU BLOG INI KERANA DALAM DUA HARI INI SAYA BERUSAHA UNTUK MENCERIAKAN BLOG INI. JUSTERU, SUASANA INI MENGUJUDKAN SUASANA KURANG KONDUSIF KEPADA ANTA DAN INTI. HARAP MAAF. NAMUN, KEDATANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. ANGGAPLAH BLOG INI SEBAGAI PENGGANTI DIRI KERANA ADAKALANYA SAYA TIDAK DAPAT MEMBALAS MESEJ DAN CHAT  ANDA BUKAN SEBAB TIDAK SUDI TETAPI SAYA LEBIH MENGUTAMAKAN  TUGAS SAYA SEBAGAI GURU DAN SAYA TIDAK MAHU FACE BOOK MENGHALANG TUGASAN SAYA YANG SEMAKIN MENCABAR. DOAKAN KESIHATAN SAYA DAN KECEMERLANGAN ADIK-ADIK ANTA DAN INTI DI SMKASAS. WASALAM.

KEPADA PELAJAR SAYA, SILA SIAPKAN KERJA RUMAH ANDA

Kepada pelajar Ting. 3K, 3H, dan 5B, sila siapkan kerja rumah anda. Antara kerja yang telah saya berikan untuk pelajar 3K dan 3H ialah kertas soalan sebenar PMR Bahasa Melayu 2005. Anda dikehendaki menyiapkan soalan Kertas 1 PMR ( Objektif- Tatabahasa dan Komsas Antologi), Soalan Ringkasan Teks dan Pemahaman Teks. Sementara pelajar Ting. 5B soalan Sebenar SPM  2007, bahagian karangan berpandu dan soalan karangan bahagian karangan umum. Sekiranya anda tidak menyiapkan kerja yang diberikan anda sebenarnya telah menggagalkan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Jawapan soalan tersebut akan dikumpulkan pada hari Isnin untuk proses "scaning" bagi memudahkan perbincangan tentang jawapan atau membantu memudahkan proses semakan rakan sebaya.

PROGRAM LADAP DAN PROGRAM GEMPUR 100

Pada hari ini 17/7/2010, semua warga pendidik SMKASAS berkumpul di Makmal Komputer SMKASAS untuk menghadiri Kursus Dalaman bertajuk Penyelenggaraan Komputer dan Membina Blog. InsyaAllah En. Mohd Noor b. Hamzah Guru ICT sekolah akan memberi input mengenai perkara tersebut. Jamuan pagi disediakan oleh pentadbiran sekolah sementara makan tengah hari disediakan oleh guru-guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  2010 dan guru-guru yang menerima kenaikan pangkat DG 44. Semoga kusrsus ini akan memberi ilmu kepada para pendidik SMKASAS cara-cara menyelenggara komputer masing-masing dan memberi pengalaman baru cara untuk membina blog peribadi. Cuma dalam pada itu, rasa letih dan dan lesu perlu ditangani kerana boleh katakan dalam masa sebulan ini, setiap Sabtu ada saja program sekolah dan ditambah dengan bebanan tugas guru yang melambak. Namun, setiap guru perlu menerima hakikat tugas guru dalam era globalisasi penih dengan cabaran dan dugaan. Yang penting, kita perlu bekerja dalam suasana kondusif kerana ketika ini kita perlu bijak menangani stres dan tekanan kerja.
         Pada pagi ini juga, selepas Subuh, saya terpaksa berbincang dengan isteri bagaimana hendak menyelenggara anak-anak saya kerana bukan sahaja komputer perlu diselenggara malah keluarga, anak-anak dan masyarakat sekitar juga perlu diselenggara. Hal ini kerana pada pagi ini juga isteri saya terlibat dengan voucer tuisyen di sekolahnya. Keputusannya, saya akan menghantar anak ke rumah emak mertua yang balik ke Bota, dan itupun bukan kerana emak mertua saya menjaga anak saya tetapi anak saudara saya yang akan menjaganya kerana beliau sekarang sedang menunggu kerja setelah menamatkan pengajian perundangan di UIA. Sedangkan emak mertua saya akan ke rumah saudara atas urusan kenduri. Jika boleh saya juga ingin bercuti rehat tetapi berat rasanya untuk bertindak sebegitu rupa.
          Program kepung yang diuar-uarkan sudah diuabah nama supaya agak kondusif didengar dengan nama baru iaitu program gempur 100 bermula [ada hari ini juga. Setiap kumpulan telah dilantik fasilitatornya iaitu untuk tingkatan 3, fasililatornya murid dan tingkatan 5 fasilitatornya guru. Boleh dikatakan sambutan program ini agak baik kerana ada ibu bapa dan pelajar sendiri yang ingin anak dan mereka sendiri turut serta. Semoga program ini akan memberi impak kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam pada hujung tahun ini. Begitu juga Peperiksaan Percubaan yang tinggal beberapa hari lagi. Sama-samalah kita mendoakan anak didik tercinta berjaya mencapai keputusan cemerlang selaras SMKASAS Sebuah Sekolas Kluster Akademik. Sekali bah, sekali pantai berubah.
     

Khamis, 15 Julai 2010

CERAMAH IKRA' DAN MIKRAJ YANG MENGUJAKAN

Pada hari ini 15/7/2010, kira-kira pukul 11.00 pagi, semua warga SMKASAS berkumpul di Dewan Besar untuk mendengar ceramah daripada bekas pelajar SMKASAS Dr. Fahmi b. Mohd. Khair, beliau merupakan pelajar batch pertama yang sekarang menjadi tenaga bahasa Arab pengajar Kolej Komuniti Gerik. . Dalam catatan saya pada malam ini saya teruja atas beberapa sebab, pertama penceramah yang dijemput adalah bekas pelajar SMKASAS, kedua input yang diberi adalah input terkini dan menjelaskan betapa pentingnya kita mengambil iktibar daripada perjalanan Rasulullah sebelum, semasa dan selepas peristiwa besar tersebut dan ancaman golongan Yahudi terhadap Masjid Al Aqsa kini serta harapan dan doa penduduk Palestin terhadap saudara seIslam mereka yang berada di seluruh dunia.
      Sesungguhnya ceramah beliau menyentuh sanubari saya sebagai saudara seIslam dan bagaimana kita dapat mengurangkan bebanan kaum seIslam ini yang sedaya upaya menggunakan tenaga, nyawa, harta benda dan apa sahaja yang ada pada diri mereka untuk menyelamatkan Masjid Kedua Terpenting dalam sejarah Islam selepas Masjidil Haram daripada tektik kotor Yahudi untuk membuktikan Masjid tersebut di bina di atas kuil Solomon. Justeru, marilah kita berdoa agar masyarakat Palestin sentiasa dilindungi Allah daripada ancaman golongan Yahudi dan semoga Allah menyelamatkan Masjid Al Aqsa daripada penggalian terowong di bawahnya semenjak Juruselam ditawan kaum laknat ini. Cuma kita sebagai orang beriman sentiasa percaya Allah akan sentiasa menyelamatkan Masjid Suci ini. InsyaAllah. Namun, sebagai umat Islam kita juga bertanggungjawab menyelamatkan Islam di bumi sendiri kerana dotrin Yahudi sentiasa tersebar luas dan tidak mustahil sampai ke negara kita apabila adanya program licik Yahudi sudah menjadi ikutan sebilangan kecil masyarakat Melayu yang mengikut fahaman Freemanson. Menurut fahaman ini mempunyai objektif utama iaitu untuk membina semula kuil haykal solomon yang didakwa berada di bawah Masjid Al Aqsa merupakan kiblat kedua umat Islam selepas Masjidil Haram. Sama-samalah kita mengkaji dan mengenali tektik Yahudi dengan meluaskan pembacaan berkenaan usaha Yahudi menjatuhkan Islam, di samping menuntut ilmu keduniaan kerana kitalah menjadi benteng menegakkan kesyumulan Islam agama suci yang dikurniankan Allah swt.

Rabu, 14 Julai 2010

PC FAIR UITM 2010 DAN HARI-HARI YANG MENCERIAKAN DALAM KEHIDUPAN SAYA

Pada malam ini saya dan isteri mengujungi PC Fair yang diadakan di Dewan Seri Iskandar UITM dan berkesempatan membeli ekternal hard disk berkapasiti 500 GB dan beg sandang Laptop HP saya. Alhamdulillah saya dapat meningkatkan perisian komputer saya disamping membeli beg laptop saya yang sudah usang. Dan pada masa terdekat saya juga sudah membuat perjanjian dengan sahabat saya untuk membeli kereta Jenis Inova dengan platnya AFQ 54. Setinggi kesyukuran saya panjangkan kepada Allah Penguasa Alam kerana nikmat yang tidak terhingga dilimpahkan dan pada bulan Ogos ini saya akan menikmati gred Gaji DG 44 dan ini merangsang saya untuk bekerja dengan lebih keras lagi walaupun saya dibebani tugas yang berat dan inilah dugaan yang harus saya tempuhi. Alhamdulillah. Amin

Selasa, 13 Julai 2010

JABATAN BAHASA SMKASAS MENGALAMI PERUBAHAN BESAR

Pada hari Isnin, 12/7/2010, Jabatan Bahasa Melayu SMKASAS mengalami perubahan  agak besar apabila beberapa orang guru telah berpindah ke jabatan baru iaitu Jabatan Guru Ting. 6. Justeru, bilangan guru yang tingal di jabatan bahasa berkurangan dan megujudkan suana yang lebih kondusif di jabatan ini. Pn. Hazaliza bt. Mohd Fuad telah dilantik sebagai ketua bidang bahasa menggantikan Ustaz Sidek b. Aliman dan kami guru-guru jabatan bahasa menerima kehadiran ketua Jabatan baru dan sudah pasti sekali bah sekali pantai berubah. Sementara itu, guru daripada jabatan bahasa yang berpindah ke jabatan ting. 6 ialah Ustaz Rusdi, Ustaz Yazid dan Cikgu Anizan. Semoga SMKASAS terus berada di landasannya ke arah melahirkan lebih ramai Insan Kamil Terbilang.

Isnin, 12 Julai 2010

HARI TERBUKA ASRAMA PUTERI DAN PUTERA




Pada hari Sabtu, pada sebelah pagi diadakan hari terbuka asrama dan kesempatan ini digunakan oleh warga aspura dan aspuri untuk melawat dorm yang selama ini di larang untuk dikunjugi oleh pelajar berlainan jenis. Oleh sebab itu, sepanjang saya bertugas sebagai warden pada Jumaat dan Sabtu, terutama malam hari Jumaat pelajar lelaki sibuk mengemas dan menghiaskan dorm masing sehingga pukul 2.00 pagi dan saya menasihatkan mereka tidur kerana kekemasan dorm sepatutnya dijadikan budaya bukan aktiviti bermusim. Gambar Hari Terbuka Asrama pada 10/7/2010.
Pada selepas Sembahyang Isya Kumpulan Nasyid UNIC membuat persembahan di Dewan Besar SMKASAS Anjuran Badan Kesenian Kulster SMKASAS.
Sementara pada petang hari Ahad diadakan pertandingan bola sepak akhir anjuran Biro Sukan Asrama.

Khamis, 8 Julai 2010

Aku Sebagai Guru Bahasa- Adakah Aku Guru Bahasa Sebenarnya?

Setiap kali saya perlu meperkatakan bahasa, setiap kali saya merujuk kemahiran bahasa baik bersumberkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Buku-buku bahasa terbitan syarikat pengeluar buku berkaitan bahasa yang bersepahan di pasaran, dan tokoh-tokoh bahasa, kenapa saya sentiasa haus dengan ilmu bahasa sama ada kemahiran tatabahasa, kemahiran menghasil karangan kreatif, kemahiran komsas, sedangkan saya sendiri telah mengajar ilmu bahasa semenjak 22 tahun yang lalu. Barulah saya sedar, bahawa bahasa sentiasa berkembang meniti arus pembangunan negara. Maju bahasa, Maju Bangsa, dan Maju Negara. Namun, kenapa bahasa Melayu masih tidak berdiri kukuh di negara yang mengatakan bahasa Melayu bahasa Kebangsaannya? Sama-sama kita fikirkan. Jawapannya, orang Melayu sendiri  perlu memperkasakan bahasasanya sendiri sebelum bahasa Melayu menjadi bahasa pertama di negara sendiri.
          Pada malam ini, seperti biasa saya merujuk semula kemahiran berbahasa kerana esok saya akan menyampaikan ceramah untuk Kem Bahasa Melayu PMR. Sebagaimana saya perkatakan di atas, setiap kali saya ditugaskan untuk menyampaikan ilmu berbahasa, terutama berkaitan tatabahasa, setiap kali saya berasa diri saya amat kecil untuk memperkatakannya. Suasana ini saya hadapi sendiri apabila dalam dua hari ini saya berbincang dengan pelajar mengenai tatabahasa kerana hasil perbincangan dengan rakan-rakan tenaga pengajar, fokus utama kem bahasa yang dirancang esok menumpukan kemahiran tatabahasa, kenapa? Jawapannya boleh dilihat dalam penulisan saya semalam, dan tidak lain kerana pelajar kerap tertinggal apabila menjawab soalan berkaitan tatabahasa menjurus kepada kertas 1 Bahasa Melayu PMR. Mana tidaknya, sepanjang saya menjadi guru jarang pelajar dapat menjawab kertas ini dengan jawapan betul lebih 34/40 soalan yang ditanya kerana 30 soalan yang dikemukan dalam kertas ini adalah tentang kemahiran tatabahasa. Pada pagi tadi semasa saya berbincang dengan pelajar Ting. 3K, merupakan pelajar kelas berprestij di SMKASAS ,saya berkata kepada mereka bahawasa saya haus dengan soalan pelajar berkaitan bahan tatabahasa  yang akan dibicarakan dalam kem bahasa. Walaupun tanpa saya sedari kami telah berbincang tentang kertas berkenaan selama  dua hari dan berbaki esok sebagai hari terakhir sebelum perbincangan tatabahasa berlangsung pada pukul 3.00 petang di dewan makan asrama. Saya  berterus terang kepada mereka bahawa setiap soalan yang dikemukan akan membantu saya untuk mendapatkan gambaran soalan yang bakal ditanya pelajar dalam kem berkenaan esok.Memang betul, apabila mereka bertanya soalan yang dikemukan memantapkan persediaan saya untuk menyampaikan ceramah esok. Tanpa bertangguh, saya segera mencatat sesuatu untuk saya masukkan ke dalam bahan powerpoint bagi memantapkan bahan ceramah saya. Oleh sebab itu, saya berbangga kerana setiap kali saya berceramah tetntang tatabahasa saya semakin haus dengan penemuan-penemuan yang baru berkaitan tatabahasa sesuai dengan peribahasa Melayu , ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Maksudnya jika kita sentiasa menunduk diri berkaitan kemahiran berbahasa kita bukan hilang kemahiran berbahasa malah akan membantu mengayakan kemahiran berkenaan apabila berada dalam kalangan pelajar.
            Selepas ini, saya akan melengkapkan bahan powerpoint yang saya ada walaupun bahan berkenaan sebenarnya sudah siap dalam bentuk microsoft ofifice  word tetapi untuk penyampaian lebih berfokus penggunaan perisian microsoft office powerpoint lebih mantap.Diharapkan kerja saya selesai pada malam ini dan mengikut cikgu Sirajjudin, saya perlu memberi penekanan kepada satu lagi kata tugas yang telah ditambah dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga iaitu kata adverba. InsyaAllah jika diberi kekuatan oleh Allah semuanya akan saya masukkan dalam perbincangan nanti.Kesimpulannya, setiap kali saya memperkatakan tatabahasa, saya akan menambah penguasaan terhadap ilmu tatabahasa berkenaan, alhamdulillah. Saya juga telah memberi amanat kepada pelajar ting. 3K dan 3H, selepas kelas tuisyen malam tadi bahawa merekalah duta saya untuk membantu rakan-rakan lain  memperkasa penguasaan tatabahasa. Semoga Kem Bahasa Ting. 3 berjaya meningkatkan penguasaan bahasa terutama tatabahasa. Mengikut perancangan panitia bahasa Melayu, insyaAllah Kem selanjutnya akan mejurus kepada perbincangan kertas 2 PMR. InysaAllah.

TUISYEN KELAS PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH ( 3K )

Saya tersentak, apabila melihat papan putih 'countdown' kelas Ting. 3 Ibnu Khaldun mencatatkan Peperiksaan Percubaan PMR hanya tinggal 25 hari lagi. Pantas saya bertanya kepada  pelajar sama ada mereka sudah bersedia menghadapi peperiksaan berkenaan kerana secara langsung saya boleh mengetahui tahap kesediaan mereka untuk menghadapi Peperiksaan PMR sebenar. Apabila saya lihat post mortem kelas ini, hati saya agak tenteram kerana  kesemua 31 orang pelajar 3K mencapai gred A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Namun, hati saya berdebar apabila melihat post mortem kelas ting. 3 Ibnu Haitham kerana hanya 21 orang mendapat gred A dan 11 orang mendapat  gred B.

            Sebagai refleksi daripada maklumat berkenaan saya terus mengambil bahan tatabahasa untuk Kem Bahasa Melayu yang akan dilaksanakan pada 9/7/2010 bersamaan hari Jumaat ini untuk diserahkan kepada kelas 3K dan 3H. Saya terus mengarahkan mereka menyelesaikan bahan yang saya peroleh daripada salah seorang rakan Munsyi Dewan dan bahan tersebut yang telah saya 'upgrade' untuk memastikan impaknya terhadap penguasaan tatabahasa pelajar meningkat. Berdasarkan pengalaman mengajar selama 9 tahun di SMKASAS,  kertas 1 Bahasa Melayu PMR merupakan kertas paling sedikit menyumbangkan markah kerana pelajar gagal menjawab dengan cemerlang 30 daripada 40 soalan yang diperuntukkan dan tidak lain soalan tersebut berfokus kepada tatabahasa. Sementara 10 soalan lagi berfokus kepada kemahiran KOMSAS Antologi. Selain itu, saya juga mendapati terdapat beberapa orang pelajar kelas 3 Ibnu Haitham kurang mantap dalam menjawab soalan karangan terutamanya karangan berpandu. Pada pengamatan saya, salah satu sebab mereka gagal untuk menulis karangan berpandu dengan cemerlang adalah kerana mereka gagal untuk mengehadkan bilangan patah perkataan yang dikehendaki soalan. Justeru, sudah dua hari saya memfokus masalah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran  dan sudah pasti fokus utama saya adalah kepada pelajar yang masih lemah menguasai kemahiran penulisan karangan jenis ini. Adakalanya timbul rasa resah saya kerana sudah dua hari saya memaparkan karangan pelajar yang sama menggunaan LCD di papan putih kerana saya takut pelajar berkenaan akan aib dengan tindakan saya itu, tetapi oleh sebab kesedaran bahawa tindakan tersebut perlu demi kebaikannya, saya mengambil keputusan untuk meneruskan usaha berkenaan. Antaranya, saya cuba sedaya upaya menyemak karangan mereka secepat  mungkin dan membuat ulasan segera dengan menbuat 'scaning' menggunakan peralatan scan dan menghasilkan bahan menggunakan powerpoint dan memaparkan hasilan karangan tersebut menggunakan LCD di papan putih. Sebelum itu, saya meminta pelajar kelas 3K dan 3H meneruskan program semakan rakan sebaya untuk memudahkan saya menyemak karangan mereka disamping pelajar masih belum menguasai kemahiran mengarang ini saya dahulukan sebagai pemantauan berterusan.Selain itu, sebelum saya memaparkan karangan pelajar berkenaan saya memohon izin daripadanya untuk memaparkan karangan tersebut, di samping saya menjelaskan tindakan tersebut saya ambil untuk membaiki karangan berkenaan dengan bantuan pelajar. Sebagai serampang dua mata, saya sebenarnya ingin membetulkan kesilapan pelajar berkenaan agar pelajar lain tidak melakukan kesalahan yang sama semasa mengarang karangan jenis ini.

             Seterusnya, saya bertekad dalam kelas tuisyen malam ini saya akan memaparkan karangan terbaru pelajar berkenaan dan kemudian memfokus kepada bahan tatabahasa yang telah saya beri kepada pelajar pada pagi tadi untuk dibincangkan pada malam ini. Malang  bagi saya kerana saya dimaklumkan jadual saya pada malam ini mengajar kelas 3K. Namun, saya meminta pelajar 3H masuk ke kelas 3K jika guru yang bertugas mengajar kelas berkenaan tidak hadir Alhamdulillah, sehingga jam 9.30 guru yang sepatutnya mengajar kelas 3H tidak hadir dan mereka dapat turut serta dalam perbincangan. Secara langsung ruang berkenaan membolehkan saya menyampaikan maklumat secara serentak kepada 63 orang pelajar. Setelah saya membuat penerangan terhadap kesilapan yang dilakukan dalam karangan terbarunya dan meminta pelajar lain membuat ulasan baru saya memfokus kepada perbincangan utama iaitu bahan tatabahasa yang akan dibincangkan dalam Kem Bahasa Melayu pada hari Jumaat nanti. Pada malam ini rerpons pelajar terhadap bahan amat baik dan ada pelajar telah menjawab beberapa soalan yang dikemukan. Hal ini memudahkan saya, kerana pelajar boleh bertanya soalan-soalan yang sukar. Saya memaklumkan kepada mereka bahawa soalan-soalan dalam bahan berkenaan boleh diselesaikan dalam masa berbaki dua hari dan jika ada sebarang soalan yang masih sukar, mereka boleh merujuk saya. Saya juga meminta mereka menjadi duta dan membantu kelas-kelas tingkatan 3 yang lain untuk menjawab soalan yang terdapat dalam bahan berkenaan. Secara langsung, apabila pelajar sudah faham soalan dan menjawabnya, sudah pasti tugas saya untuk memberi penerangan tentang komponen tatabahasa dalam bahan berkenaan akan lebih mudah pada hari kem berkenaan.

              Kelas tuisyen malam ini berakhir pada pukul 10.50 malam dan semasa saya memandu untuk pulang, saya terserempak dengan Shahrolman bekas pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di UTP dan beliau juga sekarang ini sedang membantu saya mengumpul data bekas-bekas pelajar SMKASAS. Pada ketika itu, beliau baru keluar daripada dewan besar. Timbul tanda tanya kenapa beliau berada di dewan besar kerana setahu saya pada malam ini cuma ada Program Minggu Kerjaya yang dikelolakan pihak kaunselor Cikgu Fazuan untuk pelajar Tingkatan 4,5 dan 6. Beliau menyatakan kehadirannya sebagai wakil UTP untuk memberi ceramah tentang program kerjaya tersebut. Sekali lagi saya kagum kerana beliau sering membantu sekolah, guru-guru dan adik-adiknya. Sekiranya alumni SMKASAS ada, saya berpendapat lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan bukan sahaja membantu adik-adik, malah pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk menjalinkan ukhwah bekas-bekas pelajar dengan warga SMKASAS. Sudah pasti ilmu dan kepakaran yang dimiliki bekas-bekas pelajar yang berada di pelusok tanah air boleh dicurahkan terutama kepada adik-adik yang kini meneruskan perjuangan untuk menjadi Insan Kamil seperti anta dan inti. Kemungkinan apabila adanya pertautan dari segi ukhwah di bawah naungan organisasi bekas-bekas pelajar, semua perancangan boleh diatur. Oleh sebab itu, saya memohon bekas-bekas pelajar yang membaca tulisan ini untuk mambantu saudara Shahrolman dan bekas-bekas pelajar yang lain untuk membantu mengukuh atau menubuhkan sebuah alumni SMKASAS yang mampu menaungi bekas-bekas pelajar yang  kini berada di luar sana Saya berpendapat masalah utamanya untuk kalian hadir semula ke SMKASAS adalah kerana tidak ada satu organisasi yang mampu merancang dan mengatur program alumni dan ini menyukarkan bekas-bekas pelajar untuk hadir ke SMKASAS. Saya pasti dengan adanya usaha yang dilakukan oleh beberapa bekas pelajar ini sudah pasti kita akan dapat melihat satu organisasi alumni SMKASAS yang mantap. Hubungilah mereka dan maklumkan maklumat terkini anta dan inti agar memudahkan mereka menentukan tarikh pertemuan keramat yang mampu mempertemukan semula sahabat dengan sahabat, bekas pelajar dengan guru, dan bekas pelajar dengan adik-adik yang mempunyai hala tuju seperti anta dan inti pada suatu masa dulu. Maklumkan usaha murni ini kepada rakan-rakan dan saya hanya dapat berdoa agar usaha murni ini akan diberkati. Amin.

Isnin, 5 Julai 2010

MINGGU PERTAMA JADUAL BARU

Pada hari ini, jadual baru berkuatkuasa. Saya terpaksa mengajar 4 kelas bahasa Melayu, tiga kelas peperiksaan iaitu kelas  3K, 3H, dan 5B dan satu kelas biasa iaitu kelas 2H. Tanggungjawab saya amat berat tetapi saya pasrah menerima tugasan berkenaan walaupun rasa letih sudah mula melanda diri saya walaupun saya belum lagi menghadapi uijan sebenar. Pada hari ini juga saya lambat ke sekolah kerana kereta Wira saya kehilangan kuasa  dan berhenti di Pancor, Bota tanpa dikesan masalahnya dalam perjalanan pulang mengambil anak daripada menghadiri Kem Didik (UPSR) anjuran Akhbar Berita Harian di Pusat Perdagangan Ipoh, Jalan Jelapang. Saya terpaksa meminta bantuan perkhidmatan kereta penarik untuk menarik kereta saya ke bengkel kereta di Taman Indera Barat dan sampai di bengkel pada pukul 8.45 malam. Setelah dibaiki mekanik kereta memberitahu saya bahawa starter dan dinamo ( artenator ) kereta saya rosak. Bayaran yang perlu dibayar RM 150.00 kerana bateri dan alternator kereta diganti semula kerana masih dalam jaminan.
            Dalam masa yang sama pada hari Jumaat ini akan diadakan teknik menjawab PMR dan fokus utama kem tersebut adalah membantu pelajar menguasai tatabahasa kertas 1. Pada malam ini saya cuba untuk menyiapkan bahan penyampaian menggunakan powerpoint. Diharapkan kerja saya selesai pada malam ini. InsyaAllah.

Sabtu, 3 Julai 2010

PRASARANA SMKASAS SEMAKIN KONDUSIF, TAHNIAH PENTADBIR SMKASAS

Marcapada, istilah globalisasi sering bermain di bibir masyarakat. Globalisasi jika dibicara dari segi hurufiah bermaksud perkembangan dunia kini yang semakin pesat membangun menyebabkan dunia semakin sempit. Maksud sempit di sini lebih tertumpu kepada situasi  dunia semakin mengecil  kerana komunikasi canggih sekarang seperti kemudahan internet, media masa yang membolehkan manusia berkomunikasi sehingga maklumat boleh dikongsi dan diperoleh tanpa batasan dan ruang waktu. Namun begitu, perbicaraan saya kali ini  lebih menjurus kepada  kepantasan pembangunan prasarana di SMKASAS yang kini seperti mengejar prasarana yang dikecapi sekolah-sekolah berasrama penuh kelolalaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang lain.
               Saya terpanggil membicara perkara di atas setelah Pn. Nurulina, guru mata pelajaran bahasa Inggeris SMKASAS berkata, suasana di SMKASAS sekarang seperti di kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Ada sahaja bunyi pekerja sedang melalukan kerja untuk membangunkan kawasan berkenaan. Mana tidakknya, sudah seminggu pekerja yang dipertanggungjawabkan menyelenggara bilik tambahan untuk pejabat. Untuk makluman semua, tandas guru di sebelah pejabat sekarang sedang dibaikpulih dijadikan ruangan tambahan untuk pejabat pentadbiran sekolah dan bilik pengawas dijadikan rungan guru-guru tingkaan 6 kerana sudah hampir setahun Ustaz Muhammad  telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6 dan beliiau dan guru-guru tingkatan 6 akan berpindah ke bilik guru yang baru ini apabila siap kelak. Oleh sebab itu, apabila diwujudkan pentadbiran tingkatan 6, bilangan pelajar tingkatan 6 bawah tahun ini bertambah dan ada dalam kalangan mereka terpaksa duduk atau menginap di luar. Atas keprihatinan dan inisiatif pentadbiran guru tingkatan 6, pelajar-pelajar perempuan yang tidak dapat tempat tinggal di asrama telah dibenarkan tinggal di rumah guru berdekatan dengan tempat meletak bas sekolah. Rumah guru tersebut telah dibaik pulih dengan bantuan dan pinjaman dari PIBG sekolah. Justeru, sebagai survival untuk hidup, adakalanya mereka memasak sendiri di penginapan mereka untuk mengurangkan kos sara diri sepanjang belajar di SMKASAS. Beginilah senario SMKASAS sebagai sebuah sekolah kluster akedemik. Sekiranya bekas-bekas pelajar datang dan singgah ke institusi tempat Insan kamil Dilahirkan, sudah pasti anda terkejut dengan perkembangan prsasarana terkini yang mencorak suasana baru sekolah tempat anda menerima ilmu suatu masa dulu.

Jumaat, 2 Julai 2010

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-3 SMKASAS

Kesimpulannya, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SMKASAS kali ke-3  pada 1/7/2010 telah membuat ketetapan untuk melaksanakan Teknik Menjawab Soalan PMR pada 9/7/2010, dan SPM pada 23/7/2010. Selain itu, mesyuarat juga memutuskan guru yang akan diberi tanggungjawab melaksanakan teknik berkenaan guru mata pelajaran kelas peperiksaan SMKASAS sendiri kerana guru berkenaan lebih mengetahui masalah pelajar dan diharapkan dengan keputusan berkenaan setiap permasalahan pelajar akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Bersama-samalah kita memperkakasa mata pelajaran bahasa Melayu. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Pada tulisan saya dua hari yang lepas saya ada menceritakan kehampaan saya apabila bahan yang saya bina selama 8 jam hilang begitu saja selepas tersilap menyimpan data dan mengikut prosidur yang betul semasa menggunakan komputer. Beberapa langkah telah saya laksanakan, pertama menghantar komputer meja saya untuk dibaiki, melakukan bakcup bahan dari pendrive ke cd, membuat bakcup bahan post mortem ke dalam pendrive tetapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya, dan terkini bahan yang saya simpan dalam kerja mengemaskini bahan ke dalam power pointpun lesap dengan sekelip mata. Timbul pula masalah baru apabila laptop yang selama ini saya perasan tidak stabil dan sering terpadam sendiri. Betullah kata pepatah Melayu ada mengatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Semuanya berlaku dalam masa yang sama atau dalam dua tiga hari kebelakangan ini ,situasi ini menuntut saya bersabar dalam menerima dugaan Allah dan banyak beristigfar.
         Kejadian semalam menuntut saya bersabar lagi, apabila dalam sehari laptop saya terpadam lebih kurang 8 kali termasuk bahan dalam power point hilang untuk kedua kalinya dan nasib saya baik kerana kesilapan yang lalu mengajar saya dan saya sudah membuat backup hasil kerja di dalam pendrive dan berkali-kali  pula saya mencari fail saya tersimpan, namun semua tindakan saya lakukan menghampakan. Akhirnya saya bertekad apabila balik ke rumah wayar adopter pengecas bateri akan saya potong, saya dah tak kisah kerana saya ingin mengetahui kenapa laptop saya meragam. Apabila saya potong, barulah terjawab  puncanya, apa tidakmya wayar di dalamnya sudah terbakar dan hampir putus. Saya membuat keputusan untuk ke Yik Fong Ipoh untuk mencari adopter baru . Tambahan pula saya menjadi warden hari ini dan saya berjumpa Cikgu Faizal dan memaklumkan hasrat saya ke Ipoh dan sekurang-kurangnya jika ada sesuatu berlaku di asrama, insyaAllah Cikgu Faizal akan bertindak. Saya bertolak ke Ipoh selepas menjamah hidangan makan malam di dewan makan asrama dan itu meruoakan tugas seorang warden untuk membuat laporan makanan yang disajikan kepada penghuni asrama putra dan puteri. Setelah selsai saya bertolak ke Ipoh dan akhirnya , saya berjumpa dua buah kedai yang menjual adopter tersebut dan salah sebuah kedai tersebut menawarkan harga  RM 185.00 dan sebuah kedai lagi menawarkan harga RM 95.00 untuk harganya. Saya tertarik membeli  adopter berharga RM 95.00 dan setelah ditawar harganya diturunkan RM 5.00 menjadi RM 90.00 dan sebagai pengguna yang bijak saya membuat keputusan untuk membeli harga adopter termurah dan berkulaiti. Harganya sedemikian rupa kerana tanpa wayar utama ke laptop kerana wayar berkenaan masih baik lagi

Pada hari ini, objektif utama saya adalah untuk memperlihatkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar saya kerana selagi saya tidak melakukannya selagi itu saya tidak berpuas hati, sekali lagi nasib saya dirundung malang kerana arus eletrik pula tidak berfungsi di dalam kelas 5B, hebatnya cabaran-Mu ya Allah. Namun, saya tidak berputus asa kerana usaha yang baik ini banyak impaknya kepada pelajar saya. Akhirnya, saya berjaya memperlihatkan masalah pelajar sepanjang menjawab soalan PPT 2010, cuma saya tidak dapat memaparkan bahan yang telah saya hasilkan. Oleh seba itu, pelajar yang membaca info ini terutama pelajar 5B, saya cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda dan cuba balas segala usaha saya ini dengan belajar bersungguh-sungguh, melakukan kerja yang diberikan dengan cara yang terbaik dan saya amat terkilan jika hasil kerja anda ibarat melepas batuk ditangga. Kepada pelajar-pelajar yang namanya sudah ada dalam daftar kamus di memori saya sila ambil perhatian, sikap sabar saya ada hadnya dan jangan sampai saya mengambil tindakan untuk mengubah sikap kamu yang pasif. Biarlah hubungan kita sentiasa dalam keadaan baik selalu. Saya sayang kamu semua.

KERJA RUMAH DALAM CUTI BALIK KAMPUNG

PELAJAR TING 3K, DAN 3H,  PASTIKAN ANDA MENULIS MANA-MANA SATU KARANGAN SOALAN PPT 2010 YANG BELUM KAMU JAWAB SEBAGAI KERJA RUMAH. SERAHKAN KARANGAN TERSEBUT KEPADA SAYA  PADA HARI ISNIN UNTUK BUKTI HANTARAN SEBELUM PROSES SEMAKAN RAKAN SEBAYA. SEMENTERA PELAJAR KELAS 5B BUAT PEMBETULAN SEMULA SOALAN TATABAHASA BAHAGIAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 PPT. SEBAGAI TAMBAHAN SILA BUAT SEMULA KARANGAN YANG ANDA JAWAB SEMASA PPT JIKA KARANGAN BERKENAAN TIDAK MANTAP, ATAU ANDA DAPATKAN KARANGAN TERBAIK RAKAN ANDA SEMASA BALIK SEMULA KE SEKOLAH. 

PERINGATAN:  KARANGAN CEMERLANG HANYA AKAN DAPAT ANDA HASILKAN MELALUI KEKERAPAN LATIHAN DAN JUGA CUBA MEMPRAKTIKKAN CARA RAKAN ANDA MENGHASILKAN KARANGAN DENGAN CEMERLANG.

" SELAMAT BERCUTI "

Khamis, 1 Julai 2010

MALAM BERTUGAS SEBAGAI WARDEN ASPURA

Malam ini saya bertugas sebagai warden ASPURA , dan malam ini juga Ustaz Sidek Aliman sebagai Penolong Kanan HEM yang telah memulakan tugas pertamanya pada hari  mengambil kesempatan  bersama-sama pelajar bersembahyang Maghrib dan Isya' secara berjemaah. Ustaz Zaki juga hadir ke asrama dan ini sudah pasti regu yang kuat  untuk  memastikan asrama dalam keadaan terkawal.
           InsyaAllah, esok pelajar-pelajar akan pulang ke rumah masing-masing untuk bersama-sama keluarga dan akan pulang semula ke asrama pada hari Ahad. Selamat bercuti. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Bainah b. Abdollah, mantan PK HEM dan Ustaz Zaki kerana telah berusaha untuk memberikan suasana kondusif kepada warden sehingga bilik warden sudah ada mesin basuh dan pendingin hawa. Semoga SMKASAS terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rabu, 30 Jun 2010

MALAM YANG MENGECEWAKAN SAYA

Pada malam semalam, saya telah berusaha untuk menyiapkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Bahan tersebut ialah post mortem kertas jawapan pelajar tingkatan 5B dengan harapan pelajar akan dapat melihat contoh jawapan terbaik dan jawapan yang tidak mencapai tahap yang saya inginkan berdasarkan jawapan terpilih dengan merujuk borang pengesanan markah yang telah saya buat berakhir dengan kekecewaan. Bayangkan setelah saya membuat scan lebih kurang 60 muka surat bahan yang meliputi kertas skema jawapan PPT,  paling cemerlang dan jawapan beberapa orang pelajar tidak cemerlang bermula pukul 9.30 malam sehingga 3.30 pagi berakhir dengan kegagala.. Hal ini berlaku kerana kecuaian saya sendiri dan saya berharap peristiwa yang sama tidak akan berlaku kepada pembaca, bekas anak didik dan pelajar-pelajar saya.
           Setelah saya membuat scan bahan terpilih tersebut dan mengasingkannya dalam program power point mengikut pecahan soalan dengan harapan pada sebelah paginya saya akan dapat menunjukkan kepada pelajar ting. 5B contoh jawapan terbaik antara mereka dan juga contoh tidak terbaik dalam kalangan rakan-rakan mereka dengan harapan mereka tidak berasa malu kerana contoh-contoh jawapan yang tidak bermutu bukan berfokus kepada seorang pelajar sahaja. Usaha saya tersebut berakhir dengan kekecewaan kerana saya telah tersilap membuat tafsiran setelah  menyimpan data di dalam fail dokumen. Untuk memudahkan saya membuka fail tersebut saya telah membuat salinan ke dalam destop bahan yang telah saya simpan, dan pada masa yang sama saya perasan bahawa semasa saya 'paste' ke dalam destop, bahan yang terpapar dalam destop saya hanya 'shortup' sahaja buka salinan sepenuhnya kerana data berkenaan masih merujuk bahan yang saya simpan 'masih link' dengan fail di dalam dokumen. saya Justeru, saya membuat kesimpulan bahawa data yang saya simpan di dalam destop dan dokumen sudah pasti mengambil ruang memori yang banyak, dan timbul pula hasrat saya untuk memadam atau 'delete' salah satu dokumen berkenaan. Pada masa inilah saya membuat kesilapan yang besar, tanpa berfikir panjang, saya terus  memadam data di dalam dokumen berkenaan Setelah memadam data tersebut, barulah saya teringat akan impaknya, apa lagi tersembulkan perkataam astagfirullah al azim dari bibir saya yang begitu gembira sebelum itu kerana berhasil menyiapkan satu bahan lagi untuk pengajaran dan pembelajaran. Terbukti tindakan saya menghampakan apabila saya cuba membukan fail berkenaan semula, fail itu tidak dapat dikesan. Apa nak buat, nasi telah menjadi bubur. Jika terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak bicara buruk padahnya. Dalam kepala saya terfikir, sanggupkah lagi saya mengulang semula proses menghasilkan bahan berkenaan.
            Saya, terfikir lagi cara untuk mendapatkan bahan berkenaan, antaranya saya cuba merujuk dalam program recycleBin jiika bahan buangan tersebut ada di situ, tetapi saya hampa kerana bahan buangan tersebut tidak ada di dalam program berkenaan. Saya terus mencuba, dengan menggunakan kemahiran komputer dengan merujuk kepada memori komputer atau dalam bahasa sasteranya flashback bermaksud imbas kembali, namun gagal juga kerana setelah saya berbuat demikian, data yang saya dapat cuma memori semasa saya membuka komputer pukul 9.30 malam sahaja. Sebagai manusia yang kerdil dan memahami konsep Qadha dan Qadar-Nya, saya termenung sekejap, tambahan pula dalam proses laptop saya  menstabilkan memorinya memakan masa, laptop saya seperti dalam keadaan  keliru atau dalam bahasa komputernya, 'hang'. Saya kembali risau kerana takut data di dalam dokumen bahagian C dan D saya hilang. Setelah saya  menutup komputer saya secara salah dengan menekan punat offnya  sebanyak dua saya bertambah risau kerana tindakan saya seperti tidak menyelesaikan masalah.  Setelah mendapati laptop saya masih tidak stabil, teringat saya kata-kata Cikgu Sirajuddin bahawa saya tidak bersabar kerana laptop saya dalam proses menstabilkan memorinya setelah saya berusaha untuk mengembalikan memorinya sehari sebelum saya memadam data berkenaan. Cuma saya beryukur setelah saya menunggu beberapa minit,  memorinya laptop saya stabil kembali, saya membuat keputusan untuk menghentikan aktiviti saya pada malam itu. Jika diikut hati saya, hendak saja saya bercuti pagi esok tetapi oleh sebab tindakan tersebut bukanlah tindakan yang betul kerana saya perlu memikirkan bagaimana untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang semula.
               Terdapat dua perkara yang perlu saya lakukan, pertama saya mengambil keputusan untuk membawa komputer meja saya ke kedai untuk diperbaiki kerana sudah setengah tahun komputer saya meragam kerana arus elektriknya tidak stabil dan sukar untuk beroperasi dan saya mengesyaki alat mengawal aliran elektriknya rosak.  Alhamdulillah, setelah membawanya ke kedai komputer meja saya boleh beroperasi semula dengan menggantikan  pengawal arus elektrik yang rosak dengan kos sebanyakRM 50.00. Kemudian langkah seterusnya, saya akan membuat salinan data pendrive saya ke dalam cd kerana keempat pendrive saya sudah penuh, dan kejadian malam tadi juga berpunca kerana saya tidak boleh menyimpan semua data saya ke dalam keempat-empat  pendrive berkenaan dan bermula pada hari ini saya perlu 'backup' semua bahan saya supaya setiap kerja saya tidak sia-sia.
                Sepatutnya malam ini saya ke sekolah untuk kelas tuisyen 5B, dan saya batalkan hasrat saya kerana yang penting saya perlu membuat semula bahan  berkenaan kerana saya perlu menyedarkan pelajar saya bahawa kerja yang tidak berfokus kepada menghasilkan budaya kerja cemerlang akan memberi kesan negatif kepada prestasi mereka. InsyaAllah, jika saya berjaya membuat semula post mortem berkenaan malam ini sudah pasti saya akan bertenang kerana konsep saya biarlah sesuatu kerja yang saya lakukan  memberi impak besar kepada pelajar-pelajar saya. Tidak ada gunanya saya mengajar kelas tuisyen tanpa ada bahan bukti yang hendak ditunjukkan kerana paling penting ialah kesedaran pelajar, jika saya marah macam manapun jika tidak ditunjukkan kesalahan mereka, mereka akan tetap melakukan kesalahan yang sama. Saya juga percaya kerja kali kedua akan memberi pulangan besar kepada hasilan kerja yang hendak saya hasilkan, maksudnya kerja berkenaan akan lebih bermutu, insyaAllah. Kepada pembaca pastikan kerja kita dirancanng dengan baik dan pembaca perlu sedar komputer adalah gajet yang banyak membantu kita melakukan kerja seharian tetapi jika kita tersilap atau mengambil langkah yang salah komputer juga boleh memberi impak kepada hasilan kerja kita. Namun, setiap kesalahan yang kita lakukan akan mematangkan lagi budaya kerja kita, insyaAllah.
              Pada malam ini saya lebih selesa kerana info yang saya tulis menggunakan komputer meja dan laptop saya pula saya gunakan untuk menghasilkan bahan post mortem yang gagal saya simpan semalam. Selepas ini saya akan menggunakan komputer meja ini untuk membuat salinan pendrive ke cd supaya pendrive kosong dan gajet berkenaan boleh saya gunakan untuk menyimpan data baru atau bahan 'backup' supaya masalah lalu tidak berulang semula bak kata pepatah supaya pisang tidak berbuah untuk kali keduanya. Sebagai peringatan kepada pelajar yang membaca info ini, beginilah laras penulisan jika kita membicarakan tajuk komputer dan cuba lihat bagaimana saya cuba memilih perkataan yang berfokus kepada perbicaraan tentang komputer disamping memasukkan frasa menarik dan ini membuktikan jika kita kreatif , peribahasa juga boleh kita tulis dalam karangan berbentuk fakta. Jika semua kemahiran ini kita gunakan, karangan yang anda hasilkan akan lebih menarik dan cemerlang. Sebelum ini juga, saya telah menggunakan banyak peribahasa dalam penulisan info saya. Sekian untuk hasilan saya pada hari ini.

Isnin, 28 Jun 2010

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-3 DITANGGUHKAN

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu bagi saya amat penting dan merupakan tepat untuk setiap ahli jawatankuasa berbincang, memberi pandangan,  membuat post mortem setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan, merancang, dan melihat perkembangan pelaksanaan program sama ada berjaya atau gagal meningkatkan prestasi pelajar sepanjang separuh tahun dalam 2010. Seterusnya, saya sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu ingin melihat peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada penggal kedua dan setiap keputusan pelajar perlu ke arah keputusan ETR yang difokuskan pada hujung tahun.
          Justeru, apabila dimaklumkan dua orang guru mata pelajaran tidak hadir ke sekolah pada hari ini , mungkin kerana masalah peribadi atau keluarga, saya terus membuat keputusan membatalkan mesyuarat setelah mendapat persetujuan Tuan Pengetua dan PK Pentadbiran. Hal ini saya buat kerana kedua-dua guru yang tidak hadir ialah guru mata pelajaran kelas peperiksaan. Banyak maklumat dan keputusan yang perlu dibuat dalam mesyuarat yang sepatutnya diketahui dan dimaklumi semua guru mata pelajaran terutama guru kelas peperiksaan. Paling utama saya ingin melihat laporan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun yang sudah saya isi dalam borang pelaporan cuma maklumat utama yang amat diperlukan ialah kemahiran yang masih belum dikuasai pelajar yang dilihat oleh guru mata pelajaran kelas peperiksaan. Apabila maklumat tersebut diperoleh panitia boleh membuat keputusan langkah untuk mengatasi masalah berkenaan kerana setiap penyakit ada ubatnya dan keputusan perlu diambil, ubat dan kemahiran apa yang perlu diberi penekanan agar prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu meningkat pada penggal kedua dan didoakan juga berlaku dalam peperiksaan awam kelak.
             Selain itu, saya akan memberi taklimat tov dan oti 2, dan pencapaian pelajar mengikut kelas, adakah objektif yang disasarkan di awal tahun berjaya dicapai dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Untuk memantapkan post mortem PPT, saya akan cuba menyelaraskan borang pengesananan pencapaian pelajar dengan menggunakan gajet PEDIA yang dihasilkan oleh cikgu Khairi untuk kertas peperiksaan yang berbentuk objektif dan borang pengesanan Kertas 2 PMR dan juga Kertas 1 dan 2 SPM  ( Kertas Jawapan Subjektif ) menggunakan borang pengesanan prestasi pelajar berdasarkan borang yang telah saya hasilkan. Borang pengesanan ini suadh saya gunakan semenjak saya menjadi Setiusaha Kecemerlangan  semasa di sekolah rendah dan setiap jalur telah saya setkan formula excel dan guru hanya perlu mengklik markah di ruangan yang disediakan dan secara automatik semua data akan diproses untuk mengesan peratusan penguasaan pelajar terhadap setiap komponen soalan soalan PPT, bilangan pencapaian pelajar mengikut gerd secara individu atau keseluruhan kelas, dan juga disediakan graf pencapaian penguasaan soalan untuk  membantu guru melihat pencapaian kelas secara umum. Hal ini penting kerana laporan secara lisan  tidak akan dapat mengesan kelemahan kemahiran pelajar tetapi pengesanan  berdata dan terbukti masalahnya berdasarkan pemarkahan berdasarkan pecahan soalan dan pengiraan peratusan pencapaian setiap soalan yang ditanya dalam kertas peperiksaan akan dapat mengesan kelemahan pelajar secara tepat. Apabila post mortem tersebut diperoleh barulah tindakan susulan diambil dengan merancang program kecemerlangan seperti teknik menjawab, program flexi dengan mengambil kira bahan yang perlu disediakan untuk melatih tubi kemahiran yang masih lemah berdasarkan laporan post mortem yang diterima, dan program ini akan dimantapkan lagi semasa kelas tuisyen kerana dalam kelas berkenaan guru boleh memberi penumpuan atau berfokus kepada langkah memantapkan kemahiran yang belum dikuasai pelajar.
               InsyaAllah pada tahun ini, kita akan menggunakan sepenuhnya tenaga kepakaran daripada guru-guru SMKASAS sendiri dalam menjalankan setiap program panitia kerana bagi saya tenaga kepakaran yang ada sudah lengkap dan guru-guru sendiri mengetahui kelemahan pelajar. Ha ini terbukti pada tahun lepas kerana semua program kecemerlangan Melayu dilaksanakan oleh guru SMKASAS sendiri. Bagi saya guru SMKASAS sendiri yang memahami kelemahan dan kekuatan pelajarnya, ini ditambah pula keputusan SPM 2009 membuktikan tahap kepakaran guru-guru matapelajaran bahasa Melayu apabila seramai 101 pelajar mendapat gred A+ dan 11 orang mendapat gred A dalam Peperiksaan SPM. Justeru, keputusan membatalkan mesyuarat pada hari tepat setelah menyedari pentingnya tahap pemahaman guru terhadap keputusan mesyuarat dan data-data post mortem yang bakal dibincangkan. Sebagai ketua Panitia Bahasa Melayu saya berdoa agar kesepaduan, kerjasama, kemantapan antara guru bahasa Melayu terus kukuh kerana setiap yang kita lakukan adalah untuk meningkatkan prestasi anak didik yang kita sayangi serta meneruskan kecemerlangan SMKASAS sebagai sebuah sekolah kluster akademik. InsyaAllah. Didoakan mesyuarat panitia akan dapat dijalankan pada masa terdekat kerana setiap keputusan mesyuarat amat penting untuk meneruskan kecemerlangan Mata Pelajara Bahasa Melayu.