SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 30 Mei 2010

PROGRAM "KEPUNG" SMKASAS

Program ini pernah dicadangkan oleh Pn. Bainah (PK Hem) semasa mesyuarat kurikulum dan post mortem Ujian Selaras 1 pada bulan April lepas jika tak silap saya, dan saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Cuma ketika itu Pn. Bainah sekadar mencadang  saja dan tidak ada sebarang keputusan dibuat untuk melaksanakan  program tersebut sepanjang perjalanan mesyuarat. Cuma pada hari Jumaat, semasa saya hadir ke sekolah kerana tersilap jadual bertugas warden, ura-ura program tersebut akan dijalankan dan saya difahamkan Ustaz Zaki ( Ketua Warden) telah memaklumkan pelajar bahawa program tersebut akan dijalankan.
               Berdasarkan pandangan umum saya, beliau berkata demikian setelah mengambil kira budaya pelajar membuat persiapan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)  yang sedang berjalan sekarang. Sebagaimana yang kita maklum, pelajar SMKASAS sering beranggapan PPT tidak begitu penting berbanding dengan Peperiksaan Akhir Tahun dan budaya seperti inilah yang perlu dikikis dan perlu dibersihkan daripada bersarang di dalam minda pelajar. Secara umumnya pelajar kurang bersedia dengan PPT dan sering membuat ulangkaji dan persediaan di akhir masa. Justeru, saya sendiri menyokong program tersebut diuar-uarkan kerana sepanjang saya bertugas pada hari Sabtu ( 29/5/2010) sebagai warden, sempat saya berbual dengan beberapa orang pelajar dan mereka mulai bertanya kenapa program tersebut dijalankan dan kenapa dimaklumkan lewat. Kesimpulannya, sudah ada diminda pelajar kesedaran perlunya bersedia dan ada rasa bersalah di lubuk hati mereka kerana mereka lambat bersedia untuk menghadapi PPT. Mereka sedar betapa pentingnya mereka lulus sekurang-kurangnya dalam peperiksaan tersebut dan jika tidak mereka akan terlibat dengan program "kepung" tersebut. Apabila saya perhatikan di setiap sudut sama ada di pondok-pondok, di kantin, di astaka pelajar sentiasa berbincang dan ditangan mereka ada buku dan bagi saya sekalung tahniah keada Ustaz Zaki kerana dengan tindakan tersebut, pelajar sudah ada rasa takut. Justeru, program kepung ini perlu dibincang dan diperhalusi sekiranya akan dijalankan kerana tanpa ada perancangan yang mantap kejayaannya boleh dipertikaikan. Saya berkata demikian kerana ada sesetengah SBP yang menjalankan program ini tanpa pemantauan pihak pentadbir, dan guru menemui kegagalan. Apa yang penting ialah post mortem selepas PPT dijalankan dan kemudian diikuti dengan perbincangan mengenai pengisian semasa program kepung itu sendiri perlu dibincangkan. Jika program tersebut sekadar mendenda dan pelajar mengisi masa tersebut untuk mengulangkaji dan mempertulkan kesalahan semasa PPT akibatnya kita sendiri boleh fikirkan. Justeru, pentadbir, sudah pastinnya PK Hem, kerana PK Pentadbiran masih kosong dan bahagian unit kecemerlangan akademik atau setiausaha peperiksaan perlu bertindak segera jika ingin menjalankan program tersebut. Sebagai guru, ketua panitia dan warden saya sedia membantu kerana setiap perancangan yang baik demi kecemerlangan anak-didik SMKASAS perlu disokong walaupun tugas saya sememangnya dah berat. Saya sentiasa berfikiran telus dan bukan sekadar mengkritik kerana apa yang penting adalah untuk kebaikan anak didik dan kebaikan sekolah. Saya juga sedia untuk dikritik kerana selagi seorang manusia dan insan kita tidak lari daripada melakukan kesalahan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu mungkin kerana kelemahan saya.

Jumaat, 28 Mei 2010

MUSIM MENYEMAK KERTAS PEPERIKSAAN BERMULA DAN PADA MASA YANG SAMA TIMBUL BEBERAPA PERSOALAN SELAIN TUGAS RASMI DAN PERIBADI. BEGINIKAH TUGAS SEORANG INSAN BERGELAR GURU?

Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun Ting. 5 telah diterima dan saya baru menyemak beberapa skrip saja kerana kekengan masa dan perlunya perhatian diberikan terhadap ahli keluarga. Tambahan pula, rasa sengal dan letih pulang daripada Kuala Lumpur setelah membawa ayahanda rawatan susulan pada hari Rabu, dan pada hari Khamis mengambil anak ke Teluk Intan kerana cuti Hari Wesak masih terasa. Begitu juga, saya tersilap melihat jadual bertugas harian menyebabkan saya ke sekolah pada pagi tadi, sedangkan hari bertugas saya esok dan semuanya saya terima dengan redha. Sekurang-kurangnya di sekolah pagi tadi saya sempat memberi nasihat kepada dua putera saya yang sedang menghadapi peperiksaan dan mengingatkan mereka peri pentingnya menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran serta strategi untuk menyelesaikan masalah yang ada. Hari ini saya juga sempat berbual dengan Cikgu Fazzuan yang kebetulan warden bertugas pada hari ini, dan beliau juga memberi nasihat kepada anak saya tentang persiapan menghadapi peperiksaan mereka yang saya dapati masih rapuh. Beginilah tugas seorang guru, dan seorang ayah dalam masa yang sama tugas seorang anak terhadap bapanya. Saya cuma berusaha di samping berdoa agar anak saya sedar dan faham tugas mereka, terutama dalam menghadapi peperiksaan PPT dan Peperiksaan SPM yang cuma tinggal beberapa bulan lagi.
       Saya juga terkejut kerana dimaklumkan oleh anak dan Cikgu Fazzuan bahawa program "Kepung"  akan dijalankan selepas peperiksaan PPT dijalankan. Cuma saya kurang pasti persediaan untuk merealisasikan program tersebut dari sudut perancangan dan pelaksanaannya. Pertama, kenapa program tersebut dimaklumkan lewat sedangkan peperiksaan sudah bermula. Kedua, bagaimana  pandangan guru-guru, panitia, dan adakah program tersebut diperhalusi di peringkat mesyuarat kurikulum akademik untuk mendapat makluman balas agar setiap program yang dijalankan betul-betul sesuai dan kondusif untuk pelajar dan di peringkat jabatan setiap guru sudah memahami arah tuju program tersebut. Ketiga, bagaimana dari segi modulnya adakah bahan disediakan dan siapa yang bertindak sebagai fasilitatornnya. Keempat, bila program tersebut dijalankan dan dari pemantauannya siapa yang terlibat untuk memastikan program tersebut berkesan sebagai satu program alternatif untuk kecemerlangan pelajar. Umumnya, setiap program perlu ada kertas cadangan dan kertas cadangan tersebut perlu dibentangkan untuk mendapat persetujuan setiap ahli sebelum diiktiraf sebagai kertas kerja.
         Program 'Kepung' ini sebenarnya telah diperkenalkan di sekolah berasrama penuh bertujuan untuk mendenda pelajar-pelajar mereka yang mencapai keputusan peperiksaan di bawah target. Cuma perlu diingat, sebelum program tersebut berjalan adakah pelajar sudah bersedia kerana dari segi kedudukan pelajar yang berada di SBP mereka terdiri daripada pelajar cemerlang dan yang terpilih dan jika keputusan mereka jatuh mungkin atas dasar kealpaan dan kurang bersedia menghadapi peperiksaan. Sungguhpun begitu, pelajar ini sudah dimaklumkan lebih awal tentang program yang dijalankan. Berbeza dengan pelajar SMKASAS kerana ada kalangan pelajarnya masih belum menguasai kemahiran asas bagi mata pelajaran tertentu.Apa yang ditakuti jika program tersebut dianggap menyeksakan pelajar. Sudah pasti. timbul masalah lain terutama daripada disiplin dan rasa bersalah menyebabkan mereka berasa rendah diri dan sebagainya.
          Sebagai seorang guru dan ketua panitia Bahasa Melayu, saya sentiasa menyokong program sekolah terutama program tersebut berasaskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Cuma apa yang penting, saya mengharapkan setiap program itu perlu diperhalusi perancancangannya, dan juga dari segi pelaksanaannya perlu dibincang bersama kerana sebagai sebuah sekolah kluster akademik, pelaksananya meliputi semua tenaga pengajar dan merekalah yang perlu memahami terlebih dahulu setiap program yang dijalankan. Begitu juga dari segi organisasi, setiap ahlinya bermula dari akar umbi iaitu guru, ketua panitia,  majlis mesyuarat jabatan, majlis mesyuarat kurikulum akademik, majlis mesyuarat pentadbiran dan biarlah setiap perancangan diperhalusi dari peringkat awal kerana setiap program yang dijalankan adalah program bersama, jika berjaya sama-sama kita menikmati kejayaannya kerana jika tidak dilakukan sudah pasti ada pihak yang berasa kurang senang hati, terutama apabila program yang dijalankan menemui kegagalan. Cuma saya akan cuba untuk mendapat penjelasan mengenai program ini daripada pihak pentadbiran kerana setiap program yang baik perlu disokong cuma penjelasan perlu ada agar program ini betul-betul program sekolah dengan setiap ahli yang menjadi warga SMKASAS menerima program tersebut dengan hati terbuka. Saya berbicara tentang program ini kerana saya sayang sekolah, sayang anak didik dan akhirnya saya ingin melihat Insan yang dilahirkan di sini ialah "Insan Kamil yang Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang." InsyaAllah. Amin.
        
          

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMKASAS BERPINDAH KE SMA DATO" GHAZALI JAWI

Tahniah kepada Ustaz Ariffine b. Daud kerana beliau akan meneruskan kariernya sebagai seorang guru di SMA Dato' Ghazali Jawi, Grik , Perak. Justeru SMKASAS kehilangan seorang lagi pentadbir berpengalaman dan kini jawatan tersebut masih kosong dan sudah pasti warga SMKASAS ternanti-nanti calon yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, misi dan visi sekolah kluster perlu diteruskan ke arah melahirkan Insan Kamil yang Cemerlang dan Terbilang. Tahniah dan syabas kepada Ustaz Arifine dan sudah pasti pemergiannya ke sekolah baru  merupakan suatu kehilangan bagi warga SMKASAS. Cuma kita perlu akur setiap yang pergi akan berganti. Setiap kali bah pantai akan berubah. Semoga SMKASAS akan terus sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Kluster Akademik. InsyaAllah beliau akan memulakan tugasnya di sekolah baru pada 1/6/2010 dan Majlis Perpisahannya telah diadakan pada pagi 27/5/2010 bersamaan hari Khamis. Terima kasih kepada Ustaz Ariffine dan ucapan syabas sekali lagi kerana akan bertugas sebagai Pengetua di sekolah baru.

Khamis, 27 Mei 2010

BERITA GEMBIRA BUAT KAMI SEKELUARGA

Dr. Zabedah, Pakar Radioterapi dan Onkologi HBKL mengesahkan ayahanda saya tidak lagi mengalami serangan kanser setelah menjalani pembendahan leher dan menerima 30 kali pancaran radioterapi. Kesnya dirujuk semula ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan susulan. Berita gembira tersebut kami terima pada pukul 2.30 petang di biliknya pada petang tadi. Saya. bonda dan ayahanda sampai di kampung pada pukul 5.30 petang dan saya sampai di rumah pada pukul 10.00 malam. Syukur atas nikmat dan rahmat-Mu ya Allah.
     Saya amat takjub dengan kesabaran bonda, melayani kerenah ayahanda selama berada di hospital dan di rumah. Sesungguhnya, Allah saya yang dapat membalas jasamu dan terima kasih daripada seorang anak.

Ahad, 23 Mei 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SELURUH WARGA PELAJAR SMKASAS

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

MENENGAH RENDAH : BERMULA PADA BULAN JUN
MENENGAH ATAS : 24 MEI 2010

SAYA MENDOKAN KEJAYAAN ANDA. INGAT USAHA DAN LATIHAN YANG ANDA LALUKAN AKAN MEMBUAHKAN HASILNYA TETAPI INGAT JUGA, YANG BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK DAN YANG PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG. BERAKIT-RAKIT DAHULU, BERENANG-RENANG KEMUDIAN, BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN. KEMUDIAN SUSULI DENGAN DOA KEPADA PENGUASA ALAM AGAR DIPERMUDAH UNTUK KAMU MENJAWAB SOALAN PPT.

SEMOGA MENJADI INSAN KAMIL YANG CEMERLANG DAN TERBILANG. INSYAALLAH DARI GURUMU.

Sabtu, 22 Mei 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT BELAJAR KEPADA PELAJAR SMKASAS YANG BERJAYA KE MENARA GADING

Sebagai seorang guru saya mengharapkan anda belajar bersungguh-sungguh dan jaga diri baik-baik kerana situasi di sana memerlukan semangat belajar yang jitu dan berbeza dengan suasana di sekolah yang sentiasa ada orang yang menengur dan menasihat anda. Namum, ingatan yang perlu saya fokuskan ialah anda  menjadikan ilmu agama yang dicurahkan  di SMKASAS sebagai pendiding untuk menghalang sebarang serangan berbentuk hiburan dan hubungan sosial yang semakin parah di luar sana merosakkan fokus anda sebagai pelajar. Semoga Insan Kamil yang dilahirkan akan meneruskan kecemerlangan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Tahniah kepada anda semua yang berjaya meneruskan pengajian ke Menara Gading.
          Saya pasti ada yang sudah bertolak ke sana dengan harapan untuk berjaya menjadi mahasiswa dan mahasiswi berjaya. Saya mendoakan kejayaan anda semua.

PROGRAM MOTIVASI D,AKTIF 10 (ANJURAN BEKAS PELAJAR)

Bermula 21 hingga 22 hb. Mei 2010 Alif ( Bekas Ketua Umum 2008) dan rakan menjalankan program Motivasi D,Aktif 10 untuk pelajar Ting. 6 Atas. Acara penutupnya akan diadakan pada petang ini dan saya sendiri tidak dapat hadir untuk mengambil kesempatan berehat sepanjang cuti hujung minggu ini. Cuma ucapan terima kasih diucapkan kepada Alif kerana sudi memberikan input kepada adik-adik walaupun beliau sekarang sedang melanjutkan pengajian di UNIMAS. Sikap dan usaha bekas pelajar ini amat saya kagumi dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Alif dan rakan-rakan. Usaha seperti ini perlu diteruskan oleh bekas-bekas pelajar lain sekurang-kurangnya ukhwah antara saudara dengan adik-adik, pentadbiran, serta guru-guru akan sentiasa terjalin. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada saudara alif. Maaf daripada saya kerana tidak dapat hadir pada acara penutup program kerana di Taman Saya sendiri ada Mesyuarat Agung Taman dan saya terpaksa menghadirinya demi menjaga hubungan antara komuniti di tempat saya.

Program Sambutan Hari Guru SMKASAS 2010 ( Bacaan Yasin, Perasmian Hari Guru, Pertandingan Bola Jaring Guru Lelaki, Pertandingan Memasak, Pertandingan Bahas Parlimen Antara Pelajar dan Guru, Jamuan Makan Di Dewan Makan Asrama) Klik pada gambar dan kemudian pilih sama ada melihat gambar secara manual atau menggunakan slaid.

Gambar Sukan SMKASAS dan Gambar Pemandangan SMKASAS 2010

Rabu, 19 Mei 2010

TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN KAMU SEMUA DAN TAHNIAH KEPADA PENGANJUR SAMBUTAN HARI GURU 2010

KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG HADIR  PADA SAMBUTAN HARI GURU 2010, CIKGU MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH. MAAF JIKA SAYA TIDAK DAPAT BERBUAL DENGAN KAMU TETAPI KEHADIRAN KAMU SEMUA MEMANCARKAN UKWAH ANTARA BEKAS-BEKAS PELAJAR DAN GURUNYA. SEHINGGA PUKUL 2.40 PETANG, CIKGU DAPATI MASIH ADA BEKAS-BEKAS PELAJAR YANG MENGUNJUNGI SEKOLAH KERANA INGIN BERSAMA-SAMA MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU WALAUPUN KETIKA ITU SAYA SUDAH BERGERAK KE SMA MAAHAD AL-AZIZ KERANA PROGRAM TEKNIK MENJAWAB PMR ANTARANYA ZARITH DAN RAKAN-RAKANNYA.
        UNTUK MAKLUMAN, CIKGU CUBA MELAYAN KAMU SEMUA SEDANGKAN, DALAM PADA MASA YANG SAMA CIKGU TAK TIDUR SESAATPUN  MALAM TU, KERANA SAYA TERSILAP DENGAR BAHAWA TEKNIK MENJAWAB TU UNTUK PELAJAR PMR DAN BUKANNYA SPM. MAKLUMAT SEBENAR SAYA KETAHUI PADA PUKUL 5.45 PETANG HARI ISNIN APABILA SURAT JEMPUTAN PROGRAM TU SAYA TERIMA. IMPAKNYA, SEPANJANG MALAM CIKGU CUBA MENYEDIAKAN BAHAN.PMR. APA NAK BUAT, SEMUANYA KETENTUAN TUHAN, NAMUN, ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR, TEKNIK MENJAWAB SELESAI. CUMA YANG SAYA SEDIH, MEMORI KAD KAMERA PULA FULL NAK TANGKAP GAMBAR TAK DAPAT UNTUK MERAKAM GAMBAR KEHADIRAN BEKAS-BEKAS PELAJAR, SEBAGAI INISIATIFNYA, KAMI DAPAT JUGA BERGAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA DI DEWAN BESAR. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIKGU UCAPKAN KEPADA NAJIB. AFIZUL DAN PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN SHAKINA
DAN RAKAN-RAKAN KEHADIRAN KAMU SEMUA SANGAT BERMAKNA BAGI CIKGU. SEMENTARA ZARITH DAN RAKAN-RAKAN CIKGU MINTA MAAF KERANA TERPAKSA BERSEDAR DARI KAWASAN SEKOLAH KERANA TUGASAN, WALAUPUN PADA MASA YANG SAMA ACARA SAMBUTAN HARI GURU MASIH BERJALAN DI DEWAN.
           PALING SERONOKNYA ACARA BOLA JARING MUSLIMIN, SAYA JUGA MENYERTAINYA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA BAHAN TEKNIK MENJAWAB PMR MASIH BELUM SEMPAT CIKGU FOTOSTAT KETIKA ITU, OLEH SEBAB, PEMAIN BOLA JARING TAK CUKUP DAN CIKGU TENGOK USTAZ ARIPPUN SAMA TERLIBAT , APALAGI CIKGUPUN TUMPANG SAMA MAIN, AKIBATNYA PELUH CUCUR DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG JARI KAKI, BASAH BAJU DAN SELUAR. LEPASTU, BARU CIKGU FOTOSTAT BAHAN. PMR SAMPAI SAJA DI SEKOLAH, PERTANDINGAN BAHAS ANTARA GURU DAN PELAJAR BERMULA, 
           SAYA TERUS JADI HAKIM BERSAMA CIKGU ARIFIN, DAN CKGU SITI MUNAWIRAH. KELETIHAN DAN RIMAS KERANA BAJU BASAH HILANG APABILA  MELIHAT GELAGAT PEMBAHAS YANG BERTANDING DENGAN TAJUK "HUKUMAN ROTAN WAJAR DITERUSKAN DI SEKOLAH. BAYANGNKAN CIKGU LAWAN MURID, NAMUN CIKGU PUJI SIKAP PEMBAHAS YANG DIWAKILI HALIM, FAIRUZ  ADIBAH , DAN FAISAL KERANA DAPAT MENYAMPAIKAN HUJAHAN DAN BIDASAN DENGAN BAIK SEMENTARA PASUKAN GURU JUGA TAK KURANG HEBATNYA, ANTARANYA CIKGU FAIZAL SELAKU KETUA PEMBANGKANG, FAKTA YANG DIKEMUKANNYA DIA SENDIRI PUN TAK TAHU BETUL ATAU TIDAK TETAPI CIKGU FAISAL NI MEMANG HEBAT  WALAUPUN PADA PERINGKAT AWAL BELIAU MENYATAKAN RASA GUGUPNYA TETAPI BELIAU CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DENGAN GAYA YANG TERSENDIRI, JUSTERU MEMANG  CIKGU FAIZAL HEBAT APABILA BERADA DI ATAS PENTAS PEMBANGKANG SEMUA STRATEGI DIGUNAKANNYA, CIKGU NURULINA LAGI HEBAT KERANA BERJAYA MENGGUNAKAN SEMUA FAKTA DARIPADA FAKTA BUKU, RADIO, TELEVISYEN, MAJALAH, SAMPAI FAKTA YB. HJ. NOH GADUT DIGUNAKANNYA DALAM PERBAHASAN, NAK MENANGLAH KATAKAN, SAMPAI YB. PREMIS KERAJAAN TERLOPONG DIBUATNTA MELIHAT GELAGAT CIKGU NURULINA BERHUJAH SEHINGGA BELIAU MENCABAR YANG BERHORMAT KERAJAAN MENGGUNAKAN FAKTA SEPERTINYA KETIKA  BERBAHAHAS JIKA TIDAK JANGAN BERBAHAS DENGANNYA, HEBAT BETUL CIKGU NURULINA NI. BEGITU JUGA CIKGU FAZZUAN BEKAS PEMBAHAS  TERBAIK UPSI  DAN JUGA GURU KAUNSELOR, SEKOLAH, BAYANGKAN, HILANG PERSONALITINYA SEBAGAI KAUNSELOR KETIKA ITU KERANA MUNGKIN KERANA NAIK KE PENTAS SEMANGAT JUANG ALA HANG TUAH MERESAP KE DALAM JIWANYA, DENGAN KEHEBATAN BERMAIN KATA-KATA TERLOPONG LAGI PREMIS KERAJAAN. BAYANGKAN FAKTA KUAT DAN JELAS BERDASARKAN PEKELILING DAN PERATURAN YANG DIGUNAKAN OLEH YANG BERHORMAT KERAJAAN DI PUSING DAN DIBELASAHNYA CUKUP-CUKUP SEHINGGA KAMI PARA HAKIM JUGA TERLOPONG DIBUATNTA. HEBAT BETUL PEMBAHAS UPSI NI DALAM FIKIRAN SAYA. 
             BAYANGKAN, YB. KERAJAAN TELAH MENDAPAT FAKTA KERANA ADA GOLONGAN KAUNSELOR JUGA MEROTAN, JIKA DIAMBIL KIRA FAKTA TERSEBUT BOLEH MEMENANGKAN KERAJAAN TETAPI CIKGU FAZZUAN BOLEH MENGUBAH FAKTA DENGAN BERHUJAH KAMI KATA MEROTAN HANYA TERPAKSA DAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN PELAJAR. TAMBAHAN PULA ISU ITU, ISU TERPINGGIR. KESIMPULANNYA, SEBAGI JURI HAKIM KAMI MEMBUAT KESIMPULAN PREMIS PEMBANGKANG HEBAT KERANA MEREKA BERJAYA MENGHIDUPKAN SUASANA PERBAHASAN WALAUPUN DARI SEGI STRATEGI AGAK HANCUR, TETAPI MEREKA BERJAYA MENGHIDUPKAN SUASANA PERBAHASAN SEHINGGA USTAZ ARIP, USTAZ YAZID DAN SIDANG DEWAN KETAWA TAK KERING GUSI  DIBUATNYA MELIHAT TELATAH YANG BERHOMAT. KESIMPULANNYA, MEMANG PERTANDINGAN PERBAHASAN ANTARA GURU DAN MURID NI ADA KELAS DAN WAKIL PREMIS GURU BOLEH DI KETENGAHKAN UNUK PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.
        SEHINGGA SAYA KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH KEPUTUSAN PARA JURI TETAP RAHSIA, TETAPI KAMI SEBULAT SUARA MENGATAKAN PREMIS GURU JUARA KERANA MEREKA BERLAWAN DENGAN PEMBAHAS SEKOLAH YANG SUDAH PAKAR DENGAN HUJAHAN DAN STRATEGI TETAPI MEREKA BERJAYA MENGHIDUP DAN BERBAHAS DENGAN CARA MEREKA YANG TERSENDIRI. APAPUN TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMBAHAS KERANA MUTU PERBAHASAN AGAK TINGGI WALAUPUN DARI SEGI STRATEGINYA BANYAK YANG BOLEH DIPERBAIKI.  NAMUN, PERTANDINGAN BAHAS HARI GURU 2010 ADA KELASNYA.

Isnin, 17 Mei 2010

NOSTALGIA LAMA BERPUTIK SEMULA

Sy pljar cikgu semasa di SKSI thn 1999... cikgu pnah menjadi guru kelas sy thn 6 melur. tapi hanya sementara. saya menangis kerana terpaksa dipindahkan ke kls 6 bestari. cikgu la yg pjuk saya masa tu.... sudah 11 tahun berlalu, saya xpasti cikgu masih menginmgati saya atau x, saya noor idayu binti idrus...seangkatan dengan muhd huzair b. zakhal, izyan hanis abu bakar, khairunnisa abd rahim, balqis, ayu afiqah nasrullah.... itu atra top student zaman saya dulu. mgkin leh bantu cikgu ingat sikit2... skrg, sy baru saja tamatkan degree di uum dan skrg sdg berkira2 nk smbung master @pun kerja dulu.... terima atas doa cikgu....

Sungguh bangga saya seorang guru, ada insan yang pernah bersama-sama 11 tahun dulu menghubungi dan cuba membuka nostalgia lama. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih. kepada yang lain-lain hubungi cikgu. Cikgu rindu dan ingin menumpang gembira atas kejayaan kamu semua. Itulah kata-kata seorang pelajar yang cuba mengingatkan memori seorang guru tua.

WARGA GURU DAN PELAJAR SMKASAS BERCUTI

Sudah tiga hari kami bercuti kerana asrama digunakan sebagai penginapan  pemain-pemain tenis sempena Pertandingan Tenis Peringkat Negeri Perak Di UITM Seri Iskandar. Namun, esok hari yang ditunggu-tunggu guru dan para pelajar SMKASAS- Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Walaubagaimanapun, saya terpaksa menyambut hari guru di sebelah pagi dan pada sebelah petang beri ceramah teknik menjawab soalan SPM di SM Maahad Al Aziz dan malam cadangnya di Dewan Besar SMKASAS untuk anak-didik tercinta. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melakukannya.

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010 KEPADA SETIAP WARGA GURU SMKASAS

Selamat Hari Guru Saya Titipkan Kepada Semua Guru SMKASAS. "The Way You Teach, The Knowledge You Share, The Care You Take, The Love You Shower, Makes You The World's Best Teacher" HAPPY TEACHER'S DAY.  Guru Ibarat Lilin Menerangi Orang Lain.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENGHUBUNGI SAYA

Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan terima kasih atas ucapan keramat " Selamat Hari Guru" kalian  kepada saya. Saya akan cuba membalas setiap ucapan yang diberi. Jika saya terlepas pandang saya mohon maaf dan apapun terima kasih ingatan semua. Pada tahun ini saya rasa amat bertuah dan gembira sebagai seorang guru kerana dapat bertemu dengan pelajar-pelajarnya walaupun secara maya. InsyaAllah doakan kerana "Kami sedang berusaha untuk mencari ruang dan waktu untuk mempertemukan kamu semua di bawah lembayung SMKASASian. Sila hubungi semua rakan-rakan dan sila selalu mendapat imformasi di blog ini.
Saya juga rindu dengan tegur sapa dan gelak ketawa ketika kita bersama suatu masa dulu. 

Daripada seorang guru.

Mohd. Ramsul Abd. Rahiman

Sabtu, 15 Mei 2010

TERIMA KASIH ATAS SAJAK DAN KATA HIKMAT YANG DIBERIKAN

Dia yang mengajar Malaikat membaca,
Dia yang mengutus Jibril untuk mengajar Muhammad,
Dia jualah yang membolehkan manusia membaca,
Kerana Dialah pemilik segala ilmu.
Seusai berlalunya Zaman Rasulullah,
Seusai lenyapnya Zaman Khulafa' Ar-rasyiddin,
Seusai malapnya Zaman Abassiyah dan Umaiyah,
Seusai berakhirnya Era Kegemilangan Melaka.

Kini,
Tugas para Rasul terpilih,
Tugas para Ulama',
Tugas para Dai'e,
Diteruskan oleh sekelompok manusia terpilih.

Kelompok manusia yang akan mengasaskan Dinasti Melayu,
Cekalnya kelompok manusia ini,
Tanyalah pada dinding dan tingkap madrasah,
Kelompok manusiawi ini siapa lagi kalau bukan GURU.

GURU - Lantera Kehidupan Masyarakat
GURU - Kegemilangan Dan Kejayaan
GURU - Disiplin Dan Sahsiah.


NUKILAN MIOR MUHAMMAD FARIS ( TING. 5H 2009)

KATA-KATA HIKMAT

Jika api dibalik semak menyala , maka segera padamkan ia jika dibiar kelak binasa ..
namun jika lilin ini yang menyala , maka jangan dipadam ia kerana sukar mencari penggantinya .. selamat hari guru cikgu.. terima kasih kerana mengajar saya

Nukilan Abd. Jalil Khairuddin

SESUNGGUHNYA BESAR MAKNA SAJAK DAN KATA-KATA HIKMAT INI BAGI SEORANG INSAN KERDIL DI SISI KHALIKNYA.   TERIMA KASIH

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2010

InsyaAllah saya akan memberi teknik menjawab Kertas Bahasa Melayu  SPM 2010 seperti di ketentuan berikut:-
      a) SMA Maahad Al Aziz Parit:-
                         Tarikh:  18 Mei 2010
                         Masa :   3.00 petang.
                         Hari   :   Selasa
      b) SMK Seri Iskandar, Seri Iskandar:-
                         Tarikh:   22 Jun 2010
                          Masa :  2.00 petang.
                          Hari   :  Selasa.
      c)  SMKASAS sekolah sendiri:-
                          Tarikh : 18 Mei 2010
                          Masa  :  9.15 malam
                          Hari    :  Selasa
                          Tempat : Dewan Besar SMKASAS ( Waktu Tuisyen)
           YaAllah Tuhan Yang Maha Besar Berikan Aku Kekuatan Dan Tenaga Untuk Memberi Ilmu Ini Kepada Anak-Anak Bangsaku. Aku Tahu Hambamu Ini Lemah Hanya Kepada-MU Tempat Aku Meminta dan Pada-Mulah Tempatku Mengadu. Amin.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMKASAS

INGAT, CUTI TIGA HARI SEMPENA ASRAMA DIGUNAKAN UNTUK PENGINAPAN PEMAIN TENIS NEGERI PERAK 2010 BUKAN WAKTU UNTUK BERSENANG- LENANG KERANA MINGGU HADAPAN MINGGU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN. JUSTERU, GUNA MASA YANG ADA SEPANJANG CUTI KALI INI UTNUK MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN. SEMOGA ANDA AKAN MENDAPAT HASILNYA DARIPADA APA YANG ANDA USAHAKAN.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN 2010

Jumaat, 14 Mei 2010

KERJA RUMAH TING. 5B ( KARANGAN BERPANDU)

Makluman Terbaru Anda Boleh Klik Pada Laman Pautan Di sana terdapat soalan-soalan berkaitan peperiksaan dan juga ada imformasi tentang peribahasa. Anda boleh mendapatkan soalan-soalan berkenaan tetapi anda perlu muat turun semua imformasi tersebut. Harap maklum. Saya akan cuba add banyak lagi imformasi tentang ilmu bahasa di pautan ini. Doakan semoga usaha saya ini berjaya. Amin.

Soalan menuntut calon membincangkan faedah-faedah apabila calon menyertai badan beruniform di sekolah. Oleh itu, calon boleh memanipulasi pengalaman menyertai badan beruniform di sekolah bagi membincangkan isu ini.

PENDAHULUAN :

- definisi badan beruniform
- kepentingan menyertai badan beruniform
- melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti berfaedah
- boleh meluaskan pergaulan dan menambah kenalan baharu
- mengutip pelbagai pengalaman berkait dengan aktiviti badan yang disertai
- membentuk sahsiah diri yang seimbang - JERI
- contoh : kadet polis, kadet remaja sekolah, puteri Islam, Ranjer Puteri, dll
- pelbagai faedah lain boleh diperoleh dengan menyertai badan beruniform

ISI-ISI :

- ketahanan mental dan fizikal
- membina pemantapan diri menerusi pelbagai aktiviti
- membina kekuatan dalaman dan luaran
- contoh :
- abseling, rapelling
- boleh menjelaskan pelbagai isu dengan baik

- Semangat kerjasama dan pembentukan disiplin
- aktiviti yang diadakan menuntut semangat kerjasama
- semai sikap saling membantu seperti aur dengan tebing
- pupuk persefahaman dan perasaan kekitaan yang tebal
- meringkan beban kerja dan menyelesaikan kerja dengan cepat
- contoh :
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

- pengetahuan asas bantuan kecemasan
- memperoleh pengetahuan penting untuk membantu orang lain ketika kecemasan
- boleh digunakan untuk membantu orang
- Contoh :
- persatuan bulan sabit merah - asas merawat

PENUTUP :
- pelbagai faedah boleh diperoleh sekiranya aktif dalam kegiatan badan beruniform
- membangunkan potensi dan keyakinan diri
- meluaskan pergaulan yang sihat dalam aktiviti berfaedah
- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

MAKLUMAN KERJA RUMAH UNTUK PELAJAR TING. 3K, 3H DAN 5B

Kepada pelajar Ting 3K dan 3H yang tersayang, anda boleh memilih kerja sendiri sama ada yang terdapat di dalam Modul PMR atau Buku Kerja sendiri. Pilih mana-mana kerja yang anda dapati anda kurang kuasai dan latihan tersebut diharap akan dapat memantapkan kemahiran anda. Jika ada tidak membawa buku modul atau tidak mempunyai buku latihan, insyaAllah saya akan pilih latihan dan masukkan ke dalam modul ini. Sila tunggu dan diharapkan saya akan dapat memuatkanya pada hari ini juga jika tidak ada masalah.

Kepada pelajar Ting. 5B, anda boleh memilih latihan yang terdapat di dalam buku kerja One Target, dan pilih karangan umum, atau karangan berpandu, atau pilih apa-apa latihan yang anda rasa perlu anda lakukan untuk memantapkan kemahiran. Anda juga boleh membuka web pautan dalam rakan-rakan guru BM dan memilih latihan yang sesuai kerana di sana ada soalan SPM sebenar seperti laman Cikgu Razak 1, 2 atau 3.

Paling utama nawaitu anda, jika anda ingin membuat latihan banyak cara dan usaha boleh anda lakukan. Saya amat menyokong dan akan memeriksa setiap latihan yang anda lakukan. Mantapkan penguasaan bahasa anda. Selamat bercuti. Jika ada masalah sila laporkan dalam Cbox saya dan saya akan bantu.

Khamis, 13 Mei 2010

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEMPENA HARI GURU 2010

TAJUK : HUKUMAN ROTAN WAJAR DITERUSKAN DI SEKOLAH.
PASUKAN GURU : CIKGU NURUL FAUZUAN B. KHALID ( KAUNSELOR-BEKAS PEMIDATO TERBAIK UPSI,  PN. NURULENA LEE BT. ABDULLAH, CIKGU FAISAL B. UYUB.
PASUKAN PELAJAR : FAIRUZ ( BEKAS PEMBAHAS SEKOLAH, DAN DIBANTU OLEH PASUKAN PEMBAHAS YANG  TELAH MENJADI JOHAN PERTANDINGAN BAHAS PERINGKAT SEKOLAH 2010)

PREMIS  KERAJAAN : PELAJAR
PREMIS PEMBANGKANG : GURU-GURU SMKASAS

HAKIM PERTANDINGAN : CIKGU MOHD. RAMSUL DAN PN. SITI MUNAWIRAH.
SETAKAT INI PASUKAN PEMBAHAS SEDANG MENCARI BAHAN UNTUK MENGHADAPI PERTANDINGAN BAHAS HARI GURU 2010. DIHARAPKAN PERTANDINGAN BAHAS TERSEBUT AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SETIAP PESERTA AKAN BERHUJAH DENGAN FAKTA YANG TERKINI, MANTAP DAN MENGIKUT PERATURAN PERTANDINGAN.

TARIKH : 18 MEI 2010
TEMPAT: DEWAN BESAR SMKASAS
MASA    : 8.30 HINGGA 9.30 PAGI
HARI      : SELASA


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010

Rabu, 12 Mei 2010

MAKLUMAN TERBARU UNTUK BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS

Assalamuaikum, sekiranya ada bekas-bekas pelajar SMKASAS yang membaca makluman ini, sila berikan alamat  laman web anda sama ada bentuk blogspot atau wordpress untuk saya masukkan ke dalam pautan bekas-bekas pelajar dalam blogspot saya ini. Tujuannya untuk memudahkan anda berhubung dan mengetahui perkembangan diri masing-masing. Dalam pada masa yang sama kita dapat membina ukhwah yang sudah lama terputus antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru atau pelajar dengan pentadbir. Dengan cara ini juga, kalian boleh berbincang bagaimana untuk mewujudkan ALUMNI SMKASAS seiring dengan Alumni sekolah ternama seperti STAR, MCKK dan sebagainya. Keluarga SMKASAS hebat kerana sudah 26 tahun kalian bertebaran di merata pelusuk negara, nusantara dan dunia dan apatah salahnya kalian bertaut semula kerana kalian adalah INSAN KAMIL yang pernah dilahirkan disebuah INSTITUSI BERNAMA SMKASAS ATAU SASIS.
            Sila uar-uarkan makluman ini kepada rakan-rakan anda yang bergelar SMKASASian di mana sahaja mereka berada. Semoga usaha ini akan memudahkan lagi pertautan anda semua dalam satu keluarga besar SMKASAS.

Selasa, 11 Mei 2010

SIRIH PULANG KE GANGGANG (ALUMNI SMKASAS)

        SMKASAS SUDAH WUJUD DI BUMI ALLAH INI SELAMA 26 TAHUN, DAN
RASANYA SUDAH BERIBU-BERIBU INSAN KAMIL TELAH DILAHIRKAN DI SINI.JIKA DIBUAT TINJAUAN SECARA  LOGIK AKAL KEBANYAKAN MEREKA SUDAH MENJADI GOLONGAN PROFESIONAL , MELEBARKAN SAYAP DI PERSADA NEGARA, NUSANTARA ATAU MUNGKIN DUNIA. SAYA YAKIN ADA ANTARA MEREKA INI  TELAH MENJADI PEMIMPIN, GOLONGAN USAHAWAN BERJAYA, PENTADBIR, PENSYARAH, PENGAMAL PERUBATAN , GURU-GURU DAN PENGUATKUASA AGAMA, DAN PELBAGAI LAGI KERJAYA. NAMUN HAKIKATNYA KE MANA MEREKA SEMUA. SAYA MASIH TERKENANG USAHA SAYA UNTUK MEWUJUDKAN ALUMNI SMAKASAS SEMASA MENJADI SETIAUSAHA PIBG SUATU MASA LALU, PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN TELAH DIBUAT DENGAN HARAPAN ALUMNI SMKASAS MENJADI KENYATAAN NAMUN USAHA TERSEBUT GAGAL. ATARA NAMA PENGASAS ALUMNI YANG BERUSAHA MEREALISASI USAHA MURNI ANTARANYA IALAH SAUDARA ZUBAIRI DAN TUN FAISAL. MEREKA IALAH PELAJAR TERAWAL YANG PERNAH DILAHIRKAN SEBAGAI INSAN KAMIL DI SINI.
          SAYA PERCAYA RAMAI BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS YANG MASIH SAYANG SMKASAS DAN CUBA UNTUK MEMBUKA SEMULA NOSTALGIA LAMA SEPANJANG MEREKA BERADA DI BUMBUNG SMKASAS PADA SUATU KETIKA DULU.  MUNGKIN JUGA ADA YANG INGIN BERTEMU DENGAN RAKAN-RAKAN LAMA, BERTEMU DENGAN BEKAS-BEKAS GURU YANG MASIH DAN TETAP ADA DI BUMI SMKASAS SEMENTARA MEREKA MASIH ADA. NAMUN, KITA TIDAK DAPAT MENGELAK KERANA ADA ANTARA PENTADBIR DAN GURU SMKASAS SUDAH DIPANGGIL DAN BERTEMU DENGAN KHALIKNYA, CUMA YANG DAPAT KITA BUAT KETIKA INI HANYA MENYEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA MEREKA AGAR ROH MEREKA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG MUKMIN DAN MUKMINAT.
           DEMI MASA ,SESUNGGUHNYA  MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN SELAIN DARIPADA  ORANG-ORANG YANG BERIMAN , MENGERJAKAN KEBAIKAN DAN INGAT MENGINGATKAN SERTA BERPESAN SATU SAMA LAIN DENGAN KEBENARAN.....SURAH AL-ASHR. OLEH ITU,BEKAS-BEKAS PELAJAR PERLU KEMBALI SEMULA KE SMKASAS DAN  BANYAK PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN BERSAMA SERTA KALIAN BOLEH MEMBINA DAN MENJALINKAN UKHWAH YANG TELAH SEMAKIN RENGGANGDIHARAPKAN SETIAP INSAN KAMIL YANG PERNAH LAHIR DI SINI , MEMBACA TULISAN INI PERLU MENGHUBUNGI RAKAN-RAKAN MENGIKUT SESI TAHUN PERSEKOLAHAN DAN MERANCANG UNTUK KEMBALI KE SMKASAS SEMULA ( SIRIH PULANG KE GANGGANG).

Ahad, 9 Mei 2010

KARNIVAL SAMBUTAN HARI GURU 2010

TARIKH  : 18 MEI 2010
HARI       : SELASA
MASA     :  7.30 PAGI HINGGA 12.00 TGH

Aktiviti  i) Debat Parlimen antara guru dan pelajar.
           ii)  Berbalas pantun antara guru dan pelajar.
          iii)  Bola Jaring Muslimin - Guru Lelaki bertemu Guru Lelaki.
          iv)  Pertandingan batu serembam.
           v)  Pertandingan memasak antara jabatan - Sains& Matematik, Jabatan Bahasa, Jabatan
           Kemanusian,  Jabatan Teknik & Vokasional.
** Wakil guru pertandingan Bahas ( Ustaz Sidik Aliman,  Pn. Nurulina Lee, dan En. Fauzuan)
     Wakil pelajar masih rahsia
     ( Hakim : Mohd Ramsul Abd. Rahiman dan Pn. Siti Munawirah)
     Pengelola : Pengerusi Majlis Pra Siswazah            
** Wakil Guru Pertandingan Pantun ( Tn. Habib Roslan Habib Baharum, Pn. Mansurah, dan Pn.
     Hazimah bt. Wahab)
     Wakil pelajar masih rahsia
     ( Hakim Pn. Rahayu Karim dan Pn. Dalia Ibrahim)
      Pengelola : Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu
        ** Pertandingan Bola Jaring:
Pasukan  Mahaguru  ( Ahmad Zaky, En. Roslan ( Pemandu), En. Mohd Ariffin, Tn, Syed Noh dan
Cikgu Hassan ( Kaunselor)
      Pengelola : Pengerusi Kelab Bola Jaring
Pasukan  Sifu  ( FaizulAhkyar, Hj. Hasnan, Cikgu Mohd Noor, Ustaz Husin, Ustaz Ghazali, Cikgu
Ahmad Sirajuddin, dan Ustaz Hidzir)
** Pertandingan Memasak :-
Jabatan Sains & Matematik ( Pn. Hjh Zainun Othman, Pn. Maizatul Rahayu, Cikgu Faizal Uyub)
Jabatan Bahasa  ( Pn. Hazaliza, Pn. Norayun, Cikgu Anizan)
Jabatan Pend. Islam ( Pn. Nor Radziah, Ustazah Marsirah, Pn. Kartina Suriani ( Pemb. Makmal)
Jabatan Kemanusian ( Pn. Rohana Nee, Pn. Hjh. Romlah, Pn. Noorle Safiai ( Juruteknik)
Jabatan Teknik Vokasional ( Pn. Zaimah, Pn. Maizura, dan Pn. Yuniza bt. Talib )
    Pengelola : Pengerusi Persatuan Kemahiran Hidup  Bersepadu
Hakim ( Ustaz Arip Sa'aya, Ustaz Mohd Ariffine Daud, Pn. Bainah Ab. Dollah, Ustaz Muhammad,
dan Ustaz Yazid )
    Pengacara : Cikgu  Mohd. Zafrullah b. Yaakob.
           
  Sudah pasti Karnival Hari Guru Tahun Ini Luar Biasa dan Meriah.
  SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010

Selasa, 4 Mei 2010

TERIMA KASIH SEMUA PELAJAR DAN BEKAS-BEKAS PELAJAR

SAYA AMAT BERBANGGA KEPADA PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR YANG SUDI MENGHUBUNGI SAYA. SAYA BERHARAP KALIAN JANGAN MARAH JIKA SAYA GAGAL MENGHUBUNGI KALIAN SEMULA . INSYAALLAH  JIKA ADA MASA LAPANG SAYA AKAN MEMBALAS MESSAGE DAN CHAT KAMU.

Isnin, 3 Mei 2010

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT NEGERI PERAK 2010

Esok, 3 hb. Mei 2010, Kontijen Bola Baling Perak Tengah akan bertolak ke SMT Krian untuk Menyertai Pertandingan Bola Baling  Peringkat Negeri. InsyaAllah , kami akan bertolak dari SMK Layang-Layang Kiri Pukul 7.30 Pagi. Doakan kami berjaya di sana.

Sabtu, 1 Mei 2010

AYUH UBAH PERSEPSI SEMUA TERHADAP BIDANG SUKAN

KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKTIF DAN TERLIBAT DALAM  AKTIVITI SUKAN SECARA PROAKTIF SEGERA UBAH PERSEPSI MASYARAKAT   TERHADAP AKTIVITI RIADAH INI. AYUH MANTAPKAN DIRI KAMU SEMUA DALAM BIDANG AKADEMIK KERANA KAMU SEMUA BOLEH. MENYEIMBANGKAN KEDUA-DUA BIDANG TERSEBUT  DAN INI AKAN MEMANTAPKAN DIRI KAMU SEMUA DAN KETIKA ITU TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MEMPERTIKAI AKTIVITI YANG BANYAK IMPAKNYA DALAM MEMBENTUK PERSONALITI INSAN SEIMBANG. JIKA KAMU BERJAYA MENYEIMBANGKAN KEDUA-DUA BIDANG TERSEBUT, KAMULAH INSAN KAMIL YANG TERBILANG YANG DILAHIRKAN DI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN BERGELAR SEKOLAH KLUSTER AKADEMIK. JIKA KAMU GAGAL ADA INSAN YANG PALING TERLUKA DAN SEMEMANG HATINYA TELAH TERLUKA..... AKAN TERUS TERLUKA.....
JIKA GURUMU BOLEH MENYEIMBANGKAN TUGASANNYA DALAM BIDANG KORUKULUM, KOKURIKULUM SUKAN, DAN KOKURIKULUM AKADEMIK KAMUPUN BOLEH JUGA.......CUBA UBAH PERSEPSI TERSEBUT SEKARANG JIKA TIDAK KAMU AKAN DIPANDANG RENDAH TERMASUKLAH GURUMU......KETIKA ITU HATI INSAN INI AKAN TERUS TERLUKA......JIKA TERLUKA BERDARAH BOLEH DIUBAT DAN DIRAWAT TETAPI JIKA HATI INSAN INI TERLUKA........BAGAIMANA CARA MENGUBATNYA MELAINKAN KALIAN SAJA BOLEH MENGUBATNYA.......IMBANGKAN SEMUA BIDANG YANG KAMU CEBURI.