SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 28 Disember 2012

PERTANDINGAN PERBAHASAN BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 2013

       Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen dijadualkan pada 8 hingga 9 Mac 2013 di SMK Cangkat Lada, Seberang, Perak. Justeru, kepada pelajar yang berminat untuk mewakili sekolah perlu memberikan nama kepada saya dengan segera apabila sesi persekolahan 2013 bermula. Pelajar-pelajar berminat akan diberi pendedahan tentang pengetahuan berbahas dari segi format pertandingan dan kemahiran berhujah sama ada  membidas dan mempertahankan hujah. InsyaAllah jika ada masa, pertandingan Bahas Parlimen peringkat sekolah akan diadakan untuk menentukan pembahas yang berkaliber, kreatif, dan mampu untuk mempertahan atau membidas hujah dalam pertandingan sebenar. Harap maklum.

Sebagai panduan di bawah diselitkan beberapa contoh teks perbahasan sebagai panduan.
 Contoh teks Ucapan Perdana Menteri:-

CONTOH USUL BAHAS ALA

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera dan selamat petang

Yang Berhormat  Tuan Speaker Dewan
Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang

Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul “Rancangan Realiti Televisyen mampu melahirkan Masyarakat Madani”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan  sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Rancangan Realiti Televisyen bermaksud program atau siaran televisyen bersifat interaktif yang dijayakan sebilangan peserta yang telah melalui proses saringan dan tapisan yang tertentu. Rancangan realiti mempunyai fokus tertentu seperti pencarian bakat hiburan popular dan alternatif, ilmu, interaksi sosial, sukan, dan lain-lain. Masyarakat madani ialah suatu sistem sosial yang mementingkan ketertiban, kerukunan dan pematuhan terhadap keperluan hidup yang sejahtera. “Mampu melahirkan” membawa maksud kebolehan atau prospek pembentukan, pembinaan, dan penyempurnaan sesuatu hasrat.  Pendek kata, usul kerajaan kali ini secara mudah bererti bahawa siaran interaktif televisyen yang memungkinkan harapan terbentuknya sebuah masyarakat yang serba sejahtera. 

Saya, ___________________________ telah menjelaskan definisi konsep usul persidangan sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang teramat sukar digugat oleh pihak pembangkang. Seribu  langkah bermula dengan satu langkah. Strategi kerajaan yang pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri Kedua, Yang Berhormat Dato’ Seri ________________________ akan meneguhkan kes kerajaan dengan menolak definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah Ketua Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan. Saya tidak nafikan bahawa pembangkang kedua akan menolak dan menyembunyikan kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat gelas separuh kosong itu mudah diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan dan punah ranah bagaikan puing-puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan, kerajaan akan memastikan hujah pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah utama kerajaan ialah pembentukan jati diri dalam kalangan peserta rancangan realiti dan para penonton yang menjadi pengundi. Para peserta perlu menyiapkan diri mengikut tema tertentu dengan menerapkan elemen kreativiti dan komitmen dalam persembahan demi untuk memancing perhatian dan memenangi sebanyak mungkin undian. Di pihak pengundi yang menjangkau segenap pelosok negara, pada akhirnya akan memenangkan peserta yang benar-benar memiliki bakat dan ciri pemenang sejati, setelah mengambil kira ulasan juri profesional usai persembahan setiap seorang peserta. Jelaslah bahawa peserta mesti menampilkan aksi yang terbaik, unik dan memukau. Keyakinan diri dan daya saing akan jadi taruhan. Para pengundi yang menjadi hakim perlu menjadi jauhari yang mengenal maknikam. Dalam jangka masa panjang, faktor emosi yang mungkin mempengaruhi pola undian akan berada pada skala yang kecil sahaja. Sebagai contoh, Mawi sebagai produk Akademi Fantasia berjaya mendekatkan masyarakat Malaysia kepada hiburan yang santai tetapi sarat mesej. Begitu juga rancangan realiti televisyen yang lain seperti Akademi al-Quran, Akademi Nasyid, Gadis Melayu, Mencari Menantu, Pesona Nona dan sebagainya yang memupuk jati diri dalam kalangan peserta dan penonton yang menjadi pengundi. Ini belum termasuk pihak penganjur yang berhempas pulas menyajikan format, dan konsep rancangan realiti televisyen yang diterima, serta mempunyai sejumlah besar pengikut yang setia. Jelaslah bahawa konsep rancangan televisyen kita memiliki acuan sendiri, dan tidak sama sekali meniru rancangan realiti televisyen Barat yang menjurus kepada budaya hedonisme dan hawa nafsu. Pihak kerajaan memberi jaminan bahawa apa-apa jua kelemahan dan kekurangan yang mungkin cuba diuar-uarkan oleh pihak pembangkang tidak berupaya menghapuskan gemerlap kebaikan rancangan realiti televisyen yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat madani yang sama-sama kita impikan.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Masyarakat madani yang serba sejahtera bertunjangkan jati diri. Sebab itu, saya ingin menegaskan buat kesekian kalinya bahawa rancangan realiti telivisyen mampu melahirkan masyarakat madani.

Saya, Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.

Contoh Kedua Teks Ketua Menteri/ Perdana Menteri:-
 

Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.


Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi,.”Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan “Industri” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan “mangkin” bermaksud unsur yang mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa “Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara” bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara konsesnsus.


Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya, selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah sedarkah pihak pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi krisisi makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.



Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak wang negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perindustrian.



Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang keperluan kita sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,

Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,

Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan mangkin kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu eleman penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh oleh pihak pembangkang…..



Contoh teks Menteri Kedua:-


Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)
Soalan Contoh
Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Rangka Karangan

Kata alu-aluan

Pendahuluan

- tolak pindaan usul oleh pembangkang – sokong definisi usul Perdana Menteri

Isi-isi Penting

i. bidasan terhadap pembangkang
ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah

Penutup

- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Teks Contoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,
Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Tuan Yang Dipertua,
Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,
Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi sepatutnya pihak berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, suddah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Jadi, perkara pokoknya di sini, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,
Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan masyarakat tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,
Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan penyedia makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Tuan Yang Dipertua,
Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi.

Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.



REMAJA BERKULALITI MODAL INSAN NEGARA
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua.Rakan-rakan kerajaan,perwakilan pembangkang serta ahli-ahli dewan .

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Saya selaku menteri ketiga telah diberi amanah untuk membidas serta mematahkan ketiga-tiga hujah yang telah dikemukakan sebentar tadi oleh pihak pembangkang. Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini ,adalah untuk menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan sekalian bahawa sesungguhnya remaja itu merupakan tunjang  yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kelak. Oleh yang demikian,pihak kerajaan telah bersepakat serta sebulat suara bersetuju dengan premis Remaja Berkualiti Modal Insan Negara.



Tuan Yang Dipertua,



Untuk menolak usul yang dikemukakan pihak pembangkang , saya akan mendedahkan serta menyatakan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan pembangkang sebentar tadi.



Saya tidak pandai bermain dengan emosi.Maka,saya ingin membetulkan ketidaktepatan fakta.Kelemahan pertama yang dilakukan oleh YAB_____________ menyatakan bahawa jenayah dalam kalangan remaja kini bagai tiada noktahnya. Namun kenyataan itu salah sama sekali. Hal ini kerana, statistic kadar jenayah dalam kalangan remaja kini menunjukkan  penurunan yang ketara.kondisi ini bukan sekadar omong kosang,”Polis Diraja Malaysia(pdrm) kini berada di landasan yang betul dalam mengurangkan indekskadar jenayah yang melibatkan kerjasama daripada masyarakat “itulah kata-kata yang daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saya petik pada laman MSTAR online yang telah dipaparkan pada 1oktober 2011. Berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM pada setiap tahun mencatatkan jumlah penurunan kadar jenayah yang memberangsangkan. Statistik terkini menunjukkan  indeks kadar jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala kadar jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus dalam tempoh sama berbanding 2009. Hal ini telah terbukti bahawa dengan adanya hubungan yang kukuh antara polis dan penduduk merupakan asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah dengan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya.Jelas sekali pencegahan jenayah bukan sahaja memerlukan kesedaran tentang jenayah masyarakat, malah amat bergantung kepada kerjasama yang diterima pihak polis daripada masyarakat setempat.





Seterusnya,kerapuhan usul kedua yang di kemukakan oleh ______________ yang berbunyi remaja mempunyai keperibadian yang lemah  .Bagi menangikis tuduhan yang tidak berasas itu, Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 julai 2003. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara.Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan.Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara ini juga merupakan salah satu platform untuk memberi didikan,pembangunan moral dan merangsang tenaga intelektual bagi membina tamadun bangsa yang cemerlang.saya ingin melontarkan satu soalan yang cukup penting.Adakah kemudahan yang telah pihak kerajaan sediakan sperti  P..L…K…N… ini masih ingin disia-sia kan serta dipandang enteng? Sedangkan kemudahan ini jugalah yang mencorak satu generasi yang berilmu,berketerampilan ,bersahsiah mulia.Malah, kemudahan ini jugalah yang menampilkan wajah genarasi muda yang bersulamkan tekad yang ingin menjulang Negara hingga ke puncak jagat.




Bagi menjernihkan tanggapan yang keruh yang telah dikemukakan oleh _________________  yang berbunyi  remaja kini menzalimi diri sendiri.Kondisi ini memang tidak dapat dinafikan oleh semua pihak seperti mengambil dadah,melakukan seks bebas dan sebagainya.pascamodenisasi ini,remaja semakin dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit dan mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran . Namun , pihak kerajaan mengambil langkah sederap bagi mengekang kemelut ini agar masyarakat tidak dihinggapi masalah social yang teruk.Kerajaan telah menyediakan pusat pemulihan penagihan narkotik(PUSPEN),pusat perlindungan wanita,pusat pemulihan akhlak,klinik pemulihan dan prihatin 1malaysia yang bertujuan untuk membentuk semula nilai keinsanan yang syumul dalam diri remaja.Disamping itu, Datuk Seri Abdullah telah membuat keputusan memberi peruntukan kewangan 2006 kepada sektor sosial sebanyak 9.9 bilion ringgit berbanding 5.6 bilion ringgit untuk sektor pertahanan dan 3.6 bilion ringgit untuk pentadbiran pembangunan. Bagi pembangunan sumber manusia atau human capital, beliau membuat keputusan memperuntukkan 29 bilion ringgit atau satu per lima daripada peruntukan Bajet 2006 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan untuk guru, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di samping itu, peruntukan sebanyak 493 juta ringgit disediakan bagi menampung 98 ribu pelajar di sekolah teknikal, vokasional dan institusi latihan kemahiran.
Selain itu, peruntukan hampir satu bilion ringgit disediakan bagi latihan perdagangan dan industri yang sedang dilaksanakan di Institut kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi. Nampaknya usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengatasi punca masalah sosial diberi penekanan yang sangat jelas dan menyeluruh,bagi memanifestasikan remaja yang berkualiti,sakinat dan madani kelak.



Tuan Yang dipertua,


Deduksinya,saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa  usul yang telah dikemukakan oleh pihak pembangkang ditolak kerana pihak pembangkang gagal menyatakan usul yang relaven.Dengan ini,saya mohon agar semua pihak memberi komitmen dan pengertian yang serius terhadap usul pada hari ini malah kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.,saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian saya iaiti remaja berkualiti pemacu pembangunan Negara.sekian,terima kasih.




teks perbahasan ala parlimen menteri 3

bismillahhirahmanirrahim

terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua,barisan kerajaan,perwakilan pembangkang dan ahli2 yang berhormat sekalian.

assalamualaikumwarahmtullahhiwabarokatuh,salam sejahtera dan selamat bersidang.

tuang yang dipertua,ahli2 yg berhormat sekalian,saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan keharmonian di bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini,dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

tuan yg dipertua,
berdirinya sya disini ingim membidas segala hujah pihak pembangkang pertama dan pembangkang kedua.sebelum saya membidas segala hujah pihak pembangkang,sya ingin mengulangi usul yang hangat diperbahaskan pada hari ini yang berbunyi________________________________________________________________________
____________________________________________________________________-

baiklah disini sya akan membidas hujah yang disampaikan oleh pihak PEMBANGKANG 2...pembangkang kedua mengatakan_____________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

yang berhormat,
________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_________________________________________________________________

bidasan bagi hujah pembangkang 2 telah berlalu,sekarang tiba masanya saya ingin membidas hujah yang disampaikan oleh PEMBANGKANG 1.

pembangkang 1 mengatakan_____________________________________________
_________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________..
tetapi yang berhormat__________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

bidasan saya sudah berakhir,dan tibanya masa saya untuk memperkukuhkan kes kerajaan.perdana menteri mengatakan ________________________________ dan saya menyokong 100% hujah tersebut kerana _____________________________________
_________________________________________________________________.
menteri kedua telah memberikan hujah pertama dan hujah kedua.hujah yg kedua ialah
____________________________________________________________-.hujah yg ketiga ialah______________________________________________________


tegasnya__________________________________dapat memberikan____________________________________________________

sebelum sya mengundur diri,saya megulas semula pendirian kerajaan iaitu______________
__________________________________________________________________


  • tidak perlu definisi....definisi untuk perdana menteri dengn menteri kedua,,,
  • tidak salah kalau mmberi definisi,,,
  • tp merugikan masa,dan tidak dapat mrkah yg banyak
  • ckp nada yg tegas ktika bidasan
  • mmbuat usul lwak sedikit,tp jgn keterlaluan.
  • mghafal dan fhm tjuk hujah
  • step yg ditunjukkan adalah btul.....
  • 8 minit diperuntukan ketika bercakap...

Tiada ulasan: