SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Isnin, 15 Mac 2010

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR TING. 3K, 3H DAN 5B 2010

ANDA BOLEH MENDAPATKAN KEPUTUSAN UJIAN SELARAS 1 DI HALAMAN PAUTAN.

Ahad, 14 Mac 2010

Khas Buat Bekas-Bekas Pelajar SMKASAS Sesi 2002 hingga 2009

Saya sentiasa mengharapkan Semua Bekas Pelajar SMKASAS sesi 2002 hingga 2009 dapat menghubungi saya dan kunjungilah blog saya atau email ke ramrozita@yahoo.com untuk memaklumkan perkembangan diri anda. Saya dan seluruh  tenaga pengajar di SMKASAS sentiasa berdoa agar kalian berjaya kerana kalian wakil SMKASAS di persada dunia. Ingat kalian kepada slogan Insan Kamil Dilahirkan Di Sini dan jadilah insan berminda kelas pertama di mana saja kalian berada.
     Kepada pelajar yang telah cuba menghubungi saya melalui alamat email saya di atas menggunakan Face Book, terima kasih saya ucapkan namum saya memohon maaf jika masih belum dapat membalasnya kerana saya lebih kerap membuka halaman Yahoo Mail dan chat. InsyaAllah jika diizinkan Tuhan saya akan cuba membalasnya jika mempunyai kelapangan masa. Semoga kalian semua cemerlang dalam kehidupan sama ada dunia dan akhirat.

Kem Dalam Cuti Pelajar PMR Dan SPM 2010 ( Cuti Pertengahan Semester)

Saya mengucapkan selamat menjalani Kem Akademik Dalam Cuti kepada semua pelajar PMR dan SPM SMKA Sultan Azlan Shah bermula pada 12 hingga 16 Mac  untuuk kem PMR dan SPM hingga 17 Mac 2010.. Gunakan setiap ruang dan kesempatan ini untuk meningkatkan sebarang kekurangan dan selesaikan sebarang kemusykilan berkaitan kemahiran dan pemahaman subjek yang dibincangkan. Pahatkan konsep tidak ada sebarang masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam kehidupan anda. Guru-guru, ibu bapa dan warga SMKASAS sentiasa mendoakan anda sentiasa sukses dan cemerlang. Sebagai peringatan  PMR dan SPM hanya berlaku sekali dalam kehidupan anda. Justeru, tanamkan budaya kecemerlangan setiap masa disamping berdoa kepada Tuhan Penguasa Alam, insyAllah anda akan menuai hasil setiap usaha yang anda lakukan.

Khamis, 11 Mac 2010

Tahniah Semua Pelajar SPM SMKASAS 2009

         Pada tanggal 11/3/2010 guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 SMKA Sultan Azlan Shah amat bersyukur kerana kecemerlangan pelajar-pelajar SPM 2009 ( Kelas 5 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Haitham dan 5 Al Bukhari ) seramai 112 orang yang  telah mempamerkan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Terbukti dengan pencapaian 101 orang pelajar mendapat gred  A+  dan 11 orang gred A membuktikan anda semua memang cemerlang. Justeru, Panitia Bahasa Melayu dan guru bahasa Melayu SMKASAS terutama tenaga pengajar bahasa Melayu Ting. 5, Cikgu Mohd Ariffin b. Meor Hamzah, Cikgu Siti Munawirah bt. Md. Mahdzir, Cikgu Mohd Ramsul b. Abd Rahiman, dan Cikgu Ahmad Sirajuddin b. Mohd Tahir merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar SPM SMKASAS 2009.
        Keputusan SPM 2009 akan membakar semangat tenaga pengajar dan pelajar SMKASAS untuk meneruskan kecemerlangan yang kalian capai sama ada dalam PMR dan SPM 2010. Tahniah sekali lagi. Alhamdulillah.