SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 10 Mac 2013

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BOTA 2013



                  Pada 13 Mac 2013, akan menjadi tuan rumah Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Zon Bota. Tiga pasukan bahas melibatkan  SMKASAS, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob, dan SMK Seri Iskandar terlibat dalam pertaningan tersebut. Setelah diundi , SMKASAS akan bertemu dengan SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob, sementara SMK Seri Iskandar merupakan pasukan menunggu dan akan menentang pasukan yang  menang dalam pertandingan  pusingan awal iaitu sama ada SMKASAS, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob.
                 Pasukan yang akan menjadi Johan Pertandingan Peringkat Zon Bota, akan menjadi wakil zon ke Pertandingan Daerah yang akan dijalankan pada 16 Mac 2013 bertempat di SMK Changkat Lada, Kampung Gajah. Antara usul untuk pertandingan peringkat zon dan peringkat daerah adalah seperti di bawah:-
                Usul Peringkat Awal            :  1 Murid 1 Sukan meningkatkan mutu sukan negara.
               Usul  Peringkat Suku Akhir  :   Gagasan 1 Malaysia mampu memacu kecemerlangan negara.
               Usul Separuh Akhir              :   Institusi pendidikan agen transformasi sahsiah.
               Usul Akhir                            :   Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pemangkin kemenjadian
                                                              Murid.

                 Pasukan SMKASAS telah dibentuk berdasarkan kemahiran pelajar berbahas dan posisi yang diterajui oleh mereka sepanjang Pertandingan Perbahasan Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada 1 Mac  dan 7 Mac 2013. Guru Penasihat Bahas Ala Parlimen yang menghakimi pertandingan sepanjang pertandingan peringkat sekolah iaitu En. Mohd. Ramsul b. Abd. Rahiman, En. Ahmad Sirajuddin b. Mohd. Tahir dan Pn. Tengku Hermawany bt. Raja Abdul Manan telah memilih lima orang pembahas dan lima orang pembantu yang akan mencari bahan untuk pertandingan perbahasan. Kelima-lima pembantu ini juga merupakan pelapis pembahas pada masa akan datang. Pada tahun ini, pembahas terdiri daripada pelajar ting. empat, tiga dan tingkatan dua. Antara nama pembahas dan pembantu pasukan Bahasa SMKASAS adalah seperti di bawah:-

PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU, SMKASAS 2013
SENARAI NAMA PELAJAR DAN TUGASAN
BIL
NAMA
TANGGUNGJAWAB
1
NORSHAHIRAH  HANI  BT. ABD. AKMAL
PERDANA MENTERI
2
ABID  SYAUQI B. SUZAIMI
KETUA PEMBANGKANG
3
MOHD. AIZAD  B. MOHD. MOKHTAR
MENTERI KEDUA
4
AHMAD FAIZ  B. OMAR
PEMBANGKANG KEDUA
5
IMTIYAZ WIZNI AUFA BT. OTHMAN
MENTERI/PEMBANGKANG 3
6
NURSYASYA ATIKAH BT. ZAINAL ABIDIN
PELAPIS/THINK TANK
7
FARAH AISYAH BT. MD FAUADI
PELAPIS/THINK TANK
8
AINNUR  SYAHIRAH BT. MOHD. FADZIL
PELAPIS/THINK TANK
9
AZLIN SYAFINAZ  BT. MUHAMMAD YUSUF
PELAPIS/THINK TANK
10
NUR SHAHIRA  BT. HANAN
PELAPIS/THINK TANK

Gambar Sekitar Pertandingan Perbahasan Peringkat Sekolah 2013









              Sesungguhnya, tanggungjawab seorang pembahas amat mencabar kerana mereka perlu berusaha untuk mencari maklumat untuk mengukuhkan hujah serta membuat bidasan terhadap hujah-hujah lawan selain perlu arif strategi bermakna mereka perlu memahami peranan berdasarkan posisi mereka sama ada Perdana Menteri, Menteri kedua, Menteri Ketiga, Ketua Pembangkang, Pembangkang Kedua atau Pembangkang Ketiga. Masing-masing akan memainkan peranan berbeza, tambahan pula cabutan undi akan dilakukan sebelum pertandingan dijalankan dan ketika itu barulah pasukan pembahas akan tahu peranan mereka sama ada posisi mereka kerajaan mahupun posisi pembangkang. Dua hari ini, pembahas berkampung untuk menentukan bahan dan teks mereka berdasarkan peranan mereka. Tambahah pula, pada hari Isnin ini  akan bermula Ujian Selaras 1, maka sudah pasti bebanan  kalangan pembahas bertambah kritikal. Sebagai Guru Penasihat Bahas Parlimen selama lebih kurang sembilan tahun, saya sudah masak permasalahan para pembahas kerana sudah rata daerah di negeri Perak telah saya kunjungi, malah sampai ke Melaka untuk perbahasan peringkat kebangsaan. Ada kalanya tertidur di dalam kereta, tertidur di meja Pusat Sumber, dan pelbagai lagi kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Kemungkinan, bekas pembahas SMKASAS mungkin dapat mengingati semula peristiwa lalu. Pada petang tadi, pembahas sekolah menelefon saya kerana mereka sukar mencari isi usul kedua, dan meminta tolong untuk mendapatkan pelepasan daripada mengikuti ujian selaras 1. Memang, saya dan Cikgu Sirajuddin telah memberikan banyak bahan berkaitan dengan tajuk atau usul tersebut, dan saya dapati pelajar masih tidak faham untuk mendapatkan bahan. Pertama sekali mereka perlu mencari rasional untuk menentukan hujah kerana melalui rasional berkenaan pembahas akan dapat menentukan isi atau hujah yang akan mereka bawa. InsyaAllah, pada malam ini saya kan cuba untuk membantu mereka dengan menentukan rasional dan hujahan yang perlu dilakukan. Pada tahun ini Cikgu Sirajuddin dan Cikgu Hermawany membantu kumpulan pembahas tidak seperti pada masa dahulu boleh dikatakan saya seorang dan dibantu oleh Cikgu Zamri. Sesungguhnya jasa Cikgu Zamri juga tidak dapat saya lupakan kerana beliau bersama-sama saya ke Melaka membawa pasukan bahas ketika itu.  Semoga pasukan Bahas SMKASAS akan berjaya sehingga peringkat tertinggi dalam pertandingan Bahasa Tahun 2013. Amin.

 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rindunya nak berbahas,,,, lama dah tinggal benda ni :-( kat u sempat nak berbahas