SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 7 Januari 2012

PUAN PENGETUA, DAN BEBERAPA ORANG GURU MENZIARAHI SAYA DI RUMAH

Pada petang semalam, Pn. Pengetua, Ustaz Zaki, Ustaz Rusdi, Ustazah Hanan, dan Cikgu Tengku Hermawani menziarahi saya di rumah. Terima kasih saya ucapkan kerana kesudian Puan Pengetua dan rombongan kerana selain kunjungan tersebut mengejutkan saya kerana tidak dimaklumkan terlebih awal, tambahan isteri saya kebetulan ke Seri Iskandar untuk berjumpa anak saya di Kolej Profesioanal Mara, membeli barangan dapur dan membeli alat penukur paras gula dalam darah di Farmasi. Namun, kehadiran Abnag Wazir, dan isteri, emak saudara belah isteri saya serta abang dan kakak ipar saya menyelamatkan keadaan.Tidak lama kemudian, barulah isteri saya pulang. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengetua kerana sudi berkunjung ke teratak saya.

Jumaat, 6 Januari 2012

MEMBERSIH LUKA PEMBEDAHAN

En. Shahrul rakan setaman yang bertugas sebagai pembantu perubatan di Hospital Changkat Melintang datang membersihkan luka pembedahan, alhamdulillah luka selamat dibersihkan dan saya hairan kerana hanya tiga tempat pembedahan kecil dilakukan. Menurut rakan setaman tersebut pembedahan berkenaan mungkin menggunakan pancaran laser kerana tidak banyak kesan pembedahan dikesan. Begitulah hebatnya kecanggihan perubatan moden sekarang. InysaAllah pada hari Selasa ini saya akan ke Hospital Pantai Puteri semula untuk rawatan susulan dan temujanji dengan Dato' Dr. Vasan.
      Semalam, Puan Pengetua menelefon bertanya khabar. Terima kasih atas ingatan Puan Pengetua dan beliau bercadang untuk menziarahi saya di rumah jika ada kelapangan masa.

Khamis, 5 Januari 2012

PERTAMA KALI BERCAKAP DENGAN PK PENTADBIRAN SMKASAS

      Pada pagi tadi, saya sempat menelefon Pn. Hasnah bt. Alang untuk memaklumkan mc saya masih belum disampaikan lagi ke sekolah kerana isterinya saya tidak sempat menyampaikannya kepada anak saudara saya Cigu Adilah kerana semalam beliau berurusan dengan pihak insuran untuk tuntutan kerosakan  kereta saya dan memaklumkan kepada beliau bahawa mc saya pertama sehingga 10/1/2012 dan kemudian saya akan ke Hospital Pantai Puteri bertemu  Dato' Dr. Vasan yang merawat saya untuk rawatan susulan. InsyaAllah saya akan meminta beliau mengeluarkan mc selanjutnya kerana pihak sekolah perlu mendapatkan guru sandaran untuk mengisi kekosongan sepanjang saya bercuti.
      Memang bosan duduk rumah tanpa bekerja tambahan saya rindu akan gelak ketawa, rajuk, dan marah serta pelbagai karenah pelajar. Tidak sabar rasanya untuk mengajar seperti biasa.Semoga saya cepat sembuh, dan setakat ini saya sudah berasa ada perubahan kerana pergerakan saya lebih mudah dan ringan dan saya tidak terlampau  bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Ijan ( Cikgu  Anizan ) kerana meminjamkan kerusi roda untuk saya. Memang perit rasanya apabila kita mengalami kecederaan tulang dan kesan pembedahan pada peringkat awalnya kerana banyak fobia kesakitan menghalang pergerakan anggota badan terutamanya apabila hendak menggerakkan bahagian peha dan kaki. Setelah 12 hari kemalangan saya perlu menguatkan semangat untuk melawan minda daripada kesakitan alah bisa tegal biasa.

PENGAJARAN SECARA ONLINE DENGAN PELAJAR TING 3K DAN 3S SERTA PELAJAR 5S 2012

InysaAllah, saya akan cuba megujudkan pelajaran online dengan pelajar semoga mereka akan terus belajar dengan aktiviti yang saya rangka dari rumah. Untuk memudahkan pegendalian p&p, saya akan asingkan kerja mereka melalui dua blog saya iaitu untuk ting. 3, blog PMR dan ting. 5, blog SPM. Diharapakan Cikgu Srajuddin akan menjadi penyelarasnya dengan meminta pelajar ke makmal bahasa atau makmal bahasa Inggeris untuk memudahkan operasi ini dijalankan. Semoga usaha ini berjaya dan pelajar akan dapat terus didisinya saya tanpa sebarang batasan masa dan tempat. Doakan usaha ini berjaya.

Rabu, 4 Januari 2012

SYUKUR KEPADA ILLAHI KERANA MENGELAKKAN KAMI SEKELUARGA DARIPADA BENCANA

       Pada pagi Ahad, 25 Disember 2011, semasa pulang daripada  Pahang dan dua hari sebelumnya kami di Negeri Sembilan,  kereta yang saya naiki bersama ahli keluarga mengalami kemalangan. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul  3.00 pagi, kereta Toyota Inova yang dipandu oleh anak saya terbabas di Tronoh Perak berdekatan dengan restoran mamak. yang terletak tidak jauh daripada lampu isyarat  pekan berkenaan. Kereta yang dipandu oleh anak saya tidak dapat dikawal terbabas  dan terperosok  ke dalam parit sebelum terlanggar batu konkrit yang ada di tempat kejadian. 
     Kali terakhir saya memandu kereta semasa berada di Tol Tanjung Malim sebelum menyerahkan kepada anak saya untuk memandu kereta berkenaan dan selepas itu saya tertidur kerana keletihan. Impak daripada kemalangan, saya tersepit di bahagaian dashboard kereta serta rangka tepi dan rangka cermin menghentak bahagian ketiak saya. Anggota bomba dan orang ramai berjaya mengeluarkan saya daripada kereta yang remuk bahagian sebelah pemandu selama 2 jam. Namun kesyukuran yang amat sangat saya panjatkan kepada Ilahi kerana dalam kejadian berkenaan isteri dan anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun kereta Toyota Innova saya musnah dan diisytiharkan total lost.
      Saya dikejarkan ke Hospital Batu Gajah, kemudian ke Hospital Besar Ipoh, dan kemudian atas permintaan saya, saya dihantar ke Hospital Pantai Puteri. Setelah berada sehari berkenaan keesokan harinya saya menjalani pembedahan untuk memasukkan besi di bahagian tulang peha saya yang patah.  Sebelum itu, semasa saya di Hospital Besar Ipoh, kecederaan di bahagian ketiak saya dijahit. Pada tahun ini, saya terpaksa menyambut hari lahir saya yang jatuh pada 29/12 di katil hospital. Pada hari 31/12/2011 kira-kira pukul 5.30 petang saya telah dibenarkan pulang ke rumah. Saya amat gembira kerana jiwa saya meruntun untuk pulang kerana banyak aktiviti yang boleh saya jalankan di rumah walaupun pergerakan saya terhad. Dr. Dato' Vasan pakar tulang membayangkan kaki saya tidak boleh dipijak permukaan selama 6 minggu. Subhanallah. InysaAllah saya akan ke hospital semula untuk menerima rawatan dan apapun saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana menyelamatkan kami sekeluarga daripada bencana yang lebih buruk.
          Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan, anak didik, bekas pelajar , adik-beradik, rakan kenalan, saudara mara, serta rakan setaman yang telah mengunjungi saya di Hospital Besar Ipoh dan Hospital  Pantai Puteri kerana kehadiran Tuan/Puan amat beerti dan meningkatkan semangat saya untuk cepat sembuh. Saya juga berterima kasih kepada isteri dan anak-anak yang tidak putus-putus memberi bantuan kepada saya sebagai  insan cacat sementera. Saya redho dengan takdir Allah dan mengganggapnya sebagai ketentuan Allah. Saya mendoakan tahun 2012 memberikan rahmat dan sinar kepada saya sekeluarga serta semua insan. Wassalam.