SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Pada 28 Ramadhan ini, umat Islam begitu ceria untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri tetapi para ulama dan umat Islam yang menyedari bulan Ramadhan semakin hampir ke pengujungnya menangis kerana bulan rahmat yang penuh keberkatan akan meninggalkan mereka. Mereka tidak pasti samada bulan Ramadhan tahun hadapan akan muncul kembali kerana mereka percaya kiamat besar dan kiamat kecil akan berlaku kepada mereka dan  mungkin mereka akan menghadapinya dan tidak akan bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak pada tahun hadapan.
     Justeru, saya memohon maaf kepada kenalan, pelajar, bekas-bekas pelajar dan rakan seperjuangan yang sama-sama berkhidmat di SMKASAS, semoga di bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi kita sama sama beribadah untuk mendapat seribu kerahmatan Allah. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Saya Mohd. Ramsul Abd. Rahiman, Rozita bt.  Hamzah, Muhammad Firdaus, Muhammad Fitri, Muhammad Fahmiddin, Filzah Hanis, Muhammad Faqihuddin dan Fariha Najla.