SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 29 November 2012

GAMBAR MEMORI PASUKAN BOLA BALING DAN PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS

Gambar kenangan yang sukar saya lupakan, begitu juga dengan bekas-bekas pemain Bola Baling Dan Pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS.Terima kasih semua kerana meluangkan masa dan tenaga bersama-sama saya, Cikgu Zamri, Cikgu Fazuan, Ustazah Hanan dan Cikgu.......lupa saya.
       Saya bertuah kerana mempunyai pemain bola baling yang hebat dan pembahas yang berkaliber, cuma nasib kita tidak dapat pergi jauh atas kesilapan strategi, tetapi pembahasnya cukup berkaliber.

Isnin, 26 November 2012

BAGAIMANA PERKEMBANGAN TUGASAN BAHASA MELAYU ANDA DALAM CUTI?

               Sehingga ke hari ini sudah 18 hari pelajar bercuti. Sebagai seorang pelajar kluster, sepatutnya anda sudah menyalin sekurang-kurangya satu karangan setiap empat karangan berfokus terbaik yang telah saya arahkan, iaitu karangan berfokus diri, karangan berfokus keluarga, karangan berfokus masyarakat, dan karangan berfokus negara. Sekiranya, anda bijak menggunakan masa dan pelajar cemerlang, kemungkinan ada yang telah menyalin dua karangan setiap karangan berfokus yang telah saya tetapkan. Terbaik, sekiranya pelajar menyalin satu karangan berfokus berkenaan setiap minggu.
              Kerja kedua, iaitu mengumpul maklumat berkaitan isu semasa. Pastikan anda telah mengumpul maklumat berkenaan untuk digunakan membuat folio atau buku skrap apabila sesi persekolahan 2013 bermula. Saya mengarahkan anda berbuat demikian kerana faktor utama karangan anda tidak matang atau mantap kerana pembacaan atau maklumat sedia ada kurang mengenai isu yang anda tulis. Justeru, sepanjang cuti ini anda mempunyai banyak sumber rujukan seperti akhbar, maklumat capaian melalui internet dan sebagainya. Gunakan masa lapang dan kesempatan yang ada untuk memudahkan anda menghasilkan karangan cemerlang apabila sesi persekolahan nanti.
                   Sebagai kerja tambahan, salin karangan berbentuk peribahasa (cerita) sekurang-kurangnya, dua karangan berdasarkan peribahasa yang berbeza. Pastikan karangan peribahasa yang anda salin menyelitkan teknik plot pelbagai dan jalan ceritanya menarik. Sekian, Selamat Bercuti.

Ahad, 25 November 2012

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PELAJAR SPM DAN STPM 2012

Pada pagi semalam, saya dihubungi oleh Nur Shafiqah Musa untuk menjemput saya menghadiri Majlis Makan Malam Anjuran Pelajar SPM dan STPM 2012 bertempat di Dewan Makan Asrama, pada 30hb. November 2012, selepas waktu Isya. Terima kasih diucapkan atas jemputam tersebut, isyaAllah jika tidak ada sebarang masalah saya akan menghadiri majlis tersebut. Justeru, dengan adanya majlis tersebut, tamatlah perjuangan pelajar SMKASAS dalam menghadapi soalan peperiksaan SPM dan STPM 2012. Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan berkenaan. InsyaAllah.

Khamis, 15 November 2012

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN DI SURAU AL-FURQAN

       Alhamdulillah pada malam ini giliran saya menyediakan makanan dan minuman untuk Majlis Bacaan Yasin di Surau Al-Furqan, Batu 30, Titi Gantong, Bota, Perak. Sesungguhnya, majlis tersebut besar ertinya kepada saya kerana majlis tersebut sama tarikhnya Umat Islam Menyambut Maal Hijrah. Saya terus menempah makanan dan minuman malam ini pagi tadi dan antara menunya ialah nasi lemak dengan ayam goreng serta airnya teh dan kopi. Nasib saya baik kerana gerai makanan keluarga Hj. Saad terletak di hadapan Stesyen Minyak Shell menerima tempahan saya tersebut. Semoga tahun baru Islam ini saya akan dapat mengubah kehidupan saya sekeluarga lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu. Amin.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH INI KITA AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK
BERBANDING TAHUN-TAHUN YANG SUDAH BERLALU. AMIN

Isnin, 12 November 2012

SELAMAT PULANG ROMBONGAN BALAS KE SMA MUHAMADIYAH JOGJAKARTA (PROGRAM KLUSTER)

        Selamat pulang pelajar SMKASAS, Ustaz Sidek Aliman dan  Ustaz Zulkifle yang mengikuti program kluster pertukaran pelajar  ke SMA Muhamadiyah, Jogjakarta bermula pada Rabu (7/11/2012) hingga  Sabtu (11/11/20120) .  Sudah pasti, banyak pengalaman baru yang boleh dikongsi bersama sepanjang lawatan tersebut terutama dari segi program sekolah, kemudahan atau fasiliti, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sana. Melihat gambar di face book banyak kelebihan sekolah berkenaan.  Tidak sabar rasanya hati ini hendak mendengar maklumat hasil rombongan tersebut. Apapun, tahniah atas hubungan SMKASAS dengan sekolah luar negara dalam program Sekolah Kluster.

Jumaat, 9 November 2012

MESYUARAT GURU YANG AMAT BERMAKNA SEBAGAI PENAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2012

       Selepas Program Jamuan Akhir Tahun 2012 yang berakhir pada pukul 9.30 pagi tadi, pentadbir dan guru-guru SMKASAS berkumpul di bilik gerakan untuk mesyuarat akhir sesi persekolahan 2012. Buat pertama kalinya beberapa perbincangan terbuka dijalankan antaranya perbincangan untuk memperkasakan SMKASAS kerana usaha berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk idea dan strategi ke arah merealisasikannya bukan sekadar retorik atau sekadar menanam tebu di bibir sahaja agar matlamat utama untuk memacu kecemerlangan SMKASAS agar menjadi kenyataan.
        Pada mesyuarat tersebut saya terpanggil untuk membicarakan soal perlunya ada meja bulat atau kumpulan pemikir dalam menentukan arah tuju kecemerlangan SMKASAS kerana soal strategi dan perancangan yang menjadi dasar atau "blue print" sekolah perlulah relevan dan diperincikan secara teliti kerana jika hanya beberapa orang sahaja membicarakan soal dasar sekolah tidak memcukupi kerana dasar berkenaan juga perlu dibincangkan diperingkat akar umbi. Maknanya, susur galur pentabiran sekolah bermula dengan Puan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, dan Guru Kanan Bidang dan dikuti dengan guru-guru sebagai kumpulan pelaksana. Justeru, pihak pentadbiran sekolah perlu memikirkan peranan pelaksana setiap dasar sekolah kerana sekiranya dasar yang dijadikan panduan longgar atau kurang difahami oleh pihak pelaksana maka program yang dijalankan akan gagal. Tambahan pula, perbincangan awal mengenai dasar sekolah sama ada untuk memperkasakan kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah pelajar bukan mudah dan saya menambah bahawa perlu ada perbincangan khas mengenai perkara berkenaan dan pihak pentadbir tidak boleh mengambil mudah membicaranya pada sesi mesyuarat seperti hari ini kerana masa begitu suntuk. Perbincangan perlu teliti dan melibatkan setiap unit susur galur yang diperkatakan iaitu daripada atas hingga ke bawah.
           Disamping mengejar kecemerlangan, pihak pentadbir sekolah juga tidak boleh alpa daripada tugasan setiap guru di sekolah. Mereka juga insan yang memerlukan ketenangan, rehat , masa berkeluarga, masa bermasyarakat, dan ketenangan ketika bermunajat kepada Ar-Rab. Sekiranya soal ketenangan insan ditinggalkan maka akan wujudnya stress dalam kalangan guru. Terutamanya jika ada pada satu masa terdapat pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Memang pada mata kasar SMKASAS berjaya dalam pelbagai pertandingan samada melibatkan aktiviti kurikulum dan kokurikulum tetapi apa yang kita perlu fokuskan ialah keseimbangan kejayaannya, maksud saya kejayaan yang perlu kita realisasikan ialah kejayaan yang hakiki. Jika berjaya dalam kurikulum kejayaan yang kita perlukan ialah kejayaan menyeluruh semua mata pelajaran dan begitu juga kejayaan kokurikulum pula perlu berfokus iaitu bidang mana yang kita utamakan supaya pasukan yang terlibat dalam aktiviti luar betul-betul mantap dan berjaya meningkatkan imej sekolah. Selain itu, setiap tugasan guru perlulah seimbang, guru-guru boleh diibaratkan seperti enjin sebuah kereta yang mempunyai kapasiti muatan dan had kelajuan tertentu. Sekiranya pemandu memuatkan muatan berlebihan dan halaju yang dipaksa sudah pasti enjin kereta berkenaan tidak mampu untuk menampung muatan dan halaju yang cuba dipaksa oleh pemandu berkenaan, dan sudah pasti enjin kereta tersebut akan rosak. Saya pula, bukan orang yang suka berkata yang bukan-bukan tetapi jika saya mula membuka mulut saya, saya akan bercakap sehingga saya berpuas hati kerana saya tidak suka untuk memendam perasaan takut darah tinggi. Hakikatnya, apabila kita mula banyak berkata-kata secara langsung kelemahan diri kita akan terbongkar. Itu paling saya risau. Tambahan pula, jika kita menggunakan jari telunjuk menunding kepada orang lain, empat jari lagi akan menunding kepada diri kita kembali. Usah kita menyalahi antara satu sama lain dan pendapat saya ini hanya untuk dikongsi bersama dalam konteks meryuarah, fokusnya adalah untuk kebaikan. Kesimpulannya, mesyuarat pada hari ini amat bermakna kerana sekurang-kurangnya Puan Pengetua dapat melihat guru-guru SMKASAS memang hebat, dan lakukanlah sesuatu untuk kebaikan bersama kerana SMKASAS ialah sekolah kita dan tanggungjawab warga SMKASAS sendiri yang akan menentukan kecemerlangan dan hala tuju Institusi Pendidikan ini sama ada berada di atas atau di bawah.
          Namun, kata kunci saya " Saya sayang akan SMKASAS kerana saya bangga menjadi Guru SMKASAS. Semoga SMKASAS akan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. InsyaAllah.

Khamis, 8 November 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TING. EMPAT DAN DUA SMKASAS 2013

           InsyaAllah, anda boleh melihat blog kedua (PMR) dan ketiga saya (SPM) untuk mendapatkan bahan kerja rumah dan info mengenai tabahasa, kaedah mengarang, ringkasan, rumusan, latihan pemahaman teks. Hal ini kerana kami guru-guru bahasa Melayu tidak sempat untuk mencetak bahan kerja oleh sebab kesuntukan masa. Tambahan pula, saya dan Cikgu Sirajuddin mempunyai tanggungjawab dan tugas, iaitu saya tiada di sekolah semenjak hari Isin sehingga Rabu kerana menghadiri Mesyuarat Penyelarasan PMR dan Cikgu Sirajuddin pula bertugas sebagai Ketua Pengawas SPM sudah pasti masanya habis mengendalikan peperiksaan berkenaan sehingga tamat  Peperiksaan SPM.
            Oleh sebab, kekangan masa, bahan dan info tersebut saya masukkan ke dalam blog saya di atas, dari semasa ke semasa dan kepada pelajar Ting 4K, sebarang kerja yang anda lakukan boleh dihantar kepada saya menggunakan email saya di mohdramsul@yahoo.com, atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya melalui face book. Justeru, sekiranya anda ingin memperoleh kecemerlangan dalam Peperiksaan PMR dan SPM, anda perlu rajin dan selalu membuat latihan agar kemahiran anda untuk menjawab soalan berdasarkan format peperiksaan PMR atau SPM menjadi kenyataan. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bahan bercetak untuk anda. Bak kata pepatah jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunga. Alang-alang belajar biarlah cemerlang bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan. Sebagai ketetapan, pelajar Ting. 4K wajib melaksanakan tugasan ini dengan hasilan cemerlang, dan elakkan daripada mengaplikasi secara mudah setiap tugasan seperti melepaskan batuk di tangga. Apabila sesi persekolahan di buka pada tahun hadapan hasilan anda akan saya semak, insyaAllah.
              Kepada pelajar Ting. 2, hebahkan kerja-kerja di atas kepada rakan-rakan anda kerana saya tidak bertemu dengan anda, dan sekiranya saya ingat saya akan menguar-uarkannya esok. Jika tidak silap, saya akan memegang kelas Ting. 3S dan 3B pada tahun hadapan, jika salah saya akan maklumkan kemudian kerana ketetapan tugasan mengajar kelas berkenaan telah saya catatkan dalam borang pembahagian tugas guru pagi tadi. Harap maklum.

SEKIRANYA ANDA MEMBACA MATLUMAN INI, SAYA MASIH BELUM MEMASUKKAN LAGI BAHAN KERJA RUMAH UNTUK CUTI SEMESTER AKHIR 2012. INSYAALLAH SAYA AKAN MASUKKAN KERJA RUMAH BERKENAAN PADA MALAM INI JUGA.  KEPADA PELAJAR YANG SUDAH MEMBACA MAKLUMAN DI ATAS, TAHNIAH SAYA UCAPKAN KERANA ANDA SUDAH MENANAMKAN NIAT PERMULAAN UNTUK MENDAPATKAN BAHAN YANG SUDAH SAYA UAR-UARKAN SEMASA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PAGI TADI DI DEWAN MAKAN ASRAMA. CUMA ANDA BOLEH MELAYARI LAMAN ATAU BLOG SPM DAN PMR SAYA KERANA BANYAK INFO BERKAITAN KEMAHIRAN BAHASA DI SANA DAN SEKURANG-KURANGNYA ANDA BOLEH MENIMBA ILMU BERKAITAN KAEDAH PENULISAN KARANGAN YANG BAIK, BAHAN TATABAHASA DAN PELBAGAI LAGI. SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG SUDAH MELAYARI BLOG BERKENAAN. PERKASAKAN BAHASA MELAYU ANDA BERMULA PADA SAAT INI. WASALAM.

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG BLOG DAN SELAMAT ULANG TAHUN KE-3 BLOG "MOHDRAMSUL" BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM KEPADA PENGUNJUNG BLOG "MOHDRAMSUL.BLOGSPOT.
    PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN KALIAN SELAMA INI. SETELAH TIGA TAHUN KELAHIRAN BLOG INI, SAYA SANGAT TERHARU KERANA BILANGAN PENGUNJUNG BLOG SEMAKIN BERTAMBAH. UNTUK MAKLUMAN BUKAN MUDAH UNTUK MENGENDALIKAN BLOG INI, TERUTAMA FAKTOR MASA, KERJA, DAN AKTIVITI LUAR YANG SEMAKIN BERTAMBAH. NAMUN, KEHADIRAN TUAN, PUAN, BEKAS PELAJAR DAN PELAJAR SMKASAS, MEMBERIKAN SAYA SEMANGAT UNTUK MEMUATKAN SEBERAPA BANYAK BAHAN DAN IMFORMASI UNTUK SEMUA.
       ANTARA TUJUAN KEMUNCULAN BLOG INI SUATU MASA DAHULU ADALAH UNTUK MELIHAT KEWUJUDAN ALUMNI SMKASAS, KEMUDIAN SAYA TELAH MEWUJUDKAN DUA BLOG LAGI UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR PMR DAN SPM KERANA BLOG ASAL LEBIH MENUMPUKAN KEPADA KEHIDUPAN SAYA SEBAGAI SEORANG GURU DAN IMFORMASI SEKOLAH. TAHNIAH KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR ANTARANYA SAUDADAR ALWI MOHD. YUNUS, SAUDARA MIR HAZIL AZRAN RAMLI, PN. LIZA AHMAD DUAZI , BEN (ANAK SAUDARA), DAN TEMBAKAU KERANA TELAH BERUSAHA UNTUK MENGUMPULKAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS DAN SEKURANG-KURANGNYA USAHA KALIAN INI MENGUBATI LUKA DIHATI INI SETELAH SAYA BERUSAHA UNTUK MERAPATKAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SUATU KETIKA DULU DENGAN SEKOLAH SEMASA SAYA MENJADI SETIAUSAHA PIBG SMKASAS. ANTARA PUNCA SAYA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI S/U PIBG APABILA PIHAK SEKOLAH KURANG MEMBERI PERHATIAN KEPADA USAHA MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN BEKAS PELAJAR ATAS SEBAB SILAP FAHAM DENGAN KONSEP ALUMNI YANG DIBAWA OLEH BEKAS PELAJAR DAN SAYA LEBIH BERFUNGSI SEBAGAI ORANG PERANTARAAN SEKOLAH DAN BEKAS PELAJAR PADA MASA ITU. KINI, SAYA MENGANGGAP PERISTIWA TERSEBUT SEBAGAI SATU NOSTALGIA.
         NAMUN, GELOMBANG PERTAUTAN ALUMNI SMKASAS LEBIH BERMAKNA APABILA ADA HATI-HATI SUCI, MURNI, DAN IKHLAS UNTUK TURUN PADANG DAN HADIR KE "INSTITUSI PENDIDIKAN" YANG MELAHIRKAN "INSAN KAMIL" SMKASAS, BAK PEPATAH MELAYU "SIRIH PULANG KE GAGANG." SAYA MENDOAKAN USAHA INSAN-INSAN INI AKAN DIRAHMATI AR-RAB. TERUSKAN USAHA KALIAN KERANA DISEBALIK USAHA KALIAN, AKAN BERTAUTLAH HATI-HATI SUCI SEBAGAIMANA BERLAKUNYA PERTEMUAN DI CASA PUTRA BESTRO, SELANGOR YANG MENGUMPULKAN PELBAGAI GENERASI BEKAS PELAJAR SMKASAS SERTA TENAGA PENGAJAR. KETIKA ITU HATI SAYA DIRUNTUN RASA PILU BETAPA BESARNYA AHLI KELUARGA "SMKASAS". SEMASA SAYA TERCARI-CARI ALAMAT TEMPAT PERJUMPAAN TERSEBUT, SAYA MEMBUKA FACE BOOK ALUMNI SMKASAS, BAPAK, JENUH KERANA IMFORMASI DAN TALIAN BEKAS ALUMNI TERSEBUT AMAT HEBAT DAN UNTUK MENCARI IMFORMASI PADA BULAN SEPTEMBER, LAPTOP SAYA 'HANG', TETAPI SAYA BANGGA MELIHAT PERTAUTAN DAN USAHA INSAN KAMIL DI ATAS UNTUK MENGUMPUL, MENYEBARKAN MAKLUMAT, DAN DALAM MASA YANG SAMA MENGUAR-UARKAN AKTIVITI ALUMNI. SALUT....................
           JUSTERU, KEPADA BEKAS PELAJAR YANG MASIH BELUM MEMBERI MAKLUMAT LATAR BELAKANG DAN ALAMAT FACE BOOK MASING-MASING, JANGAN TUNGGU-TUNGGU LAGI, BUKA FACE BOOK ALUMNI SMKASAS DAN NOSTALGIA KALIAN DI BUMI INDAH DAN BERSEJARAH SMKASAS SUATU KETIKA DAHULU AKAN BERMAIN DI MEMORI MASING-MASING. SEMOGA SMKASAS TERUS GEMILANG JIKA TIDAK DENGAN TENAGA DAN WANG RINGGIT, DOA PUN CUKUP.  SEBELUM ITU, SAYA MEMOHON KEMAAFAN JIKA SAYA ADA TERKHILAF DALAM MENULIS DAN MENGENDALIKAN BLOG INI YANG MUNGKIN MENYINGGUNG PERASAAN KERANA JIKA ADA MEMANG SAYA INSAN YANG LEMAH. SEKIAN.

MAKLUMAT FACE BOOK TAUTAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS:-
TAIP ALAMAT INI PADA CARIAN FACE BOOK ANDA:-   SMKA SULTAN AZLAN SHAH 

Ahad, 4 November 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012

         KEPADA PELAJAR TING. 5 SMKASAS, TERUTAMA PALAJAR KELAS 5 IBNU SINA. SAYA MENDOAKAN KAMU BERJAYA MENJAWAB SOALAN SPM 2102 YANG AKAN BERMULA ESOK, TERUTAMA KERTAS BAHASA MELAYU 1 DAN 2. BACA SOALAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, DAN FAHAMI ARAHAN SOALAN BERKENAAN SEBELUM MULA MENJAWAB KERTAS BERKENAAN. BERHATI-HATI SEMASA MEMBINA FRASA ATAU AYAT DAN PASTIKAN AYAT ANDA GRAMATIS DAN LENGKAP DENGAN SUBJEK DAN PREDIKET. ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN EJAAN DAN TANDA BACA PERLU DITULIS PADA TEMPATNYA. 
              UNTUK KERTAS DUA, ISI YANG PERLU ANDA JAWAB PERLU MERUJUK MARKAH SOALAN. INGAT, KERTAS SOALAN BERKENAAN MUDAH JIKA ANDA MENGIKUT FORMAT SEMASA LATIHAN DIJALANKAN DI DALAM KELAS SAMA ADA MENJAWAP SOALAN PEPERIKSAAN DAN JUGA SOALAN PERCUBAAN YANG DISEDIAKAN OLEH NEGERI-NEGERI. SAYA YAKIN ANDA BOLEH BERJAYA.

Sabtu, 3 November 2012

BERTEMU BEKAS PELAJAR SKSI DI GERAI CHAR KOEW TEOW

     Selepas sembahyang Isya, saya ke kedai fotostat untuk memperbanyak contoh karangan berfokus diri, keluarga, dan masyarakat serta nota tatabahasa  berkenaan ejaan perkataan yang tepat dan kata majmuk yang mantap untuk pelajar saya 5S. Saya cuba memperbanyak bahan berkenaan setelah saya membuat ulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, sebagai usaha memantapkan lagi kemahiran pelajar saya untuk menghadapi peperiksaan SPM 2012 pada hari Isnin ini. Pengajaran dan pembelajaran berkenaan saya laksanakan di bilik "SAL Center" bilik bahasa Inggeris setelah saya sukar untuk membuat tempahan Bilik Kluster. Inilah nasib guru bahasa Melayu, tidak mempunyai bilik khas sebagai mana mata pelajaran BI, Sains, dan Bahasa Arab. Justeru, saya meminta Ketua Bidang untuk membenarkan saya membuat ulangkaji di sana kerana pengajaran akan bertambah selesa dengan adanya LCD, dan situasi suhu "air cond" yang sejuk lebih mententeramkan pelajar. Selepas perbincangan menggunakan powerpoint, pelajar mengharapkan saya mencetak bahan berkenaan untuk mereka. Bahan karangan berkenaan saya telah "print" dua naskah sebelum pengajaran berkenaan tetapi pelajar buat endah tak endah sendangkan saya berpendapat cara  isi karangan dihuraikan dalam nota tersebut mantap dan matang, dengan menggunakan kaedah deduktif serta diselitkan frasa menarik.
      Namun, sekembalinya saya ke bilik guru pekerja syarikat  elektrik sedang memasang dua unit "air cond" baru di Jabatan Bahasa yang menempatkan guru mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Memang selama ini, kami di Jabatan Bahasa tidak mempunyai "air cond" yang standard berbanding dengan jabatan-jabatan lain, syukur kepada Allah selepas ini kami akan selesa dengan kemudahan yang ada. Terima kasih diucapkan kepada pentadbiran sekolah yang prihatin dengan keadaan kami. Justeru, saya bermasalah untuk mencetak bahan berkenaan kerana meja dan kerusi saya penuh dengan habuk sehingga pinter saya tidak ditutup oleh pekerja berkenaan. Inilah kontruktor Melayu, langsung tidak ambil tahu betapa sensitifnya printer dengan habuk akibat kerja mereka. Saya suka dengan ulasan Cikgu Sirajuddin, macam mana kontruktor Melayu hendak maju dengan mutu kerja mereka. Namun, saya tidak menyalahkan kontruktor Melayu yang lain tetapi kontraktor yang ini entahlah. Oleh sebab itu, saya pulang ke rumah dan sehingga ke Isya saya memikirkan nasib pelajar saya berkenaan. Apapun saya perlu memberikan bahan berkenaan kepada mereka. Bagi saya, dua hari sebelum peperiksaan ini amat penting untuk pelajar membuat ulangkaji dan persediaan. Sekurang-kurangnya mereka ada bahan untuk membuat rujukan dan paling utama, saya ingin menunjukkan mereka betapa saya memberi perhatian kepada mereka, dan mungkin akan memotivasikan mereka untuk membuat persiapan yang mantap.
        Selepas itu mnegedarkan bahan, saya berbual dengan pelajar ting. 5H kerana saya meminta jasa baik mereka menguar-uarkan kehadiran saya kepada wakil kelas 5S kerana mereka tidak ada di kelas dan mungkin membuat ulangkaji di bilik prep asrama. Ada dalam kalangan pelajar bertanya cara menghuraikan perenggan isi karangan, ada yang bertanya cara menulis pengenalan dan penutup rumusan, juga ada yang bertanya jawapan soalan tatabahasa bahagian soalan 3b dan 3d. Dalam pada itu, mereka bertanya saya tentang program pada hari Ahad iaitu persediaan untuk menghadapi SPM untuk kertas Bahasa Melayu yang mereka akan hadapi pada hari Isnin. Saya terus maklumkan taklimat Cikgu Jumilah yang diberikan semasa Program Restu Ilmu kelmarin. Antaranya atas permintaan pelajar sebarang kelas tuisyen dibatalkan kerana pelajar ingin membuat ulangkaji sendiri atas alasan berkenaan saya memberikan bahan untuk kelas saya 5S agar mereka mempunyai cukup bahan untuk mengulangkaji dan persediaan untuk menghadapi kertas berkenaan. Saya memaklumkan mereka supaya berhubung dengan Anis pelajar saya kerana beliau adalah pro dan sentiasa menghubungi saya. Namun, saya maklumkan bahawa perancangan yang drastik seperti itu selalunya akan menimbulkan masalah kerana bilik kluster, atau bilik yang berfungsi sama waktu dengannya agak sukar untuk diperoleh, justeru saya tak dapat berjanji untuk hadir. Namun, jika ada "SOS" saya akan turun padang.
       Akhirnya saya ke luar daripada pagar sekolah pada pukul 11.00 malam dan perut pun dah lapar. Saya teringat gerai Char Koew Teow bersebelahan Petronas kerana makan di situ boleh tahan. Selalunya, jika saya balik dari sekolah, jika saya lapar selepas kelas tuisyen saya akan makan di gerai Char Koew Teow di Titi Ganting, sebelah kedai buah tetapi saya pergi ke sekolah malam tadi saya dapati kedai tersebut di tutup. Sesampai di gerai berkenaan saya dapati ada sekelompok pemuda sedang bersembang selepas makan. Setelah saya duduk, tiga orang pemuda tersebut memberi salam kepada saya, cikgu kenal saya kata mereka. Saya jawap, jika tak salah pelajar bekas pelajar SK Seri Iskandar 2001 dan mereka mengiakannya. Terus mereka menarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan mereka. Mreka bertujuh pada malam itu, dan apa yang paling kagum, Nabil terus bertanya, Cikgu Ramsulkan. Saya menggangguk. Sambil bersalam, lama tak jumpa cikgu. Akhirnya kami pulang dekat pukul 1.20 malam dan apabila saya hendak membanyar makanan saya Meor salah seorang daripada mereka membayarkan sekali makanan dan minuman saya. Dalam masa bersembang mereka berkata kami semasa di sekolah takut dengan cikgu kerana cikgu tegas mengajar Bahasa Melayu. Saya termenung sebentar kerana setahu saya saya tidaklah segarang mana, kecuali saya marah. Kesimpulanhya, cikgu, kami pelajar nakal memang mengenang cikgu kami. Justeru, saya bangga dengan pelajar saya. Semoga kamu akan berjaya di dunia dan di akhirat dan Meor memberi kad kerjanya kepada saya dan seterusnya mereka meminta nombor telefon saya. Alhamdulillah saya sampai ke rumah dengan rasa terharu kerana dapat berjumpa pelajar saya setelah lebih kurang 12 tahun tidak bertemu dengan mereka. Alhamdulillah inilah nikmatnya menjadi seorang guru.

Khamis, 1 November 2012

TAHNIAH PASUKAN SENDALOKA SMKASAS DAN KREW

        Pada 31/10/2012, pasukan sendaloka SMKASAS terdiri pelajar ting. 3, telah terlibat dalam Pertandingan Sendaloka Anjuran PPD Perak Tengah. Program ini melibatkan pelajar yang sedang mengikuti Program Selepas PMR 2012. Sememangnya, pelajar yang terlibat hanya mengambil masa sehari untuk membuat persediaan sama ada untuk mengenali peraturan dan cara sendaloka dijalankan. Tabik hormat juga kepada Cikgu Ahmad Sirajuddin yang sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dalam masa sesuntuk itu untuk mengajar kumpulan sendalokan berkenaan. Untuk makluman, persembahan kumpulan sendaloka ini sama seperti sketsa lucu seperti Pimai Pimai Tang Tu, yang satu ketika dulu amat menarik perhatian penonton dan tajuknya Ponteng Sekolah.
               Saya telah mengikuti mereka ke Dewan Besar  Felcra Changkat Lada kerana peruntukan untuk program berkenaan telah ditanggung oleh Ahli Parlimen Kampung Gajah. Tambahan pula Cikgu Sirajuddin sibuk dengan persediaan sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan SPM 2012 dan saya pula mempunyai masa lapang pada hari berkenaan. Saya faham pasukan berkenaan memerlukan guru pengiring untuk memberi semangat dan bantuan jika kumpulan berkenaan memerlukan pertolongan sebelum, semasa dan selapas pertandingan. Sepanjang saya menyaksikan gelagat dan telatah lucu mereka secara spontan semasa mempersembahkan sendaloka berkenaan, paling saya tertarik adalah sikap kreatif krew sketsa berkenaan kerana di atas pentas tiada sebarang peralatan disediakan, cuma yang ada kerusi. Dalam masa saya bersarapan pagi di Gerai Makan di Changkat Lada, krew sketsa yang membantu membawa peralatan telah menyelesaikan masalah iaitu untuk menyediakan "prop" meja untuk persembahan mereka. Mereka sanggup meminjam meja daripada gerai berdekatan hanya sekadar untuk memastikan pelakon sketsa dapat menyampaikan lakonan mereka dengan baik. Antara peralatan yang dibawa dari sekolah ialah senduk, sudip, kuali, pakaian untuk pelakon, papan tanda " Peperiksaan Sedang Dijalankan" dan berbagai lagi.
              Sebelum pengumuman keputusan pertandingan, saya meminta pelakon terbabit supaya bersedia dengan berpakaian kemas dan berkasut tanpa membenarkan mereka memakai selipar untuk menjaga imej sekolah. Pada masa yang sama, mereka bertanya kepada saya, cikgu dah tahu siapa yang menang kerana pasukan yang mendapat tempat ketiga dan kedua telah diumumkan. Apabila keputusan mereka menjadi juara daripada sembilan pasukan sketsa yang bertanding mereka melompat keseronokan. Dalam hati saya memang kamu semua pelajar sekolah kluster yang berfikiran di luar kotak. Setelah turun daripada pentas mereka terlibat dan krew sketsa menyerbu saya dan terus bersalam. Terima kasih cikgu kerana memberi semangat dan bagi mereka kehadiran saya memang bermakna kepada mereka. Syabas kerana semangat sepasukan dan krew yang mantap membawa kamu ke arah kecemerlangan. Saya kata memang saya dah tahu dari segi aksi lucu pelakon dan juga krew yang hebat, sudah pasti kamulah juara. Tahniah, Cikgu Srajuddin, walaupun pertandingan tersebut tidak akan ke peringkat negeri tetapi kejayaan tersebut amat manis bagi saya dan warga SMKASAS. InsyaAllah esok, mereka akan menerima sijil dan hamper yang dimenangi semasa perhimpunan rasmi sekolah. Sesungguhnya aktiviti Program Selepas PMR 2012  menjadi kenangan kepada Pasukan Sketsa Ting. 3. Tahniah sekali lagi.