SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 4 Oktober 2013

MEMORI KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK PABILA TIBA MASAYANYA KEHIDUPAN PENDIDIKAN PERLU DITINGGALKAN

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. PERIBAHASA BERKENAAN MEMANG BERTEPATAN APABILA SALAH SEORANG PENDIDIK SMKASAS BERJAWATAN PENOLONG HAL EHWAL MURID TELAH MENAMATKAN PERKHIDMATANNYA SETELAH 'PUNCCARDS" TERAKHIR DI SMAKASAS DILAKUKAN TEPAT JAM 12.15 MINIT TENGAH HARI TADI DI DEWAN AS-SHAFIE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN AZLAN SHAH. NAMUN, DALAM TEMURAMAH "ON-LINE" DENGAN MANTAN PENGETUA SMKASAS DARI SARAWAK YANG KINI MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM DI JPN SARAWAK, USTAZ SIDEK AKAN MENERIMA PANGKAT TERAKHIR DENGAN JAWATAN "JUSA" SEMASA MERAIKAN PERSARAAN BELIAU DI HOTEL D BILLIONS. SEBENARNYA USTAZ ARIP B. SAAYA MENGAITKAN KOMITMEN UTAMA USTAZ SIDEK B. ALIMAN DALAM KERJAYA SELEPAS BERSARA IAITU JUTAWAN SAWIT (JUSA). SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA USTAZ SETIMPAL DENGAN JASA YANG DITINGGALKAN DI SMKASAS DAN SELAMAT MENGHARUNGI DUNIA BARU SEBAGAI PESARA AWAM.

SEDUTAN UCAPAN KETUA UMUM PELAJAR SMKASAS:-
Oleh : YUSOF HAFIFI B. MUHAIRI,
KETUA UMUM SMKA SULTAN AZLAN SHAH, 32600 BOTA, PERAK 2013
Bismillahirahmanirahim........

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera,salam muhibah.

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,yang diraikan, Ustaz Mohd  Sidek b. Aliman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA Sultan Azlan Shah, , Yang  berusaha  Puan Hajah Latifah bt. Saad, Penyelia Pengurusan Hal Ehwal Murid, Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Negeri Perak , En. Ahmad Zakuan b. Mohd. Razi, Pegawai Pendidikan Daerah Bahagian Hal Ehwal Murid, PPD Perak Tengah, Ustad Mohamad Radzi b. Mohd. Wazir, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Perak Tengah, Ustazah Naemah bt. Ramli, Pengetua SMKASAS, Ustaz Halmi b. Abdul Rahman, Wakil Yang Dipertua PIBG SMKASAS,  Barisan guru-guru kanan SMKASAS,Guru-guru Kanan Bidang SMKASAS, Guru Cemerlang, guru-guru, staf sokongan  dan rakan pelajar yang dikasihi dan di rahmati Allah sekalian.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, pada pagi ini dapat kita berkumpul bagi meraikan majlis persaraan Ustad Sidik b. Aliman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang kita sayangi. Saya mewakili pelajar SMKA Sultan Azlan Shah mengambil kesempatan pada majlis ini untuk menyampaikan ucapan sempena persaraan Ustaz. Pada Hari merupakan hari terakhir untuk kita dapat bersama-sama dengan Ustad dalam dunia pendidikan secara formal, sebelum beliau meninggalkan SMKASAS secara rasmi selepas majlis ini. Oleh sebab itu, saya dan rakan-rakan pelajar turut  berasa sedih kerana kami terpaksa berpisah dengan ustaz yang kami sayang. Besar harapan kami bukan perpisahan untuk selamanya, kami mengharap Ustaz selalulah mengunjungi kami di sini. Kami berdoa agar ustad akan terus beroleh kejayaan dan ketenangan selepas persaraan dan sentiasa mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan terutama rakan-rakan yang sedang menghadapi PMR 2013,  seterusnya SPM dan STPM.

Ustaz yang kami raikan, tetamu kehormat, guru-guru dan rakan sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan bukan sekadar meraikan persaraan ustaz tetapi sebagai tanda majlis mengenang  jasa beliau yang telah banyak berpenat lelah,menyumbangkan bakti sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Majlis ini juga diadakan sebagai medan untuk beramah mesra sesama kita dan melunaskan rasa rindu kepada ustaz sebelum beliau pergi meninggalkan sekolah ini. Segala usaha yang dicurahkan oleh beliau untuk mengajar kita tidak terbalas dengan wang ringgit kerana beliau begitu komited dalam mengajar dan mendidik kita. Komitmen beliau ini membuktikan bahawa beliau begitu mengambil berat dan kasih kepada kita . Karisma  beliau yang mempunyai sifat kebapaan menjadikan dirinya mudah didekati oleh semua pelajar. Walaupun ketika marah, beliau tetap mampu memberikan senyuman menandakan beliau seorang yang penyayang. Sikap beliau yang penyayang ini juga membuatkan para pelajar akrab dan agak rapat dengannya.  Selain itu sikap beliau yang pemurah, terutama dalam mengatasi masalah mikrofon yang sering bermasalah di masjid Al Tarbiah SMKASAS akibat segelintir pelajar di SMKASAS sering menggunakan dengan kurang berhemah. Beliau juga memiliki, peribadi yang penyabar walaupun  mengalami kesulitan dalam perkara tertentu terutama ketika  melayan karenah kami di asrama yang mempunyai pelbagai 1001 gelagat dan masalah.

Saya selaku ketua pelajar mewakili rakan-rakan pelajar ingin memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata, tersilap tingkah melanggar sopan dan tersinggung emosi menyentuh hati. Sekali lagi, kami berharap agar ustaz tidak melupakan segala kenangan ustaz bersama kami tidak luput ingatan jua doakan kejayaan kami di dunia dan juga di akhirat.

Mengakhiri ucapan, kami ucapkan selamat bersara,moga selepas ini ustazah dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta. Sebelum mengundur diri izinkan saya membaca serangkap pantun,

Bunga mawar dalam jambangan,
gubahan indah diselit  melati,
Budi tuan jadi kenangan,
Tersemat kukuh dalam hati.

Patah dahan bunga kemboja,
Pucuk paku subur di titi,
Budi Ustaz kami tak akan lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Sekian,terima kasih.

 GAMBAR SEMASA JAMUAN MAKAN KELAB 3K 
MENU ISTIMEWA IALAH DAGING KAMBING BAKAR

 GAMBAR UNTUK MAJALAH GURU. GAMBAR TERAKHIR USTAZ BERSAMA 
GURU-GURU SMKASAS 2013
 ACARA MENYEDIHKAN, TAMATNYA PERKHIDMATAN SEORANG PENDIDIK
 IRINGAN TERKAKHIR PELAJAR, GURU-GURU SEMPENA MAJLIS
PERSARAAN USTAZ SIDEK B. ALIMAN
 KERETA YANG DIHIASI UNTUK ACARA SIMBOLIK MENGHANTAR USTAZ SIDEK
B. ALIMAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH DAN SETERUSNYA MEMBAWA
BELIAU BERSAMA ISTERI PULANG KE RUMAH BELIAU DI TAMAN MAJU
 SUASANA BERTAMBAH SAYU, APABILA PARA PELAJAR BERSALAM DAN
BERPELUKAN DENGAN USTAZ SIDEK PADA HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN
DAN PERSARAANNYA. PADA HARI INI 4/9/2013 JUGA MERUPAKAN
HARI JADI BELIAU KE 58 TAHUN.


SELAMAT TINGGAL KEPADA SEORANG PENDIDIK. JASAMU DIKENANG.

Tiada ulasan: