SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 29 Mei 2012

KEPUTUSAN BM PPT 2012

PELAJAR TING. 3S BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN PPT 2012 DI LAMAN WEB TING 3. UNTUK MEMBUKA LAMAN BERKENAAN ANDA BOLEH MENCARI DI BAHAGIAN BAWAH LAMAN WEB INI IAITU PADA NAMA MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN. KLIK PADA NAMA BERKENAAN DAN ANDA AKAN MELIHAT ADA LAMAN WEB CIKGU MOHDRAMSUL. KLIK LAMAN WEB BERKENAAN. SELAIN ITU, ANDA AKAN BERJUMPA LAMAN WEB BAHASA MELAYU SPM. SELAMAT MENCUBA DAN MENDAPAT INFO MENGENAI PPT 2012.
UNTUK KELAS 3K, KEPUTUSAN PPT 2012 AKAN DIMASUKKAN SEBERAPA SEGERA.

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN GURU DAN TERIMA KASIH  KEPADA PELAJAR DAN BEKAS-BEKAS PELAJAR  SMKASAS YANG SUDI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU 2012. SEPERTI BIASA SAMBUTAN HARI GURU SMKASAS DIMULAKAN DENGAN BACAAN YASIN DI  DATARAN KEJAT DAN SETERUSNYA DIIKUTI DENGAN ACARA SUKAN ANTARA GURU DAN MURID JUGA UNTUK GURU. SEMUA AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU DIANJURKAN OLEH PELAJAR SMKASAS. KIRA-KIRA PUKUL 9.30 SEMUA GURU DAN PELAJAR KE DEWAN BESAR AS SHAFIE UNTUK ACARA RASMI SAMBUTAN HARI GURU SERTA MENDENGAR AMANAT MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SECARA "ONLINE". PADA PUKUL 1.00 PETANG, SEMUA GURU BERADA DI TG CORNER SERI ISKANDAR UNTUK JAMUAN MAKAN SEMPENA HARI GURU ANJURAN KELAB 3K.  SELAMAT HARI GURU.

Isnin, 14 Mei 2012

MODUL CUTI TERANCANG UNTUK PELAJAR SEPANJANG CUTI SEMESTER PERTAMA

Guru mata pelajaran untuk setiap tingkatan ditugaskan menyediakan modul latihan untuk diselesaikan oleh pelajar sepanjang cuti semester ini. Justeru, pada cuti semester ini tidak ada sebarang kem cuti terancang sebagai mana dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Oleh sebab itu pelajar dibekalkan bahan kerja untuk diselesaikan oleh mereka pada sepanjang cuti kali ini. Diharapkan pelajar akan menyelesaikan kerja yang ditugaskan dengan bertanggungjawab dan menghasilkan jawapan dengan sebaik-baiknya. Cuti persekolahan untuk semester pertama akan bermula pada 26/5/2012 hingga 10/6/2012.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 BERMULA

       Pelajar Ting. 4 dan 5 SMKASAS sudah mula menghadapi  Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 10/5/2012. Sementera pelajar Menengah Rendah akan menghadapi kertas pertama pada 17/5/2012. Saya mendoakan pelajar SMKASAS akan menghadapi  PPT 2012 dengan semangat kental dan menjawab kertas soalan dengan sebaik mungkin. Pada 14/5/2012 saya mulai ditugaskan  mengajar mata pelajaran bahasa Melayu untuk Ting. 3K, 3S, 4K dan 5S , setelah tiga minggu mengajar kelas Ting. 3S dan 4K berdasarkan jadual sementara.
          Agak sukar juga mengajar kelas berkenaan kerana saya agak sukar untuk menentukan rentak mengajar kerana dalam masa yang sama PPT 2012 sudah bermula. Justeru, saya cuba membantu pelajar menghadapi PPT 2012 terutama  membantu pelajar untuk menguasai format kertas peperiksaan. Memang, saya dalam usaha mencari rentak untuk memastikan pelajar mampu menjawab PPT 2012 dengan baik. Namun, selepas peperiksaan nanti barulah saya akan mengajar lebih berfokus dan akan membantu pelajar PMR dan SPM menghadapi peperiksaan awam 2012. Memang saya sudah menjangkakan masalah ini berlaku sebelum memulakan tugas sebagai guru semula setelah lama bercuti. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar berkenaan mendapat didikan yang sewajarnya.