SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 29 April 2014

PEMANTAUAN PROGRAM CO KELOMPOK 6

         Pada hari ini 29 Mei 2014, saya telah memutuskan untuk membuat pemantauan Program CO, Kelompok 6 di dua lokasi. Pertama di SK. Sungai Besar dengan Program Penandaan Kertas Bahasa Melayu, dan SK Seberang Perak dengan Program Penandaan Kertas Matematik. Saya bertolak dari Pejabat Pendidikan Perak Tengah pada pukul 1.30 petang, dan menjamu selera di Kedai Makan Seri Londang dan kemudian mengisi minyak di Stesyen Shell Titi Gantong. Oleh sebab pertama kali ke SK. Sungai Besar, saya telah menghubungi Ketua Unit Akademik En. Hamim b. Ashkar untuk memohon panduan perjalan ke sana. Alhamdulillah saya telah sampai di Sungai Ranggam dan menunaikan Solah Zohor di Masjid Sungai Ranggam. Sekali lagi saya menghubungi Ketua Unit dan saya berpatah satu kilometer perjalanan untuk mengambil jalan ke Hulu Rintis, menuju ke SK. Sungai Besar. Oleh sebab, pemanduan saya tidak sampai-sampai ke lokasi, saya berusaha bertanya beberapa orang kampung dalam perjalanan, sehinggalah saya sampai dengan selamat di SK. Sungai Besar kira-kira pukul 3.00 petang.
          Saya dapati Program Kelompok 6, yang melibatkan lima buah sekolah iaitu SK. Seberang Perak, SK. Sungai Besar, SK. Kota Setia, SK. Changkat Lada 2, dan SK. Sungai Ranggam. Bersama-sama mendengar porgram penandaan kertas berkenaan ialah Guru Besar SK. Sungai Besar, En. Ali b. Sham dan kemudian saya bersalam dengan semua guru lelaki dan memohon maaf atas gangguan terhadap program yang sedang berjalan. Seterusnya, saya meminta penceramah Puan Maimunah Rohani meneruskan program. Kemudian saya menulis buku pelawat dan mengambil gambar program tersebut. Kemudian saya meminta kebenaran untuk bertolak ke SK. Seberang Perak untuk melihat perjalanan program di sana dengan tujuan tidak mahu mengganggu perjalanan program. Sebelum bertolak saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Guru Besar SK. Sungai Besar menjayakan program kerana harapan yang amat tinggi diberikan kepada setiap peserta untuk meningkatkan kualiti penandaan kertas seterusnya membimbing pelajar untuk menjawab soalan dengan betul, tepat, dan mengikut kehendak soalan. Diharapkan juga, program co ini dapat membantu setiap sekolah kelompok dari segi menyediakan ruang tempat program, berkongsi kepakaran daripada guru-guru kelompok yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk memantapkan kualiti guru, mengurangkan kos kewangan dan seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam UPSR, terutama Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2014.
GAMBAR PROGRAM PENANDAAN KERTAS BAHASA MELAYU 
DI SK SUNGAI BESAR






      Sebelum saya bertolak ke SK. Seberang Perak, En. Ali Sham, Guru Besar SK. Sungai Besar telah mencadangkan saya untuk menggunakan jalan Ulu Dedap menuju ke SK. Seberang Perak. Sebagai orang baru dengan persekitaran Seberang Perak saya amat berterima kasih kepada beliau kerana dengan penerangan dan panduan diberikannya saya berjaya sampai di SK. Seberang Perak pada pukul 3.45 petang. Kemudian saya terus menuju ke pejabat untuk menulis buku pelawat dan terus ke Bilik Gerakan SK. Seberang Perak. Sekali lagi saya memberi salam dan tuan penceramah program penandaan kertas Matematik menjemput saya masuk dan saya terus memohon maaf kerana mengganggu peserta program dengan terus bersalam dengan mereka. Saya ditanya oleh penceramah kenapa tidak memberitahu kedatangan saya pada petang itu dan saya terus menjawab kedatangan saya cuma untuk melihat program dan tidak mahu mengganggu program yang sedang berjalan.Lagipun, kedatatangan saya bukan untuk menyelia tetapi untuk memastikan program yang dirancang berdasarkan surat yang telah saya keluar dan ditandatangani Timbalan PPD, berjalan mengikut perancangan. Setelah saya mengambil gambar program saya mohon maaf kerana mengganggu perjalanan program pada petang itu. Tahniah sekali lagi saya berikan kepada Guru Besar, penceramah dan peserta program kerana hadir pada petang itu. Harapan saya dan warga PPD sama dengan program Bahasa Melayu di Sungai Besar cuma di SK Seberang Perak ilmu penandaan kertas Matematik diharapkan akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2014. 
            Alhamdulillah, pada hari ini saya amat gembira kerana kedua-dua program yang dirancang oleh Kelompok 6, berjalan dengan lancar. Hilang rasanya penat memandu ke Sekolah Rendah Paling jauh di Perak Tengah kerana sekolah SK Sungai Besar merupakan sekolah paling jauh dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terletak di sempadan Teluk Intan. Semoga saya akan dapat melawat lokasi program kelompok lain selepas ini. InysaAllah.

GAMBAR PROGRAM PENANDAAN KERTAS MATETIK
DI SK SEBERANG PERAK







Ahad, 27 April 2014

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH (SIWP) DAERAH PERAK TENGAH 2014

       Pada 25 April 2014, Seminar Integriti Warga Pendidik Sekolah Menengah telah diadakan di 3 Lokasi Utama iaitu di IKBN Seri Iskandar, Dewan KEMAS Seri Iskandar, dan di Dewan Felcra Changkat Lada. Saya telah ditugaskan untuk menjadi Ketua Penyelaras Seminar Integriti Warga Pendidikan Sekolah Menengah di Dewan KEMAS Seri Iskandar. Justeru, pukul 7.25 pagi saya telah sampai di Dewan KEMAS Seri Iskandar dengan membawa semua bahan seminar seperti senarai pendaftaran guru yang terlibat dengan program, buku aturcara seminar serta borang penilaian seminar. Seterusnya, saya memantau perjalanan seminar dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.     
      Penceramah yang menyampaikan dua slot SIWP ialah En. Hamidon b. Jamli, Pen. Pegawai Kaunselor Organisasi, PPD Manjung, Perak. Alhamdulillah, seminar yang terbahagi kepada dua slot berjaya dilaksanakan dan penceramah berjaya menyampaikan pengisian program dengan baik dengan menyelitkan pelbagai informasi berkaitan Integriti Dalam Pendidikan serta gurauan bersahaja yang menarik minat warga pendidik Daerah Perak Tengah. Antara guru sekolah menengah yang terlibat dengan SIWP di Dewan KEMAS Seri Iskandar ialah SMK Seri Iskandar, SMK Lambor Kiri, SMK Sultam Muzaffar Shah 1, dan Kolej Vokasional Seri Iskandar.
          Pada sebelah pagi, peserta telah dibekalkan kek dan roti beserta air mineral sebagai pengalas perut. Semasa rehat, sebelum slot kedua bermula peserta telah menjamu selera dengan nasi minyak, guai dalca, dan ayam masak merah. Sesungguhnya warga guru yang hadir bertuah kerana selain disajikan makanan yang menyelerakan, mereka juga disajikan dengan input maklumat yang menyegarkan minda. Tahniah kepada semua jawatankuasa SIWP Dewan KEMAS Seri Iskanda kerana telah berusaha untuk memastikan perjalanan SIWP berjalan dengan lancar dan tahniah juga kepada penceramah En. Hamidon b. Jamli kerana memberikan input yang menyegarkan sebagai halwa telinga dan mata sepanjang seminar berjalan. Terima kasih semua.

GAMBAR KENANGAN SEPANJANG SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK
DI DEWAN KEMAS SERI ISKANDAR













Sabtu, 26 April 2014

MAKLUM BALAS SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU APBM VERSI 1

Assalamualaikum kepada guru-guru Bahasa Melayu (Sekolah Menengah Atas ) Daerah Perak Tengah.
Saya memohon tuan puan memberi sebarang maklum balas mengenai sistem APBM yang telah diserahkan kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah tuan puan untuk saya membuat penambahbaikan terhadap kekurangan sistem analisa item berkenaan. Cadangan dan saranan tuan puan amat saya hargai.

Sebarang maklum balas sila emailkan ke  mohdramsul@yahoo.com atau  mohdramsul@gmail.com

Sekian terima kasih.

PROGRAM PENANDAAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 DAN 2 UNTUK GURU-GURU BAHASA MELAYU PERAK TENGAH

       Alhamdulillah dua aktiviti kemahiran penandaan kertas bahasa Melayu melibatkan guru-guru Bahasa Melayu telah berjaya di jalankan di SMKASAS pada 17 dan 24 April 2014. Pada 17 April 2014, Program Penandaan Kertas 2 telah diadakan melibatkan guru-guru bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5. Sebagai melengkapkan kemahiran penandaan kertas bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu, pada 24 April 2014 sekali lagi program berkenaan diadakan. Dua orang penceramah telah dijemput hadir berkongsi ilmu dan pengalaman untuk program penandaan kertas berkenaan. Kertas Bahasa Melayu 2,  telah disampaikan oleh En. Hasnan b. Zainuddin, guru SMK Kuala Kurau, dan kertas bahasa Melayu 1 telah disampaikan oleh Tuan. Haji Zawawi b. Mat Ghazali, guru SMK Ayer Tawar, Perak. Sepanjang dua program berkenaan berjalan, banyak impak dan pengaliran ilmu berlaku dan guru-guru bahasa Melayu Ting. 4 dan 5 banyak diberikan pendedahan selok-belok penandaan kertas bahasa Melayu 1 dan 2. Paling memberangsangkan pelbagai soalan dikemukan oleh peserta kepada penceramah dan ini menggalakkan lagi proses penguasaan kemahiran penandaan kertas sepanjang bengkel berlangsung, dan saya mengucapkan tahniah atas kepekaan dan fokus setiap peserta bengkel yang melibatkan 15 buah sekolah menengah Daerah Perak Tengah. Justeru, saya mengharapkan dua objektif program berkenaan dijalankan akan memberi impak kepada peningkatan pencapaian bahasa Melayu Perak Tengah terutama terhadap Peperiksaan SPM 2014. Pertama sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa, diharapkan bengkel penandaan Kertas 1 dan 2 berkenaan guru akan dapat mengaplikasikan ilmu berkenaan semasa menyemak Kertas Bahasa Melayu Untuk Peperiksaan Pertengahan tahun 2014 yang dihadapi pelajar dalam minggu berkenaan. Selain itu, sebagai serampang dua mata, guru-guru berkenaan boleh memberikan panduan kepada pelajar bagaimana untuk menjawab soalan kertas 1 dan 2 secara berkualiti kepada para pelajar mereka. Disamping itu, saya mengharapkan guru-guru berkenaan akan memberi input yang diterima sepanjang bengkel kepada rakan-rakan guru di sekolah melalui program LADAP atau kursus dalaman di sekolah masing-masing.

         Sebagai memantapkan lagi usaha meningkatkan kualiti PdP di sekolah, saya telah menurun muat bahan Modul Bahasa Melayu yang telah saya hasilkan untuk kegunaan pelajar SMKASAS pada tahun 2014 tetapi saya tidak berkesempatan menggunakannya kepada pelajar saya kerana saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa di PPD Perak Tengah ke dalam CD. Hal ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru di Perak Tengah dan tidak ada apa yang perlu saya simpan kerana ilmu berkenaan adalah hak bersama. Selain itu, saya juga telah memuat turun Program Analisa Item yang saya guna pakai di SMKASAS tetapi telah saya buat penambahbaikan dengan bantuan dua orang rakan sejawat saya semasa di SMKASAS iaitu saudara Mohd. Noor Hamzah dan saudara Khairi. Berdasarkan pengalaman saya, program berkenaan dapat mengesan kelemahan dan kelebihan pelajar dalam menguasai kemahiran item terutama untuk kertas bahasa Melayu 2. Pada masa yang sama, program berkenaan mampu menentukan aras kesukaran soalan yang akan menentukan soalan yang dibina pada aras tinggi, sederhana, atau mudah.dan boleh menjadi pengukur kepada JSU semasa membina soalan. Saya mengedarkan program berkenaan dengan harapan Ketua Panitia bahasa Melayu sekolah dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu mencuba mempraktikkan program berkenaan dengan memasukkan markah pelajar ke dalam sistem yang saya namakan Analisa Peperiksaan Bahasa Melayu Menegah Atas atau APMB(K) Versi1 dan APMB (T) Versi 1. InsyaAllah, semasa Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Daerah Kali Ke-2, saya akan memberi penerangan cara penggunaan program berkenaan kepada ketua panitia. Justeru, pengedaran awal program atau sistem berkenaan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bahasa Melayu terutama untuk membantu saya membuat penambahbaikan sistem yang saya bina sendiri atas pengalaman mengajar di SMKASAS selama 12 tahun. Berdasarkan penelitian saya, banyak impak saya peroleh terutama dalam merancang program dan latih tubi yang perlu diberikan kepada pelajar setelah saya mengesan kelemahan mereka dalam menjawab soalan peperiksaan terutama pada item soalan yang sukar.

         Untuk makluman, sistem berkenaan dipecahkan kepada dua iaitu APMB(K) Versi1 dan APMB (T) Versi1 adalah kerana sistem berkenaan mempunyai perkaitan. APMB(K) Versi 1 melibatkan guru mata pelajaran kerana 'K' bermaksud kelas. APBM(T) pula berkaitan dengan tingkatan kerana 'T' bermaksud tingkatan. Justeru, apabila guru kelas telah memasukkan data ke dalam APBM(K), penyelaras tingkatan boleh mengumpul maklumat ke dalam sistem APBM(T) yang akan menganalisa item untuk keseluruhan pelajar di sesuatu sekolah. Oleh sebab itu, guru-guru di sekolah perlu menguasai kemahiran asas sistem excell, terutama kemahiran 'copy' dan 'paste'. Kesimpulannya, pada tahun ini Perak Tengah mempunyai kekuatan dalam meningkatkan kualiti dalam mata pelajaran bahasa Melayu SPM, cuma paling utama usaha dan peranan semua warga pendidik terutama guru-guru bahasa Melayu, Peranan Pengerusi Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu Daerah, serta peranan setiap pengerusi Kelompok Prorgam CO akan mampu memberi impak besar kepada usaha untuk memartabatkan keputusan bahasa Melayu di peringkat daerah. Saya akan cuba berusaha untuk memperkasakan Mata Pelajaran bahasa Melayu Daerah Perak Tengah kerana itu merupakan tugas saya sebagai Pen. PPD kurikulum Bahasa. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberikan saya kekuatan untuk saya terus membantu memperkasakan mata pelajaran yang merupakan sumbernya daripada bahasa ibunda kita. Amin.
GAMBAR SEPANJANG BENGKEL PENANDAAN KERTAS 1 DAN 2
PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)
PPD DAERAH PERAK TENGAH DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU
DAERAH PERAK TENGAH DI SMKASAS









          

Jumaat, 25 April 2014

PENGELUARAN SURAT PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) DARIPADA PPD UNTUK AKTIVITI KELOMPOK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Assalamualaikum kepada Guru Besar dan Pengetua  Sekolah Rendah dan Menengah.

Sebagai Pegawai Meja Program CO, saya mengharapkan tuan puan menghubungi saya terus dengan  menghantar email sebarang program yang akan dijalankan dengan memberi maklumat:-
                Nama Program : 
               Tarikh               :   
                Masa               :
                Tempat           :

Alamat email saya:  mohdramsul@yahoo.com

Namun untuk memudahkan saya mengeluarkan surat dan menyimpan maklumat program kelompok tuan puan, saya mencadangkan tuan puan menghantar:-

                a)   Kertas Kerja Program ( Jika ada )
               b)    Surat contoh yang perlu dikeluarkan.

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa contoh maklumat program kelompok yang lengkap berserta surat contoh yang membantu saya memahami program dan mengeluarkan surat yang diperlukan.

Contoh Program CO, Kelompok 2 ( Sekolah Menengah )



KERTAS KERJA
PROGRAM
KECEMERLANGAN PELAJAR ELIT KEMANUSIAN

KELOMPOK 2


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH:
SMK. SERI LONDANG (PENGERUSI)
SMK. DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB
SMK. SULTAN MUZAFAR SHAH (1)
SMK. LAMBOR KIRI





RASIONAL
Program Elit merupakan langkah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian kecemerlangan untuk memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran. Program ini melibat sekolah-sekolah Perak Tengah Kelompok 2 yang mensasarkan 24 orang pelajar daripada 4 buah sekolah iaitu SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, SMK Seri Londang, SMK Sultan Muzaffar Shah 1 dan SMK Lambor Kiri.

 MATLAMAT
1.    Meningkatkan pencapaian kualiti bilangan pelajar cemerlang (semua A) bagi aliran kemanusiaan.
2.    Mendedahkan teknik menjawab soalan untuk mendapat markah tinggi.
3.    Latih tubi soalan berkualiti akan mendedahkan pelajar kepada jawapan yang berkualiti untuk mendapat markah tinggi dalam SPM sebenar.

OBJEKTIF
1.    Meningkatkan jumlah pelajar mendapat markah 75 ke atas (Gred A)
2.    Meningkatkan kemahiran menjawab pelajar melalui panduan daripada guru berpengalaman.
3.    Meningkatkan keyakinan pelajar terhadap empat mata pelajaran kritikal pelajar aliran kemanusiaan.

PELAKSANAAN
Para pelajar akan diberi pendedahan dan bimbingan oleh Jurulatih Utama (JU) daripada kalangan guru-guru dalam kelompok 2 bagi empat mata pelajaran kritikal aliran kemanusiaan iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Setiap minggu calon pelajar elit yang sama akan mengikuti kelas bagi dua mata pelajaran yang mengambil masa 2 jam bagi setiap mata pelajaran. Setiap minggu dua orang guru daripada setiap sekolah (dari 2 mata pelajaran berlainan) akan terlibat sebagai JU dan merangkap guru pengiring. Kelas bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.  Kelas diadakan dalam bentuk bengkel dan latihan (Sila rujuk jadual yang disertakan).



KEWANGAN
Perbelanjaan:
Makan (Pelajar)     :  6 orang x  RM3.00  x 10 minggu =  RM180.00
Makan Guru (JU)   :  2 orang x  RM3.00  x 10 minggu =  RM  60.00
Bahan Cetakan      :  6 pelajar x RM2.00 x 10 minggu =  RM120.00
JUMLAH                                                                                = RM360.00

Pendapatan:

Setiap sekolah menyumbangkan sama banyak kos perbelanjaan berikut:

BIL
SEKOLAH
Jumlah Bayaran Keseluruhan (RM)
1
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub
360.00
2
SMK Lambor Kiri
360.00
3
SMK Sultan Muzafar Shah 1
360.00
4
SMK Seri Londang
360.00

JUMLAH
RM 1440.00

JADUAL PELAKSANAAN
Bil
Tarikh /hari
Mata Pelajaran
Tindakan
Masa
Tempat
1
03.5.2014
(Sabtu)
Bahasa Inggeris
Guru BI SMKSL (ketua)
Guru BI SMKDARY
Guru BI SMKSMS1
Guru BI SMKLK
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Pendidikan Islam
Guru PAI SMKSL (ketua)
Guru PAI SMKDARY
Guru PAI SMKSMS1
Guru PAI SMKLK
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
2
10.5.2014
(Sabtu)
Matematik
Guru MATH SMKSL (ketua)
Guru MATH SMKDARY  
Guru MATH SMKSMS1
Guru MATH SMKLK
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Sains
Guru SAINS SMKSL (ketua)
Guru SAINS SMKDARY
Guru SAINS SMKSMS1 
Guru SAINS SMKLK 
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
3
17.5.2014
(Sabtu)
Pendidikan Islam
Guru PAI SMKDARY (ketua)
Guru PAI SMKSMS1
Guru PAI SMKLK
Guru PAI SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Bahasa Inggeris
Guru BI SMKDARY (ketua)
Guru BI SMKSMS1
Guru BI SMKLK
Guru BI SMKSL 



11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
4
21.6.2014
(Sabtu)
Sains
Guru SAINS SMKDARY (ketua)
Guru SAINS SMKSMS1   
Guru SAINS SMKLK
Guru SAINS SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Matematik
Guru MATH SMKDARY (ketua)
Guru MATH SMKSMS1 
Guru MATH SMKLK
Guru SMKSL
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
5
28.6.2014
(Sabtu)
Bahasa Inggeris
Guru SMKSMS1 (ketua)
Guru SMKLK
Guru SMKDARY
Guru SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Pendidikan Islam
Guru SMKSMS1 (ketua)
Guru SMKLK
Guru SMKDARY
Guru SMKSL  
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
6
09.8.2014
(Sabtu)
Matematik
Guru SMKSMS1  (ketua)
Guru SMKLK
Guru SMKDARY  
Guru SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Sains
Guru SAINS SMKSMS1 (ketua)
Guru SAINS SMKLK 
Guru SAINS SMKDARY
Guru SAINS SMKSL
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
7
16.8.2014
(Sabtu)
Pendidikan Islam
Guru SMKLK  (ketua)
Guru SMKSMS1
Guru SMKSL
Guru SMKDARY
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Bahasa Inggeris
Guru SMKLK  (ketua)
Guru SMKSMS1
Guru SMKSL 
Guru SMKDARY
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
8
23.8.2014
(Sabtu)
Sains
Guru SAINS SMKLK  (ketua)
Guru SAINS SMKSMS1   
Guru SAINS SMKSL
Guru SAINS SMKDARY
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Matematik
Guru SMKLK (ketua)
Guru SMKSMS1
Guru SMKSL
Guru SMKDARY
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
9
30.8.2014
(Sabtu)
Bahasa Inggeris
Guru BI SMKSMS1 (ketua)
Guru BI SMKLK
Guru BI SMKDARY
Guru BI SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Pendidikan Islam
Guru PAI SMKSL (ketua)
Guru PAI SMKLK
Guru PAI SMKSMS1
Guru PAI SMKDARY                
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
10
27.9.2014
(Sabtu)
Matematik
Guru MATH SMKDARY  (ketua)
Guru MATH SMKLK
Guru MATH SMKSMS1
Guru MATH SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Sains
Guru SAINS SMKLK (ketua)
Guru SAINS SMKSMS1
Guru SAINS SMKDARY
Guru SAINS SMKSL 
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.

PENUTUP
Penglibatan semua pihak dengan penuh keazaman dapat mengubah halatuju anak bangsa untuk mencapai kecemerlangan. Insyaallah.



Disediakan:
Pengerusi Program Elit Kemanusiaan Kelompok 2
SMK. Seri Londang,
32600 Bota, Perak

Cadangan Surat makluman kepada sekolah-sekolah kelompok 2:

LETTER HEAD PPD PERAK TENGAH
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada:
Pengetua,
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB,
SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1,
SMK LAMBOR KIRI,
SMK SERI LONDANG

Tuan,
Program Kecemerlangan Pelajar Elit Kemanusiaan Kelompok  2,
Sekolah  Menengah Daerah Perak Tengah Tahun 2014

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan Sekolah-sekolah Menengah Kelompok 2, akan melaksanakan program Kecemerlangan Pelajar Elit Kemanusiaan seperti ketetapan di bawah.

            Tarikh            :           03 Meil – 27 September, 2014
            Masa              :             8.30 Pagi – 1.00 Petang.
            Tempat           :        SMK Seri Londang, Bota, Perak.

3.        Maklumat program, senarai peserta, jadual, tenaga pengajar terlibat dan kutipan bayaran setiap sekolah adalah seperti lampiran dalam kertas kerja.

4.        Sekolah tuan/puan boleh membuat bayaran kepada tuan rumah iaitu SMK Seri Londang dalam bentuk tunai atau cek atas nama,  PIBG SMK Seri Londang.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
Cadangan Surat Lantikan Fasilitator / Guru Pengiring dari sekolah-sekolah dalam  kelompok 2:

Kepada:
…………………………………………………
…………………………………………………

Melalui:
Pengetua,
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB,
SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1,
SMK LAMBOR KIRI,
SMK SERI LONDANG

Tuan/Puan
Lantikan Sebagai Fasilitator Merangkap Guru Pengiring
Program Kecemerlangan Pelajar Elit Kemanusiaan Kelompok  2,
Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah Tahun 2014

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan Sekolah-sekolah Menengah Kelompok 2, akan melaksanakan program Kecemerlangan Pelajar Elit Kemanusiaan seperti ketetapan di bawah.

            Tarikh            :           03 Meil – 27 September, 2014  (sila rujuk lampiran 1)
            Masa:             8.30 Pagi – 1.00 Petang.
            Tempat:        SMK Seri Londang, Bota, Perak.

3.        Sehubungan dengan itu, tuan/puan dilantik sebagai Fasilitator/Guru Pengiring untuk bertugas/membawa pelajar dari sekolah ke tempat program dilaksanakan. Tuan/Puan layak membuat tuntutan perjalanan bersesuaian dengan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

LAMPIRAN 1

JADUAL PELAKSANAAN
PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR ELIT KEMANUSIAAN KELOMPOK 2
Bil
Tarikh /hari
Mata Pelajaran
Tindakan
Masa
Tempat
1
03.5.2014
(Sabtu)
Bahasa Inggeris
Guru BI SMKSL (ketua)
Guru BI SMKDARY
Guru BI SMKSMS1
Guru BI SMKLK
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Pendidikan Islam
Guru PAI SMKSL (ketua)
Guru PAI SMKDARY
Guru PAI SMKSMS1
Guru PAI SMKLK
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
2
10.5.2014
(Sabtu)
Matematik
Guru MATH SMKSL (ketua)
Guru MATH SMKDARY  
Guru MATH SMKSMS1
Guru MATH SMKLK
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Sains
Guru SAINS SMKSL (ketua)
Guru SAINS SMKDARY
Guru SAINS SMKSMS1 
Guru SAINS SMKLK 
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
3
17.5.2014
(Sabtu)
Pendidikan Islam
Guru PAI SMKDARY (ketua)
Guru PAI SMKSMS1
Guru PAI SMKLK
Guru PAI SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Bahasa Inggeris
Guru BI SMKDARY (ketua)
Guru BI SMKSMS1
Guru BI SMKLK
Guru BI SMKSL 



11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
4
21.6.2014
(Sabtu)
Sains
Guru SAINS SMKDARY (ketua)
Guru SAINS SMKSMS1   
Guru SAINS SMKLK
Guru SAINS SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Matematik
Guru MATH SMKDARY (ketua)
Guru MATH SMKSMS1 
Guru MATH SMKLK
Guru SMKSL
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
5
28.6.2014
(Sabtu)
Bahasa Inggeris
Guru SMKSMS1 (ketua)
Guru SMKLK
Guru SMKDARY
Guru SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Pendidikan Islam
Guru SMKSMS1 (ketua)
Guru SMKLK
Guru SMKDARY
Guru SMKSL  


11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
6
09.8.2014
(Sabtu)
Matematik
Guru SMKSMS1  (ketua)
Guru SMKLK
Guru SMKDARY  
Guru SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Sains
Guru SAINS SMKSMS1 (ketua)
Guru SAINS SMKLK 
Guru SAINS SMKDARY
Guru SAINS SMKSL
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
7
16.8.2014
(Sabtu)
Pendidikan Islam
Guru SMKLK  (ketua)
Guru SMKSMS1
Guru SMKSL
Guru SMKDARY
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Bahasa Inggeris
Guru SMKLK  (ketua)
Guru SMKSMS1
Guru SMKSL 
Guru SMKDARY
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
8
23.8.2014
(Sabtu)
Sains
Guru SAINS SMKLK  (ketua)
Guru SAINS SMKSMS1   
Guru SAINS SMKSL
Guru SAINS SMKDARY
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Matematik
Guru SMKLK (ketua)
Guru SMKSMS1
Guru SMKSL
Guru SMKDARY
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
9
30.8.2014
(Sabtu)
Bahasa Inggeris
Guru BI SMKSMS1 (ketua)
Guru BI SMKLK
Guru BI SMKDARY
Guru BI SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Pendidikan Islam
Guru PAI SMKSL (ketua)
Guru PAI SMKLK
Guru PAI SMKSMS1
Guru PAI SMKDARY                
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
10
27.9.2014
(Sabtu)
Matematik
Guru MATH SMKDARY  (ketua)
Guru MATH SMKLK
Guru MATH SMKSMS1
Guru MATH SMKSL
08.30 Pagi
hingga
10.30 Pagi
SMK Seri Londang
Sains
Guru SAINS SMKLK (ketua)
Guru SAINS SMKSMS1
Guru SAINS SMKDARY
Guru SAINS SMKSL 
11.00 Pagi
hingga
01.00 Ptg.
  
Contoh Program CO, Kelompok 2 ( Sekolah Rendah )



SALAM TUAN,
MOHON BUATKAN SURAT UNTUK
A) SURAT MESYUARAT POST MORTEM OTI 1 KELOMPOK 2 PADA  7 APRIL 2.30 PETANG
DI SK TEPUS
 ( PANGGIL SU PEPERIKSAAN @ PENYELARAS TAHUN 6)

B) SURAT PELAKSANAAN PROGRAM “OPS KEPUNG” KELOMPOK 2 BERMULA PADA 10 APRIL JAM 3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG DI SK ISKANDAR SHAH.
SILA MAKLUMKAN DALAM SURAT BERKENAAN
a)      SETIAP MURID PERLU BAYAR RM 20.00 UNTUK KOS BAHAN
b)      URUSAN PENGANGKUTAN MURID KE PROGRAM BERKENAAN DI      BAWAH TANGGUNGJAWAB IBU BAPA.
C) SURAT PELANTIKAN TENAGA PENGAJAR KEPADA GURU YANG TERBABIT PROGRAM “OPS KEPUNG” KELOMPOK 2 BERMULA PADA 10 APRIL JAM 3.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG DI SK ISKANDAR SHAH
(LIHAT JADUAL YANG DILAMPIRKAN)

SEKOLAH YANG TERBABIT
1) SK ISKANDAR SHAH                      2) SK PARIT    
3) SK TEPUS                                        4) SK BUKIT CHUPAK            
5) SK SUNGAI PERAH                         6) SK CHOPIN


PROGRAM “OPS KEPUNG” KELOMPOK 2
                        Kumpulan Sasaran                 :           Cemerlang dan Halus
                        Lokasi  Cadangan                   :           SK Iskandar Shah
                        Kos Penyertaan                      :           RM 20.00 seorang
                        Perbelanjaan                           :           Photostat bahan
                                                                        :           Utiliti lokasi
Jadual Pelaksanaan                                                  

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
10 April
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
BM

SK Iskandar Shah
En. Mursyid b.Mohd Zain
(SK Parit)
Halus
BI
En.Shahrul Faisal b. Md Idris (SK Bukit Chupak)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
17 April
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
MT

SK Iskandar Shah
En. Mohd Razhuan b. Napi
(SK Tepus)
Halus
SC
Pn. Ima Syahirah bt. Ibrahim
(SK Chopin)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
24 April
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
BI

SK Iskandar Shah
En.Shahrul Faisal b. Md Idris (SK Bukit Chupak)
Halus
BM
En. Mursyid b.Mohd Zain
(SK Parit)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
08 Mei
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
SC

SK Iskandar Shah
Pn. Ima Syahirah bt. Ibrahim
(SK Chopin)
Halus
MT
En. Mohd Razhuan b. Napi
(SK Tepus)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
15 Mei
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
BM

SK Iskandar Shah
En. Mursyid b.Mohd Zain
(SK Parit)
Halus
BI
En.Shahrul Faisal b. Md Idris (SK Bukit Chupak)





Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
22 Mei
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
MT

SK Iskandar Shah
En. Mohd Razhuan b. Napi
(SK Tepus)
Halus
SC
Pn. Ima Syahirah bt. Ibrahim
(SK Chopin)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
19 Jun
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
BI

SK Iskandar Shah
En.Shahrul Faisal b. Md Idris (SK Bukit Chupak)
Halus
BM
En. Mursyid b.Mohd Zain
(SK Parit)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
26 Jun
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
SC

SK Iskandar Shah
Pn. Ima Syahirah bt. Ibrahim
(SK Chopin)
Halus
MT
En. Mohd Razhuan b. Napi
(SK Tepus)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
07 Ogos
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
BM

SK Iskandar Shah
En. Mursyid b.Mohd Zain
(SK Parit)
Halus
BI
En.Shahrul Faisal b. Md Idris (SK Bukit Chupak)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
14 Ogos
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
MT

SK Iskandar Shah
En. Mohd Razhuan b. Napi
(SK Tepus)
Halus
SC
Pn. Ima Syahirah bt. Ibrahim
(SK Chopin)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
21 Ogos
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
BI

SK Iskandar Shah
En.Shahrul Faisal b. Md Idris (SK Bukit Chupak)
Halus
BM
En. Mursyid b.Mohd Zain
(SK Parit)

Tarikh / Masa
Kumpulan
Subjek
Lokasi
Pengajar
28 Ogos
3.00 – 5.00 pm
Cemerlang
SC

SK Iskandar Shah
Pn. Ima Syahirah bt. Ibrahim
(SK Chopin)
Halus
MT
En. Mohd Razhuan b. Napi
(SK Tepus)
                
Contoh lain:-


PENGERUSI KELOMPOK 4(UPSR 2014)
D/A SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR,
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.


MEMOHON SURAT PANGGILAN PROGRAM PENINGKATAN UPSR KELOMPOK 4 TAHUN 2014
1.       KURSUS TEKNIK PEMARKAHAN GURU BAHASA MELAYU  KELOMPOK 4 UPSR 2014

Tarikh                    :29 April 2014
Masa                     :2.30-4.30 ptg
Tempat                                : SK. Lambor Kanan
                                32900 Lambor Kanan.

Penceramah      :Tn Hj  Md Ramli b Sabran (Surat Panggilan)
SK. Kampung Bahagia,
Jalan Sg. Manik,
36000 Teluk Intan.

Peserta                :18 ORANG GURU RUJUK LAMPIRAN(Surat Panggilan)


2.       MOTIVASI SINAR HARAPAN  KELOMPOK 4 UPSR 2014
Tarikh                    : 24 April 2014
Masa                     : 9.00-12 .00 tgh
Tempat                                : SK. Seri Iskandar
Penceramah      :Pn Syarifah Ezreen Julia bt Syed Walid (surat Panggilan)
                                Pegawai Kebajikan Msyarakat Daerah,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Perak Tengah
Tingkat 1, Komplek Pentadbiran Daerah Perak Tengah,
32610 Bandar Baru seri Iskandar.

Guru Pengiring  : 8 Guru Kaunseling (surat Panggilan)





3.       KURSUS TEKNIK PEMARKAHAN GURU BAHASA INGGERIS  KELOMPOK 4 UPSR 2014

Tarikh                    :
 Masa                    :
 Tempat               :

Penceramah      :

Peserta                :18 ORANG GURU RUJUK LAMPIRAN(Surat Panggilan)

4.       KURSUS TEKNIK PEMARKAHAN GURU  MATEMATIK  KELOMPOK 4 UPSR 2014

Tarikh                    :
Masa                     :
Tempat                                :

Penceramah      :
Peserta                :18 ORANG GURU RUJUK LAMPIRAN(Surat Panggilan)
                                 
5.       KURSUS TEKNIK PEMARKAHAN GURU SAINS  KELOMPOK 4 UPSR 2014

Tarikh                    :30 April 2014
Masa                     :2.30 hingga 4.30 ptg
Tempat                                : PKG Bota Kanan
32600 Bota
                               
Penceramah      :Pn The Malihah Bt Hussin (Surat Panggilan)
SK. Simpang Empat Sitiawan,
32000 Sitiawan,Perak.

Peserta                :18 ORANG GURU RUJUK LAMPIRAN(Surat Panggilan)


 
LAMPIRAN.
Bilangan guru terlibat Kursus Teknik  Pemarkahan UPSR
Bil
Sekolah
Matapelajaran
B Melayu
B.Inggeris
Matematik
Sains
1
SK. Bota Kanan
2
2
2
2
2
SK.Iskandar Perdana
4
4
4
4
3
SK.Seri Iskandar
3
3
3
3
4
SK. Lambor Kanan
2
2
2
2
5
SK. Teluk Bakong
2
2
2
2
6
SK.Padang Changkat
2
2
2
1
7
SK.Suak Padi
1
1
1
1
8
SK.Felcra Nasaruddin
2
2
2
2

Jumlah
18
18
18
17


BILANGAN PESERTA MOTIVASI SINAR HARAPAN  KELOMPOK 4 UPSR 2014
Bil
Sekolah
Bilangan Murid /Guru
Murid
Guru Kaunseling
1
SK. Bota Kanan
5
1
2
SK.Iskandar Perdana
17
1
3
SK.Seri Iskandar
9
1
4
SK. Lambor Kanan
4
1
5
SK. Teluk Bakong
9
1
6
SK.Padang Changkat
4
1
7
SK.Suak Padi
5
1
8
SK.Felcra Nasaruddin
5
1

Jumlah
58
8


 Kerjasama Tuan Puan Pengerusi Kelompok Sekolah Rendah dan Menengah amat saya harapkan untuk memudahkan saya mengeluarkan surat sesuai dengan format dan kehendak kelompok. Jika tidak, kemungkinan surat yang saya keluarkan tidak bertepatan dengan kehendak kelompok dan sudah pasti menyukarkan saya untuk memahami kehendak tuan/puan. Ellakkan menghantar maklumat dengan menulis maklumat terlampau ringkas. Sekian, terima kasih.