SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 11 Mac 2010

Tahniah Semua Pelajar SPM SMKASAS 2009

         Pada tanggal 11/3/2010 guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 SMKA Sultan Azlan Shah amat bersyukur kerana kecemerlangan pelajar-pelajar SPM 2009 ( Kelas 5 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Haitham dan 5 Al Bukhari ) seramai 112 orang yang  telah mempamerkan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Terbukti dengan pencapaian 101 orang pelajar mendapat gred  A+  dan 11 orang gred A membuktikan anda semua memang cemerlang. Justeru, Panitia Bahasa Melayu dan guru bahasa Melayu SMKASAS terutama tenaga pengajar bahasa Melayu Ting. 5, Cikgu Mohd Ariffin b. Meor Hamzah, Cikgu Siti Munawirah bt. Md. Mahdzir, Cikgu Mohd Ramsul b. Abd Rahiman, dan Cikgu Ahmad Sirajuddin b. Mohd Tahir merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar SPM SMKASAS 2009.
        Keputusan SPM 2009 akan membakar semangat tenaga pengajar dan pelajar SMKASAS untuk meneruskan kecemerlangan yang kalian capai sama ada dalam PMR dan SPM 2010. Tahniah sekali lagi. Alhamdulillah.

1 ulasan:

Ndeyla :) berkata...

terima kasih dan tahniah juga buat cikgu :)
InsyaAllah, SMKASAS aka lebih berjaya di masa akan datang.