SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 18 April 2010

Laporan Hari Kedua Program Hari Keluarga Warden SMKASAS

Kira-kira pukul 7.30 pagi jamuan sarapan pagi disediakan di Lobi Cinta Sayang Resort, dan selepas itu, semua keluarga warden boleh berehat sebelum bertolak ke Taman Tema Air. Situasi ini menunjukkan program ini semakin hampir ke penghujungnya. Dijangka anak-anak akan berhibur dengan aktiviti senggang di sana dan ini akan dapat merapatkan hubungan keluarga kerana ibu dan bapa yang bertugas di SMKASAS terutama bertugas menjadi warden sering kekeringan masa bersama keluarga. Bersiap untuk ke Taman Tema Air dan rasailah suasana kondusif beriadah di sana. Sambungan program hari keluarga, anak-anak dan ibu bapa turut mengambil kesempatan bersama-sama dengan cuba mengambil kesempatan  bermain permainan seperti geluncur air,  menaiki pelampung menerusi terusan buatan dan geluncur air tanpa pelampung. Walaupun taman tema air ini kecil tetapi setiap ibu bapa dan anak-anak mempunyai ruang mengulangi aktiviti geluncur air yang menyediakan dua versi. Agak gayat juga menyertai permainan air ini tetapi setelah dicuba kali pertama dan kedua perasaan gayat hilang dan timbul pula perasaan ingin mencuba lagi. Justeru, ada anak-anak dan ibu bapa melakukan aktiviti berkenaan sehingga 10 kali. Aktiviti di taman tema dah berahir kira-kira pukul 1.30 petang setelah jamuan makan tengah hari di taman tema tersebut. Kami bertolak pulang ke penginapan untuk bersiap pulang yang dijangkakan selepas sembanyang Zohor. Sekian sahaja pengalaman menghadiri program hari keluarga ini. Selamat Tinggal Cinta Sayang Resort.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu...sihat ke?..hri kluarga warden ni bru lagi ke?...sy duduk dkt ja dgn resort tu..sy dkt uitm merbok....sg petani...

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Maaf kerana baru hari ini sempat saya balas komen anta atau inti. Sila hubungi cikgu semula.