SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 13 April 2010

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat SMKASAS 2010

Pada  9 April 2010, Jawatankuasa Perstuan Bahasa Melayu SMKASAS telah mengendalikan Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2010. Sebanyak 16 kumpulan bahas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 turut serta pada petandingan untuk pusingan awal. Sepanjang pemantauan saya di hari pertandingan pelajar bervariasi umur menunjukkan kehebatan sepanjang pertandingan dan di akhir pertandingan sebanyak 8 pasukan telah berjaya untuk meneruskan perjuangan. Saya amat gembira kerana aktiviti boleh melahirkan lebih ramai pelapis untuk di ketengahkan sebagai wakil pembahas sekolah sama ada pertandingan anjuran kementerian ataupun kegiatan asrama. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa Persatuan BM dan pelajar yang telah terlibat melicinkan perjalanan pertandingan bahas tahun ini kerana sudi dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan, Hakim dan penjaga masa. Saya selaku Penasihat Pasukan Bahas Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu berdoa melalui program seperti ini SMKASAS boleh melahirkan lebih ramai pembahas yang berkaliber. InysaAllah pada 15 April 2010, mereka akan bertempur lagi di arena perbahasan untuk pusingan suku akhir. Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terlibat menjayakan pertandingan bahas kali ini. Kepada Fairus Adibah, dan bekas-bekas pembahas sekolah seperti Norfarhana, Fauzi Jipri, Afefa, Nurul Liyana ...... ramai lagi....memori bersama kalian di pentas perbahasan sama ada di  peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tetap segar bagaikan bunga kembang di taman. Semoga Bulan Bahasa akan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan peajar SMKASAS.

Tiada ulasan: