SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 25 April 2010

PROGRAM MAKAN BERADAB ( WARDEN DAN AHLI KELUARGA ASRAMA SMKASAS KALI PERTAMA 2010)

Pada 24 April 2010 bersamaan hari Sabtu, telah adakan Program Makan Beradab Keluarga Asrama SMKASAS. Program ini diadakan di Dewan Asrama SMKASAS bermula jam 8.00 malam. Tuan Pengetua Kanan SMKASAS Ustaz Arip b. Sa'aya antara tetamu jemputan yang hadir, selain PK. HEM. Pn. Bainah bt. Abdollah, Ketua Warden, Warden-warden lelaki dan perempuan serta anak-anak didik asrama SMKASAS. Majlis dimulai dengan bacaan doa makan. Selepas menikmati juadah istimewa antaranya ayam masak merah, masak dalca, dan Ikan Siakap Masak Stim, diikuti majlis rasmi antaranya ucapan Ketua Pelajar Saudara Zolfir Wajdi b. Arip, Ucapan Ketua Warden Ustaz Zaki, Ucapan PK. Hem, dan diikuti Ucapan Tuan Pengetua Kanan SMKASAS.
            Antara intipati ucapan mereka  memperihal objektif makan berhadap diadakan antaranya adalah untuk mengumpulkan keluarga asrama, warden dan pentadbir sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain, selain itu setiap pemimpin diberi ruang untuk berucap dan menyampaikan amanat mereka. Ketua pelajar SMKASAS menyatakan rasa tahniah dan kesyukuran kerana warga apsura dan aspuri selama ini memberi komitmen yang baik kepada Lembaga Pengawas sekolah dan BADRI dan situasi ini memberi kelebihan kepada usaha untuk memantapkan disipilin dan akhlak pelajar. Pn. Bainah sebagai PK Hem juga amat gembira kerana anak-anak didik asrama pada tahun ini amat terkawal dari segi akhlakn dan dsipiplinya berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ini merupakan satu petanda peralihan budaya yang diharapkan akan berterusan dan bertambah baik pada masa-masa akan datang.
           Tuan Pengetua Kanan, berasa gembira dan mengharapkan budaya disiplin dan akhlak pelajar akan sentiasa bertambah baik dan ini akan meningkatkan kualiti kehidupan pelajar di asrama. Antara penekanan yang disampaikan oleh beliau pada malam itu adalah soal akademik, dan beliau percaya pelajar SMKASAS boleh....boleh berjaya dan boleh mengalahkan pencapaian pelajar MRSM jika berusaha bersungguh-sunggun dan menjalankan prep secara berkualiti. Tambahan pula pihak sekolah telah menyedia dan merancang pelbagai program ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan beliau sempat menyingkap sejarah beliau yang pernah belajar tanpa berguru pada suatu ketika dulu. Beliau juga menasihatkan pelajar supaya mengikis budaya belajar di saat-saat akhir kerana banyak impak negatif jika mereka membudaya belajar seperti itu.Oleh sebab itu, beliau mencabar anak-anak didik asrama supaya belajar dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan sepenuh masa dan kemudahan sepanjang program kecemerlangan yang dianjurkan pihak sekolah untuk membaiki pencapaian akademik mereka ke arah pencapaian yang cemerlang. Antara ungkapan yang disampaikan oleh beliau, " Saya percaya anak-anak SMKASAS boleh cemerlang dan boleh mengalahkan pencapaian sekolah SBP yang ada. Saya ingin mendengar jawapan daripada anda semua. Anda boleh cemerlanggggg!" Terdengar gema suara anak-anak pelajar SMKASAS, " Kami boleh!!!!.
                  Namun, intipati daripada ibu bapa pelajar pula sudah pasti mengharapkan anak-anak mereka berjaya. Diharapkan dengan adanya program cemerlang dirancang dengan penuh ketelitian dan saksama serta menjurus ke arah program yang kondusif pelajar akan dapat menyingkap dan menghasilkan objektif yang diharapkan. Saya sebagai seorang tenaga pengajar, warden, guru dan ibu bapa kepada dua orang anak di sekolah ini yang akan menghapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini akan sentiasa berusaha untuk mengaplikasi pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dengan menggunakan peralatan berunsurkan teknologi agar mereka sentiasa ceria dan kondusif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. InsyaAllah. Diharapkan dengan iringan doa semua pelajar SMKASAS dan juga bekas-bekas pelajar, kecemerlangan pelajar SMKASAS pada tahun 2010 akan digapai selain berpaksikan usaha dan kesungguhan pelajar sendiri. "SMKASAS Kluster Akademik"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam buat cikgu,
moga sihat slalu n pnjg umur ..
ucapan terima kasih buat cikgu atas tunjuk ajar shgga plajar spm 2009 semua dpt A dlm BM ...
tnpa kecekalan cikgu mlyan kerenah kami , mana mgkin kami berjaya ...
slamat mengajar buat thun 2010 ni dan semoga kejayaan akan berulang lagi ..
salam dr hasnul 5k SMKASAS 2009

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Sila hubungi cikgu dan maaf cikgu tak balas komen anta kerana tak berapa faham untuk balas komen dalam blog ini. Kini baru saya tahu untuk melakukannya.