SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 3 April 2010

TAHNIAH KEPADA ATLIT SUKAN SMKA SULTAN AZLAN SHAH 2010

Buat pertama kali Dalam Sejarah SMKA Sultan Azlan Shah menjadi Naib Juara Kejohanan Majlis Sukan Daerah Perak Tengah  (MSSD)  yang berlangsung pada 30/31 Mac dan 1 April 2010 di Padang SK. Titi Gantong, Bota, Perak dengan menggondol 12 pingat emas dan berada di bawah SMK Sungai Ranggam sebagai Johan. Tahniah sekali lagi atlit sukan SMKASAS. Semoga anda semua berjaya juga dalam pelajaran.Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat sebagai Guru Pengiring, dan guru yang terlibat sebagai Pegawai Sukan  dalam Kejohanan Berkenaan.

2 ulasan:

Ramizah Othman berkata...

Tahniah cikgu! Nampaknya, SMKASAS semakin terkenal di persada sukan.Saya masih teringat basah rumput di padang sekolah yang telah memberi seribu kenangan manis buat saya. Terima kasih cikgu.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Assalamualaikum, Ramizah sila hubungi cikgu semula dan maaf kerana saya lambat sangat balas komen ini kerana baru hari ini cigu baru faham cara nak membalasnya. Saya masih terkenang ketika satu masa dulu dalam latihan merentas desa saya ada berlari bersama inti untuk memberi semangat. Cuma itu tinggal kenangan.