SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Isnin, 14 Mei 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 BERMULA

       Pelajar Ting. 4 dan 5 SMKASAS sudah mula menghadapi  Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 10/5/2012. Sementera pelajar Menengah Rendah akan menghadapi kertas pertama pada 17/5/2012. Saya mendoakan pelajar SMKASAS akan menghadapi  PPT 2012 dengan semangat kental dan menjawab kertas soalan dengan sebaik mungkin. Pada 14/5/2012 saya mulai ditugaskan  mengajar mata pelajaran bahasa Melayu untuk Ting. 3K, 3S, 4K dan 5S , setelah tiga minggu mengajar kelas Ting. 3S dan 4K berdasarkan jadual sementara.
          Agak sukar juga mengajar kelas berkenaan kerana saya agak sukar untuk menentukan rentak mengajar kerana dalam masa yang sama PPT 2012 sudah bermula. Justeru, saya cuba membantu pelajar menghadapi PPT 2012 terutama  membantu pelajar untuk menguasai format kertas peperiksaan. Memang, saya dalam usaha mencari rentak untuk memastikan pelajar mampu menjawab PPT 2012 dengan baik. Namun, selepas peperiksaan nanti barulah saya akan mengajar lebih berfokus dan akan membantu pelajar PMR dan SPM menghadapi peperiksaan awam 2012. Memang saya sudah menjangkakan masalah ini berlaku sebelum memulakan tugas sebagai guru semula setelah lama bercuti. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar berkenaan mendapat didikan yang sewajarnya.
          

Tiada ulasan: