SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 27 Disember 2012

BERAKHIR MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013

      Mesyuarat Dasar Pengurusan Pentadbiran semalam dan Mesyuarat Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid serta Mesyuarat Dasar Pengurusan Kokurikulum Kokurikulum pada hari ini mengakhiri sesi mesyuarat Kali Pertama Sesi 2013. Pada tahun hadapan Slogan Memacu Transformasi Pengurusan Ke Arah Memperkasakan SMKASAS secara Holistik. Semoga dengan slogan yang besar ertinya kepada warga guru dan diperkenalkan oleh pentadbiran sekolah akan dapat memartabat SMKASAS sebagai sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perlbagai pembentangan seperti biasa berkaitan hal ehwal pentadbiran, hal ehwal murid, serta kokurikulum dibentang meliputi jawatankuasa dan serta tugasan guru untuk setiap jawatankuasa terlibat. 
       Puan Pengetua juga memaklumkan SMKASAS menerima anugerah kecemerlangan Sekolah 100% Lululs PMR, dan merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Cemerlang dan terbaik  telah diterima oleh Tuan Syed Noh mewakilil tuan Pengetua Di JPN Perak semalam berdasarkan GPS terbaik 1.22 yang diperoleh melalui keputusan PMR tahun 2012. Begitu juga, SMKASAS diisytiharkan sebagai Sekolah yang cemerlang dalam kemenjadian pelajar dalam bidang Kokurikulum peringkat daerah Perak Tengah pada tahun 2012. Namun, Puan Pengetua mengharapkan suatu lonjakan yang lebih baik dicipta pada tahun hadapan kerana walaupun menerima Anugerah SMKA Perak terbaik tetapi bilangan pelajar dan GPS menurun. Hal ini berikutan jumlah pelajar mendapat semua A mata pelajaran dalam PMR menurun dua orang daripada 59 orang pelajar pada tahun 2011 kepada 57 orang pelajar pada tahun 2012.  Menurut Puan Pengetua lagi, pada tahun hadapan merupakan tahun mencabar untuk warga pendidik SMKASAS dalam meningkatkan usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan SMKASAS bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga bidang kokurikulum. Puan Pengetua juga membayangkan bagaimana jumlah permintaan untuk masuk ke tingkatan satu pada tahun 2013 ke SMKASAS melebihi 1300 permohonan dan ini merupakan mercu kecemerlangan SMKASAS untuk terus menjadi kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan di institusi pendidikan ini. 
          Senario perkembangan teknologi maklumat juga diketengahkan oleh Cikgu Mohd. Noor Bin Hamzah merupakan guru IT SMKASAS dengan menjelaskan program 'FROG' di akhir sesi mesyuarat. Program 'Frog' berkenaan merupakan salah satu program 1 Bestari Net (Gerbang Pembelajaran Terkini) bertujuan untuk mengurangkan kerbergantungan menggunakan kertas dalam kalangan pelajar. Antara keistimewaan sistem ini ialah pentadbir, guru-guru, pelajar, pekerja, dan ibu bapa akan mempunyai email sendiri yang membolehkan mereka beinteraksi menggunakan aplikasi internet 'frog' ini untuk tujuan membantu pembelajaran dan pengajaran sama ada latihan, pemberian nota, dan aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa mengetahui pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran. InyaAllah selepas ini, pelajar, pekerja dan ibu bapa akan diberikan taklimat tentang penggunaan aplikasi capaian internet 4G ini. Sememangnya, aplikasi  ini masih baru dalam kalangan guru-guru kerana baru diperkenalkan pada hari ini tetapi aplikasinya sama seperti facebook atau kemudahan email dan mesej. Sudah pasti aplikasi ini akan menarik minat pelajar dan akan membantu meningkatkat sistem pembelajaran dan pengajaran bukan saja di dalam kelas malah di rumah ketika pelajar bercuti. InsyaAllah, sama-sama kita selusuri perkembangan IT ini. Sebentar tadi, saya menghadapi masalah untuk membuka laman frog tersebut, apabila saya cuba untuk masuk ke gerbang pembelajaran terkini tersebut dengan menggunakan pasword yang diberikan tetapi pada masa yang sama saya sedang mencatat catatan ini, tiba-tiba pasword blog saya telah dihalang oleh sistem blogger. Panik juga saya kerana saya tidak boleh untuk mengendalikan blog ini selama 30 minit. Namun, setelah saya reset kembali pasword blog saya dan menukar pasword baru melalui data akaun blog saya ini barulah saya bertenang kerana saya dapat mengendalikan blog saya ini. Malangnya, saya terpaksa menukar pasword baru untuk mengelak blog ini disekat. Bayangkan, jika blog saya ini disekat, dua blog lagi iaitu blog PMR dan SPM saya tidak berfungsi. Pengajaran yang saya terima ialah kita bertenang dan mengambil tindakan berdasarkan arahan blogger. Alhamdulillah, semuanya kembali kepada asal.
            Untuk makluman, sistem aplikasi 'frog' ini diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah SMKASAS didatangi oleh nazir pada bulan September tak silap saya atas Pemantauan Smart School Qualitation Standard (SSQS). Daripada segi sejarahnya, Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC). Objektifnya ialah:
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan
    pembelajaran (P&).
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT untuk P&P.
    Tahap bestari sekolah dilambangkan dengan bintang atau star rating iaitu bermula dengan bintang 1 terendah dan lima yang tertinggi. Alhamdulillah SMKASAS berada di rating 5 bintang mengikut  Smart School Qualification Standards (SSQS). Tahniah kepada warga SMKASAS.( Sila rujuk maklumat ini di di carian internet http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2011/02/Smart_School_Qualification_Standards_SSQS_portal_0520111.pdf .)

       Alhamdulillah, pada hari ini ada kalangan ibu bapa yang sudi untuk menaja makan tengah hari guru-guru kerana kesyukuran anaknya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan baru-baru ini. Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa berkenaan. Dalam pada itu, kami warga SMKASAS menyatakan rasa kegembiraan dan jutaan terima kasih apabila Puan Pengetua memaklumkan ada bekas-bekas pelajar terutamanya  generasi baru Alumni yang berhati luhur, pemurah, ingin berkongsi masalah adik-adik dan sedar betapa adik-adik generasi sekarang yang berada di SMKASAS menghadapi masalah kemudahan infrastruktur terutama tilam, dan katil di asrama dan hamba Allah berkenaan telah memasukkan sejumlah dana kepada akaun sekolah untuk tujuan tersebut. Terima kasih banyak-banyak dan saya berasa sebak apabila sudah ada pertautan antara alumni dan sekolah. Dengan adanya ikatan dan permuafakatan sebegini rupa, InsyaAllah kami warga pendidik dan pentadbiran SMKASAS seperti menerima sokongan dan suntikan untuk meneruskan usaha ke arah kecemerlangan pelajar dan akan terus melahirkan lebih ramai Insan Kamil di Bumi Pendidikan Tersayang ini.
     
          Sebelum mengakhiri catatan ini, saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada anak didik SMKASAS pada 1hb. Januari 2013. Diharapkan anak didik ting. 2, 3, 5 dan 6 atas hadir bersama-sama tekat baru, untuk belajar bersungguh-sungguh, elakkan belajar di akhir waktu peperiksaan, tanamkan ukhwah antara pelajar, elakkan daripada menimbulkan sebarang masalah disiplin, rajin mengulangkaji pelajaran, jaga tutur kata, hormati guru kerana anda semua ialah insan terpilih untuk berada di SMKASAS bumi pendidikan tercinta. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013.

Tiada ulasan: