Setelah bercuti panjang selama lima hari sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013, pelajar akan kembali ke sekolah pada hari ini Rabu dan mereka dikehendaki mendaftar di asrama sebelum pukul 6.00 petang. Sementara pendidik SMKASAS akan memulakan tugas masing-masing esok. Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas bercuti panjang akan lebih memberangsangkan. Bermula esok, jadual waktu baru akan mula beroperasi dan sudah pasti pelajar dan guru tidak sabar-sabar untuk menerima jadual baru tersebut.
Selain itu, Unit kokurikulum SMKASAS akan dipantau oleh JPN Perak yang dijadualkan esok. Justeru, setiap unit kokurikulum sudah pasti bersedia dengan pemantauan berkenaan. Semoga pemantauan berkenaan akan berjalan dengan lancar dan didoakan hasil pemantauan tersebut akan menyebelahi SMKASAS dengan kecemerlangan, insyaAllah. Dalam masa yang sama, saya sekarang lebih sibuk mengurus blog SPM saya, justeru blog Umum dan PMR agak kurang saya kendalikan akibat kekangan masa. Disamping itu, pada ruang cuti perayaan Tahun Baru Cina ini saya mengambil kesempatan bersama keluarga terutama meraikan perkahwinan anak saudara di kampung dan secara langsung merapatkan ikatan kekeluargaan. Selain itu, saya mengambil kesempatan menyemak buku pelajar yang melambak dan memilih karangan terbaik untuk di paparkan ke dalam blog SPM. Sedar tak sedar, sepanjang saya mengajar kelas menengah atas, terutama tingkatan empat dan lima, menyebabkan blog PMR tidak saya sentuh. InsyaAllah sekiranya ada ruang saya akan memasukkan input ke dalam blog berkenaan. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN BERSAMA-SAMA MEMACU TRANSFORMASI PENGURUSAN KE ARAH MEMPERKASAKAN SMKASAS SECARA HOLISTIK. DALAM ERTI KERJASAMA, SAYA INGIN MELIHAT HUBUNGAN BAIK PENTADBIR DAN KAKITANGAN SOKONGAN SEPERTI SENTIASA TERJALIN. HAL INI KERANA ORGANISASI YANG BERJAYA PERLU MENYELAMI HATI BUDI, PERASAAN, MENGAMBIL TAHU KELELAHAN ORANG LAIN BUKAN SEKADAR MEMBERI ARAHAN SAHAJA TANPA ADA UNSUR KOMPROMI ATAU TOLAK ANSUR. TEGASNYA, KEHIDUPAN BERORGANISASI MEMERLUKAN JUGA ERTI TOLAK ANSUR, BUDI BICARA, BUDAYA MEMBERI DAN MENERIMA. APABILA UNSUR INI DISELITKAN BARULAH NIKMAT BERTUGAS DIKECAPI BERSAMA, BAK KATA PEPATAH CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN TERASA. AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan