SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 24 Mei 2013

KEM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 DAN 2 2013

Pada hari ini Kem Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM dijalankan di Dewan Besar SMKA Sultan Azlan Shah. Penceramah jemputan ialah Puan Hajah Zaiton bt. Ahmad Zahari Guru Cemerlang dari Sekolah Menengah Methodist (ACS) Kampar. Namun, amat mendukacitakan kerana sepatutnya 201 orang pelajar sepatutnya menghadiri program berkenaan yang melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima tetapi hanya lebih kurang seratus empat puluh orang pelajar sahaja yang menyertai program berkenan. Sambutan yang diberikan oleh pelajar tingkatan empat paling sedikit. Puan Pengetua juga meluahkan perasaan sedihnya kerana pelajar tidak mengambil berat soal program yang dirancang oleh Panitia dan Unit Kecemerlangan Sekolah. Hal ini kerana kecemerlangan pelajar hanya akan dicaai sekiranya para pelajar dan ibu bapa mengambil berat program kecemerlangan kerana obketif dan sasaran sekolah adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2013 dan 2014. Banyak teknik dan tips yang diberikan oleh penceramah untuk memandu pelajar ke arah menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2.
      Di samping itu, bahagian Unit Kecemerlangan SMKASAS juga mengedarkan fail untuk latihan kendiri yang dirancang untuk dilakukan oleh pelajar sepanjang cuti persekolahan kali ini. InsyaAllah saya akan memaparkan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar. Bagi tujuan menyelaraskan kerja  Bahasa Melayu saya akan memasukkan kerja berkenaan selepas ini. Diharapkan para pelajar ting. 4 dan lima akan mengambil perhatian kepada perkara berkenaan. 
       InsyaAllah, laporan mengenai Program ini akan dikeluarkan serta pengesanan kehadiran pelajar akan dilakukan. Namun, insyaAllah, guru-guru bahasa Melayu akan melipatgandakan usaha untuk merealisasikan kecemerlangan bahasa Melayu SPM 2013 dengan membuat post mortem peperiksaan PPT 2013 dan seterusnya menangani masalah yang dihadapi pelajar sepanjang peperiksaan berkenaan. 

Gambar Program Kecemerlangan Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 2013









Tiada ulasan: