SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 14 Mei 2013

PROGRAM KARNIVAL NASYID SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN, PROGRAM SISTER SCHOOL SERTA SAMBUTAN HARI GURU 2013

  Pada bulan Mei 2013 ini akan berlaku tiga program serentak di SMKA Sultan Azlan Shah iaitu pada 16/5/2013 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Ketibaan Rombongan  Pentadbir dan Pelajar Sekolah Menengah Atas Muhamadiyah Yogyakarta 1 (SMAMUHI), dan Karnival Nasyid Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 18/5/2013. Justeru, warga SMKASAS serta pelajar begitu sibuk dengan persiapan untuk menjayakan tiga program berkenaan.
  Delegasi SMAMUHI dijangka  tiba di SMKASAS pada pukul 1.45 petang  pada 16/5/2013 dan akan berada di SMKASAS selama 4 hari iaitu daripada hari Khamis sehingga hari Ahad. Justeru, pelbagai acara diatur sepanjang kehadiran deligasi SMAMUHI di SMKASAS. Disamping itu, pada masa yang sama pelajar SMKASAS sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 dan pelajar menengah atas sudah menjawab soalan berkenaan bermula pada 7/5/2013 dan menengah bawah bermula pada 13/5/2013. Sudah pasti guru-guru sibuk menyemak kertas peperiksaan yang telah dihadapi pelajar, disamping menangani program besar yang akan berlaku di SMKASAS.
   Diharapkan program-program berkenaan akan berjalan lancar sebagaimana dirancang setelah beberapa mesyuarat diadakan sebagai memastikan tahap pelaksanaan program sentiasa berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. InsyaAllah.

Tiada ulasan: