SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 14 Ogos 2013

SELAMAT BERCUTI HARI RAYA DAN PADA MASA YANG SAMA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PELAJAR

        Assalamualaikum kepada pelajar SMKASAS, pertama sekali saya ingin mengingatkan anda bahawa sehingga hari ini kita sudah berada pada  hari ke-7 Hari Raya Aidil Fitri. Hal ini bermakna kepada pelajar SMKASAS cuti persekolahan tinggal lagi empat hari saya lagi. Justeru, saya ingin menasihatkan pelajar agar pandai menggunakan masa dan juga menjalankan tanggungjawab dengan melakukan tugasan yang telah diberi dan diamanahkan kepada kalian. Peringatan juga, pastikan kerja yang anda lakukan berkualilti kerana alang-alang mandi biarlah basah. Apabila anda sentiasa membudayakan hasil kerja yang cemerlang, insyaAllah impaknya akan anda rasai semasa menghadapi peperiksaan nanti.
          Namun, kepada bekas-bekas pelajar, alam persekolahan mungkin meninggalkan seribu satu kenangan manis dan pahit. Sesungguhnya, suasana persekolahan berkenaan akan kekal dalam memori, namun dalam masa yang sama kita mulai sedar betapa kita sudah semakin tua, apatah lagi kami yang bergelar tenaga pendidik di SMKASAS. Semoga dalam kenangan tersebut,nama-nama kami tidak hilang daripada kamus peribadi kalian. Amin.

Tiada ulasan: