SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 18 Oktober 2013

MAKLUMAT DARIPADA FACEBOOK ALUMNI SMKASAS YANG PERLU DIBERI PERHATIAN BEKAS-BEKAS PELAJAR SMKASAS

Disedut daripada  Face Book Ahmad Faisal Mohd Basir.
Assalamualaikum wbt,

Seperti yang telah diamanahkan pada tahun 2012, saya mewakili Batch 3 ingin memaklumkan bahawa Majlis Perjumpaan ALUMNI SMKASAS 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 7 Disember 2013
Tempat : Bandaraya Ipoh
Masa : Samada Hi Tea atau Dinner

Diharap semua wakil-wakil batch yang telah dilantik dapat mewar-warkan kepada semua berkenaan majlis tahunan ini. Antara matlamat ALUMNI pada kali ini selain dapat kita berjumpa semula adalah sumbangan yang akan kita sampaikan untuk SMKASAS. Bentuk sumbangan akan dimaklumkan kemudian.

Semoga majlis ini kelak akan berjaya dan terus mendapat sokongan tuan-puan bagi menjayakannya.

Diharap tuan puan dapat mem'blok' jadual masing-masing untuk hadir kemajlis tersebut.

Wassalam dan TQ!
TAHNIAH ATAS USAHA MURNI ALUMNI SMKASAS. JIKA BOLEH HUBUNGI PENTADBIRAN SEKOLAH AGAR PENDIDIK SMKASA DAPAT TURUT HADIR DISAMPING MENGHUBUNGI BEKAS-BEKAS PENDIDIK SMKASAS YANG PERNAH BERKHIDMAT DI BUMI PENDIDIKAN TERCINTA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGHADIRI PROGRAM KEDUA SETELAH PROGRAM PERTAMA BERJAYA DIADAKAN SEBELUM INI. ALHAMDULILLAH. NAMUN, TERPULANG  TERPULANG KEPADA JAWATANKUASA PENGELOLA PERTEMUAN ALUMNI 2013, MUNGKIN MEREKA ADA PROGRAM TERSENDIRI. NAMUN SAYA MENDOAKAN PERTAUTAN BEKAS-BEKAS PELAJAR MERUPAKAN USAHA PERLU DISOKONG OLEH SEMUA. SEMOGA PROGRAM BERKENAAN BERJAYA.
Disedut daripada Facebook Mir Azril Azran Ramli,
Sungguh Puitis Puisi di bawah, produk SMKASAS yang tidak boleh diubah faktanya.
Sungguhpun, saya bukan pendidik yang melahirkan generasi hebat berkenaan kerana umur pekhidmatan saya di SMKASAS baru 12 tahun tetapi saya amat teruja dengan maksud tersurat dan tersirat puisi di bawah.
30 tahun..

sebuah USIA perjalanan yang jauh..
hasilnya luar-biasa..
produknya luar-biasa..

Pemimpin
Profesional
Negarawan
Usahawan
Bangsawan
Hartawan

sebut sahaja..

pasti ada wakilnya..

kerajaan..
swasta..

semua ada..

dalam negara..
luar negara..

semua ada..

30 tahun SMKASAS..
sudah melahirkan bapa-bapa dan ibu-ibu pewaris generasi
yang kini dibahunya ada amanah sebagai pemimpin dan peneraju..
pada tangannya ada 'kuasa' untuk ubah dan buat sesuatu..

demi satu nama yang sama di kalangan khalayaknya

SMKASAS..
Sebagai tambahan daripada saya, " Kekuatan Ummah terletak kepada kekuatan organisasinya." Namun, setiap usaha pasti akan diiringi hasilnya iaitu.... kejayaan. Justeru, perkongsian ilmu dan pengalaman amat penting dan diharapkan generasi SMKASAS yang terdahulu dapat membantu generasi kecil SMKASAS kini yang semakin hari semakin lari kerana pudar jati diri dan lari daripada konsep penubuhan asal SMKASAS sebenarnya. Semakin hari semakin banyak generasi kecil ini mengganggap SMKASAS sebagai batu loncatan untuk mereka berada di institusi pendidikan yang mereka anggap lebih baik berbanding sekolah yang telah membentuk mereka menjadi Insan kamil kerana sememangnya Insan Kamil Dilahirkan Di sini. Semoga nasihat dan motivasi yang berterusan kepada generasi kecil SMKASAS ini akan dapat memantapkan hakikat bahawa memang jelas SMKASAS melahirkan produk luar biasa sebagai mana terpapar dalam pusi di atas.

Tiada ulasan: