SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 25 Mac 2017

CATATAN BARU KEHIDUPANKU SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DAN PENGAJARAN TERHADAP KANSER UNTUKKU MENERUSKAN KEHIDUPAN SETERUSNYA

Assalamualaikum wbr.

              Alhamdulillah, pagi ini saya masih menghirup suasana ketenangan Subuh serta mengerjakan ibadah Solat Subuh. Sesungguhnya Allah telah memberikan saya ketenangan untuk meneruskan kehidupan dan saya panjatkan kesyukuran kerana masih diberikan kekuatan untuk menjalankan tugasan sebagai seorang insan kerdil terhadap keluargaku. Terima kasih banyak-banyak saya kepada isteri tersayang, anak-anak, sahabat-sahabat saya samada sahabat sekerja, sahabat merupakan bekas sekolah menengah saya semasa bersekolah di SMK Idris Shah Gopeng, sahabat semasa di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor, Bahru, dan mungkin ada kalangan sahabat yang tidak saya selitkan dalam coretan ini tetapi hubungan persahabatan masih akrab, bekas-bekas pelajar samada di SK. Lengkuas Parit sekolah pertama, SK. Padang Tenggala, SK. Seri Iskandar dan bekas-bekas pelajar SMKA Sultan Azlan Shah merupakan sekolah paling lama saya mengajar iaitu selama 12 tahun.

               Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami sekeluarga, diri  saya, isteri saya, anak-anak saya. Ya Allah kurniakan kehidupan serta ketenangan kepada kami sekeluarga dengan terelak daripada gangguan makhluk-Mu yang mungkin cuba mengganggu gugat keluarga saya tersayang. Ya Allah, berikan rezeki halal dan permudahkan rezeki kami sekeluarga. Kepada sesiapa saja saya memohon maaf sekiranya saya terkhilaf samada perbuatan mahupun kata-kata yang menyinggung perasaan kalian kerana saya sedar saya insan yang sering melakukan kesalahan. Sesungguhnya saya redho dengan situasi diri saya sekarang. Saya akan cuba untuk melakukan sebarang tugasan terbaik yang mampu saya lakukan terutama menjadi seorang guru semula, bertugas di sekolah baru, SMK Seri Londang. Mungkin ada rahmat-Nya saya menjadi seorang guru semula selepas tiga tahun bertugas di PPD Perak Tengah sebagai Penolong PPD Kurikulum Bahasa dan mungkin dengan menjadi seorang guru semula saya akan dikurniakan ketenangan kerana saya memang seorang guru yang lebih berminat mengajar. Saya sedar rezeki dan ketentuan-Nya mungkin penuh dengan rahmat-Nya. Aamiiin. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Rabb atas pengajaran dan dugaan yang diberikan memang memberi perubahan dalam kehidupanku. Lindungkan diriku, isteriku, anak-anakku, supaya tidak leka dan lalai daripada mengerjakan ibadah yang diwajibkan sebagai insan muslim dan muslimah.

Tiada ulasan: